Anda di halaman 1dari 3

Gagasan Islam Hadhari Definisi hadari - yang bertamadun.

. suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia bersifat menyeluruh berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam diperkenalkan oleh matan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2003. pendekatan Islam menjurus kepada pembinaan peradaban Islam bagi mempertingkatkan kualiti kehidupan, penguasaan ilmu, pembangunan insan serta fizikal, ekonomi dan perdagangan.

Pendekatan Islam Hadhari

Bukan mazhab , agama baru. Ia adalah pendekatan dan usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental iaitu al-Quran dan hadis. Islam sebagai ad-Din- sistem kehidupan yang lengkap, maju da progresif. Memperkenalkan Islam sebagai suatu agama yang syumul dan komprehensif. Merupakan salah satu usaha kerajaaan untuk menguatkan & mengembangkan semula agama Islam. Membuat penekanan kepada pembangunan yang bersepadu & seimbang bagi melahrikan umat yang berilmu & beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia dll dalam menangani cabaran semasa dunia global Juga penekanan kepada pembagunan ekonomi dan tamadun menyeluruh.

Visi, Misi Dan Objektif Islam Hadari


Visi Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh iaitu sebuah negara maju mengikut acuan sendiri Misi Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang Objektif bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spritual (rohani), akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai.

Anda mungkin juga menyukai