Anda di halaman 1dari 2

Aisyah Karina binti Abdul Kadir 1 Delima

Latar Belakang Muhammad bin Abdullah ( ) dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Baginda merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir bagi umat Islam dan dikenali sebagai Nabi Muhammad SAW () . Baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam. Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda dipelihara oleh seorang ibu angkat (ibu susuan, iaitu wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah( ) di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Sepanjang tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria). Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran. Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa. Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak, dua lelaki dan empat perempuan, tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.

Bidang Penglibatan 1 |Nabi Muhammad S.A.W

Aisyah Karina binti Abdul Kadir 1 Delima

Ketika berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Allah melalui malaikat Jibril ketika sedang berada di Gua Hira. Nabi Muhammad telah dilantik menjadi Rasul yang terakhir. Baginda menerima Kitab Al-Quran untuk dijadikan sebagai panduan umat Islam. Nabi telah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan semasa mengembangkan agama Islam. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar sebelum menjadi Rasul.

Rasulullah SAW Sebagai Idola Baginda menjadi idola saya kerana kesabaran dan ketabahannya dalam memimpin umat Islam sangat menggagumkan. Nabi Muhammad telah berjaya mengumpul ribuan umat Islam berkat kesabaran dan usaha beliau. Cintanya kepada Allah dan agama Islam juga sangat besar dan tidak dapat dibayangkan. Baginda juga telah banyak memberi pengajaran dan dakwah yang berilmu kepada kaum Quraisy yang tidak mahu mengikuti ajaran Islam. Nabi Muhammad juga merupakan seorang suami dan ayah yang baik kepada kesemua isteri dan tujuh orang anaknya. Sungguh mulia hati Rasulullah, sehingga telah menyuapkan nasi kepada seorang pengemis Yahudi yang buta. Baginda menyuapkan nasi kepada pengemis itu walaupun pengemis itu tidak putus-putus mencerca Rasulullah. Beliau juga sabar apabila halaman rumahnya dibaling dengan tahi. Kerana sifatnya yang mulia dan penyayang itulah membuatkan saya tertarik dengannya. Saya sangat bangga kerana Islam mempunyai seorang Nabi yang cukup sempurna.

2 |Nabi Muhammad S.A.W

Anda mungkin juga menyukai