Anda di halaman 1dari 12

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DI UPSI DARI PERSPEKTIF PENDIDIK Sarimah Ismail

sarimah@upsi.edu.my Sains dan Teknologi PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DI UPSI DARI PERSPEKTIF PENDIDIK
Abstrak

Sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia di era globalisasi ini adalah amat berbeza jika dibandingkan dengan sistem yang digunapakai bagi beberapa dekad yang lampau. Dengan adanya perkembangan yang positif, pantas dan berilmu pengetahuan di dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), sistem pendidikan negara telah sedikit sebanyak dipengaruhi oleh kepesatan perkembangan ICT ini. Dewasa ini, ICT telah pun diterapkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik dan sains, baik di peringkat universiti, kolej, sekolah menengah mahupun sekolah rendah secara berperingkat-peringkat. Para pendidik di peringkat rendah mahupun di peringkat tinggi, cuba sedaya upaya untuk menggunakan ICT di dalam proses P&P bagi memberikan input yang terbaik kepada pelajarpelajar mereka. Para pendidik di UPSI juga tidak mahu ketinggalan di dalam memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi ini. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di UPSI telah mula berorientasikan ICT seawal tahun 2000. Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi para pendidik terhadap penggunaan ICT dalam proses P&P matematik dan sains di UPSI. Memandangkan penggunaan ICT dalam proses P&P di UPSI agak baru, maka sudah pasti timbul pelbagai reaksi mengenai penggunaannya. Persepsi para pendidik ini perlu diketahui bagi memudahkan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khasnya dan UPSI amnya untuk mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu agar proses P&P berasaskan ICT dalam matematik dan sains dapat berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Sampel kajian terdiri daripada pensyarahpensyarah matematik dan sains di Fakulti Sains dan Teknologi, UPSI. Pengumpulan data dilakukan melalui borang soal selidik dan penganalisisan data dilakukan menggunakan perisian Statistik SPSS. Dapatan kajian menunjukkan majoriti para pendidik menyokong penggunaan ICT dalam proses P&P matematik dan sains di UPSI kerana mereka tidak mahu ketinggalan di dalam era teknologi maklumat yang tiada sempadan. Kekuatan dan kelemahan penggunaan ICT dalam proses P&P matematik dan sains juga dikemukakan. Beberapa cadangan untuk kajian akan datang turut diutarakan. Pengenalan Kepesatan pembangunan di Malaysia dalam bidang ekonomi, sosial, politik dan pendidikan di peringkat Asia bukan lagi suatu igauan kosong. Tetapi misi dan visi Perdana Menteri kita bukan sahaja di peringkat Asia, malahan beliau mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang gah dan disegani di peringkat antarabangsa. Bagi mencapai matlamat tersebut, kita sebagai para pendidik memikul suatu tanggungjawab yang amat besar untuk memastikan pelajarpelajar kita berjaya meneruskan harapan negara dan seterusnya memastikan misi dan visi Perdana Menteri kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian dan maju pada tahun 2020 akan menjadi kenyataan. Untuk merealisasikan misi tersebut, kita perlu

mengadaptasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di era globalisasi ini di dalam semua bidang terutamanya bidang pendidikan. Ini adalah kerana tenaga kerja yang mahir, berteknologi moden, berilmu pengetahuan, mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan kritis, berdaya saing dan celik komputer perlu dilahirkan dari pusat-pusat pengajian tinggi samada di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) agar negara kita dapat bersaing di mata dunia. Ini adalah sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang mahu melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, spiritual, emosi dan fizikal. Tidak dinafikan, perkembangan ICT di Malaysia masih di peringkat awal. Jika dibandingkan dengan perkembangan ICT di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan England ternyata perkembangan ICT di Malaysia baru berumur setahun jagung. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh BECTA (British Educational Communications and Technology Agency), ICT telah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah di England sejak 30 tahun yang lalu. Manakala di Malaysia, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah-sekolah dilakukan secara berperingkat-peringkat sejak beberapa tahun yang lalu. Sebelum Malaysia melancarkan penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains, Malaysia terlebih dahulu memperkenalkan program celik computer di beberapa sekolah pilihan. Program ini telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada Julai 1992 yang melibatkan 60 buah sekolah di seluruh negara. Ini bolehlah dilihat sebagai langkah awal Malaysia untuk membudayakan teknologi maklumat dalam pendidikan negara (Mohamad, 2001). Setelah tujuh tahun membudayakan komputer di sekolah-sekolah pilihan, barulah Malaysia mengisytiharkan untuk melancarkan Sekolah Bestari (The Malaysian Smart School) yang memberi pendedahan awal tentang penggunaan ICT dalam pendidikan. Pelancaran Sekolah Bestari ini telah dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia pada Julai 1999 di 90 buah sekolah (Mohamad, 2001). Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan awal tentang penggunaan ICT kepada pelajar-pelajar agar pelajar dapat mengaplikasikan teknologi ini di dalam kehidupan mereka di masa hadapan. Beberapa program lain yang berkaitan dengan penggunaan ICT juga dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti yang dinyatakan di dalam ICT in Malaysian Schools: Policy and Strategy (Chan, 2002). Contohnya adalah seperti berikut: 1. Penggunaan Internet Laman web (Website) dan Jaring SekolahKu (My School Net) telah dibangunkan oleh KPM untuk menambahkan penggunaan ICT dalam pendidikan yang dapat membantu para pendidik dan pelajar mengakses maklumat berkaitan pendidikan. 2. Latihan ICT di Sekolah Latihan ICT diperlukan untuk melatih tenaga pengajar agar mereka benar-benar mahir, cekap dan berkeyakinan dalam menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk tujuan ini, KPM telah menggunakan model kasked (cascade model) iaitu pelatihpelatih yang memang ada kepakaran dalam bidang ICT akan dipilih dan dilatih sehingga mereka benar-benar mahir dan kemudiannya mereka akan melatih para pendidik yang kurang mahir dalam ICT yang dipilih oleh KPM dari serata Malaysia. Akhirnya pelatih-pelatih yang kurang mahir yang telah dilatih akan melatih teman-teman pendidik di tempat mereka berkhidmat.

3. Program Komputer di Sekolah-Sekolah KPM telah melancarkan program komputer di sekolah-sekolah dalam 3 peringkat. Peringkat pertama pembinaan makmal komputer bermula pada Mac 2000 melibatkan 18 buah sekolah di 6 buah negeri. Makmal tersebut dapat digunakan sepenuhnya oleh sekolah-sekolah tersebut pada November 2000. Peringkat kedua bermula November 2000 di mana 2400 sekolah terpilih. Makmal komputer telah beroperasi keseluruhannya pada November 2001. Peringkat ketiga bermula November 2001 dan siap pada suku ketiga 2002. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan budaya celik komputer di kalangan pelajar dan tenaga pengajar di samping mengurangkan jurang digital di antara pelajar di sekolah bandar dan luar bandar. Program ini juga bertujuan untuk membuat persiapan bagi sekolah-sekolah tersebut mencapai status Sekolah Bestari.

Kerajaan Malaysia bertekad untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah Bestari selewat-lewatnya pada 2010. Maka dengan adanya sekolah Bestari dan programprogram yang menggalakkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah yang dikendalikan oleh pihak KPM ini secara tidak langsung akan dapat menyediakan tenaga kerja mahir di masa hadapan yang mampu menghadapi cabaran dan saingan di abad ke- 21. Penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains di peringkat tinggi juga adalah tidak menyeluruh dan dalam proses untuk memperluaskan penggunaannya dari masa ke semasa seperti yang dilaporkan dalam ICT in teaching/learning in formal and non-formal education. Penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains di UPSI pula dilihat sebagai suatu tindakan susulan bagi merealisasikan wawasan negara untuk melahirkan generasi yang celik komputer di era globalisasi ini.

Polisi Utama ICT dalam Pendidikan Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkumi 3 polisi utama: ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu subjek tersendiri. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan. Oleh yang demikian, untuk menyokong pelan induk ICT negara dan demi memenuhi wawasan 2020, sistem pendidikan negara kita perlu melalui suatu proses transformasi bagi melahirkan suatu generasi yang lebih kreatif dan innovatif yang dapat mengadaptasikan

