Anda di halaman 1dari 15

( Mukasurat 4 ) s a w serta ketiadaan mengikut dan menerima maka tiada dihukumkan dengan iman pada kebanyakan daripada segala

kafir yang mengetahui mereka itu bahawasanya Sayyidina Muhammad s a w itu Nabi dan Rasul yang sebenar karena ketiadaan mengikut hati mereka itu dan ketiadaan menerimanya akan demikian itu [Dan segala rukun Iman itu] enam perkara [Pertama] Beriman ertinya percaya dengan Allah Taala [Kedua] Beriman dengan MalaikatNya [Ketiga] Beriman dengan segala KitabNya [Keempat] Beriman dengan segala RasulNya [Kelima] Beriman dengan hari yang kesudahan [Keenam] Beriman dengan QadarNya baiknya dan jahatnya ertinya bahawasanya sekalian perkara sama ada elok seperti taat atau keji seperti maksiat hasil ia dengan perbuatan Allah Taala atas muwafaqat kehendakNya pada sediakala [Bermula Ihsan itu] berbuat baik dengan bahawa ikhlas oleh seseorang pada segala taatnya dan iaitu beribadat kita akan Allah Taala padahal seolah-olah kita melihatkan Dia maka tiada patut bahawa berpaling kita kepada yang lainnya dengan batin atau zahir pada hal mengetahui kita bahawa Allah Taala itu maka malu kita pada ketika itu bahawa lalai kita di dalam ibadatNya dan Ihsan ini syarat bagi kesempurnaan Islam dan Iman maka tiada sempurna keduanya melainkan dengan dia [Bermula permulaan barang yang wajib] pada syarak atas tiap-tiap mukallaf iaitu orang yang aqil lagi baligh sama ada laki-laki atau perempuan itu bahawa mengenal ia akan Allah Taala1 ertinya mengetahuikan segala hukum sifatNya dan segala hukum ketuhananNya dan mengetahuikan segala yang membawa kepada mengetahuikan demikian itu daripada segala barang yang bergantung dengan Rasul maka tiada dikehendaki dengan mengenal Allah Taala itu mengetahuikan haqiqat zatNya subhanahu wa taala karena tiada dapat mengetahui oleh yang baharu akan haqiqat yang qadim [Maka mengenal] dan mengetahui itu jazam yang membetuli bagi waqi yang hasil jazam itu daripada dalil ertinya itiqad yang putus yang mengenai akan yang benar yang jadi itiqad itu daripada tanda yang menunjuk atas betul itiqad itu [Maka wajib] pada syarak atas tiap-tiap mukallaf mengetahuikan segala yang wajib pada aqal pada hak Tuhan kita jal wa izz dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus bagiNya Taala [Dan demikian] wajib atasnya mengetahuikan barang yang wajib pada hak segala Rasul dan barang yang mustahil atas mereka itu dan barang yang harus bagi mereka itu [Dan erti] wajib pada syarak itu barang yang diberi pahala atas mengerjakan dia dan diseksakan atas meninggalkan dia seperti mengetahui dengan ada Allah Taala Maka diberi pahala atas mengetahui itu dan diseksakan atas ketiadaannya [Dan erti] wajib pada akal itu barang yang tiada tasowwur pada akal ketiadaannya seperti mengambil lapang bagi jirim [Dan mustahil] itu barang yang tiada tasowwur pada akal adanya seperti sunyi jirim daripada gerak dan diam [Dan] jaiz itu barang yang sah pada akaladanya dan tiadanya seperti gerak jirim dan diamnya [Dan wajib] pula atas mukallaf sebagai wujub aini mengetahuikan dalil atas tiap-tiap suatu daripada yang wajib dan yang mustahil dan yang jaiz itu supaya tiada jadi ia muqallid iaitu orang yang jazam ia dengan perkataan orang yang lain dengan ketiadaan mengetahui dalilnya [Dan] telah bersalah-salahan ulama pada kufur muqallid itu dan ketiadaan kufurnya Dan qaul yang sohih bahawasanya mukmin serta berdosa dengan sebab meninggalnya akan belajar dan fikir bicara jika ada ia daripada ahli demikian itu [Dan] dikehendaki dengan dalil itu dalil ijmali iaitu dalil yang lemah oleh empunyanya daripada menetapkan dia2 dan menghuraikan segala syubhat 3 yang didatangkan atasnya seperti dikatakan baginya apa dalil engkau atas ada Allah Taala maka berkata ia alam ini dan lemah ia daripada menyatakan jalan menunjuk alam ini atas ada Allah Taala itu atau kuasa ia atas menyatakan dia tetapi jika didatangkan itiradh atasnya tiada kuasa ia atas menghuraikan dia atas wajah yang dituntuti Maka keluarlah

(Qauluhu mengenal ia akan Allah Taala ertinya karena bahawa mengenalkan Dia itu tempat hantaran segala perkara yang dituntuti daripada hamba maka tiada sah sesuatu yang wajib dan yang sunat melainkan kemudian daripada mengenal Dia subhanahu wa taala 2 (Qauluhu menetapkan dia) Ertinya menyatakan dalil atas jalan yang dituntuti seperti bahawasanya tatkala ditanya orang apa wajah keadaan alam ini menunjuk atas ada Tuhan maka berkata ia alam ini baharu dan yang baharu ada baginya yang menjadikan maka alam ini ada yang menjadikan dia dan ialah Tuhan 3 (Qauluhu subhat) Ertinya kesamaran dan dikehendaki dengan dia barang yang melengkapi atas segala itiradh yang didatangkan dia oleh lawan

( Mukasurat 5 ) ia daripada taqlid dengan mengetahui ini dalil yang ijmali adapun dalil tafshili 4 maka iaitu dalil yang dikuasakan atas

