Anda di halaman 1dari 23

Definisi komunikasi dan bahasa

Owen (1990), komunikasi adalah satu proses seseorang itu bertukar maklumat dan bertukar idea. Pengirim dan penerima membina maklumat dan saling bertukar maklumat dalam dua hala. Maklumat itu diterima dan saling memahami.

Lexicographer iaitu ahli kamus bahasa, komunikasi adalah keupayaan seseorang untuk mencapai kebersamaan. Jika dua orang berkomunikasi maka pemahaman yang sama akan berlaku terhadap kedua-dua orang tersebut.

Komunikasi

Kathleen S Venderber dan Rudolf F Venderber (1977) yang menyatakan komunikasi adalah satu proses berkongsi makna melalui pengiriman dan penerimaan mesej secara sengaja dan tidak sengaja. Komunikasi merupakan satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak kepada satu pihak yang lain.

Websters New Collegiate Dictonary edisi tahun1977 antara definisi komunikasi yang menjelaskan bahawa komunikasi adalah satu proses pertukaran informasi di antara individu melalui sistem lambing-lambang, tanda-tanda atau tingkah laku.

Secara umum, komunikasi adalah satu proses pembentukan, penyampaian, penerimaan dan pengolahan pesan yang terjadi di dalam diri seseorang dan atau diantara dua atau lebih dengan tujuan tertentu.
1

Dalam Kamus Dewan Edisi ke 3, bahasa didefinisikan sebagai satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

Sapir (1921), bahasa adalah kaedah manusia menghhasilkan idea, emosi dan kemahuan melalui sistem simbol yang dizahirkan secara volumtari. Volumtari bermaksud kemahiran manusia menggunakan bunyi dan disusun dalam cara tertentu dan secara kebetulan.

Bahasa

Prof. Dr asmah Hj Omar, bahasa adalah satu sistem yang menyatakan akal fikiran dan isi hati manusia dan juga bahasa sebagai alat perhubungan antara manusia dan harus berkembang selaras dengan perkembangan masyarakat pemakai bahasa itu. Bahasa yang mendukung akal fikiran itu harus dapat mengejar dan mengatasi keperluan manusia.

Bahasa satu sistem simbol bunyi ucapan arbitari dan melalui inilah manusia boleh berkomunikasi. Selain daripada itu, bahasa merangkumi apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam bentuk simbolik seperti dalam perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan.

Masalah Bahasa dan Pertuturan di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas

Kanak-kanak Terencat Akal

Bentuk bahasa kanak-kanak terencat akal tidak tepat dan kurang sempurna.

Kandungan bahasa dari segi kosa kata adalah kurang.

Kualiti bahasa yang dituturkan adalah rendah.

Penggunaan bahasa kanak-kanak terencat akal tidak tepat, tidak lengkap dan tidak sempurna.

Penerimaan bahasa yang lambat, tidak jelas perkataan yang diucapkan, sedikit pelat atau tidak langsung.

Kanak-kanak Autisme

Perkembangan bahasa lambat atau tiada langsung.

Kelihatan seperti bermasalah pendengaran & tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.

Jarang menggunakan bahasa & sukar di ajak bercakap.

Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan.

Sering mengeluarkan bahasa yang tidak difahami.

Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja.

Meniru perbualan atau nyanyian tanpa mengerti maksudnya.

Ekolalia iaitu suka mengulang-ulang apa yang dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi.

Tidak memahani perkataan kiasan, sindiran atau peribahasa.

Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu tanpa mengeluarkan suara atau perkataan.
4

Kanak-kanak Bermasalah Sensori

Sering meminta percakapan diulang berkali-kali.

Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa.

Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan.

Sukar memahami arahan atau perbualan di tempat bising.

Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk fahami apa yang didengari.

Sukar memahami perbualan telefon.

Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual


5

Kanak-kanak Bermasalah Emosi dan Tingkah laku

Kanak-kanak yang boleh bertutur banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan & kurang mahir untuk membentuk frasa secara kreatif.

Tajuk perbualan adalah terhad walaupun kanakkanak yang mempunyai perbendaharaan kata yang luas.

Mempunyai masalah dalam penulisan dan bahasa isyarat formal.

Bahasa yang digunakan tidak sesuai dengan peringkat umur dan bergantung kepada latihan berbahasa sepanjang proses membesar.

