Anda di halaman 1dari 12

TEKNIK SQ3R

Diperkenalkan oleh ahli psikologi Amerika, Francis P. Robonson pada tahun 1941. Dikatakan telah teruji dan berkesan untuk pelajar kolej dan universiti.
S Survey (Tinjauan Awal) Q Question (Menyoal) R Read (Membaca) R Review (Tinjauan Semula) R Recite (Menyatakan Kembali)

Pelajar dikehendaki menyemak teks yang dipilih secara keseluruhan. Baca pendahuluan, kata pengantar, dan sinopsis untuk mendapat gambaran menyeluruh berkaitan tujuan penulisan, skop penulisan, peringkat kesukaran dan pengetahuan atau pengalaman yang diperlukan untuk meningkatkan kefahaman. Tinjau susunan jadual, ilustrasi, gambar rajah, dan indeks untuk mendapat gambaran yang lebih jelas--akan membantu pemahaman terhadap teks.

Gunakan maklumat dalam langkah tinjauan awal untuk membina soalan-soalan berkaitan kandungan teks. Tugas ini mungkin menjadi mudah sekiranya soalan sudah disediakan di hujung teks. Jika soalan tidak dapat dibina, ubah ayat atau perkataan yang dihitamtebalkan menjadi pertanyaan. Gunakan prinsip 5W + 1H (what, when, where, who, why + how). Langkah ini memungkinkan pembaca menumpukan perhatian untuk menjawab soalan-soalan yang telah dibina.

Baca perenggan pengenalan dengan teliti. Tambah soalan-soalan lain, jika perlu. Baca isi-isi yang kurang penting. Tandakan perkataan-perkataan sukar. Maknanya boleh ditentukan kemudian. Bertanyalah terus: Apakah tujuan penulis dalam menyampaikan bahan bacaan ini?

Selesai membaca, cuba ingat setiap bahagian yang telah dibaca. Apakah tujuan utama penulis? Apakah isi-isi penting? Apakah rancangan keseluruhannya? Cubalah ingat isi-isi penting bahan tersebut. Tuliskan isi-isi penting bahan yang telah dibaca.

Semak semula isi-isi penting dan idea sokongan pada catatan atau berdasarkan penandaan pada teks. Kita dapat memahami sesuatu dengan mencatat menyampaikannya semula kepada diri sendiri dan kepada orang lain. Oleh itu, jawab setiap soalan dan buat catatan. Kemudian, sebaik-baiknya nyatakan perkara itu kepada rakan. Perlakuan ini akan membantu pembaca belajar dengan berkesan

TEKNIK KWLH

KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:


K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca) W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)

mengingat dahulu apa yang telah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih) mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentuka apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakh lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan

Apa yang sudah diketahui?

Know (K)

Apa yang hendak diketahui?

Want (W)

Apa yang telah dipelajari/diperol eh?

Learned (L)

Apa lagi maklumat tambahan diperlukan?

How (H)

Anda mungkin juga menyukai