menetapkan dia dan menghuraikan segala syubhat yang didatangkan atasnya [Maka hendaklah] kami nyatakan segala aqaid yang wajib pada syarak mengetahuikan dia daripada segala yang wajib dan yang mustahil dan yang harus pada hak Allah Taala dan hak segala RasulNya serta kami iringkan tiap-tiap satu aqidah itu dengan dalilnya dan tiap-tiap dalil itu menyabitkan yang wajib dan menafikan yang mustahil maka kami berkata [Wajib] bagi Allah Taala tiap-tiap sifat kesempurnaan yang patut dengan zatNya yang Maha Tinggi dan sifat kesempurnaan itu amat banyak tiada meliputi dengan dia melainkan Allah Taala maka wajib ditsabitkan bagiNya Taala atas jalan ijmal [Dan mustahil] atasNya Taala tiap-tiap sifat kekurangan dan iaitu amat banyak tiada menghinggakan dia melainkan Ia Subhanahu Wa Taala maka wajib disucikan Dia Taala daripadanya atas jalan ijmal pula dan dalil atas demikian itu bahawasanya jikalau tiada bersifat Ia dengan segala sifat kesempurnaan nescaya bersifat Ia dengan segala lawannya iaitu segala kekurangan dan kekurangan atas Allah Taala itu mustahil karena jikalau bersifat Ia dengan kekurangan nescaya tiada menjadi Ia akan suatu daripada alam ini dan demikian itu bata karena alam ini telah ada dengan musyahadah [Dan setengah] daripada sifat kesempurnaan itu barang yang wajib diketahuikan dia atas jalan tafshil iaitu tiga belas sifat atau dua puluh sifat atas khilaf yang lagi akan dating dan qaul yang rajih itu qaul yang pertama dan tujuh yang tinggal lagi itu wajib diketahuikan atas jalan ijmal tiada harus dinafikan dia dengan ijma karena ia setengah daripada segala perkara kamalat maka barang siapa menafikan dia jadi ia kafir5 waliyazu billah taala dan hanya sungguhnya tiada wajib diketahuikan atas jalan tafshil jua [Maka yang pertama] daripada tiga belas sifat itu [Wujud] ertinya ada dan dikekehendaki dengan wujud itu wujud yang zati dengan makna bahawa ada Allah itu tiada dengan memberi bekas oleh yang lainnya lagi yang tiada menerima adam tiada pada sediakala dan tiada pada sentiasa dan wujud itu sifat yang tsubutiyah yang menunjuk oleh bersifat dengan dia atas diri zat tiada ia makna yang lebih atas zat dan memadalah akan mukallaf bahawa mengetahui bahawa Allah itu maujud sebagai wujud yang tiada tasowwur pada aqal ternafinya dan wajib atas mukallaf mengetahuikan bahawa wujudnya itu ain zatNya atau lain daripada zatNya karena demikian itu setengah daripada Ghawamidhu Ilmil Kalam6 [Dan mustahil] lawannya iaitu adam ertinya tiada ada [Dan dalil] atas wujud Allah Taala itu segala makhluk ini karena ia mumkin ertinya patut ada dan patut tiada dan tiap-tiap mumkin itu tak dapat tiada bahawa ada baginya yang mengadakan dia atau karena ia baharu ertinya ada kemudian daripada ketiadaan dan tiap-tiap yang baharu itu tak dapat tiada baharu ada baginya yang membaharukan dia ertinya yang mengadakan dia kemudian jika datang soal atau Itiradh maka hendaklah engkau jawab daripadanya atas jalan yang dituntuti adapun keadaan yang mengadakan itu namanya Allah dan lainNya maka iaitu diketahuikan daripada khabar Rasul dan apabila tsabitlah ada Allah mustahillah atasNya adamNya [Kedua Qidam] ertinya sedia dan dikehendaki dengan dia sedia yang zati dan maknanya ketiadaan permulaan bagi wujud ertinya tiada mendahulukan ada Allah itu oleh adam dan keluar dengan sedia yang zati itu sedia yang zamani iaitu panjang masa serta terdahulu adam maka tiada dikehendaki disini [Dan mustahil] lawannya iaitu huduts ertinya baharu [Dan dalil] qidam Allah Taala itu bahawasanya jika ada Ia baharu nescaya berhajat Ia kepada yang

(Dalil tafshili) ketahui olehmu bahawasanya mengetahui dalil tafshil itu wajib atas ahli tiap-tiap fithrun atas jalan fardhu kifayah Maka apabila mendiri dengan dia oleh seseorang daripada mereka itu gugurlah dosa daripada yang tinggal maka wajib bahawa ada pada tiap-tiap masaafah yang harus padanya sembahyang qasor itu satu orang yang mengetahui dengan dalil tafshili dan dengan yang tinggal daripada segala hukum syarak dan pada tiap-tiap Masaafah Adwa seseorang Qadhi kerana banyak perbantahan --- Syarqawi 5 (Qauluhu jadi ia kafir) Ini jika dinafikan dia serta ditsabitkan lawannya seperti dinafi keadaanNya yang kuasa dan ditsabitkan keadaanNya yang lemah adapun nafi akan tsabitnya pada kharij dan akan lemahnya atas sifat maani maka tiada mengkufurkan bahkan ia yang sebenar menyebut akan dia oleh Syarqawi dan lainnya 6 (Qauluhu Ghawamidhu Ilmil Kalam) ertinya daripada beberapa masalah yang dalam yang tersembunyi pada ilmu usuluddin

( Mukasurat 6 ) membaharukan Dia dan iaitu mustahil kerana daur7 ertinya berkeliling atau tasalsul ertinya berhubung-hubung yang tiada berkesudahan dan kedua-duanya itu mustahil dan apabila tsabit qidamNya Taala mustahillah atasNya baharu [Ketiga baqa] ertinya kekal dan maknanya ketiadaan kesudahan bagi wujud ertinya tiada memutuskan adaNya itu oleh adam [Dan mustahil] lawannya iaitu fana ertinya binasa [Dan dalil] baqa Allah Taala itu bahawasanya jika ada Ia binas nescaya adalah Ia baharu kerana tiap-tiap yang binasa itu harus adanya dan tiadanya dan tiap-tiap yang harus ada dan tiada itu baharu dan baharu Allah Taala itu mustahil kerana telah tsabit qidamNya Taala maka tsabitlah baqaNya dan apabila tsabit baqaNya mustahillah binasaNya (Keempat ) ertinya bersalahan Tuhan Taala bagi segala yang baharu dan maknanya ketiadaan menyamai Allah Taala bagi segala makhluk dan jika pada satu wajah sekalipun kerana segala yang baharu ini tiada sunyi ia daripada bahawa ada ia jauhar atau ada ia aradh8 dan Allah Taala bukannya jauhar dan bukannya aradh maka tiada ia menyerupai akan sesuatu daripada makhluk sekali-kali maka jikalau mencampak oleh syaitan pada zihn engkau: bahawasanya apabila tiada ada Tuhan itu jirim dan tiada aradh maka apalah haqiqatNya maka kata olehmu pada menolak demikian itu tiada mengetahuikan Allah melainkan Allah jua ( ( Ertinya Tiada seperti upamaNya sesuatu dan ialah Yang Amat Mendengar dan Amat Melihat dan lemah daripada mendapat itulah pendapat [Dan mustahil] lawannya iaitu menyerupaiNya bagi sesuatu daripada segala makhlukNya [Dan ketahui] olehmu bahawasanya apabila datang di dalam Quran atau Hadits barang yang memberi wahamkan menyerupai maka mazhab As-Salaf diserahkan kehendaknya kepada Allah Taala dan mazhab Al-Khalaf ditakwilkan dia maka seperti firmanNya Allah taala ( ) Ertinya bermula Tuhan Yang Rahman itu di atas ArasyNya tertinggi maka kata Salaf tertinggi Ia sebagai tertinggi yang tiada kita ketahuikan kaifiatNya maka kita serahkan kehendakNya kepadaNya taala dan kata Khalaf dikehendaki dengan tertinggi itu memerintah dan milik [Dan dalil] bersalahan Allah taala bagi segala yang baharu bahawasanya jikalau menyerupai Ia akan yang baharu nescaya adalah Ia baharu pula dan iaitu mustahil kerana telah tsabit sediaNya dengan dalil yang telah lalu maka tsabitlah bersalahanNya bagi yang baharu dan apabila tsabit demikian itu mustahillah lawannya iaitu menyerupaiNya akan yang baharu ( ) Ertinya berdiri Allah taala dengan sendirinya dan tiada dikehendaki dengan demikian itu terbetul pediriannya dengan ketiadaan mereka yang menolongkan dia seperti barang yang bersegera pada faham dan hanya sanggahnya makna berdirinya dengan sendirinya itu ketiadaan berkehendak Allah taala kepada zat yang menempati ia padanya seperti menempati segala aradh pada segala zat dan ketiadaan berkehendak Allah taala kepada yang menjadikan dia bahkan ia yang menjadikan segala perkara (Dan mustahil) lawannya iaitu berkehendaknya kepada zat atau kepada yang menjadikan dia (Dan dalil) Qiyamah binafsihi itu bahawasanya jika tiada berdiri ia dengan sendirinya bahkan berkehendak ia kepada zat nescaya adalah ia sifat dan keadaannya taala sifat itu mustahil karena jika ada ia sifat nescaya tiada bersifat ia dengsn sifat maani dan manawiyah yang lagi akan datang dan iaitu batil karena menunjuk beberapa dalil atas bersifatnya dengan sifat maani dan manawiyah (Atau) jika berkehendak kepada yang menjadikan dia nescaya adalah ia baharu dan iaitu mustshil karena telah terdahulu wajib Qudamahnya subhanahu wa taala maka thabitlah berdirinya dengan sendirinya dan apabila thabit demikian itu mustahillah lawannya iaitu berkehendaknya kepada zat atau kepada yang mejadikan dia (keenam Wahdaniah) ertinya keesaan Allah taala pada zat dan sifat dan pada afal (Dan maknanya) bahawasa Allah taala itu tiada zatnya bersusun ( Mukasurat 7 )