Tidak tunjukkan kurang keupayaan tertentu dalam susunan kata dalam ayat.

Pertuturan boleh difahami walaupun tidak seperti orang dewasa.

Mengenalpasti

seorang

kanak-kanak

berkeperluan

khas

dan

membuat

pemerhatian terhadap perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak tersebut. Mata adalah satu deria yang sangat berharga kepada manusia. Jika mata tidak lagi berfungsi, segala keindahan alam tidak lagi dapat dinikmati. Untuk mengetahui, memahami dan menafsir dunia luar merupakan fungsi otak, pengalaman serta mata kita. Jadi kecacatan dalam penglihatan ini boleh menghalang pemahaman seseorang individu terhadap dunia seperti sedia kala. Bagi pendidikan, individu yang buta ini terpaksa belajar membaca dengan menggunakan sistem tulisan braille ataupun menggunakan kaedah mendengar iaitu pita audio dan rakaman. Bagi individu yang tergolong dalam penglihatan rendah pula ialah mereka yang tidak sempurna penglihatannya serta dapat membaca tulisan cetak walaupun mereka memerlukan alat-alat pembesar atau buku yang memakai huruf cetak yang besar. Sesetengah individu yang rendah daya penglihatannya akan menghadapi menghadapi keadaan di mana terpaksa mempelajari Braille untuk persediaan apabila mereka sudah mencapai ke tahap tidak lagi dapat membaca bahan cetak dengan berkesan. Dari sini secara tidak langsung terdapatnya beberapa klasifikasi bagi kanakkanak yang cacat penglihatan ini. Klasifikasi pendidikan berdasarkan penyesuaianpenyesuaian khas perlu bagi menolong kanak-kanak ini belajar. Bagi kecacatan penglihatan yang sederhana, ia boleh dibantu dengan alat bantu pandang manakala ia tidak berkesan bagi yang mengalami kecacatan yang berat kerana tidak dapat menggunakan penglihatannya sebagai pembelajaran. Menurut Penilaian semula ke 10 Pengkelasan Statistik Antarabangsa,

Kecederaan dan Punca Kematian WHO, Penglihatan lemah ditakrifkan sebagai ketajaman penglihatan kurang dari 6/18, tetapi lebih baik atau bersamaan dengan 3/60, atau bersamaan kehilangan medan penglihatan kepada kurang daripada 20 darjah, dalam mata terbaik dengan pembetulan terbaik. Buta ditakrifkan sebagai ketajaman penglihatan kurang dari 3/60, atau bersamaan kehilangan medan penglihatan kurang daripada 10 darjah, pada mata terbaik dengan pembetulan terbaik.(Wikipedia)
7

Dari aspek pendidikannya bermasalah penglihatan bermaksud : i) Cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk

membaca dan melihat huruf biasa. ii) Buta ialah mereka yang langsung tidak dapat melihat dan perlu menggunakan

kod braille untuk membaca. Oleh yang demikian bagi kanak-kanak yang cacat penglihatan, mereka juga terlibat dengan beberapa masalah dalam aspek pembelajaran kerana pertumbuhan deria pancaindera mengalami masalah seterusnya sedikit sebanyak memberi kesan kepada perkembangan mental. Maka tidak hairanlah ada segelintir daripada mereka mengalami proses perkembangan yang lambat seperti respondan yang boleh

dikatogerikan sebagai multiple handicap. Ini bermaksud kanak-kanak tersebut mengalami cacat penglihatan (B2) dan perkembangan lambat. Kanak-kanak dikatakan akan memperolehi bahasa bila tiba masa perkembangan umurnya, sama seperti kebolehan berjalan dan lain-lain lagi. Kebiasaannya kanakkanak perlu dilatih, diajar dan diberi ransangan bagi mempelajari bahasa. Keperluan berbahasa memerlukan kebolehan berfikir semulajadi dan pendedahan dalam keupayaan bahasa itu. Pendedahan kanak-kanak cacat penglihatan kepada bahasa membolehkan proses pembelajaran berlaku menurut konteks kebudayaannya. Ibubapa perlu menyedari bahawa kanak-kanak perlu diberi pendedahan terhadap bahasa sejak mereka kecil lagi. Kanak-kanak cacat penglihatan biasanya mempelajari bahasa dengan lebih berkesan dengan mencontohi model bahasa ibu bapanya. Walau sekalipun tahap keupayaan mental mereka rendah tetapi pengaruh persekitaran memainkan peranan yang sangat penting sebagai pendorong

