Anda di halaman 1dari 18

Wednesday, 6 June 2012

Lari berganti-ganti

TEKNIK HANTARAN BATON Gaya popular menghantar baton ialah gaya selang-seli, iaitu baton ditukar di antara tangan kanan dan tangan kiri oleh keempat-empat pelari dalam satu pasukan. Dua cara menghantar baton ialah :

Hantaran atas

1. Pelari dengan baton menghayun baton ke bawah untuk memukul tapak tangan penerima yang terbuka.

2. Penerima memegang hujung baton semasa menerimanya.

Hantaran bawah

1. Pelari dengan baton menghayun baton ke atas tangan penerima yang terbuka dalam bentuk V yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima. 2. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar. 3. Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.

Sumber rujukan :
http://pjpkipkb.forumphpbb3.com/viewtopic.php?f=52&t=171

TEKNIK MENERIMA BATON

Menerima dari atas

1. Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton melepasi garisan zon penukaran . 2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon melaungkan keluar apabila hampir dengan penerima baton. 3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka (menadah) ke atas dalam bentuk V yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima untuk menerima baton.Sentiasa luruskan tangan dan jangan cuba mengoyang-goyangkannya. 4. Penghantar baton akan menghayun baton ke atas tangan penerima. 5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar.Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula melepaskan baton serta merta. 6. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri.Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk. Menerima dari bawah

1. Pelari yang akan menerima akan berlari apabila pelari yang membawa baton melepasi garisan zon penukaran . 2. Pelari yang membawa baton masuk zon penukaran zon melaungkan keluar apabila hampir dengan penerima baton. 3. Sambil berlari, ketika melihat ke hadapan,penerima baton akan menghulurkan sebelah tangan ke belakang dengan tapak tangannya terbuka (menadah) ke bawah dalam bentuk V yang dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk penerima untuk menerima baton.Sentiasa luruskan tangan dan jangan cuba mengoyang-goyangkannya. 4. Penghantar baton akan menghayun baton dari bawah ke atas tangan penerima. 5. Penerima memegang bahagian hujung baton yang berhampiran dengan tangan pelari penghantar.Tetapi pelari yang membawa baton jangan pula melepaskan baton serta merta. 6. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton ditarik daripada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri.Penerima mengambil alih baton daripada pelari yang masuk.

TEKNIK MENENTUKAN PELARI

Biasanya pemilihan pelari untuk acara ini dijalankan menerusi satu ujian khas yang dibuat oleh sesuatu badan atau pihak yang bertanggungjawab ke atas pasukan itu. Mungkin bilangan pelari yang menghadiri ujian itu ramai. Jika hal itu terjadi, acara saringan perlu diadakan bagi mendapatkan peserta terbaik ke peringkat akhir.

Empat atau lima orang pelari terbaik akan dipilih berdasarkan kedudukan masing-masing untuk membentuk satu pasukan pelari kelima sebagai simpanan.Walau bagaimanapun, ini buknlah

perkara utama yang harus dijadikan syarat. Ada kalanya terdapat pelari-pelari lain yang mampu berlari dengan baik di selekoh walaupun tidak di garisan lurus. Jika demikian, terserlahlah kepada budi bicara jawatankuasa pemilih untuk membuat pemilihan akhir. Secara amnya, pemilihan dibuat dengan berasaskan kepada beberapa perkara seperti, mengikut keupayaan pelari dalam peringkat tertentu. Ini kerana dalam acara lari berganti-ganti 4x100 meter ini, ada pelari perlu berlari lebih jauh dan ada pula yang perlu berlari lebih dekat daripada pelari lain. Dan ada pelari yang mampu berlari dengan baik pada lorong lurus dan ada yang mampu berlari dengan baik pada selekoh.

Pelari pertama

Pelari pertama haruslah mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton, dan berkeupayaan berlari di selekoh. Selalunya pelari pertama adalah pelari kedua terbaik dalam satu pasukan. Ketiga-tiga aspek ini penting kerana dibandingkan dengan pelari lain, pelari pertama akan berlari lebih jauh bersama baton. Ia juga akan menjadi pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik.