(Qauluhu Daur) dan ia dua bahagi pertama Daur Musorrah ertinya yang dinyatakan iaitulah yang ada ia dengan dua martabat seperti menjadi Zaid akan Amru dan dan Amru itu menjadikan Zaid kedua Daur Mudhmar ertinya yang disembunyikan iaitu yang ada ia dengan beberapa martabat seperti menjadi Zaid akan Amru dan Amru itu menjadikan Bakar dan Bakar itu menjadikan Zaid [Adapun] Tasalsul maka misalnya bahawa Zaid menjadikan Amru dan ia menjadikan Khalid dan demikianlah hingga tiada kesudahan bagi menjadikan itu (Wallahu Alam) 8 Qauluhu atau ada ia aradh iaitu sesuatu yang maujud yang berhajat pada adanya kepada tempat yang menempati ia padanya seperti warna dan gerak dan diam dan jauh dan hampir

Daripada dua zat atau lebih bersalahan kebanyakan makhluk bersusuna ia daripada beberapa banyak zat iaitu segala juzunya dan bersusun ini dinamakan dia kam muttasil pada zat [dan] bahawasanya taala tiada ada yang mendua ia baginya pada zatnya maka jadi ia berbilang dan berbilang ini dinamakan kam munfasil pada zat dan dua ka mini ternafi keduanya dengan wahdaniah pad zat [dan] bahawasanya taala tiada baginya dua sifat atau lebih daripada jenis yang satu seperti dua kudrah atau tiga dan berbilang pada sifat ini dinamakan kam muttasil pada sifat [dan] bahawasanya tiada ada bagi yang lain daripadanya taala sifat yang menyerupai akan satu sifat daripada segala sifatnya taala dan menyerupai sifat yang lain bagi sifatnya ini dinamakan kam munfasil pada sifat dan dua kam ini ternafi keduanya dengan wahdaniah pada sifat [dan] bahawasanya taala tiada baginya perbuatan yang mengetahui akandia padanya oleh yang lainnya dan sekutu ini dinamakan kam muttasil pada afal [dan] bahawasanya tiada bagi yang lainnya taala satu perbuatan atas wajah mengadakan dan hanya sungguhnya dibangsakan kepadanya itu atas wajah kasab dan ikhtiar9 dan ada perbuatan bagi yang lain atas wajah mengadakan ini dinamakan Kam Munfashil pada afal Dan ternafi dua kam ini dengan wahdaniyah pada afal [Dan mustahil] lawannya iaitu ketiadaan esaNya pada segala yang tersebut itu Dan dalil wahdaniyah Allah taala bahawasanya jikalau berbilang-bilang Tuhan nescaya adalah tiap-tiap tuhan daripada beberapa tuhan itu lemah dan jika lemah mereka itu nescaya tiada didapatkan alam ini Dan iaitu batal dengan musyahadah Maka tiadalah berbilang-bilang Tuhan Maka tsabitlah wahdaniyahNya Dan apabila tsabit wahdaniyahNya mustahillah lawannya iaitu berbilang-bilangNya [Ketujuh qudrat] ertinya kuasa Iaitu sifat yang wujudiyyah lagi sedia yang berdiri pada zat Allah taala yang didapat dengan dia mengadakan tiap-tiap mumkin dan meniadakan dia atas muwafaqat iradat10 Dan baginya tujuh taluq dan erti taluq itu menuntut sifat akan pekerjaan yang lebih atas berdirinya dengan zat dan tiada ada taluq melainkan bagi sifat maani jual11 dan tiada wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahuikan beberapa taluq ini12 kerana ia daripada bicara yang dalam daripada ilmu ini Maka satu taluq daripada yang tujuh itu TaluqShuluhi Qadim iaitu patut qudrat pada azali bagi mengadakan dan meniadakan dengan dia pada waktu imkan Dan tiga daripadanya beberapa Taluq Tanjizi Hadits dan makna tanjizi itu meluluskan kerana diluluskan dengan qudrat itu akan barang yang ditentukan

(Mukasurat 8)
9

Qauluhu dibangsakan kepadanya itu atas wajah kasab dan ikhtiar ertinya dibangsakan perbuatan kepada yang lain daripada Allah taala itu atas jalan usaha dan pilih yakni dengan itibar usahanya yang iaitulah bergantung qudratnya yang baharu itu dengan barang yang diperbuatkan itu dan dengan itibar memilihnya pada zahir akan mengerjakan dia [Dan] pada menafikan perbuatan daripada yang lain daripada Allah taala itu menolakkan perkataan Muktazilah bahawa hamba itu menjadikan segala perbuatan dirinya yang ikhtiari seperti makan dan berjalan [Dan] pada menyatakan usaha bagi hamba itu menolakkan perkataan Jabariyah bahawasa tiada hamba itu usaha sekali-kali pada zahir dan batin Dan itiqad yang sebenar itu itiqad Ahli Sunnah bahawasanya tiada memberi bekas oleh hamba pada sesuatu sekali-kali Dan hanya sungguhnya ada bagi hamba itu usaha dan pilihan pada zahir jua seperti yang lagi akan datang disebutkan di dalam risalah ini 10 Qauluhu atas muwafaqat iradat ertinya bahawasa Allah taala tiada mengadakan dan tiada meniada dengan qudratNya melainkan akan barang yang telah Ia tentukan dia dengan iradatNya Bersalahan bagi Muktazilah yang berkata mereka itu dengan bahawasanya taala menjadi Ia akan segala kejahatan dan yang keji pada hal tiada menghendaki Ia akan dia 11 Qauluhu dan tiada taluq melainkan bagi sifat maani jua inilah yang diitimadkan dia oleh muhaqqiqun Dan berkata setengah Mutakallimin Bermula beberapa taluq itu bagi sifat Manawiyah dan tiada berkata seseorang bahawa taluq itu bagi Maani dan Manawiyah dan jika tiada nescaya berhimpun dua yang memberi bekas atas yang satu atau lazim Tahshilul Hashil 12 Qauluhu dan tiada wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahuikan beberapa taluqini demikian me-ithlaq oleh mereka itu Dan iaitu zahir dengan nisbah kepada orang awam Adapun dengan nisbah kepada yang lain daripada mereka itu maka tiada zahir demikian itu kerana bahawasanya terkadang membawa oleh jahil dengan beberapa taluqini kepada itiqadkan bahawa Allah taala itu kuasa bahawa mengambil Ia akan anak atau me-adamkan diriNya atau lain daripada demikian itu daripada mefasad yang tiada terhingga