meningkatkan asas perkembangan bahasa mereka.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dikatakan gagal menguasai salah satu komponen bahasa atau lebih yang terdiri daripada masalah: 1) Fonologi merupakan penggunaan bunyi-bunyi untuk menghasilkan suku kata

dan perkataan. 2) Morfologi merupakan proses pembentukan perkataan daripada unsur makna

yang paling asas. 3) Sintaksis adalah susunan perkataan yang membentuk ayat yang boleh dibina

untuk menentukan susunan perkataan dalam ayat. 4) Semantik ialah peraturan-peraturan yang menentukan makna perkataan dalam

komunikasi 5) Pragmatik adalah penggunaan kemahiran kominukasi dalam konteks sosial atau

cara bahasa digunakan.

Menganalisis dan menghuraikan perkembangan bahasa dan komunikasi kanakkanak berkeperluan khas.

Nama Umur Jantina Tarikh lahir Keturunan

: : : : :

Muhammad Alif B Zaidi 10 Tahun Lelaki 02/09/01 Melayu Zaidi b Ripin Pekerja kilang Sabariah Bt Kadir Suri rumah tangga 5 orang B 071245

Nama bapa : Pekerjaan bapa: Nama Ibu :

Pekerjaan Ibu: Bil. Adik beradik: No. Kad OKU:

Jenis ketidakupayaan: Cacat penglihatan (multiple handicap) Kanak-kanak ini boleh dikatogerikan bermasalah penglihatan B2 yang

bermaksud mempunyai sedikit penglihatan dimana di kedua matanya mempunyai tahap penglihatan 6/24 dan memerlukan rawatan susulan seumur hidupnya. Muhammad Alif B Zaidi dilahirkan pada 2hb September 2001 di Hospital Besar Melaka. Bapanya bekerja kilang di Melaka. Mempunyai lima orang adik beradik yang mana abangnya juga menghadapi masalah yang sama dengannya. Kecacatannya dikesan sebaik kelahiran dan disahkan oleh doktor mempunyai sejenis penyakit yang menyebabkan kedua biji mata seakan tidak seimbang dengan tahap penglihatan yang
10

rendah. Selain daripada itu kanak-kanak ini mempunyai masalah perkembangan lambat dari segi pembelajarannya. Ternyata beliau adalah seorang multiple handicap. Kanak-kanak cacat penglihatan belajar menggunakan bahasa menggunakan deria pendengaran bagi mewujudkan perkembangan pertuturan dan kefahaman berbahasa. Kanak-kanak ini sentiasa terdedah kepada bunyi-bunyi pertuturan di sekitar mereka. Perkembangan berbahasa mereka bergantung kepada kebolehan minda memproses maklumat yang diterima dan ditafsirkan mengikut kefahaman mereka dan kebolehan deria lain berfungsi dengan baik. Kanak-kanak cacat penglihatan sangat bergantung kepada sumbangan deria lain seperti mendengar, rasa, bau, sentuh dan sebagainya bagi membantu perkembangan bahasa mereka. Seorang kanak-kanak yang cacat penglihatan yang teruk mengalami masalah dalam penguasaan bahasanya sekiranya ada gangguan semasa proses mentafsir

maklumat yang diterima. Kanak-kanak tersebut belajar berbahasa melalui pendengaran maka tidak hairanlah sekiranya mereka tidak dapat membuat perbandingan terutama dari aspek perbendaharaan kata, struktur bahasa serta masalah yang berkaitan dengan artikulasinya. Perkembangan bahasa mereka akan terjejas sekiranya mereka membuat andaian dan mentafsir mengikut kefahaman mereka sahaja. Mengikut kajian kanak-kanak normal dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa ketika berkomunikasi. Mereka menerima dan memberi maklumat kepada orang disekitar mereka. Interaksi semulajadi merupakan satu fenomena yang boleh

membantu perkembangan bahasa dan interaksi sosial . Berbeza pula dengan kanakkanak cacat penglihatan yang menggunakan bahasa untuk menyatakan sesuatu tetapi tidak boleh menghayati sesuatu yang lebih abstrak. Oleh yang demikian guru yang bertanggungjawab mengajar kanak-kanak bermasalah penglihatan perlu memahami keperluan mereka . Mereka perlu dibenarkan melakukan sesuatu melalui pengalaman dan melakukan dengan sendiri .

