Anda di halaman 1dari 3

3.

PENGENALAN TEATER

Teater ibarat laboratorium kehidupan itu sendiri, seperti yang diungkapkan Peter Brook Teater akan menjadi tempat yang indah bagi orang-orang yang mabuk dan kesepian, Teater merupakan sebuah tindak budaya, Teater bukanlah tempat untuk melarikan diri ataupun untuk mencari perlindungan. Teater adalah salah satu bentuk kegiatan manusia yang secara sadar menggunakan tubuhnya sebagai unsur utama untuk menyatakan dirinya yang diwujutkan dalam suatu karya seni suara, bunyi dan rupa yang dijalin dalam cerita pergulatan kehidupan manusia. Dari rumusan diatas dapt ditarik kesimpulan bahwa unsur-unsur teater menurut urutannya adalah sebabagai berikut : 1. Tubuh, manusia sebagai unsur utama ( pemeran/pelaku/pemain) 2. Gerak, sebagai unsur penunjang. 3. Suara, sebagai unsur penunjang ( kata/untuk acuan pemeran) 4. Bunyi, sebagai unsur penunjang ( bunyi benda,efek dan musik). 5. Rupa sebagai unsur penunjang ( cahaya, rias dan kostum.). 6. Lakon sebagai unsur penjalin ( cerita,non cerita,fiksi dan narasi ). Teater dalam pendidikan

Rajah 1 Penerokaan Konsep Melalui Drama.

Seni drama atau teater merupakan satu cara belajar. Kanak-kanak dan remaja belajar mengenal diri dan masyarakat melalui drama. Ini disebabkan elemen asas drama yang meniru dan mencerminkan kehidupan induvidu serta masyarakatnya. Melalui aktiviti drama kreatif, murid-murid dapat dibimbing berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara (body language) dengan berkesan. Mereka juga boleh dilatih dengan penggunaan laras bahasa mengikut konteks dan situasi yang sesuai melalui aktiviti simulasi, main peranan dan improvisasi. Di samping itu pembelajaran melalui drama akan menjadikan para pelajar belajar dengan lebih bermakna dan menyeronokkan. Drama merentas kurikulum, kerana ianya boleh diaplikasikan sebagai pendekatan atau teknik pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran. Di samping itu, aktiviti drama yang dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan kemahiran berkomunikasi secara berkesan serta tepat. Sama seperti karya kesusasteraan yang lain, drama sebagai teks, berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan budaya masyarakat yang digambarkan. Guru boleh membimbing pelajar menghayati kandungan teks atau skrip melalui pembacaan dan perbincangan tentang skrip yang dibaca. Para pelajar dapat mendalami perihal manusia dan ragamnya serta memahami perilaku manusia serta sosio budaya masyarakat melalui watak-watak yang dibina dalam skrip tersebut. Guru boleh membawa pelajar meneroka pemikiran yang lebih luas dan mendalam tentang tema dan aspek-aspek lain dalam sesebuah skrip melalui pendekatan atau kaedah yang sesuai. Penghayatan skrip juga boleh dilaksanakan dengan aktiviti teater pembaca atau pementasan teater. Selain itu, skrip juga boleh distrukturkan mengikut mata pelajaran tertentu. Contohnya, untuk mengajarkan sejarah, guru boleh memilih skrip yang mendokumentasikan kisah sejarah yang dipelajari atau membinanya sendiri bersama pelajar dengan mengaplikasikan teknik improvisasi atau simulasi. Melalui plot atau konflik yang dikemukakan dalam skrip, guru boleh meminta pelajar berbincang bagi memikirkan penyelesaian masalah, andaian atau meramalkan penyelesaian sesuatu cerita/peristiwa. Melalui analisis perwatakan pula, guru boleh meminta pendapat murid tentang perilaku, tindakan dan cara watak menyelesaikan permasalahan yang ditimbulkan. Aktiviti sebegini boleh menggalakkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif, di samping menggalakkan murid memahami permasalahan masyarakat dan cuba menjadikan persoalan di dalam skrip itu sebagai satu pengajaran yang menambahkan pengalaman mereka tentang erti kehidupan. Dalam hal ini, secara tidak langsung guru telah dapat menerapkan nilai-nilai murni dan membentuk peribadi pelajar itu sendiri.

Penghasilan sebuah teater kanak-kanak atau remaja, merupakan satu usaha yang amat bermakna kepada para pelajar. Peranan teater dalam pendidikan bukan sekadar melatih kefasihan bertutur, kecekapan berkomunikasi, berfikir dan berketrampilan, malahan melalui aktiviti berteater, murid boleh mempertingkatkan potensi diri dalam banyak aspek. Ini termasuklah aspek perkembangan diri dan sosialnya. Teater merupakan seni persembahan yang menggabungkan seni lakon dengan plbagai seni lain seperti seni muzik, seni tari, seni pertukangan, seni bina, seni berbahasa dan seni yang lain. Oleh itu amat bertepatanlah, teater menjadi medium unggul untuk menyampaikan pembelajaran secara bersepadu sebagaimana yang diharapkan dalam pendidikan masa kini. Melalui penglibatan dalam aktiviti drama atau teater, para pelajar digalakkan memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam diri mereka. Ini bertepatan pula dengan kepelbagaian kecerdasan yang telah dimasukkan sebagai kemahiran nilai tambah dalam pendidikan. Aktiviti teater juga merupakan aktiviti yang berpusatkan murid, kerana proses penghasilan teater itu sendiri pasti melibatkan penyertaan mereka secara aktif. Kanak-kanak atau remaja yang memainkan peranan dalam aktiviti drama akan menerokai pelbagai aspek penting dalam perkembangan diri mereka seperti yang dijelaskan dalam rajah berikut; Konsep Teater dalam Pendidikan dengan Drama Pendidikan sering kali disalahertikan oleh umum. Apabila menyebut Drama Pendidikan (Drama Education) bermakna melatih kanakkanak atau pelajar dengan pelbagai teknik drama seperti lakonan, penulisan skrip, pengarahan dan apresiasi drama. Manakala Teater dalam Pendidikan (Theatre in Education) kita sebenarnya membicarakan tentang seni atau aktiviti drama yang diintergrasikan ke dalam pendidikan. Dalam hal ini, pendidikan bermakna bukan sahaja pemerolehan pengetahuan, tetapi yang lebih penting ialah proses pembelajaran dan penguasaan kemahiran, ilmu dan pembentukan sikap pelajar yang terlibat. Melalui pelbagai aktiviti drama, pelajar yang terlibat dapat mengenal diri mereka lebih jelas, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan serta meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai aspek. Teater dalam Pendidikan membolehkan kita melatih para pelajar menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan terhadap nilai murni masyarakat dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran berkomunikasi. Aktiviti teater boleh berfungsi sebagai satu kaedah terapi yang membantu pelajar mempunyai masalah emosi dan fizikal. Drama dan teater juga berperanan membentuk insan yang seimbang dan harmoni dari segi Intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini amat sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.