dengan iradat pada azal dan yang tiga itu takliqnya dengan mengadakan mumkin kemudian daripada adam yang dahulu dan takliknya dengan menidakan dia kemudian daripada adanya dan takliknya dengan mengadakan dia karena membangkitkan daripada kubur dan tiga taklik daripada Yng tujuh itu pula beberapa taklik qabdah dan makna itu genggam dan murad daripadanya bahawa mumkin itu didalam genggamnya kehendak Allah Taala maka jika dikehendaki Allah Taala dikekalkannya atas halnya daripada adam atau wujud dan jika dikehendakinya digantikan dia dengan lawannya * dan yang tiga itu takliknya dengan berkekalan ketiadaan mumkin pada waktu imkan wujud dahulu daripada wujudnya dan takliknya dengan berkekalan wujudnya kemudian daripada adam dan takliknya dengan berkekalan adamnya kemudian daripada wujud [dan mustahil] lawannya iaitu lemah [dan dalil] qudrah itu bahawasanya jikalau ada ia lemah nescaya tiada didapatkan sesuatu daripada makhluk ini dan iaitu batil dengan musyahadah maka thabitlah qudrahnya taala dan apabila thabir mustahillah lemahnya [Kedelapan iradat] ertinya kehendak Dan makna kehendak disini bahawasanya berlaku tiap-tiap suatu itu dengan sengajaNya taala dan dengan rintahNya Tiada makna kehendak itu berhajat seperti barang yang terkadang diwahamkan dia mumkin dengan setengah barang yang harus atasNya kerana berhajat itu mustahil atasNya taala Dan iaitu sifat yang wujudiyah lagi sedia yang berdiri pada zat Allah taala yang menentu Ia13 akan seperti ditentukan dia dengan wujud atau dengan putih atau hitam atau tetapi dengan panjang atau pendek dan umpama demikian itu* Dan taluq iradat itu dengan tiap-tiap mumkin seperti qudrat

taluq qudrat itu taluq mengadakan dan taluq iradat ini taluq menentukan Maka tiada taluq Ia dengan yang wajib dan yang mustahil Dan melengkapi mumkin itu akan yang baik dan yang jahat Bersalahan bagi Muktazilah yang berkata mereka itu bahawa iradat Allah taala iaitu tiada taluq dengan segala yang jahat dan yang keji Tetapi wajib atas kita beradab serta Allah taala dengan bahawa tiada kita bangsakan segala kejahatan dan kekejian itu kepadaNya taala melainkan pada maqam mengajar Dan tiada harus bagi seseorang berhujah ia dengan bahawa tiap-tiap kejahatan itu dengan kehendak Allah taala dan qadarNya dahulu daripada jatuh dalam maksiat supaya jadi jalan bagi mengerjakan maksiat itu Dan berpegang dengan ini hujah yang keji banyak jatuh hendak berzina istimewa daripada umpama raja dan orang besar-besar tatkala hendak memzalim mereka itu akan orang atau dan sangka mereka itu akan lepas daripada ambilan Allah taala dan murkaNya Maka jika menyertaikan nescaya kufur mereka itu Demikian lagi tiada harus maka harus baginya berhujah dengan demikian itu 14 Dan kemudian daripada mengerjanya jika qasod ia akan lari daripada had atau tazir dengan

demikian itu oleh menghalalkan umpama zalim dan zina itu berpegang dengan hujah yang tersebut

sebab dosa itu Maka jika qasod ia akan menegah cerca orang atasnya ditegah daripadanya

tiada harus baginya redha dengan maksiat dan jika adalah ia dikehendaki oleh Allah taala sekalipun daripada pihak keadaannya kerana bahawasa redha dengan maksiat itu maksiat pula dan wajib redha dengan maksiat daripada pihak seperti ada ia dengan tergagah atau dengan lalai atau keadaannya ia dikehendaki Allah taala kerana bahawasanya redha dengan hukum Tuhan yang Mukhtar Jalla Waalla [Dan mustahil] lawannya iaitu ada sesuatu dengan ketiadaan kehendakNya
15

terlupa daripadanya atau dengan talil atau dengan tabiat Dan firaq antara keduanya bahawasa yang maujud dengan talil itu tiada terhenti ia melainkan atas illatnya jua Maka manakala didapatkan illatnya didapatkan dia dengan tiada terhenti atas sesuatu yang lain seperti gerak anak jari bahawasanya tiada maka bahawasanya ia illah bagi gerak cincin Manakala dapat yang pertama dapatlah maka yang kedua Dan bahawasa yang maujud dengan tabiat itu terhenti ia atas ada syarat dan ketiadaan mani seperti api

(Mukasurat 9)
13

Qauluhu menentu Ia ertinya menentu oleh sifat iradat itu Dan menetapkan menentu kepada iradat itu majaz aqli daripada menetapkan sesuatu kepada sebabnya kerana bahawasa yang menentukan pada haqiqat itu zat Allah taala dengan iradatNya
14 15

Qauluhu berhujah dengan demikian itu ertinya dengan bahawasa tiap-tiap kejahatan itu dengan kehendak Allah taala dan qadarNya Qauluhu daripadanya ertinya daripada Allah taala

menguasa ia melainkan dengan syarat menyentuh dan ternafi basah maka barang siapa itiqadkan bahawasa sesuatu itu memberi
16

bekas dengan illah atau dengan tabiatnya yakni dengan zatnya maka tiada khilaf pada kufurnya dan barang siapa itiqadkan maka iaitu fasiq lagi mubtadi dan
17 18

bahawasanya memberi bekas dengan quwwah yang dijadikan dia oleh Allah taala padanya

pada kufurnya itu khilaf dan yang rajihnya ketiadaan kufur dan setengah daripada ini orang yang itiqadkan bahawasa hamba ini memberi bekas pada perbuatannya dengan qudrat yang dijadikan dia oleh Allah taala padanya dan barang siapa itiqadkan bahawasa Allah taala jua yang memberi bekas tetapi berlazim-laziman antara segala sebab yang adi dan antara barang yang menyertainya itu berlazim-laziman pada akal tiada mumkin bersalahannya maka orang itu jahil dengan haqiqat hukum adi dan seperti terkadang membawa kepada kufur dan barang siapa itiqadkan baharu segala sebab dan tiada memberi bekas ia dengan illah dan tiada dengan tabiatnya dan tiada dengan kuat yang dijadikan Allah padanya dan itiqad ia akan sah menyalahi didapatkan sebab seperti makan dan tiada didapatkan sebab iaitu kenyang hanya yang memberi bekas pada musabab itu Allah taala jua Maka orang inilah orang muwahhid yang dapat kelepasan dengan kurnia Allah taala [Dan ketahuilah olehmu] bahawasa iradat itu pada Ahli Sunnah lain daripada suruh dan redha dan ilmu maka terkadang menghendaki dan menyuruh dan redha Ia dengan sesuatu seperti iman Abu Bakar r a dan terkadang tiada menghendaki dan tiada menyuruh dan tiada redha Ia dengan dia seperti kufurnya dan terkadang menghendaki dan tiada menyuruh dan tiada redha Ia seperti kufur Firaun dan terkadang menyuruh dan redha Ia dan tiada menghendaki Ia seperti imannya dan yang demikian itu kerana hikmah yang mengetahui Ia akan dia ( ) Maka jadilah segala bahagi itu empat dan redha itu lazim bagi suruh [Dan dalil] iradat Allah taala itu bahawasanya jika ternafi daripadanya oleh iradat nescaya adalah Ia lemah kerana terhenti qudrat atas iradat pada bicara akal dan jika ada Ia lemah nescaya tiada menjadi Ia akan sesuatu daripada alam dan yang demikian itu batal dengan musyahadah Maka tsabitlah qudrat dan apabila tsabit qudrat tsabitlah iradat Dan apabila tsabit iradat mustahillah lawannya
19

iaitu ada sesuatu yang berdiri

dengan ketiadaan kehendakNya [Kesembilan ilmu] ertinya mengetahui Dan iaitu sifat yang maujud yang sedia