11

Penyampaian maklumat adalah secara perlahan agar mereka dapat memahami dengan baik. Kanak-kanak cacat penglihatan tidak dapat belajar cara yang sama

dengan kanak-kanak normal. Sungguhpun mereka menggunakan sepenuhnya deria lain tetapi masih tidak mampu memberikan maklumat yang tepat. Hasil temubual dengan ibu bapa dan beberapa orang guru yang mengajar kanak-kanak cacat penglihatan serta proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan maka kita dapat merumuskan beberapa masalah perkembangan bahasa yang berkaitan dengan mereka.Keseluruhan masalah bahasa yang dihadapi oleh

kanak-kanak cacat penglihatan bolehlah dilihat aspek berikut: 1) Fonologi dan morfologi

Bagi sesetengah kanak-kanak cacat penglihatan yang kurang pengetahuan berkomunikasi dan tidak dilatih bertutur dengan lancar akan menghadapi masalah

memasuki alam persekolahan. Ini kerana penerimaan, penyimpanan dan pernyataan idea mereka adalah sangat kurang. Dalam perkembangan bahasa kanak-kanak normal akan dapat mempelajari peringkat demi peringkat berkomunikasi dan dapat mendiskriminasikan bunyi dan sebutan. Lama kelamaan kanak-kanak tersebut akan memahami bunyi sebutan itu sebelum mengeluarkan pertuturannya dengan yakin. Kesukaran membunyikan huruf-huruf yang sama bentuk seperti b, d, p, c, s m, n dan r menyebabkan kesukaran mengeja perkataan dan membunyikan perkataan . Namun bagi kajian kes ini masalah sebutan yang tidak jelas ini adalah disebabkan oleh pelat. Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka pelat bermaksud tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul dan tepat. Contoh seperti makan jadi akan , cikgu jadi egu dan sebagainya. Dalam kes ini kanak -kanak mengalami

kesukaran dalam proses-proses tertentu. Pelat terjadi kemungkinan kerana kanakkanak tersebut mengalami masalah kawalan alat pertuturan(artikulasi) yang tidak dapat dikesan pada peringkat awal lagi. Pengaruh persekitaran termasuk ibubapa dan adik beradik mungkin berbahasa pelat juga agar mudah difahami oleh kanak-kanak tersebut.
12

Ini secara tidak langsung turut mempengaruhi bahasa pertuturan kanak-kanak tersebut. Masalah yang ketara ialah ada beberapa sukukata atau sebutan itu terdiri daripada kesengauan suara dimana tidak boleh menyebut dengan jelas sesetengah vokal dan konsonan. Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan sengau sebagai keadaan atau sifat bunyi yang dikeluarkan dari hidung: huruf ~ huruf yg diucapkan melalui rongga hidung (spt n, ng dll). Masalah yang berlaku ini sedikit sebanyak menganggu pengucapanpengucapan yang berkaitan dengan fonetik. Penyebutan kata dan susunan bunyi

pertuturan menjadi sengau dalam perbualan harian. Bila berada di alam persekolahan kanak-kanak terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan yang mempengaruhi emosi dan keyakinan diri berhadapan dengan situasi baru. 2) Sintaksis

Berkaitan dengan semua permasalahan diatas kanak-kanak ini biasanya akan menulis mengikut apa yang disebut dan didengar. Banyak kesalahan ejaan berlaku semasa menulis . Ini semua disebabkan oleh masalah dailek, pelat , sengau dan kurang kefahaman semasa berkomunikasi. Kanak-kanak yang terlibat dengan perkembangan lambat sangat ketara kesalahan yang dilakukan oleh mereka dalam aspek penulisan. Kebanyakan mereka ini membaca dengan sangat lambat, memerlukan tulisan yang besar dengan menggunakan alat bantuan bagi meningkat kefahaman. Kesalahan ejaan sangat ketara kerana kanak-kanak rabun ini menulis

mengikut apa yang didengar. Berlaku pengabaian sukukata dan penambahan mengikut kefahaman mereka sahaja. Mereka tidak boleh menyusun sukukata-sukukata bagi menjadi satu perkataan yang bermakna dengan tulisan tangan yang sangat tidak kemas. 3) Semantik dan pragmatik