Pelari kedua

Pelari ini hendaklah berkeupayaan berlari dengan pantas pada garisan lurus. Dia juga mestlah bijak daripada segi menerima dan menghantar baton. Selalunya, jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tanagan kiri. Namun ini bukanlah satu syarat.

Pelari ketiga

Kriteria utama bagi pelari ketiga ialah kebolehan dabn berkemampuan berlari di selekoh dan menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan

tangan kiri, atau sebaliknya. Daripada segi keupayaan, biasanya pelari ketiga terpantas dalam pasukan diletakkan sebagai pelari ketiga. Satu lagi aspek penting ialah keupayaannya berlari di selekoh.

Pelari akhir

Pelari akhir biasanya merupakan pelari terpantas dalam satu-satu pasukan kerana pada bahunyalah terletak keputusan yang bakal dicapai oleh seseubah keputusan yang bakal dicapai oleh sesebuah pasukan lari berganti- ganti 4x100 meter. Pelari ini haruslah berkebolehan berlari di garisan lurus. Walaupun daripada segi jarak larian sebenar, pelari terakhir ini adalah terpendek, namun daripada segi kepantasan dan kelajuan, ia amat penting.

KEDUDUKAN PELARI UNTUK MENERIMA BATON 1. Pemilihan pelari dan penentuan kedudukan hendaklah dibuat terlebih dahulu, dan tumpuan latihan hendaklah mengikut kedudukan ini. 2. Menentukan tangan yang akan memegang baton, sama ada tangan kiri atau tangan kanan. 3. Menyediakan blok permulaan untuk pelari pertama dan menentukan zon pertukaran baton bagi pelari kedua, ketiga dan keempat. 4. Menentukan lorong larian setelah undian dibuat. SEMASA LARIAN 1. Aturan umum a) Berlari mengikut lorong yang ditetapkan. b) Membuat pertukaran baton dalam kawasan atau zon yang ditetapkan. c) Membuat pertukaran yang bersih. d) Mengekalkan baton dalam tangan pelari awal hingga akhir larian. 2. Pelari pertama a) Gunakan blok permulaan. b) Berlari mengikut isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas.

c) Berlari pada selekoh pertama. d) Membawa baton pada tangan kanan. 3. Pelari kedua a) Bersedia dan mula berlari dalam keadaan berdiri. b) Berlari dalam lorong yang lurus. c) Membawa baton pada tangan kiri atau boleh menukarkannya semasa berlari ke tangan kanan. d) Berlari dalam lorong sendiri. e) Menerima baton dalam zon pertukaran.

4. Pelari ketiga a) Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri. b) Berlari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua. c) Membawa baton pada tangan kanan. d) Berlari di sebelah dalam lorong sendiri. 5. Pelari keempat a) Bersedia dan mula berlari dalam kedudukan berdiri. b) Berlari dalam lorong yang lurus dan lorong sendiri. c) Membawa baton pada tangan kiri atau ditukarkan pada tangan kanan semasa berlari. d) Menyerahkan baton kepada pegawai bertugas.

http://nota-notapismppj.blogspot.com/2012/06/lari-berganti-ganti.html

TEKNIK DAN KEMAHIRAN : LARI BERGANTI-GANTI

http://5starpjkdpli.blogspot.com/p/teknik-dan-kemahiran-lari-berganti.html

LARI BERGANTI-GANTI
SEJARAH Berasal dari Amerika Syarikat Punca-punca lahirnya acara ini :

Sunday, January 16, 2011

Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana surat-surat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat). Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia. Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.

PENGENALAN Objektif : Membawa baton dari tempat permulaan sehingga tempat penamat menerusi 4 orang peserta secepat mungkin. Jenis acara dalam kebanyakan perjumpaan olahraga pelbagai peringkat : 4 x 100 meter 4 x 200 meter 4 x 400 meter 4 x 1600 meter Acara yang paling diminati & paling mendapat sambutan di kalangan pelari dan penonton. Faktor utama penentu kejayaan : persefahaman di antara pelari dalam pasukan.

