Anda di halaman 1dari 7

MODEL ASSURE Reka Bentuk Pengajaran Tajuk Guru Tahun Mata Pelajaran Tempoh Masa Analisis Pelajar Ciri

umum : i) Umur : Semua murid berumur 8 tahun ii) Tahun : 2 Inovatif iii) Aliran : Perdana iv) Jantina : 7 lelaki, 4 perempuan v) Penempatan/kawasan : Majoriti murid tinggal di kawasan ladang dan kampung-kampung di kawasan pedalaman. vi) Budaya : Keseluruhan murid berbangsa Melayu. Pengetahuan Sedia ada: i) Murid pernah mendengar atau menonton televisyen tentang cara-cara mencuci tangan yang betul dalam kehidupan mereka. ii) Murid biasa mencuci tangan sebelum memegang makanan dalam kehidupan seharian mereka. Gaya pembelajaran : i) Gaya pembelajaran auditori murid menjalani pembelajaran melalui pendengaran. ii) Gaya pembelajaran kinestetik murid menjalani pembelajaran melalui perbuatan atau amali. iii) Gaya pembelajaran visual murid menjalani pembelajaran melalui penglihatan. Nyatakan Objektif : Jagalah Kebersihan ( Cara-cara Mencuci Tangan ) : Zainal Bin Hj. Yahaya : 2 Inovatif : Bahasa Malaysia : 60 minit

Pada akhir pembelajaran murid dapat : i) Menyatakan cara-cara atau langkah-langkah mencuci tangan mengikut turutan yang betul. ii) Menerangkan tiga kepentingan mencuci tangan sebelum memegang makanan. Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan Media : i) Media Tayang penggunaan power point secara total, memudahkan pengajaran guru serta menarik minat murid untuk melihat dan mendengar isi pengajaran dengan berkesan. ii) Media Pameran memperlihatkan bahan maujud (alatan mencuci tangan seperti sabun dan kain tuala yang bersih)kepada murid untuk langkah simulasi. Kaedah : i) Kaedah pandang dengar murid menggunakan kemahiran melihat dan mendengar secara aktif dengan serentak. Membantu murid memaham dan mengingat melalui slaid yang dilihat. ii) Kaedah ulangan memberi kesan kepada murid untuk mengingati cara-cara yang betul mengikut turutan. iii) Kaedah amali memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi secara terus dengan situasi pembelajaran dan melakukannya sendiri. Bahan : i) Bahan Maujud ( seperti sabun, pencuci tangan, kain lap yang bersih ) untuk aktiviti simulasi atau tunjuk cara. ii) Media pembelajaran interaktif. iii) Lembaran kerja. Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah

Semak/ pratonton/ kaji sumber bahan sebelum digunakan : i) Guru perlu memastikan media yang akan digunakan berada dalam keadaan baik dan berfungsi sepenuhnya. ii) Sebelum ditayangkan dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menonton serta menyemak durasi serta isi keseluruhan video atau slaid yang akan ditayangkan sama ada sesuai atau tidak dengan tajuk pengajaran dan pembelajaran. iii) Pastikan media yang akan ditayangkan mudah difahami dan sesuai dengan tahap murid. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas : i) Bahan Maujud ( sabun, pencuci tangan Detol ) Guru memastikan bahan yang akan digunakan tidak menjejaskan kesihatan. Bahan maujud ini dibawa sendiri oleh guru agar mudah dikawal penggunaanya. Bahan maujud yang disediakan akan disimpan dibilik kesihatan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. ii) Media pembelajaran interaktif ( power point ) Guru perlu merancang penggunaan bahan yang sesuai untuk dimuatkan dalam slaid supaya dapat menepati kehendak objektif serta menarik minat murid. Guru juga perlu mahir menggunakan perisian untuk memuatkan video. Selain lembaran kerja, slaid soal jawab juga mampu menarik minat murid. Guru perlu menyediakan beberapa soalan menggunakan perisian khas.

iii) Lembaran kerja.

Guru menggunakan perisian Microsoft Office Word untuk menyediakan lembaran kerja.Lembaran kerja ini diperbanyakkan dan diedar kepada murid di akhir pembelajaran.