Perkara yang sering berlaku dalam perkembangan bahasa bagi kanak-kanak cacat penglihatan ini ialah kesukaran mereka mengikuti dan menggunakan bahasa berdasarkan aspek bahasa yang sepatutnya. Semantik menyentuh perkara-perkara
13

yang berkaitan dengan maksud atau erti sesuatu perkataan. Kemampuan kanak-kanak ini memahami sesuatu maksud perkataan bergantung kepada ciri-ciri sesuatu perkataan tersebut samada ianya melambangkan objek yang konkrit atau abstrak. Contohnya perkataan angin dan peranginan. Ini memerlukan kanak -kanak tersebut membuat andaian bagi dengan maksud yang sebenarnya. Adalah satu cabaran yang sukar bagi kebanyakkan kanak-kanak cacat penglihatan dengan pelbagai kecacatan ini memahaminya. Mereka dapat merasakan angin kerana mereka mempunyai deria lain tajam tetapi bagaimana mereka dapat membayangkan peranginan itu dengan masalah sebutan yang tidak jelasnya. Ketidakupayaan inilah menyebabkan mereka kurang mampu berkomunikasi dengan sepenuhnya. Kesukaran membaca dengan lancar menyebabkan mereka mempunyai pengetahuan yang terhad dalam bahasa dan dalam keterbatasan itu menyebabkan mereka menggunakan sukukata-sukukata yang mudah sahaja. Bahasa dan pertuturan adalah satu alat yang digunakan untuk tujuan komunikasi. Komunikasi atau proses interaksi dapat dilakukan dengan menggunakan lima deria yang utama. Keupayaan berkomunikasi di antara satu sama lain membolehkan penyampaian idea yang kompleks dengan menggunakan satu sistem perhubungan yang tersusun. Ianya bukan sahaja dapat menggalakan perhubungan sosial tetapi dapat juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kognitif . Komunikasi memerlukan sebarang maklumat yang bermakna dan memahami maklumat yang diterima. Ketidakupayaan seseorang itu dalam berkomunikasi terutama menerusi percakapan, pendengaran, bacaaan dan tulisan akan menyebabkannya kurang mampu untuk berkomunikasi sepenuhnya.

14

Strategi / teknik intervensi yang sesuai untuk mengatasi masalah bahasa dan komunikasi. Langkah-langkah atau kaedah-kaedah untuk penilaian bahasa dan intervensi bagi kanak-kanak cacat penglihatan adalah pelbagai. Walau bagaimanapun intervensi yang akan dibincangkan ini adalah ditujukan kepada kanak-kanak yang berada di dalam golongan multiple disiblities (pelbagai kecacatan). Beberapa cadangan telah dibuat untuk memenuhi kehendak kanak-kanak yang bermasalah dalam bahasa. Program intervensi perlu dijalankan seawal mungkin supaya masalah dapat diatasi mengikut keperluan semasa kanak-kanak. Penglibatan ibubapa adalah diperlukan sepanjang masa dari peringkat mengenalpasti sehingga ke peringkat intervensi. Masalah komunikasi yang kurang berkesan. Perkembangan komunikasi sangat dipengaruhi oleh kematangan intelek dan mental, umur, persekitaran dan alat pertuturan. Ibubapa dan guru adalah agen utama yang boleh melatih kanak-kanak ini melalui proses-proses yang tertentu. Oleh yang demikian mereka perlu dilatihtubi berulangkali dengan penuh kesabaran dan keyakinan tanpa rasa jemu terutama bersama ahli keluarga. Mereka perlu berinteraksi secara lebih kerap dan menggunakan semua deria utama yang ada sehingga menimbulkan rasa ingin maju dan terus mencuba. Secara semulajadinya sikap positif atau negatif ibu bapa memberi kesan yang hebat terhadap perkembangan kanak-kanak cacat penglihatan. Samada di rumah atau sekolah yang paling penting ialah kanak-kanak tersebut membesar dengan perkataan atau frasa-frasa yang selalu didengar dan menggunakannya pada situasi yang betul. Contohnya seperti pengucapan selamat pagi , terima kasih dan sebagainya. Dalam perbualan harian mereka perlu d ibantu dengan mengembangkan perbendaharan kata mengenai benda-benda

dipersekitarannya. Walaupun tidak dapat melihat / rabun kita galakkan mereka meneroka dengan menggunakan deria lain seperti sentuh, bau ,rasa dan dengar.