teknologi-teknologi baru dan dapat mengakses serta mengiringi kepesatan pembangunan maklumat (ICT for Education in Asia-Pacific). Kemudahan ICT di UPSI Semenjak penubuhan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 1997, UPSI telah mula menggunakan ICT dalam bidang pengurusan pentadbirannya dan juga pendidikannya secara perlahan-lahan. Ini amat bersesuaian dengan wawasannya untuk menjadi sebuah universiti yang bitara, cemerlang dalam kepemimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global. Bagi mencapai wawasannya, UPSI memastikan pelajar-pelajarnya berupaya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara agar wawasan 2020 negara menjadi kenyataan. UPSI sebagai sebuah universiti yang baru ditubuhkan, cuba untuk melengkapkan kemudahan prasarananya dengan kemudahan internet sebaik mungkin. Beberapa langkah yang telah diambil oleh pihak pengurusan UPSI bagi memastikan kemudahan ICT mencukupi bagi setiap fakulti adalah seperti berikut: Memberikan setiap pensyarah sebuah PC terbaru dilengkapi kemudahan internet bagi memudahkan pendidik membuat persediaan pengajaran dan melakukan penyelidikan. Menyediakan bilik kuliah yang lengkap dengan peralatan mengajar menggunakan ICT misalnya sebuah PC, LCD projector, interactive whiteboards, Motorized screen, Video Imager, PA system dan perisian-perisian untuk persembahan seperti Powerpoint, Excel, Word, Explorer. Melengkapkan makmal komputer terutamanya bagi subjek matematik, sains dan teknologi maklumat dengan kemudahan ICT iaitu menyediakan perisian-perisian yang bersesuaian dengan kursus yang diambil pelajar misalnya menyediakan perisian SPSS bagi kursus statistik dan permodelan statistik bagi program pendidikan matematik. Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi UPSI (http//:www.upsi.edu.my), seawal tahun 2001, FST mempunyai 21 buah makmal komputer yang mana 2 daripadanya adalah untuk Program Sains dan Matematik. Program Matematik juga mempunyai sebuah makmal komputer Matematik, dua buah makmal Multimedia untuk pengajaran dan pembelajaran, sebuah makmal komputer Linux dan sebuah makmal Network PC. Bagi program IT pula terdapat 12 makmal PC Multimedia, dan 2 makmal PC Macintosh. Pada tahun 2001 juga penambahan 3 buah makmal baru khusus untuk kelas rangkaian (networking) telah dilakukan. Bagi program Sains sahaja, FST mempunyai 14 makmal iaitu 5 makmal Biologi, 4 makmal Fizik dan 5 makmal Kimia. Makmal-makmal komputer dilengkapkan dengan perisian-perisian terkini, kemudahan internet dan juga peralatanperalatan penghasilan bahan multimedia. Dengan adanya kemudahan-kemudahan ini, pengkaji yakin sekiranya ada komitmen yang sepenuhnya dari para pendidik matematik dan sains di UPSI, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di UPSI ini akan dapat dijalankan dengan berkesan. Tujuan Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui perspektif pendidik terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di UPSI. Adakah mereka berpandangan positif mengenai penggunaan ICT ini atau sebaliknya. Sekiranya positif, apakah langkah-langkah susulan yang perlu diambil supaya penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains berkesan. Tujuan kedua adalah untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains secara umum. Metodologi Sasaran: Kajian ini dilakukan ke atas para pendidik di Fakulti Sains dan Teknologi UPSI. Para pendidik terdiri daripada pensyarah Matematik dan Sains. Sebanyak 50 borang soal selidik telah diedarkan tetapi hanya 32 responden sahaja yang memulangkan semula borang soal selidik yang telah lengkap diisi. Kaedah: Kajian dijalankan melalui borang soal selidik kerana kajian ini berbentuk tinjauan. Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi 22 item yang berkaitan dengan penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains manakala bahagian B mengandungi maklumat demografi responden. Penilaian bagi setiap item di dalam borang soal selidik di bahagian A adalah berdasarkan skala 1 hingga 4. Skala 1 bermaksud sangat tidak bersetuju, skala 2 bermaksud tidak bersetuju, skala 3 bermaksud bersetuju dan skala 4 bermaksud sangat bersetuju. Analisis dan Dapatan Latar Belakang Responden Seramai 32 pendidik terlibat di dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 17 pendidik adalah pensyarah matematik (53.1%) manakala selebihnya iaitu 15 orang lagi adalah pensyarah sains (46.9%). Dari segi jantina, 18 orang adalah pensyarah perempuan (56.2%) dan 14 orang adalah pensyarah lelaki (43.8%). Dari segi bangsa pula, 31 orang pensyarah Melayu(96.9%) dan hanya seorang sahaja pensyarah China (3.1%). Statistik ini dapat dilihat dengan lebih jelas dari Jadual 1. Jadual 1: Taburan responden berdasarkan bidang pengajaran, jantina dan bangsa Bidang pengajaran/ Jantina/ Bangsa Matematik Sains Perempuan Lelaki Melayu China Kekerapan 17 15 18 14 31 1 Peratus(%) 53.1 46.9 56.2 43.8 96.9 3.1