pada zat Allah taala yang nyata dengan dia oleh segala perkara atas barang yang Ia dengan dia daripada segala yang wajib dan yang harus dan yang mustahil atas wajah meliputi atas jalan tafshil dengan ketiadaan dahulu tersembunyi Maka baginya satu taluq jua iaitu Taluq Tanjizi Qadim maka mengetahui Allah taala pada azali akan segala perkara hingga barang yang tiada kesudahan baginya seperti kamalatNya taala dan segala nafas ahli syurga [Dan mustahil] lawannya iaitu jahil [Dan dalil] ilmu Allah taala itu bahawasanya jika ada Ia jahil nescaya tiada ada Ia menghendaki [Kesepuluh hayat] ertinya hidup Iaitu sifat yang maujud yang sedia Dan iaitu mustahil kerana tsabit menghendakiNya dengan dalil yang telah lalu Maka tsabitlah ilmu dan apabila tsabit bagiNya taala ilmu mustahil atasNya jahil yang berdiri pada zat Allah taala yang mengesahkan bagiNya taala bahawa bersifat Ia dengan ilmu dan lainnya daripada segala sifat dan tiada hidupNya itu dengan ruh Maka tiada harus itiqad bahawasanya ada bagiNya ruh dan jika ruh yang qadim sekalipun Dan Ia tiada taluq dengan sesuatu [Dan mustahil] lawannya iaitu mati [Dan dalil] hayat Allah taala bahawasanya jika ada Ia mati dan tiada mengetahui (Mukasurat 10)
16

tiada kuasa Ia dan tiada menghendaki

Qauluhu bahawasa sesuatu ertinya sesuatu daripada hamba Allah taala dan daripada segala sebab yang beradat seperti api pada menghanguskan dan air pada memuas dahaga dan pisau pada melukakan
17

Qauluhu dan yang rajihnya ketiadaan kufur ertinya kerana mengakunya dengan bahawasa yang menjadikan sesuatu memberi bekas dengan quwwah itu Allah
18

Qauluhu dan setengah daripada ini ertinya setengah daripada orang yang itiqadkan bahawasa sesuatu itu memberi bekas dengan quwwah yang dijadikan dia oleh Allah taala padanya
19

Qauluhu atas barang yang Ia dengan dia bermula dhomir [Ia] itu kembali kepada segala perkara Dan dhomir [dengan dia] itu kembali kepada barang yang Dan dikehendaki dengan barang yang itu kelakuan Yakni nyata bagi Allah taala pada sediakala dengan sifat ilmuNya itu oleh segala perkara atas kelakuan yang bersepakai (menepati) oleh segala perkara itu dengan kelakuan itu pada waqi ertinya pada diri pekerjaan Maka misalan demikian itu bahawsanya pada pendapat engkau Abdullah kaya Jika adalah ia pada waqinya itu kaya nescaya adalah pendapat engkau itu ilmu Dan jika adalah pada waqinya miskin maka pendapat engkau itu jahil

dan iaitu mustahil kerana telah tsabit demikian itu dengan beberapa dalil yang telah terdahulu Maka tsabitlah hayat Allah taala dan apabila tsabit hayatNya mustahil matinya (kesebelas sama) ertinya mendengar (keduabelas basar) ertinya melihat dan keduanya dua sifat yang qadimah yang berdiri keduanya pada zat Allah taala yang terbuka dengan keduanya 20 oleh tiap-tiap maujud daripada segala zat dan warna dan suara dan lainnya dan taluq keduanya Taluq Inkisyaf ertinya terbuka seperti taluq ilmu dan wajib atas kita itiqad bahawa inkisyaf yang hasil dengan Sama itu lain daripada inkisyaf yang hasil dengan tiap-tiap daripada keduanya lain daripada inkisyaf yang hasil dengan ilmu Dan bahawa bagi tiap-tiap daripada inkisyaf yang tiga itu haqiqat yang diserahkan pengetahuannya kepada Allah taala dan bagi Sama dan Basor itu tiga taluq iaitu Taluq Tanjizi Qadim iaitu taluq keduanya dengan zat Allah taala dan sifatNya dan Taluq Shuluhi Qadim iaitu taluq keduanya dengan kita dahulu daripada ada kita dan Taluq Tanjizi Hadits iaitu taluq keduanya dengan kita kemudian daripada ada kita [Dan mustahil] lawan Sama iaitu tuli dan lawan Basor iaitu buta [Dan dalil] sama dan basar21 itu firman Allah taala ( ) Ertinya: dan Ia-lah Yang Amat Mendengar dan Amat Melihat [Dan dalil] keduanya pula bahawasanya jika tiada bersifat Ia dengan keduanya nescaya bersifat dengan tuli dan buta Dan iaitu batal kerana keduanya sifat kekurangan dan kekurangan atas Allah taala itu mustahil Maka tsabitlah bagiNya taala Sama dan Basor Dan apabila tsabit keduanya mustahillah tuli dan buta [Ketiga belas kalam] ertinya berkata-kata Dan iaitu sifat yang qadimah yang berdiri pada zat Allah taala yang menunjuk ia atas sekalian yang wajib dan jaiz dan mustahil lagi sunyi daripada huruf dan suara dan lainnya22 daripada sekalian sifat kalam yang hadits dan taluq ia dengan segala perkara yang tersebut23 seperti ilmu kepada keduanya tetapi taluqilmu taluq inkisyaf dan taluq kalam taluq dalalah ertinya maka demikian jua ertinya menunjuk Dan taluq kalam dengan nisbah kepada lain daripada suruh dan tegah tanjizi qadim Adapun taluqnya dengan nisbah maka jika tiada disyaratkan pada keduanya ada yang disuruh dan yang ditegah tanjizi qadim dan jika disyaratkan dia nescaya adalah taluq kalam pada keduanya shuluhi qadim iaitu dahulu daripada ada yang disuruh dan yang ditegah dan tanjizi hadits iaitu kemudian daripada ada keduanya [Dan mustahil] lawannya iaitu kelu atau ada huruf atau suara dan umpamanya pada kalamNya yang qadim [Dan dalil] kalam itu firmanNya taala ( ) Ertinya berkata-kata Allah akan Musa sebagai berkata-kata dengan makna menghilang Allah taala akan hijab daripada Nabi Musa a s dan memperdengar akan dia akan kalamNya yang qadim Tiada dengan makna Allah taala akan kalam kemudian diam Ia bisu itu kekurangan kerana Allah taala itu sentiasa berkata-kata [Dan dalil] kalam pula bahawasanya jikalau tiada berkata-kata Ia nescaya adalah Ia bisu dan dan iaitu mustahil Maka tsabitlah kalamNya taala dan apabila tsabit ia mustahillah lawannya [Dan sifat kerana tiap-tiap satu kerana ia yang pertama] daripada segala sifat ini dinamakan sifat Nafsiyah nisbah kepada Nafsi dengan makna zat kerana tiada melazim ia melainkan akan zat [Dan yang lima] kemudian daripadanya sifat Salbiyah dan makna Salab itu nafi daripadanya menafikan kekurangan daripada Allah taala [Dan tujuh] yang kemudian daripadanya sifat Maani

beberapa makna yang berdiri dengan zat Allah taala [Maka inilah] tiga belas sifat serta segala lawannya dan segala dalilnya yang wajib kita ketahuikan dia atas jalan tafshil pada qaul yang rajih [iaitulah] qaul Imam Asyari bersalahan bagi qaul Qadhi24 dan Imam Al-Haramain bahawasa segala (Mukasurat 11)

20

Qauluhu yang terbuka dengan keduanya ertinya ternyata dengan dua sifat Sama dan Basor itu oleh tiap-tiap barang yang ada sama ada ia zat atau lainnya seperti warna dan suara dan segala sifat Allah taala yang maujud
21