PEMILIHAN PELARI Pelari Pertama Pendorong penting kepada pasukan jika pelari pertama berkemampuan berlari dengan baik 3 aspek penting :

Harus mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang baton Berkeupayaan berlari di selekoh Pelari kedua terbaik dalam satu pasukan

Pelari Kedua

mesti bijak daripada segi menerima & menghantar baton (selalunya jika pelari pertama membawa baton pada tangan kanan, pelari kedua hendaklah cuba menerima baton pada tangan kiri). Aspek penting : berkeupayaan berlari pantas pada garis lurus

Pelari Ketiga Aspek penting : pelari ketiga terpantas dalam pasukan. Berkebolehan & berkemampuan berlari di selekoh & menerima baton menggunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikannya menggunakan tangan kiri, atau sebaliknya.

Pelari Akhir pelari terpantas dalam pasukan kerana keputusan yang bakal tercapai oleh sesebuah pasukan terletak di atas bahunya. Harus berkebolehan berlari di garis lurus walaupun jarak larian terpendek namun daripada segi kepantasan & kelajuan ia amat penting.

MEMEGANG BATON Cara memegang baton Baton boleh memegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan. Bagi pelari pertama yang memulakan larian, cara memegang adalah seperti Rajah 1 :-

Rajah 1 : Cara-cara memegang baton oleh pelari pertama

GAYA DAN TEKNIK PERTUKARAN BATON Terdapat dua teknik asas penukaran baton : Teknik bawah-atas dan Teknik atas-bawah.

Teknik atas-bawah cara terpantas, tetapi ada risiko iaitu baton mudah jatuh pelari pertama yang membawa baton dalam tangan kanan dan apabila sampai sahaja ke tempat penanda, pelari kedua mula memecut dari sebelah kanan lorongnya. Sambil berlari, pelari kedua akan mengangkat tangan kiri dengan tapak tangannya terbuka (menadah) untuk menerima baton. Pelari pertama yang membawa baton memberikannya dengan gerakan tangan dari atas ke bawah. Pelari kedua ini membawa baton dengan tangan kiri dan memberikannya pada tangan kanan pelari ketiga. Pelari ketiga membawa baton dengan tangan kanan dan memberikannya kepada pelari keempat pada tangan kiri.

Rajah 2 : Teknik Atas-Bawah

Cara Memberikan Baton 1. 2. 3. 4. kepantasan larian dikekalkan semasa pemberian banton pemberi harus beri isyarat kepada penerima hulurkan baton dengan tangan yang lurus perhatikan tangan penerima & letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangannya.

Cara Menerima Baton 1. Penerima dalam keadaan yang sedia 2. Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton 3. Berlepas dengan panas sebaik sahaja pelari pembawa baton sampai di tandaan. Bagi gaya tanpa pandang, jangan menoleh ke belakang semasa berlari. 4. Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar syarat daripada pelari yang sedang membawa baton. 5. Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

Gaya Selang-seli Tanpa Pandang Biasanya diamalkan dalam acara berganti-ganti 4 x 100 m Pelari pertama & ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat membawa dengan tangan kanan. Pelari tidak toleh ke belakang semasa menerima baton Pelari yang membawa baton akan memberi isyarat kepada pelari di hadapannya supaya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton. Pelari yang menerima baton, ketika melihat ke hadapan menghulurkan tangan kanannya ke belakang. Jari-jari dalam kedudukan rapat dengan ibu jari terbuka serta membentuk huruf V. Sentiasa luruskan tangan dan jangan menggoyangkannya. Pelari yang memberikan baton akan menggenggam baton itu antara ibu jari dengan jari kirinya sambil menghulur ke depan. Pelari yang membawa baton meletakkannya pada tangan pelari yang menerima. Tetapi pelari yang membawa baton jangan melepaskan baton serta-merta. Pelari yang memberikan baton membiarkan baton itu ditarik kepada tangannya, dan mengawal kelajuan sendiri untuk berhenti.