Hasil Soal Selidik

Hasil dari tinjauan awal penyelidik berkaitan persepsi pendidik matematik dan sains di FST UPSI tentang penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains di UPSI dapat diringkaskan seperti maklumat di Jadual 2. Dari kajian yang dijalankan didapati pada umumnya para pendidik matematik dan sains di UPSI mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di UPSI. Jadual 2: Respon soal selidik Peratus Respon 1 3.1 2 21.9 3 53.1 4 21.9

No

Item Saya rasa berkeyakinan mengajar matematik / sains dengan menggunakan ICT Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik / sains akan lebih menarik dengan adanya ICT kerana ianya banyak melibatkan gambar-gambar berwarna untuk illustrasi pengajaran Pendidik perlu cekap dengan penggunaan komputer bagi menjamin keberkesanan penggunaan ICT dalam P&P matematik / sains Penggunaan ICT dalam P&P matematik / sains akan mengalakkan pelajar menjadi aktif dalam proses P&P Penggunaan ICT dalam P&P matematik / sains secara tidak langsung dapat melahirkan pendidik yang celik komputer Penggunaan ICT dalam P&P matematik / sains dapat membantu pelajar mengimbas kembali nota kuliah pada bila-bila masa di rumah Penggunaan ICT dalam P&P matematik / sains dapat membantu pelajar mengimbas kembali soalan tutorial pada bila-bila masa di rumah Penggunaan ICT dalam P&P matematik / sains dapat membantu pelajar mengimbas kembali nota kuliah pada bila-bila masa di sekolah Dengan penggunaan ICT dalam P&P matematik / sains, pelajar bebas melakukan latihan tanpa had waktu Dengan penggunaan ICT dalam P&P matematik / sains, pelajar lebih mudah melakukan perbincangan secara online

3.1

59.4

37.5

6.2

3.1

31.3

59.4

3.1

31.3

31.3

34.4

3.1

9.4

40.6

46.9

3.1

18.8

43.8

34.4

3.1

15.6

53.1

28.1

3.1

18.8

50.0

28.1

9.4

12.5

37.5

40.6

10

6.2

15.6

46.9

31.2

dengan pendidik 11 Dengan penggunaan ICT dalam P&P matematik / sains, pelajar lebih mudah melakukan perbincangan secara online dengan rakan pelajar yang lain Para pendidik yang menggunakan ICT dalam P&P matematik/sains mempunyai lebih waktu untuk dirinya sendiri kerana waktu konsultensi dengan pelajar telah berkurangan. Dengan penggunaan ICT dalam P&P matematik/sains pelajar tidak rasa tertekan jika tidak memahami topik yang diajar kerana pelajar boleh mempelajarinya semula berulang-kali melalui komputer sehingga benar-benar faham Penggunaan ICT dalam P&P matematik / sains akan dapat mengurangkan rasa takut pelajar untuk mempelajari matematik / sains kerana pelajar dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan Dengan penggunaan ICT dalam P&P matematik / sains, suasana pembelajaran akan lebih ceria Penggunaan ICT dalam P&P matematik / sains akan dapat mencetuskan proses pengajaran yang berpusatkan pelajar Dengan adanya ICT, pelajar tidak semestinya ke pejabat pensyarah untuk menghantar tugasan kerana semuanya boleh dilakukan secara online melalui internet. Dari segi persiapan, saya rasa saya sudah bersedia untuk menggunakan ICT dalam P&P matematik / sains Saya kurang mahir dalam menggunakan komputer . Oleh itu, saya lebih suka menggunakan papan putih sahaja untuk sesi P&P matematik / sains Saya kurang mahir menggunakan komputer . Oleh itu, saya lebih suka menggunakan OHP sahaja untuk sesi P&P matematik / sains Penggunaan ICT dalam P&P matematik / sains memerlukan persediaan yang rapi bagi memastikan objektif P&P tercapai 6.2 15.2 46.9 31.2