(Qauluhu dan dalil sama dan basar) Qauluhu dan lainnya seperti segala baris dan dahulu kemudian Qauluhu segala perkara yang tersebut yakni wajib dan jaiz dan mustahil Qauluhu qaul Qadhi dia Abu Bakar Muhammad ibn Ath-Thoyyib ibn Muhammad Al-Baqilani Al-Maliki Al-Makki

22 23 24

sifat yang wajib diketahui atas jalan tafshil itu dua puluh sifat dengan ditambahkan sifat Manawiyah yang tujuh dan menjalani atasnya oleh Syeikh Sanusi dalam aqidahnya Matan Ummu Al-Barahin dan ini qaul ialah yang masyhur sekarang ini (kaunuhu taala qadiran) ertinya keadaanNya taala Yang Kuasa25 [Dan] mustahillah keadaanNya yang lemah Dan makna keadaanNya taala yang kuasa itu berdiri qudrat pada zatNya atas qaul yang pertama dan sesuatu kelakuan yang menengahi antara maujud dan madum yang lazim ia bagi qudrat pada qaul yang kedua dan demikian dikatakan pada enam sifat yang lagi akan datang dan (kaunuhu muridan) ertinya KeadaanNya Yang Menghendaki [Dan mustahil] keadaan ada sesuatu dengan ketiadaan kehendakNya dan (kaunuhu aliman) ertinya KeadaanNya Yang Mengetahui [Dan] mustahil keadaanNya yang jahil dan (kunuhu hayyan) ertinya KeadaanNya Yang Hidup (Dan) mustahil keadaanNya yang mati Dan (kaunuhu samian) ertinya KeadaanNya Yang Mendengar [Dan] mustahil keadaanNya yang tuli Dan ( kaunuhu basiran) ertinya KeadaanNya Yang Melihat [Dan] mustahil keadaanNya yang buta Dan (kaunuhu mutakalliman) ertinya KeadaanNya Yang Berkata-kata keadaanNya yang bisu [Dan dalil] segala sifat ini atas qaul yang mentsabitkan dia [Dan] mustahil diketahuikan dia

daripada segala dalil sifat maani yang telah lalu [Dan] segala sifat ini dinamakan sifat Manawiyah nisbah kepada maani kerana bahawasanya segala sifat ini melazimkan sifat maani tanbih ketahui olehmu bahawasa Al-Kaun Qadiran dan Al-Kaun Muridan dan Al-Kaun Aliman hingga akhirnya itu tsabit sekaliannya dengan tiada khilaf maka wajib ia bagi Allah taala dengan ijma atas mazhab Ahli Sunnah dan Mutazilah dan atas Mazhab Ulama yang menyabitkan ahwal dan ulama yang menafikan ahwal dan hanya sungguhnya khilaf itu pada keadaanNya beberapa sifat yang lebih atas segala sifat maani atau tiada lebih atasnya Bahkan ia umur itibariyah ertinya beberapa perkara yang diitibarkan pada zihin jua tiada ada ia pada kharij
26

maka tatkala itu27 maka makna ingkarkan ahwal pada mereka yang menafikan dia itu

ingkar lebihnya atas maani tiada ingkarkan keadaanNya taala Yang Kuasa28 misalan daripada asalnya kerana bahawasa yang demikian itu kufur Kerana bahawasa ia29 perkara yang diijmakan atasnya sehingga-hingganya tiada wajib kita bilangkan dia atas jalan tafshil atas qaul yang rajih dan wajib beriman dengan dia kerana ia setengah daripada segala perkara kesempurnaan dan demikian lagi jadi kafir orang yang menafikan sifat Nafsiyah atau sesuatu daripada sifat Salbiyah itiqad ia akan baharu demikian itu atau keadaanNya makhluk atau syak ia daripada sediaNya dan baharuNya atau terhenti ia pada demikian itu [Adapun] orang yang menafikan sifat maani seperti Mutazilah yang berkata mereka itu tiada bagi Allah itu sifat maani bahkan Allah taala itu Qadir dengan zatNya dan Murid dengan zatNya maka tiada jadi ia kafir tetapi jadi fasiq dan mubtadi melainkan jika menafikan ia akan maani serta menyabitkan lawannya maka jadi kafir Wal Iyazu Billah taala [Dan menjalani] qaul Qadhi dan Imam AlHaramain atas mengithbatkan sifat [Idrak] ertinya mendapat dan ia pada mereka itu sifat yang qadimah yang berdiri pada zat Allah taala mendapat Ia dengan dia akan segala disentuh dan segala yang dicium dan segala yang dikecap dengan ketiadaan berhubung dengan segala yang tersebut itu Dan kata qil didapatkan dengan dia segala yang maujud [Dan mustahil] lawannya iaitu (Mukasurat 12)
25

Qauluhu Kaunuhu Taala Qadiran ertinya KeadaanNya Yang Kuasa ketahuilah olehmu bahawasa yang dibilangkan sifat pada qaul ini iaitulah Kaunuhu Qadiran bukannya Qadir maka hanyalah dengan keadaan Kaunuhu kerana Qadir itu zat yang bersifat dengan Qudrat bukannya ia sifat Demikianlah dikatakan pada enam sifat yang tinggal lagi itu maka barang siapa itiqad bahawasa Qadir dan Murid) dan Alim dan Hayyu dan Sami dan Bashir dan Mukallim itu sifat adalah itiqadnya itu salah dan jika adalah jatuh membilangkan dia sifat itu di dalam beberapa kitab melayu kerana mengikut bagi setengah daripada kitab Arabiyah sekalipun Maka bahawasa demikian itu t asamuh yang keji maka hendaklah terjaga bagi demikian itu Wallahu Alam
26 27 28

Qauluhu tiada ada ia pada kharij ertinya dengan sekira-kira mumkin dilihatkan Qauluhu maka tatkala itu ertinya tatkala adalah khilaf itu pada keadaan Manawiyah itu lebih atas Maani atau tiada lebih atasnya

Qauluhu tiada ingkarkan Keadaan taala Yang Kuasa ertinya menafikan dia sebagai nafi yang melazimkan itsbat lawannya iaitu keadaan yang lemah inilah yang mengkufurkan Adapun menafikan bahawasa ada bagiNya sifat yang qadimah yang dikatakan bagiNya Kaunuhu Qadiran pada hal menyabitkan ia akan kekuasaan bagiNya taala maka tiada kufur seperti barang yang tashrih mereka itu dengan dia
29

Qauluhu kerana bahawasanya ia ini dhamir kembali kepada Qauluhu [Keadaan Yang Kuasa misalan]