15

Berikut adalah aktiviti yang boleh dikongsi bagi menggalakan mereka berkomunikasi dengan yakin. 1. 2. Membacakan buku cerita di waktu senggang. Galakan mereka bermain dengan rakan sebaya supaya mereka dapat

meluahkan dan berkongsi perasaan . 3. 4. Menonton dan mendengar rancangan kegemaran bersama. Melihat buku-buku bergambar atau buku skrap yang boleh diubah suai mengikut

tahap kecacatan mata. 5. Masalah sebutan yang kurang jelas dan kurang perbendaharaan kata Masalah ini dikaitkan dengan pelat atau sengau. Oleh yang demikian latihtubi perlu dijalankan dan memerlukan masa yang panjang bagi membetulkan masalah sebutan tersebut. Masalah menjadi lebih berat kerana kanak-kanak ini mempunyai pelbagai kecacatan. Pelbagai kaedah perlu dijalankan termasuk latihtubi sebutan atau mendengar pita rakaman dengan menggunakan kad imbasan atau melalui cctv serta kanta pembesar. Masalah ini juga dapat diatasi dengan meningkatkan pergaulan dengan rakan sebaya agar mereka dapat berkomunikasi dengan sebutan yang betul.Ibu bapa digalakkan berjumpa dengan pakar pertuturan agar kanak-kanak ini dapat melalui proses terapi yang sesuai. Guru juga digalakan menggunakan perkataan yang mudah difahami pada peringkat permulaan dan secara beransur menggunakan penambahan-penambahan yang sesuai yang mudah dengan gambaran yang jelas. Juga dicadangkan membawa kanak-kanak ini meneroka ke sesuatu tempat semua deria yang ada. atau benda dengan menggunakan

16

Pengaruh dailek atau loghat daerah Persekitaran di rumah sangat mempengaruhi perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak. Mereka membesar dan belajar bertutur dan mengenal bahasa melalui ibubapa. Maka tidak hairanlah apa yang dipertuturkan dan apa yang di dengar setiap hari akan mempengaruhi mereka. Oleh yang demikian mereka akan datang ke sekolah dengan pengetahuan bahasa yang telah mereka pelajari di rumah. Maka akan kedengaranlah sepertimakang ikangpemadangdan sebagainya. Bunyi -bunyi ini lah yang harus diperbetulkan dengan kaedah-kaedah yang sesuai dalam pengajaran bahasa Malaysia termasuklah kaedah fonetik, kaedah abjad, sukukata dan sebagainya. Salah satu kaedah tersebut jika dilakukan secara latihtubi dan berterusan akan memberi impak yang positif. Kanak-kanak juga boleh dibekalkan dengan kad-kad

imbasan yang mengandungi perkataan yang perlu dilatihtubi dengan ejaan dan sebutan yang betul untuk dibaca di rumah bersama keluarga. Masalah kesalahan ejaan dan kurang pemahaman. Kanak-kanak cacat penglihatan/rabun mempunyai masalah untuk menulis dan membaca dengan cepat, pergerakan mereka sangat terbatas dan sangat lambat. Maka tidak hairanlah mereka memerlukan alat yang sesuai untuk membaca dan menulis dengan jelas. Meskipun menggunakan alat kebolehan menulis dan membaca tetap lambat kerana mereka terdiri dalam katogeri perkembangan lambat. Mereka menulis berpandukan apa yang mereka sebut, jika pelat maka akan banyaklah kesalahan

ejaannya dan mereka tidak faham apa yang mereka tulis.Antara cadangan yang boleh membantu ialah: 1) Bagi masalah ini guru boleh menggunakan huruf-huruf yang besar agar lebih jelas ejaannya dan dapat ditulis dengan betul. 2)Bahan-bahan seperti kad-kad bacaan bergambar perlu disediakan dengan saiz yang besar.