12

9.4

37.5

46.9

6.2

13

18.8

62.5

18.8

14

12.5

31.2

40.6

15.6

15

12.5

15.6

46.9

25.0

16

9.4

15.6

56.2

18.8

17

9.4

12.5

50.0

28.1

18

6.2

37.5

40.6

15.6

19

18.8

62.5

15.6

3.1

20

18.8

62.5

12.5

6.2

21

3.1

40.6

56.2

22

Saya rasa seronok mengajar matematik/sains dengan penggunaan ICT kerana ianya dapat melatih saya menjadi lebih cekap dengan perisian-perisian komputer

6.2

15.6

50.0

28.1

Dapatan kajian menunjukkan para pendidik matematik dan sains di UPSI secara umumnya mempunyai persepsi yang positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di UPSI. Seperti yang tertera dari Jadual 2, berdasarkan item 1 dan 18, majoriti para pendidik bersetuju bahawa mereka berkeyakinan dan telah bersedia untuk mengajar matematik dan sains dengan menggunakan ICT. Walau bagaimanapun, dari item 3 dan 21, pengkaji mendapati para pendidik sangat bersetuju bahawa mereka perlu membuat persediaan yang rapi bagi memastikan objektif P&P matematik dan sains yang diajar menggunakan ICT tercapai (56.2%) dan mereka perlu cekap dengan penggunaan komputer bagi menjamin keberkesanan penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains (59.4%). Dari item 5, 10 dan 22, para pendidik juga bersetuju dengan pendapat bahawa melalui penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains mereka dapat menjadi pendidik yang celik komputer kerana secara tidak langsung mereka perlu mahir dengan penggunaan laman web, internet, online-teaching dan perisian-perisian komputer yang bersesuaian dengan objektif P&P matematik dan sains.Para pendidik juga bersetuju bahawa penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains akan dapat menarik minat pelajar dan seterusnya menjadikan pelajar aktif dalam proses P&P. Para pendidik matematik dan sains di UPSI juga berpandangan positif bahawa para pelajar juga akan mendapat kelebihan sekiranya penggunaan ICT dijalankan seratus peratus di dalam program yang mereka ikuti. Contohnya dari item 6-11, para pendidik bersetuju bahawa pelajar-pelajar bebas mengulangkaji pelajaran pada bila- bila masa dan di mana-mana sahaja atau membuat latihan tanpa had waktu dan boleh berinteraksi dengan pendidik atau sesama pelajar secara online. Dari item 13-17, majoriti para pendidik bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh pengkaji iaitu penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains di UPSI akan dapat melahirkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan, ceria dan berpusatkan pelajar dan pelajar pula tidak tertekan jika tidak memahami topik yang diajar di dalam kelas kerana mereka berpeluang mempelajarinya semula berulang-kali sehingga mereka benar-benar faham. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa para pendidik matematik dan sains di UPSI adalah bersikap positif dalam penggunaan teknologi komputer di dalam pengajaran mereka. Dari item 19 dan 20, jelas menunjukkan mereka tidak bersetuju (62.5%) untuk menggunakan papan putih sahaja atau OHP sahaja bagi sesi P&P matematik dan sains di UPSI. Secara keseluruhannya berdasarkan skala penilaian yang digunakan, didapati 27.98% pendidik sangat bersetuju, 43.47% pendidik bersetuju, 21.73% pendidik tidak bersetuju dan hanya 6.82% pendidik sangat tidak bersetuju dengan penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains di UPSI. Dapatan ini diringkaskan seperti dalam jadual 3 berikut. Jadual 3: Ringkasan keseluruhan persepsi pendidik tentang penggunaan ICT dalam

P&P Matematik dan Sains di UPSI Skala 1 2 3 4 Jumlah Kekerapan 48 153 306 197 704 Peratus(%) 6.82 21.73 43.47 27.98 100

