Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Daripada tugasan kerja kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang telah saya terima dan selesaikan, saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan mengenai kebaikan model reka bentuk pengajaran ASSURE. Antaranya, sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran, seseorang guru perlu terlebih dahulu menganalisis murid-muridnya. Perkara inilah yang sering terlupa atau terabaikan oleh guru-guru disekolah pada masa sekarang. Langkah menganalisis pelajar adalah sangat penting kerana dari situ seseorang guru dapat mengetahui tahap keupayaan seseorang muridnya serta ciri-ciri yang terdapat pada dirinya. Hal ini seterusnya dapat membantu guru merancang cara-cara atau strategi-strategi pengajaran yang lebih berkesan kepada murid-muridnya agar tiada seorang pun daripada murid-muridnya yang tercicir daripada beroleh ilmu. Selain daripada itu, saya juga beroleh sedikit pengetahuan mengenai kepentingan penggunaan bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajran. Model reka bentuk pengajran ASSURE amat menekankan penggunaan bahan sumber dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana bahan sumber dapat menjadikan sesuatu proses pengajaran guru menjadi lebih menarik, berkesan dan memberi kelainan agar murid-murid tidak berasa bosan. Sesungguhnya, keenam-enam langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah sangat penting bagi dijalankan oleh guru dalam setiap pengajaran hariannya di dalam kelas. Bagi saya, penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE adalah lebih baik berbanding model-model yang lain kerana ianya lebih lengkap dan bersistematik. Diharapkan agar apabila saya menjadi seorang guru kelak, saya dapat mempraktikkan penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE di sekolah. Sebagai kesimpulannya, setiap guru perlulah mengguna dan mempraktikkan model reka bentuk pengajaran ASSURE apabila mengajar di kelas.

Anda mungkin juga menyukai