17

3) penggunaan beberapa alat yang sesuai seperti JAWS iaitu komputer bersuara, embroser,mesin braille, kanta pembesar dan cctv serta alatan-alatan yang bersesuaian dengan tahap kecacatan mereka. Teknik pengajaran dan pembelajaran Teknik latih tubi Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu.Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksudperkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakanbahasa iaitu :a) Sebutan (accent) -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.b) Tatabahasa (grammar) -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukumhukum bahasadaripada semua aspek.c) Perbendaharaan kata (vocabulary) -

meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuaimengikut konteksnya dalam situasi tertentu.d) Kefasihan (fluency) -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpamemikirkan apakah maksudnya.e) Kefahaman (comprehension) latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar. Teknik permainan bahasa Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

18

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistempendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju inidiinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : i) merangsang interaksi verbal pelajar ii) menambah kefasihan dan keyakinan iii) menyediakan konteks pembelajaran iv) bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan iv) bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan Teknik soal jawab Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.Tujuan utama teknik soal jawab ialah : i) ii) iii) untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid. untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

19

Teknik bercerita Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ianya juga merupakan latihan pemahaman, perluasan

perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Bercerita juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar.Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Teknik Kuiz Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolahsekolah Melayu.Tujuannya ialah : i) Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar

mengenai topik-topik tertentu. ii) iii) Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-

soalan secara teka-teki. iv) v) Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk,

makna dan penggunaan bahasa yang tepat.

20

Refleksi Saya memulakan pelaksanaan kerja kursus ini dengan perasaan seronok. Saya memulakan penaakulan saya sebaik sahaja mendapat kertas panduan kerja kursus PKU 3102. Sebelum ini saya sudah mempelajari beberapa aspek dalam mata pelajaran ini iaitu pengenalan kepada masalah bahasa dan komunikasi. Melalui maklumat sedia ada yang saya telah perolehi, saya mula menghubungkaitkan beberapa fakta yang boleh dimasukkan dalam mana-mana sub topik dalam kerja kursus ini. Melalui pengetahuan sedia ada tersebut, saya menemui satu jawapan kepada soalan yang kedua dalam kerja kursus ini iaitu yang berkenaan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai pengalaman sedia ada dalam menggunakkan bahasa dan komunikasi, mereka secara tidak langsung akan lambat menerima ataupun mungkin seringkali gagal mencapai objektif yang hendak dicapai. Oleh hal yang demikian sebagai pembimbing iaitu tanpa mengira samada mereka adalah guru, ibu bapa atau masyarakat sekeliling, kita haruslah bijak mengatur strategi untuk memastikan bahawa individu tersebut mampu menguasai kemahiran berbahasa dengan betul. Pihak terbabit haruslah bijak menggunakan pengetahuan sedia ada pada individu berkenaan untuk membawanya memperkembangkan lagi pengetahuan ke arah konsep yang baru. Perkara yang terpenting adalah melihat kebajikan anak-anak murid samada mereka mampu menguasai kemahiran yang seharusnya mereka kuasai pada tempoh tertentu atau sebaliknya. Sememangnya masa harus diurus dengan baik. Namun secara peribadi saya lebih mengutamakan pencapaian pelajar terutamanya dalam perkembangan mereka dari segi bahasa dan komunikasi. Oleh kerana pada zaman ini, manusia saling memerlukan antara satu dengan yang lain, maka saya menyimpulkan bahawa masalah yang terbesar yang harus ditangani segera adalah masalah bahasa dan komunikasi. Hal ini demikian kerana hanya melalui komunikasi dengan menggunakan bahasa sebagai perantaraan, manusia dapat mencapai, meluahkan seterusnya memiliki keinginan dan kepuasan dalam kehidupannya.
21

Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani masalah ini. Jangan biarkan kaum sejagat manusia tercari-cari arah kehidupan mereka hanya disebabkan masalah bahasa dan komunikasi yang mereka hadapi.

22

Bibliografi Ahmad, M. (2008). Intervensi Anak Istimewa Bermasalah Pembelajaran. Kota Kinabalu, Sabah: University Malaysia sabah, 2008. Anuar. (2009, April 15). BLOGGER. Retrieved Januari 2010, from DEMI CINTA INI: http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-bahasa-dan-komunikasi.html Kamaruddin, K. (2009). Psikologi Perkembangan Panduan Untuk Guru. Tanjong Malim, Perak: Universiti pendidikan Sultan Idris. Kamus Dewan Edisi ke-4. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lian, S. S. (2006, April). Retrieved Februari 2010, from Pdf.:

http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/SIOWSWEELIANBP030056D20 06TTP.pdf Malaysia, J. P. (2008). Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas . Retrieved September 01 , 2009 Sang, M. S. (2008). Perkembangan Kanak-Kanak. Ipoh perak: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

23

Anda mungkin juga menyukai