Dari Jadual 3 di atas didapati mod dan median skala penilaian adalah 3 (bersetuju) manakala min skala penilaian perspektif juga menghampiri 3 iaitu 2.92. Oleh yang demikian, pengkaji merumuskan bahawa terdapat perspektif yang positif dikalangan para pendidik matematik dan sains terhadap penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di UPSI. Kelebihan dan Kekurangan Penggunaan ICT dalam P&P Matematik dan Sains Kemunculan ICT di era komunikasi yang tiada sempadan ini telah membawa suatu inovasi kepada gaya pengajaran dan pembelajaran dalam matematik dan sains di UPSI. Tidak dinafikan setiap teknologi yang baru pastinya ada kelebihan dan kekurangannya. Beberapa kelebihan menggunakan ICT dalam P&P matematik dan sains telah banyak diutarakan dalam kajian-kajian lepas. Dari kajian-kajian yang telah dijalankan (Norhapiza, Norlaila, & Zaharah, 2002), (Marzita & Rohaida, 2002) dan (Ismail & Rafee, 2002) terdapat beberapa kebaikan kepada pelajar dan juga pendidik seperti berikut: Dengan adanya kemudahan komputer dan internet, pelajar boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan pantas di mana-mana sahaja. Pelajar tidak perlu berada di sekolah atau universiti untuk mendapatkan maklumat. Pelajar boleh mengaksesnya dari rumah ataupun dari siber kafe. Pelajar juga tidak perlu menyalin nota kuliah kerana semuanya boleh didapati dari laman web pendidik. Nota-nota tersebut boleh juga disalin (copy) ke dalam disket untuk rujukan di masa hadapan. Para pendidik juga mudah mengemaskini nota kuliah, tugasan pelajar dan kandungan kursus dari masa ke semasa dengan adanya kemudahan laman web. Pelajar dapat menghantar tugasan kepada pendidik melalui internet tanpa perlu bertemu pendidik. Pelajar boleh berinteraksi dengan pendidik melalui internet. Pelajar-pelajar juga boleh berinteraksi sesama mereka melalui internet. Penggunaan ICT dapat memberi keselesaan kepada pelajar kerana pelajar boleh belajar mengikut masa yang sesuai dan untuk berapa lama mengikut tahap pembelajaran masing-masing.(individual learning speed) Pelajar juga boleh mengulang pelajarannya tanpa perlu rasa takut dimarah oleh pendidik kerana pelajar hanya perlu menekan butang-butang di komputer sahaja. Soalan latihan yang berbeza dan banyak dapat disediakan melalui penggunaan ICT akan menarik minat pelajar untuk terus aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.

Di sebalik kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains, secara umumnya terdapat beberapa kelemahan. Di antaranya adalah Sesetengah pelajar tidak dapat memahami konsep matematik dan sains dengan tepat kerana apa yang dilakukan melalui komputer/internet hanyalah untuk keseronokan sahaja . (Hanya membaca dan mengikut arahan komputer) Objektif P&P tidak akan tercapai sekiranya pendidik tidak menekankan konsep yang jelas kepada pelajar semasa penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains. Pelajar berkemungkinan malas datang ke kelas kerana semua maklumat/ nota kuliah/ tugasan boleh didapati dari internet. Penghantaran tugasan melalui laman web boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Oleh itu besar kemungkinan pelajar mengarahkan pelajar lain untuk membuat tugasan tersebut dan menghantarnya secara online kepada pendidik. Para pendidik berkemungkinan berasa tidak yakin untuk mengendalikan keseluruhan subjek dengan penggunaan ICT kerana mereka kurang mahir dalam teknologi tersebut. Penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains di UPSI juga dijangkakan akan melalui pengalaman pahit dan manis seperti yang dinyatakan di atas. Cadangan Pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan ICT bukanlah suatu tugas yang mudah. Ianya memerlukan komitmen yang mendalam dari semua pihak, baik para pendidik sendiri mahupun para pelajar. Pihak kementerian dan pihak universiti juga perlu memainkan peranan penting bagi menjamin keberkesanan penggunaan ICT dalam P & P matematik dan sains di UPSI. Untuk merealisasikan keberkesanan penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains di UPSI ini, pengkaji mencadangkan agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khasnya dan UPSI amnya perlulah memastikan: Para pendidik matematik dan sains diberikan latihan yang mencukupi untuk menggunakan ICT dalam P&P matematik dan sains supaya mereka benar-benar berkeyakinan dan bermotivasi untuk menggunakan ICT dalam pengajaran mereka. Para pelajar diberi pendedahan awal tentang penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains bagi memudahkan proses pembelajaran. Objektif pengajaran tercapai melalui penggunaan ICT yang menggalakkan peningkatan ilmu dalam pembelajaran. Kemudahan dan kelengkapan ICT mencukupi dan terkini serta boleh digunapakai dengan mudah pada bila-bila masa sepanjang waktu pejabat. Kesimpulan Persepsi positif para pendidik sains dan matematik terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di UPSI dapat diambil sebagai suatu petunjuk awal bahawa para pendidik di FST UPSI berkemampuan untuk membimbing pelajar-pelajarnya agar menjadi seorang yang celik komputer dan dapat berbakti kepada

