Anda di halaman 1dari 6

SEMANTIK SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

SOALAN 1 Huraikan pengertian makna secara analatikal dgn bantuan rajah segitiga semiotik. JAWAPAN Menurut Odgens dan Richard, mereka memecahkan makna kpd 3 komponen dgn menggunakan segitiga sbg rajah untk mewakilili komponen2 itu. Pada satu sudut terletak symbol iaitu bahasa(yg terdiri dpd perkataan) yg menjadi lambang kpd fikiran atau referensi yg terletak pada satu sudut yg kedua. Fikiran atau referensi yg terletak pd sudut yg kedua merujuk kpd benda atau perkara yg dirujukkan ( referent) yg terletak pd sudut yg ke-3, iaitu spt dlm rajah yg berikut ini :

FIKIRAN ATAU PERASAAN

------------------------------------------SIMBOL(PERKATAAN) BENDA / PERKARA

Berdasarkan rajah itu,tidak terdapat hubungan yg terus atau direct antara perkataannya seperti yg ditunjukkan dlm garis putus iaitu symbol dgn benda atau perkara yg dirujukkannya. Sebaliknya perkataan sbg symbol melambangkan dahulu fikiran tentang benda atau perkara kemudian fikiran tentang benda atau perkara akan merujukkan kpd benda atau perkara yg sebenarnya.

SOALAN 2 Huraikan pengertian makna secara reciprocal dgn bantuan rajah. JAWAPAN Mengikut Ullmann Ogden dan Richards hanya menekankan hubungan makna perkataan dengan pendengarnya dan mengabaikan hubungan makna dengan penuturnya. Bagi Ullmann hubungan makna perkataan dengan penuturnya juga harus diterbangkan. Bagi pendengar, apabila mendengar sesuatu perkataan misalnya rumah maka secara spontan dia akan berfikir tentang rumah dan dengan itu memahami apa yang dimaksudkan oleh penutur itu. Bagi penuturnya pula prosesnya adalah kebalikannya iaitu dia mula-mula berfikir tentang rumah dan fikiran itu akan menyebabkan ia menuturkan perkataan rumah itu. Oleh itu terdapat hubungan yang bersalingan (reciprocal) dan boleh dibalikkan (reversible) antara nama iaitu perkataan dengan pengertiannya. Hubungan yang bersalingan dan boleh dibalikkan antara perkataan dengan pengertian yang sedemikianlah yang dinamakan oleh Ullmann sebagai makna. Dalam bentuk yang ideal, satu perkataan mempunyai satu pengertian jadi hubungannya ialah satu lawan satu seperti dalam rajah yang berikiut ini : P (pengertian)

n (nama atau perkataan) Namun dalam banyak keadaan satu perkataan mempunyai beberapa makna dan satu makna mempunyai beberapa perkataan yang melambangkannya. Jadi sistem hubungan demikian harus diperluas seperti yang berikut : P1 P2 P3 P

n1

n2

n3

Contohnya perkataan dalam mempunyai tiga pengertian iaitu dalam dengan makna lawan luar atau dengan makna lawan cetek atau dengan makna sepanjang (misalnya dalam dua jam). Sebaliknya pengertian cerdik tiga perkataan boleh melambangkannya iaitu cerdas, pandai,pintar.

