Anda di halaman 1dari 4

Kebimbangan Di Kalangan Kanak-Kanak Kebimbangan adalah perasaan takut yang kronik dan komplek yang wujud dalam pelbagai

jenis kecelaruan mental dan saraf (Drever, 1952). Altrocchi (1980) pula menyebut bahawa ahli psikologi mentakrifkan kebimbangan sebagai perasaan yang dirasai seseorang semasa ketiadaan sebarang bahaya luaran yang dikenalpasti dan ia hanya sebagai tindak balas terhadap bahaya dalaman yang tidak realistik. Oleh itu, kebimbangan dapat dianggap sebagai masalah psikologi yang kronik dan memerlukan rawatan yang tepat supaya sebarang bahaya dapat dihindarkan. Bukan sahaja saraf dan fizikal perlu dipulihkan malahan perawat juga memerlukan kemahiran psikologi untuk memulihkan perasaan dan mental pesakit. Wolpe (1958) menyatakan, perkataan kebimbangan digunakan seerti dengan perkataan ketakutan. Namun begitu, sememangnya kebimbangan dan ketakutan itu merupakan suatu perasaan yang sinonim dan seiring di alami oleh pesakit. Walaubagaimana pun, ketakutan dan kebimbangan seseorang merupakan suatu yang subjektif. Ada kemungkinan tidak perlu dibimbangkan bagi diri orang lain tetapi sesuatu yang amat menakutkan bagi diri pesakit.

Faktor-Faktor Yang Menimbulkan Kecelaruan Kebimbangan Azizi et al., (2006) menyatakan, dari segi faktor tingkah laku, pengalaman yang dipelajari adalah akibat ransangan lepas. Objek-objek dan persekitaran yang biasa dapat membangkitkan perasaan takut jika digabungkan dengan ransangan yang tidak disukai. Seorang kanak-kanak yang ditakutkan dengan salakan anjing boleh mengalami fobia pada anjing. Bukti-bukti menunjukkan, banyak kes acrophobia, claustrophobia dan fobia pada suntikan membabitkan pengalaman awal yang tidak disukai dengan objek yang mendatangkan ketakutan. Menurutnya lagi, selain faktor ransangan tingkah laku, kurangnya peluang bagi menghilangkan ketakutan juga menyebabkan kebimbangan akan berkekalan. Individu yang mengalami fobia menaiki tangga elektrik bergerak belajar menjauhi kebimbangan dengan mengambil alternatif menaiki tangga biasa. Faktor persekitaran sebagai contoh mengalami peristiwa traumatik. Menurut pelaziman klasik, pengalaman traumatik berfungsi sebagai ransangan tidak terlazim

yang kemudiannya berpasangan dengan ransangan neutral seperti bunyi, bau dan penglihatan yang digandingkan dengan pemandangan traumatik. Contohnya suasana di medan perang yang pernah di alami oleh pesakit. Pendedahan kepada rakaman bunyi pertempuran atau melawat tempat pertempuran akan memberikan ransangan tindak balas kepadanya. Pemerhatian pada perasaan takut orang lain juga menimbulkan ketakutan pada diri individu. Menerima maklumat negatif sama ada melalui pendengaran atau pembacaan juga boleh menimbulkan fobia (Rita et al., 2006). Selain itu, kekurangan sokongan sosial juga meningkatkan lagi kebimbangan individu. Individu yang mengalami kebimbangan umum melihat dunia sebagai suatu tempat yang mengancam keselamatannya. Sebagai contoh pasangan yang sentiasa membantu menyelesaikan masalah tanpa pesakit menyelesaikan masalah sendiri akan menyebabkan keredaan yang sementara dan mengundang sikap terlalu bergantung pada orang lain (Stemberrger et al., 1995). Efikasi kendiri yang rendah merupakan faktor emosi yang meningkatkan lagi kecelaruan kebimbangan. Dari segi kognitif pula pemikiran yang tidak rasional menjadi penyebab untuk memperbesarkan lagi risiko negatif yang disangkanya dan membuat jangkaan yang melampau pada ketakutan