agama, bangsa dan negara di masa hadapan. Pelajar-pelajar UPSI yang terdiri dari bekas guru sekolah dan juga bakal guru yang keseluruhannya akan menjadi tenaga pengajar selepas tamat program Sarjana Muda Pendidikan Matematik/Sains diharapkan dapat meneruskan kesinambungan teknologi ini di sekolah-sekolah di mana mereka bertugas kelak. Tidak dinafikan, dari kajian yang dijalankan didapati ada segelintir pendidik yang mahir dengan teknologi komputer tetapi tidak mahu menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains kerana mereka merasa lebih selesa dengan pengajaran cara tradisional iaitu menggunakan teknik menulis dan menyampaikan. Ini adalah penomena yang biasa dialami oleh mana-mana teknologi baru kerana para pendidik memerlukan masa untuk mengadaptasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji merumuskan pada umumnya para pendidik matematik dan sains di UPSI mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains. Majoriti para pendidik di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) UPSI kelihatan bersedia untuk menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Diharapkan hasil kajian ini dapat mencerminkan persepsi sebenar para pendidik di FST UPSI walaupun dapatan kajian hanya berdasarkan satu sampel yang kecil iaitu 32 pendidik sahaja yang terlibat dalam kajian ini. Oleh yang demikian pengkaji mencadangkan agar kajian selanjutnya dijalankan yang melibatkan keseluruhan pendidik sains dan matematik di UPSI bagi mendapatkan hasil persepsi yang lebih signifikan. Pengkaji juga mencadangkan agar kajian mengenai keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di UPSI dapat dijalankan di masa hadapan. Rujukan Abd. Wahab, J. et al. (2002). Proses analisis dalam pembangunan untuk pengajaran pengaturcaraan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Matematik, UPSI, hlm. 36-42. Becta (British Educational Communications and Technology Agency) Tranforming teaching and learning through ICT. Chan, F.M. (2002). ICT in Malaysian schools: Policy and strategies. Seminar/Workshop on the Promotion of ICT Education to Narrow the Digital Divide,Tokyo, Japan. Henderson, L., Eshet, Y., & Klemes, J. (2000). Under the microscope: factors influencing student outcomes in a computer integrated classroom. Journal of Computers in Mathematics & Science Teaching, 19(3), 211-236. Hargrave, C.P., & Kenton, J.M. (2000). Preinstructional simulations: Implications for science classroom teaching, Journal of Computers in Mathematics & Science Teaching,19(1), 47-58. Ismail, A., & Raffee, S.S. (2002). Designing mathematical teaching aids using computers and proposing a multimedia package Review of Algebra. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik, UPSI, hlm. 113-125. Issroff, K., & Scanlon, E. Using technology in higher education: An activity theory perspective. Journal of Computer Assisted Learning, 18 (1), 77-83.

Knezek, G. et al. (2000). Information and communication technologies in hands-on science emerging trends across three nations. Journal of Computers in Mathematics & Science Teaching,19(3), 277-295. Moor, J., & Zazkis, R. (2000). Learning mathematics in a virtual classroom: Reflection on experimental. Journal of Computers in Mathematics & Science Teaching, 19 (2), 89-113. Marzita, P., & Rohaidah, M. (2002). Geometer Sketchpad: Penggunaannya di dalam pembelajaran matematik tambahan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik, UPSI, hlm. 270-281. Mohamad, H. (2001). Information and communication tecnology (ICT): The role of teacher education division. The Asia and the Pacific Seminar/Workshop on Educational Technology, Tokyo, Japan. Nor Hapiza, M.A., Norlaila, J., & Zaharah, H. (2002). Tutorial dalam talian: Dari perspektif pelajar. Seminar Kebangsaan Sains, Teknologi & Sains Sosial UiTM, Kuantan, hlm. 50-56. UNESCO Asia-Pacific Regional Bureau for Education. (2000). Information and Communication Technologies for Education in Asia Pacific: ICT in teaching /learning in formal and non-formal education. http//:www.upsi.edu.my

Anda mungkin juga menyukai