SOALAN 3 Huraikan makna berdasarkan Teori Imej dan masalah2 yg dihadapi dlm mengaplikasikan teori tersebut JAWAPAN Mengikut teori ini makna dapat dihuraikan berdasarkan gambaran atau imej yang ada di dalam fikiran seseorang. Maksudnya apabila sesuatu perkataan itu disebut, didengar atau dibaca oleh seseorang maka mental atau fikirannya akan menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan makna atau maksud perkataan ini. Tegasnya fikiran akan memberikan tafsiran-tafsiran tertentu terhadap perkataan-perkataan tadi. Kita tidak dapat mengetahui dan menentukan apakah bentuk imej yang ada di dalam gambaran atau pemikitan seseorang. Tiada siapa yang dapat menerokai otak manusia dan dapat meneropong dengan jelas gambaran-gambaran dan imaginasi yang wujud dalam alam pemikiran sesorang semasa ia mentafsir makna bagi sesuatu perkataan. Tegasnya, imej yang muncul di dalam otak seseorang itu tidak dapat ditunjukkan oleh gambar atau lambang -lambang yang nyata dan objektif. Gambaran-gambaran itu berbagai-bagai, terlalu abstrak dan relatif pula keadaanya. Masalah takrifan makna sebagaimana yang dinyatakan di atas adalah berhubung dengan masalah wujudnya berbagai-bagai imej bagi sesuatu perkataan. Satu lagi contoh, ialah mengenai takrifan atau imej yang berlainan terhadap gambaran sesuatu keadaan, misalnya keadaan seorang kanak-kanak yang lapar. Keadaan ini menimbulkan imej yang berlainan bagi orang yang berlainan. Salah satu imej yang mungkin ditimbulkan ialah keadaan kanak-kanak yang sedang menangis, keadaan yang kanak-kanak itu menyuapkan sesuatu ke dalam mulutnya, seorang kanak-kanak yang lapar. Di sebalik itu terdapat satu lagi masalah yang ketara dalam teori imej ini iaitu beberapa perkataan atau keadaan digambarkan oleh satu imej sahaja. Contoh kanak-kanak yang lapar lapar, marah, sakit, takut, resah hanya digambarkan oleh satu imej sahaja, imej yang menggambarkan kanak-kanak sedang menangis kerana perasaan lapar, marah, sakit, takut, dan resah itu biasanya dilahirkan oleh kanak-kanak secara tangisan sahaja. Bentuk imej yang wujud dalam fikiran seseorang apabila ia mentafsir makna sesuatu perkataan itu biasanya ada hubungan dengan pengalamannya. Seseorang yang pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang pahit dengan gurunya mungkin mengimaginasikan guru sebagai seorang yang bengis, garang, tidak bertimbang rasa dan sebagainya tetapi bagi seorang yang lain, yang pernah mengalami peristiwa bersama orang yang berlainan.

SOALAN 4 Huraikan makna berdasarkan Teori Komponen dan masalah2 yg dihadapi dlm mengaplikasikan teori tersebut JAWAPAN Mengikut teori anlisis komponen,makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis secara unitary atau sebagai satu unit tetapi sebagai satu hubungan yang komponen-komponen kompleks. Komponen-komponen itu dinamakan sebagai komponen-komponen semantik yang terdiri daripada perbendaharaan kata sesuatu bahasa yang diikat secara logik dan tetap (logical and constant) Teori ini cuba menghuraikan makna sesuatu perkataan secara terperinci dan memasukkan sama unsur-unsur pertentangannya. Sebagai contoh, teruna dapat dijelaskan maknanya dengan memperlihatkan komponen-komponen semantiknya, manusia, dewasa, lelaki, belum berkahwin, bukan dewasa dan mempunyai anak. Satu masalah yg ditimbul di sini ialah perkataan-perkataan yang merupakan komponen-komponen semantik bagi memghuraikan makna sesuatu perkataaan itu mempunyai makna yang tersendiri yang perlu pula dihuraikan. Misalnya,dlm contoh pendefinisian perkataan teruna,satu dpd komponennya ialah manusia. Perkataan manusia ini pula ditakrifkan dan dgn demikian memerlukan pula komponen2 semantiknya yg tersendiri. Ini bererti penghuraian makna berdasarkan teori ini memerlukan proses yang berpanjangan dan bertali arus di antara satu sama lain. Satu lg kelemahannya ialah teori ini hanya menganalisis makna pada peringkat perkataan, tidak menganalis makna pada peringkat ayat walhal, penganalisisan makna di peringkat ayat lebih penting. Di samping itu adalah jugak sukar untuk memilih dan menentukan kompenan-kompenan semantik yang khusus dan tepat untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan. Kita akan sering terikat dengan ciri-ciri hiponim. Misalnya dalam contoh di atas (huraian makna teruna, dara, kanak-kanak dan ibu), satu daripada kompenannya ialah manusia dan perkataan manusia ini merangkumi benda-benda yang disebutkan sebagai teruna, dara, kanak-kanak dan ibu tadi.

