Anda di halaman 1dari 4

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan PCK 3

PCK 3 TAJUK 6: ALKOHOL, ETER DAN AMINA AKTIVITI: Mengenalpasti produk-produk pengguna seperti produk makanan, minuman, agen pembersih rumah, peralatan mandi, kosmetik dan sebagainya yang mengandungi alcohol, eter dan amina. SENARAI PRODUK-PRODUK PENGGUNA YANG MENGANDUNGI ALKOHOL, ETER DAN AMINA NAMA PRODUK 1. Hand sanitizer (antimicrobial hand gel) 2. Ubat batuk 3. Minyak wangi 4. Krim antiseptic 5. Krim rawatan rambut 6. Deodoran udara 7. Pewangi (cologne) 8. Permanent marker 9.Ubat alahan (antihistamine) 10. Gel perapi rambut 11. Pencelup fabrik 12. Roll-on deodorant 13. Penyembur racun serangga 14. Buih mandian 15. Ubat pelega sesak hidung (decongestants)
1 Sarina Saari

NAMA BAHAN KIMIA Etil alkohol

JENIS BAHAN KIMIA Alkohol

Etanol Etanol Etanol Etanol Etanol Etanol Etanol Chlorpheniramine

Alkohol Alkohol Alkohol Alkohol Alkohol Alkohol Alkohol Amina

Triethanol-amine Azo dyes Stearyl ether Dimethyl ether

Amina Amina Eter Eter

Polyethylene glycol Amitriptyline

Eter Amina

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan PCK 3

Rajah 1 : Antara produk yang mengandungi alkohol

Rajah 2 : Antara produk yang mengandungi amina

Rajah 3 : Antara produk yang mengandungi eter

Sarina Saari

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan PCK 3

SOALAN : 1. Apakah yang kamu pelajari daripada aktiviti ini? Daripada pengalaman menjalankan aktiviti ini, saya mempelajari bahawa banyak produk-produk pengguna yang mengandungi alkohol, eter dan amina. Apabila saya meneliti label setiap produk secara tidak langsung saya mempelajari kandungan bahan kimia yang terdapat di dalam produk tersebut. Alkohol dan eter adalah pelarut organik yang baik dan digunakan secara meluas di dalam industri dan makmal. Manakala amina pula banyak digunakan dalam bidang perubatan dan farmasi.

2. Bahagian manakah di dalam kurikulum sains sekolah rendah yang berkaitan dengan topik ini? Sains Tahun 3 Theme : Learning about Materials Around Us Learning Area : 6.0 Mixing Substances Learning Objective : 6.1 That Different Substances Have Different Properties. Learning Outcomes : 6.1.2 Descibe the Results of Mixing Different Substances with Water, 6.1.3 Describe the Results of Mixing Different Substances with Vinegar.

3. Bincangkan bagaimana kamu boleh menggunakan aktiviti ini di dalam pengajaran dan pembelajaran? Di dalam topik Tahun 3 yang berkaitan adalah, murid mencampurkan beberapa bahan pepejal seperti tepung gandum, tepung ubi, garam, susu dan gula bersama dengan air dan cuka. Murid mengenalpasti bahan yang boleh terlarutcampur dan tidak terlarutcampur di dalam air dan cuka. Daripada pengetahuan saya dalam topik ini, guru boleh menjalankan suatu aktiviti pengayaan, iaitu murid boleh juga mencampurkan bahan-bahan pepejal tersebut dengan alkohol (etanol) bagi menggantikan air dan cuka. Murid mengenalpasti bahan yang boleh terlarutcampur dengan alkohol. Selain itu guru juga boleh menggalakkan murid menjalankan aktiviti mencampurkan bahan cecair denga
3 Sarina Saari

SCE 3103 Meneroka Alam Bahan PCK 3

n cecair yang lain. Contohnya air dan alkohol, air dan cuka dan cuka dan alkohol. Guru boleh memberi penjelasan bagaimana dua larutan boleh terlarutcampur atau tidak terlarutcampur iaitu dengan memerhatikan sama ada terbentuk lapisan ataupun tidak. Dengan menjalankan aktiviti seperti ini, ia menarik minat pelajar untuk meneroka sifat-sifat bahan. Walaupun aktiviti ini dijalankan bersama murid tahun 3, ia boleh dilakukan dengan bimbingan guru. Dengan mendapat pengetahuan secara hands-on ini, ia boleh memberi ingatan jangka panjang kepada murid dimasa akan datang.

4. Apakah peranan guru di dalam aktiviti ini? Peranan guru di dalam aktiviti ini antaranya ialah: Berperanan sebagai fasilitator dan menjalankan aktiviti terbimbing bersama murid. Bertindak sebagai perancang sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti agar murid mendapat pengetahuan baru. Merangsang dan menggalakkan murid mencuba melakukan perkara yang baru. Membimbing murid menjalankan kemahiran manipulatif disamping menerapkan nilai-nilai murni semasa menjalankan aktiviti. Menggalakkan murid membuat perbincangan di dalam kumpulan kecil, tentang keputusan aktiviti dan membuat kesimpulan.

Sarina Saari