Rajah 3 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter (tanpa pandang)

Gaya Selang-seli Cara Pandang Semasa pertukaran baton dilakukan, pelari yang menerima baton itu akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya. Pada masa yang sama, isyarat akan diberikan, dan serentak kedua-dua mereka akan memandang baton. Cara pertukaran baton selalunya dilakukan dengan pergerakan ke bawah Kurang sesuai untuk 4 x 100m tetapi sesuai untuk 4 x 400m Pelari yang akan menerima baton memusingkan kepala dan bahunya ke arah baton. Hulurkan tangan kanan ke belakang. Biarkan tangan lurus dan tidak bergerak. Tapak tangan hendaklah menghala ke atas dalam kedudukan terbuka.

Pelari yang memberikan baton menggenggam baton antara ibu jari dan jari-jarinya yang sebelah lagi. Pelari yang memberi baton menurunkannya lalu meletakkan pada tapak tangan pelari yang menerima, tetapi jangan melepaskan baton serta merta, sehingga penerima menggenggam baton itu. Penerima menarik baton daripada pemberi, memusingkan kepala dan bahu ke depan, lalu meneruskan lariannya. Perlakuan diulangi oleh pelari kedua, ketiga dan keempat.

Rajah 4 : Gerakan menghantar dan menerima baton dalam acara 4 x 100 meter (dengan memandang)

ZON PERTUKARAN BATON Pertukaran baton mesti dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnnya 20 meter. Dalam acara 4 x 100 meter, zon pemecutan sepanjang 10 meter dibenarkan dan mendahului zon penukaran baton. Zon pemecutan digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda.

Rajah 5 : Zon Pertukaran Baton untuk Acara 4 x 100 meter

Perkara-perkara penting 1. 2. 3. Setiap peserta mesti berlari pada lorong masing-masing. Baton hendaklah sentiasa berada pada tangan pelari. Jika ia terjatuh, larian pasukan itu dibatalkan. Jika pelari tidak berjaya membuat pertukaran baton dalam zon pertukaran, larian pasukannya akan dibatalkan.

Rajah 6 : Pertukaran baton yang betul dan yang salah

PERATURAN LARIAN

Aturan Umum Lari ikut lorong yang ditetapkan Buat pertukaran baton dalam zon yang ditetapkan Buat pertukaran baton yang bersih Kekalkan baton dalam tangan pelari dari awal hingga akhir larian

Gaya Dekam & Permulaan Pelari Pertama Hanya pelari pertama yang terlibat dalam kedudukan permulaan Permulaan gaya sama dengan permulaan 100 m. Bezanya hanya pelari membawa baton pada tangan kanan. Oleh itu, kedudukanya bersesuaian dengan baton. Dalam permulaan dekam, kaki kanan dibawa ke hadapan. Lutut berada di bawah tapak kaki & tangan dalam keadaan longgar. Siku hendaklah lurus, ibu jari & jari telunjuk selari dengan garisan permulaan. Berat badan terletak pada tangan & kaki hadapan. Tangan dibuka luas untuk menyokong berat badan & keselesaan kaki. Kepala direndahkan dengan memandangkan ke garisan permulaan atau diangkat sedikit agar pandangan ditumpu pada jarak antara 3m hingga 5m. Permulaan menggunakan blok permulaan. Berlari sebaik sahaja isyarat (pistol) dibunyikan oleh pelepas Berlari pada seekoh pertama (pantas di selekoh)

Pelari Kedua Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri Berlari dalam lorong lurus (terpantas larian di bahagian lurus) dan lorong sendiri. Terima baton dalam zon pertukaran (cekap terima & beri baton dengan tangan kiri)

Pelari Ketiga Bersedia dan mula berlari dalam bentuk berdiri Lari dalam lorong sendiri pada selekoh kedua (pantas larian bahagian selekoh).

Bawa baton pada tangan kanan (cekap penerimaan baton dengan tangan kanan). Lari di sebelah dalam lorong sendiri.

Pelari Keempat Bersedia dalam mula berlari dalam bentuk berdiri. Pantas berlari dalam lorong lurus dan lorong sendiri. Tamatkan larian di garisan penamat. Pelari yang penuh keazaman & tenang.

RAJAH 6 : Trek Permulaan / Penamat Posted by Tree Builder

Anda mungkin juga menyukai