SOALAN Huraikan tentang sinonim ,antonim, polisim, dan hiponim JAWAPAN SINONIM Kata kata sinonim terdiri dpd kata2 yang mempunyai makna yg sama. Maksud sama ini tidaklah perlu 100% sama seperti yg mungkin dianggap oleh ramai orang. Sama ada kata-kata sama makna ini wujud atau tidak memang tidak dapat ditentukan dengan pasti.Walau bagaimanapun memang ada kata-kata yg dlm pemakaiannya menunjukkan keserupaan yg secukup untuk dikatakan mereka mempunyai sama makna. Apabila diperhatikan secara halus,maka akan didapati bahawa kata-kata sama makna itu selalunya terdiri dpd pasangan kata yang dipinjam dgn yg asalnya ada dlm bahasa tersebut,atau kedua2nya dipinjam. Misalnya, kita mempunyai kata seperti jemput dan undang. Sekali imbas terasa seolaholah kedua-duanya itu sama makna.Kalau diperhatikan dgn halus mungkin akan didapati bahawa jemput dipakai dlm konteks perbualan dan undang dlm konteks bertulis atau lebih rasmi. Pasangan kereta dan motokar pula mungkin dilihat sekali imbas seperti sama. Walaupun kita boleh menganggap maknanya sama dlm kereta besar atau motokar besar tetapi kita akan dapati bahawa kita mungkin menyebut kereta lembu tetapi motokar lembu tidak mungkin. Jadi maknanya tidaklah 100% sama. Kereta sudah sedia ada dlm bahasa Melayu,atau telah lama dipinjam,tetapi motokar baharu sahaja dipinjam. Kadang2 terdapat juga pasangan seperti ekonomi dan iktisad, politik dan sahsiah.

ANTONIM Pertentangan makna dipanggil antonym. Ini merupakan suatu cirri yang semulajadi katakata dan perlu dalam sesuatu bahasa itu. Misalnya, ada kata tua dan muda, baru dan buruk. Tetapi, sekiranya kita lihat kembali bahawa baru belum tentu dengan buruk sahaja. Baru mungkin sahaja boleh ditengtangkan dengan lama menurut konteks ertinya yang diperlukan. Dalam melihat pertentangan makna kata-kata ini dapat kita melihat pertentangan yang agak berlainan sedikit di antara golongan kata yang berlainan. Cuba kita lihat pertentangan erti dalam kata jenis katanama, katakerja dan katasifat. Dalam melihat pertentangan makna dalam katanama, maka haruslah kita lihat melihat pasangan kata seperti langit lawan bumi, laut lawan darat, malam lawan siang dan lain-lain lagi. Ini merupakan pasangan kata-kata yang mempunyai makna yang bertentangan. Langit lawannya

bumi, merupakan ciri alam yang bertentangan. Walau bagaimanapun, tidak seharusnya pertentangan ini dapat dilihat dalam semua kata. Ada kata yang tidak boleh ditentangkan dengan apa pun. Kata seperti telur, meja, air dan sebagainya tidak ada pertentangannya. Ada juga katakerja yang bertentangan makna. Mislanya, duduk berlawan dengan bangun, tidur lawannya jaga, berjalan lawannya berlari dan lain-lain lagi. Tetapi memang sukar mencari pertentangan satu lawan satu dalam semua hal. Misalnya, berjalan, disamping ditentangkan dengan berlari, mungkin juga boleh ditentangkan dengan berdiam. Begitu juga membeli boleh bertentang dengan menjual. Tetapi kalau dilihat dari segi lain pula menjual boleh pula ditentangkan dengan memberi dalam erti tidak menjual.Dalam hal ini harus kita dapat melihat satu pertentangan yang paling cocok untuk sesuatu katakerja ini.

Anda mungkin juga menyukai