ketiadaan mendapat [Dan menjalani] maturidiyah atas meithbatkan sifat [Takwin] ertinya mengada-adakan dan ia pada mereka itu sifat yang qadimah yang berdiri pada zat Allah taala mengada Ia dengan dia akan sesuatu dan meniada Ia dengan dia akan sesuatu tetapi jika taluq dengan mengadakan dinamakan ijad dan jika taluq dengan meniadakan dinamakan idam dan jika taluq dengan menghidupkan dinamakan Ihya dan jika taluq dengan merezekikan dinamakan rizq demikianlah engkau qiyas [Dan] menafikan sifat takwin ini oleh Asyairah Dan menjadikan mereka itu akan segala yang tersebut itu beberapa taluq tanjizi hadits bagi qudrat [Dan mustahil] lawannya iaitu ketiadaan mengada-adanya [Dan] atas meitsbatkan sifat idrak dan sifat takwin berkata setengah ulama muhaqqiqin yang mutaakhirin bermula yang terlebih hampir ditambahkan pula pada sifat Manawiyah akan dua sifat pertama [Kaunuhu Taala Mudrikan] ertinya Keadaan Allah taala Yang Mendapatkan dan melazim ia akan sifat idrak [Dan] mustahil lawannya kedua [Kaunuhu Taala Mukawwinan] ertinya KeadaanNya tiada Yang Mengada-adakan [Dan] mustahil lawannya [Maka] atas barang yang tersebut ini jadilah segala sifat yang wajib bagi Allah taala itu dua puluh empat sifat dan segala yang mustahil atasnya dua puluh empat pula [Dan harus] bagi Allah memperbuatkan tiap-tiap mumkin atau meninggalkan perbuatanNya dan mumkin itu tiap-tiap barang yang harus adanya dan tiadanya [Dan dalil] atas demikian itu bahawasanya jika wajib atas Allah memperbuatkan sesuatu atau meninggalkan dia nescaya jadilah yang jaiz itu wajib atau jadilah yang jaiz itu mustahil [Maka diketahui] daripada demikian itu bahawasa Allah taala itu tiada wajib atasNya memperbuat sesuatu daripada mumkinat bersalahan bagi Mutazilah pada kata mereka itu wajib atas Allah taala memperbuat solah dan Ashlah ertinya yang baik dan yang terlebih baik maka harus bagiNya taala memperbuatkan keduanya dan ketiadaan memperbuatkan keduanya dan solah itu barang yang membetuli fasad seperti iman pada membetuli kufur dan sihat pada membetuli sakit dan ashlah barang yang membetuli solah seperti memberi makan akan seorang makanan yang sedap pada membetuli memberi makan makanan yang tiada sedap dan kata qil keduanya perkara yang satu [Dan] bersalahan qaul bagi Mutazilah pada kata mereka itu wajib atas Allah taala membangkit segala Rasul maka harus bagiNya taala membangkitkan mereka itu dan ketiadaannya [Dan] bersalahan pula bagi Mutazilah pada menafi mereka itu akan memperlihat Allah taala akan zatNya Yang Maha Tinggi maka harus bagiNya taala bahawa memperlihat Ia akan zatNya akan hambaNya tetapi tiada jatuh melihatNya di dalam dunia melainkan bagi Nabi kita j pada malam Isra maka telah melihat ia akan Allah taala dengan dua mata kepalanya di dalam jaga dengan ketiadaan kaifiat dan barang siapa mendakwa akan melihatNya taala di dalam jaga pada dunia lain daripada Nabi s a w maka tiada syak pada kufurnya adapun di dalam tidur maka tiada khilaf pada harusnya dan jatuhnya30 dan lagi akan dilihatkan Dia taala oleh Mukminun di dalam akhirat dengan tiada kaifiat

(Mukasurat 13)
30

Qauluhu adapun di dalam tidur maka tiada khilaf pada harusnya dan jatuhnya dan yang dilihatkan dia di dalam tidur jika ada ia dengan wajah yang tiada mustahil atas Allah taala maka iaitu ialah subhanahu wa taala dan jika tiada begitu seperti bahawa ada ia dengan rupa seorang laki-laki maka bukannya Ia taala bahkan iaitu misal yang menjadikan dia oleh Allah taala dan dikatakan tatkala itu bahawasanya melihat ia akan Tuhannya pada jumlah kerana hikmah yang nyata pada takbir mimpi dengan bahawa dikatakan penunjuk ia atas bagi-baginya dan kata qil Ia Allah taala jua dan keadaanNya dengan ini wajah dan sungguhnya dengan itibar zihin orang yang melihat adapun pada haqiqat maka tiada Allah taala seperti demikian itu hanya telah ditanyakan setengah Shufiyah yang mendakwakan melihatNya subhanahu wa taala di dalam tidur betapa engkau lihatkan Dia maka berkata ia terpaling penglihatan mataku pada mata hatiku maka jadilah sekalian aku penglihatan maka melihatlah aku akan mereka yang tiada seperti umpamanya sesuatu

Oleh angin betapa kehendaknya (ketiga) mazhab muktazilah iaitu bahawa hamba itu menjadikan segala perbuatan dirinya yang ikhtiari dengan qudrah yang dijadikan dia oleh Allah taala pada dirinya * dan oleh mazbah Ahli sunnah itu pertengahan dan seolah-olahnya dikeluarkan antara idarah dan tahyi hal keadaannya laban dan bersih (dan wajib) bagi segala Rasul Alaihim solat was salam empat perkara [Pertama Shiddiq] ertinya benar pada sekalian perkataan mereka itu dan makna benar itu berbetulan dengan nafsu pekerjaan maka wajib kita itiqadkan benar mereka itu pada dakwa mereka itu akan Nubuwwah dan Risalah dan pada barang yang menyampai mereka itu akan kita daripada Allah taala dan pada segala khabar mereka itu daripada segala perkara yang ghaib31 dan lainnya 32 dan jika atas jalan selora sekalipun [Dan mustahil] lawannya iaitu dusta [Dan dalil] shiddiq mereka itu bahawasanya jika berdusta mereka itu nescaya dusta pula khabar Allah taala kerana membenarNya taala akan mereka itu dengan mengurnianya mereka itu beberapa Mujizat yang menepati firmanNya telah benar hambaKu dan dusta pada khabar Allah taala itu mustahil maka tsabitlah benar mereka itu dan apabila tsabit ia mustahillah dusta mereka itu [Kedua Amanah] ertinya kepercayaan dan maknanya terpelihara mereka itu daripada mengerjakan segala barang yang ditegah dan jika Makruh dan Khilaf Al-Aula sekalipun pada zahir dan batin pada ketika kecil dan besar dan pada dahulu daripada jadi Nabi dan kemudiannya [Mustahil] lawannya iaitu khianat [Dan dalil] amanah mereka itu bahawasanya jika khianat mereka itu nescaya adalah kita disuruhkan kita dengan khianat kerana disuruhkan kita dengan mengerjakan seumpama perbuatan mereka itu Dan tiada bahawa disuruhkan kita dengan khianat itu kerana tiada menyuruh Allah taala dengan kejahatan sekali-kali [Ketiga tabligh] ertinya menyampaikan barang yang disuruhkan mereka itu dengan menyampaikan dia kepada makhluk Maka adalah barang yang diwahyu oleh Allah taala kepada segala Rasul itu tiga bahagi satu bahagi menyuruh Allah taala akan mereka itu dengan ketiadaan menyampaikan dia kepada makhluk maka tiada harus bagi mereka itu menyampaikan dia dan satu bahagi memberi pilih Allah taala akan mereka itu padanya maka harus bagi mereka itu menyampaikan dia dan ketiadaan menyampainya dan satu bahagi menyuruh Allah taala akan mereka itu dengan menyampainya maka telah menyampai mereka itu akan dia kepada makhluk dan tiada menyembunyi mereka itu daripadanya akan sesuatu [Dan mustahil] lawannya iaitu menyembunyikan barang yang tersebut itu [Dan dalil] tabligh itu bahawasanya jika menyembunyi mereka itu akan suatu daripada barang yang disuruhkan mereka itu dengan menyampaikan dia nescaya adalah kita disuruhkan kita dengan menyembunyikan ilmu kerana disuruhkan kita dengan mengikut mereka itu Dan tiada sah bahawa disuruhkan kita dengan menyembunyi ilmu kerana orang yang menyembunyi ilmu itu dikutukikan Maka tsabitlah bagi mereka itu tabligh dan apabila tsabit ia mustahillah menyembunyikan [Keempat fatonah] ertinya cerdik dengan sekira-kira ada pada mereka itu kuasa atas menghentikan perkataan segala lawan dan berhujah akan mereka itu dan membatalkan segala dakwa mereka itu yang batilah [Dan mustahil] lawannya iaitu bodoh [Dan dalil fatonah] itu bahawasanya jika ternafi daripada mereka itu oleh fatonah nescaya tiada kuasa mereka itu atas mendirikan hujah atas segala lawan mereka itu Dan iaitu mustahil kerana mengkhabarkan oleh Quran dengan mendiri mereka itu akan hujah atas segala lawan maka tsabitlah cerdik mereka itu dan apabila tsabit ia mustahillah bodohnya [Dan harus] pada hak segala Anbiya dan Rasul segala sifat manusia yang tiada mengurangkan pada mereka itu yang maha tinggi seperti makan dan minum dan sakit dan bergurau yang halal maka tiada bersifat mereka itu dengan sifat