Ciri-Ciri Kebimbangan Berdasarkan DSM-III (APA, 1979) ciri-ciri kebimbangan adalah: 1. Ketegangan motor seperti tidak dapat bertenang, menggigil dan

mengalami ketegangan. 2. Mengalami hiperaktiviti autonomik seperti pening, degupan jantung yang

kencang dan berpeluh. 3. Sentiasa berasa cemas, gelisah, memperlihatkan dan memikirkan perkara

yang menyebabkan ketegangan. 4. Terlalu memberi perhatian terperinci dengan cara mengawasi segala

gerak laku di sekelilingnya.

Nevid, et al. (2000) membahagikan ciri-ciri kebimbangan kepada tiga bahagian iaitu ciri-ciri fizikal, tingkah laku dan kognitif. Ciri-ciri fizikal menurutnya adalah degupan jantung yang deras, tekak atau mulut menjadi kering, sukar berkata-kata, otot-otot menjadi tegang dan kadangkala penghidap mendapat cirit-birit. Manakala ciri-ciri tingkah laku kebimbangan pula adalah tingkah laku menghindar, bergantung pada orang lain dan mengganggu orang lain. Kognitif adalah risau pada sesuatu, terlalu sensitif pada sesuatu, sukar memberi tumpuan, fikiran berkecamuk dan berasa sentiasa terancam oleh individu atau suasana yang dihadapi.

Cara Mengatasinya:

1. Senaraikan apa yang membimbangkan anda di dalam jurnal atau buku catatan. Termasuk imiginasi anda tentang keadaan yang paling buruk yang akan berlaku.

2. Fikirkan bagaimana cara anda untuk mengatasi situasi tersebut.

3. Segera bertindak sekiranya anda dapat mengubahnya ataupun cuba mengawal keadaan bagi mengurangkan perasaan bimbang anda.

4. Cuba imbas kembali fikiran-fikiran yang merisaukan anda dan rasa tidak mampu untuk melakukan sebarang tindakan. Kenalpasti yang mana satu kerisauan yang keterlaluan atau mengganggu anda, namun hanya sedikit yang menjadi kenyataan.

5. Ambil salah satu dari fikiran yang merisaukan anda dan tuliskan satu alternatif fikiran yang lebih realistik, sebagai pegangan untuk mengatasi kebimbangan anda.

6. Cuba kawal keadaan diri anda sekiranya anda ditimpa kerisauan. Hentikan dan atasinya dengan alternatif fikiran yang betul.

7. Amalkan rehat yang cukup dan teknik mengurangkan daya tekanan perasaan. Cara yang mudah bagi anda untuk melapangkan minda dan mengawal keadaan emosi dan

tubuh badan adalah dengan menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembuskannya keluar perlahan-lahan dengan kiraan 1 sehingga 6. Lakukan selama 5 minit, seterusnya gandakan hingga 20 minit dalam sesuatu masa.

8. Anda perlu belajar hadapi kenyataan bahawa anda tidak mampu mengubah ataupun tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengawal keadaan.

Panduan:-

Jika perlu, anda boleh dapatkan bantuan dari kenalan rapat bagi menghadapi cabaran fikiran yang merisaukan. Mereka boleh membantu anda memberikan berbagai-bagai perspektif mengenai sesuatu perkara. Ramai orang beranggapan bahawa ajaran berbentuk kerohanian atau kepercayaan kepada diri sendiri boleh membantu mengurangkan perasaan kebimbangan dan mempunyai keyakinan di dalam kehidupan. Dapatkan nasihat doktor yang profesional ataupun psikoterapis jika kerisauan anda menganggu-gugat kehidupan harian anda atau menyebabkan anda mengalami penderitaan yang ketara.

Read more: http://akusobriyaacob.blogspot.com/2011/12/mengatasikebimbangankerisauan.html#ixzz2MipccMOh

Anda mungkin juga menyukai