Anda di halaman 1dari 1

Peraturan yang perlu diikuti sebelum menjahit :1.

Gunakan mata jahitan yang betul untuk kerja yang hendak dibuat 2. Gunakan saiz jarum dan jenis benang yang betul untuk kain yang digunakan. 3. Pegang kain dan jarum dengan betul. 4. Mula dan matikan jahitan dengan kukuh. Jangan gunakan simpul sebab ia mungkin terbuka, mengoyakkan kain halus dan menjadikan ketulketul kecil di dalam kelepet atau kelim apabila kain ditekan dengan seterika. 5. Cucuk benang ke mata jarum dengan menggunakan hujung benang yang diputuskan dari buku benang dan jadikan hujung ini hujung benang yang lebih pendek diantara dua lembar benang di jarum supaya ia tidak akan berbelit, berpintal, bersimpul atau berambu.