Sediakan persekitaran yang sesuai : i) Guru perlu memastikan kelas berada dalam keadaan kondusif dari segi kedudukan perabot dan susun atur yang sesuai dengan dengan lancar aktiviti yang akan dijalankan. ii) Guru menggunakan bilik kesihatan supaya aktiviti amali dapat dijalankan. Sediakan murid untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber : i) Tayangan video dan slaid dapat memberi input kepada murid tentang cara-cara mencuci mengikut peraturan dan turutan yang betul dalam kehidupan seharian murid demi menjaga kesihataan. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi murid : i) Bahan maujud yang diguna dapat memberi pengalaman kepada murid tentang cara cara mencuci tangan yang betul untuk kesihatan. ii) Kaedah amali dapat merangsang pembelajaran murid dan akan menjadi satu pengalaman yang berguna kepada mereka untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

Penglibatan Pelajar Set induksi (5 minit)

i) Guru meminta murid meneka barang yang terdapat dalam kotak ajaib. ii) Tiga orang murid dipanggil kehadapan untuk menyentuh dan meneka bahan yang terdapat dalam kotak ajaib tersebut. iii) Bersoaljawab dengan murid tersebut tentang bahan dalam kotak (sabun pencuci tangan ). Murid memberi respon dan guru mengaitkannya dengan tajuk pelajaran pada hari ini. Langkah 1 ( 10 minit ) i) Murid bercerita tentang cara cara yang biasa murid lakukan semasa mencuci tangan kepada rakan sekelas. ii) Murid mendengar penerangan guru tentang cara-cara mencuci tangan yang betul. iii) Murid bersoal jawab dengan guru tentang kepentingan mencuci tangan sebelum memegang makanan. Langkah 2 ( 15 minit ) i) Murid melihat tayangan slaid gambar serta penerangan tentang cara-cara mencuci tangan mengikut cara dan turutan yang betul. ii) Murid akan mengulang membuat tunjuk cara tersebut secara bergilir dalam tempoh masa yang ditetapkan. iii) Murid menjawab soalan secara lisan berpandukan pada slaid yang ditayang. Langkah 3 ( 25 minit ) i) Murid melakukan amali iaitu cara-cara mencuci tangan yang betul serta mengikut turutan yang betul. ii) Guru membimbing serta membetulkan perlakuan murid. iv) Murid mencuci tangan dengan cara yang betul sambil menyebut setiap langkah yang dilakukan secara teratur. Penutup ( 5 minit ) i) Guru mengagihkan lembaran kerja tentang kepentingan menjaga

kebersihan tangan serta memberi penerangan kepada murid. ii) Murid menyiapkan lembaran kerja masing-masing. Menilai dan Menyemak Semula Penilaian murid Soalan ringkas pada slaid, lembaran kerja dan pemerhatian ketika slot video. Penilaian media Pemerhatian guru terhadap sikap murid apabila penggunaan video dan slaid sedang dilaksanakan. Guru bertanya murid tentang keberkesanan video dan slaid tersebut dari segi kejelasan audio dan visual yang dipertonton. Penilaian guru Guru mencatatkan impak pembelajaran di dalam buku rekod pengajaran. Guru menganalisa keberkesanan dan pemahaman murid terhadap tajuk melalui lembaran kerja murid. Penilaian: - Murid dapat menyatakan cara-cara membasuh tangan mengikut turutan yang betul menggunakan ayat yang gramatis secara lisan.. - Murid dapat menceritakan tiga kepentingan mencuci tangan sebelum memegang makanan. Impak / Keberkesanan: - Murid dapat mengamalkan cara-cara membasuh tangan yang betul dalam kehidupan seharian mereka. - Murid boleh menyatakan kesan akibat tidak mencuci tangan sebelum makan dalam kehidupan seharian mereka.

Disediakan oleh :

ZAINAL BIN HJ. YAHAYA ( 740116-01-6017 ) BM3 PPG AMBILAN JUN 2011 SEM 4(JAN-,MEI 2013) Siap disemak. Untuk perhatian: Pn Zuraidah Baharin

Anda mungkin juga menyukai