(Mukasurat 14)
31

Qauluhu perkara yang ghaib ertinya daripada barang yang telah lalu seperti ahwal Anbiyak yang dahulu-dahulu dan barang yang lagi akan datang seperti ahwal Kiamat dan Syurga dan Neraka 32 Qauluhu dan lainnya ertinya lain daripada yang ghaib seperti segala hukum dan segala pekerjaan yang bergantung dengan dunia seperti telah datang si anu dan telah makan aku

Ketuhanan dan tiada bersifat mereka itu dengan sifat malaikat seperti tiada makan dan tiada tidur dan tiada bersifat mereka itu dengan sifat manusia yang mengurangkan pada mereka itu seperti segala perkara yang mencederakan maruah 33 dan ketiadaan sejahtera daripada tiap-tiap barang yang meliarkan dan tiap-tiap yang mencederakan hikmah dibangkitkan mereka itu iaitu menunaikan segala syara Allah taala dan menerima umat akan dia daripada mereka itu seperti makan pada jalan dan cedera aqal dan kekurangan nasab dan kampuh dan takbur an buta dan sopak dan penyakit pecah belah [Dan dalil] harus bersifat mereka itu dengan sifat manusia yang tiada mengurangkan qadar mereka itu dilihatkan dia ada pada mereka itu alaihi solat was salam [dan menghimpunkan] segala makna sifat ini semuanya oleh dua kalimat ( ) artinya tiada tuhan melainkan Allah Muhammad itu pesuruh Allah dan kenyataan demikian itu34 bahawasa [kalimah yang pertama] iaitu memberi faedah akan ikrar dengan menafikan ketuhanan daripada yang lain daripada Allah taala dan meithbatkan dia baginya subhanahu wa taala dan hakikat tuhan itu mereka yang disembahkan dengan sebenar dan lazimahu bahawasanya ia taala terkaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya dan berkehendak kepadanya oleh tiap-tiap barang yang lainnya maka makna 35 itu tiada mereka yang disembahkan dengan sebenar pada nafsu al-amr itu melainkan Allah dan lazim daripada demikian itu bahawasanya 36 ( ) artinya tiada yang terkaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya dan tiada yang berkehendak kepadanya oleh tiap-tiap barang yang lainnya melainkan Allah * dan bermula ini lazim mehimpun ia akan segala aqaid yang bergantung dengan tuhan [maka istingnanya taala itu] artinya terkayanya daripada tiap-tiap yang lainnya itu melazimkan wajib wujudnya dan qidamnya dan baqanya mukhalafatuhu lilhawadiths dan qiyamuhu bi nafsihi dan wajib sama dan basar dan kalam dan kaunuhu samian dan kaunuhu basiran dan kaunuhu mutakalliman atau qaul thubut sifat maknawiyah karena jika tiada wajib baginya sifat ini nescaya berkehendak kepada yang mengadakan atau kepada zat atau kepada mereka yang menolak dariapadanya akan kekurangan maka apabila wajib baginya sifat ini nescaya mustahil oleh segala lawannya maka ini dua puluh dua aqidah daripada wajibat dan mustahilat dan melazim ia pula akan nafi wajib perbuatan sesuatu daripada segala mumkin atau menanggal perbuatan dan jika tiada nescaya lazim ketiadaan istighnanya

(Mukasurat 15)

33

Qauluhu maruahnya ertinya kemukaan atau kemanusiaan Iaitu kemuliaan seseorang dan kesempurnaannya dan beberapa adab yang ada sekalian itu pada dirinya yang membawa oleh memeliharanya akan dia kepada baik segala perangainya dan elok segala adatnya [Dan] terjemah hamba akan maruah dengan kemukaan itu betul lagi kerana kemukaan pada bahasa Melayu itu kinayah daripada keadaan seseorang mempunyai nafsu yang dipujikan yang membawa akan dia kepada mengerjakan pekerjaan yang baik lagi tiada redha ia sertanya mengerjakan barang yang tiada patut dengan keadaannya manusia Maka iaitulah Ain Maruah yang pada bahasa Arab dikatakan si anu orang yang bermuka ertinya mempunyai maruah yang malu ia daripada mengerjakan barang yang tiada patut dan loba ia atas mengerjakan barang yang membawa kepada kepujian dirinya Dan Al-Hamdulillah ada maruah pada jenis Melayu terlebih banyak daripada setengah-setengah jenis yang lainnya dengan dalil memulia mereka itu akan orang dagang yang baik yang datang kepada negeri mereka itu istimewa Ahli Hijaz dan jika tiada dibalaskan mereka itu dengan syukur sekalipun dan tiada ada pada mereka itu banyak tipu-daya dan tiada ada pada mereka itu menghilangkan air muka dengan meminta bersalahan setengah daripada jenis yang lainnya [Dan] kemukaan ini lain daripada wajahah yang pada bahasa Arab kerana makna wajahah itu Al-Hazzhu wa Al-Martabah dan iaitu bukannya kemukaan yang pada bahasa melayu maka tertolaklah dengan demikian itu Itiradh setengah manusia akan tafsir hamba akan maruah dengan kemukaan maka berkata ia kemukaan daripada itu terjemah wajahah yang pada bahasa arab [Adapun] tafsir hamba akan maruah dengan kemanusiaan ertinya keadaan seseorang itu manusia yang sempurna maka iaitu terlebih nyata kerana keadaan manusia yang sempurna itu bahawa bersifat ia dengan segala barang yang tersebut pada makna maruah itu Wallahu Alam 34 Qauluhu kenyataan demikian itu artinya kenyataannya mehimpun dua kalimah ini akan makna segala sifat ini semuanya 35 Qauluhu maka maknanya itu tiada mereka ini tafri atas katanya dan hakikat tuhan itu mereka yang disembahkan dengan sebenar 36 Qauluhu dan lazim daripada demikian itu bahawasanya la mustaghniya ini seolah-olahnya tafri atas katanya dan lazimahu bahawasanya ia taala terkaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya dan kehendak kepadanya oleh tiap-tiap barang yang lainnya

Daripada memperbuat sesuatu itu atau meninggalnya maka ini satu aqidah iaitu aqidah harus maka jumlah barang yang lazimkan dia oleh istighna itu dua puluh tiga aqidah (dan iftiqar) artinya berkehendak segala yang baharu kepadanya 37 itu melazimkan hayat dan qudrah dan iradah dan ilmu dan kaunuhu hayyan dan kaunuhu qadiran dan kaunuhu muridan dan kaunuhu aliman atas qaul thubut sifat maknawiyah dan akan wahdaniyah manakala wajib segala sifat ini mustahillah segala lawannya maka jumlah barang yang melazimkan dia oleh iftiqar itu delapan belas aqidah (dan kalimat yang kedua) iaitu Muhammad Rasulullah itu memberi faedah akan ikrar dengan risalah Saidina Muhammad s.a.w dan lazim daripadanya membenarkan dia pada tiap-tiap barang yang mendatang ia dengan dia dan masuk dibawahnya wajib benar sekalian Rasul dan amanat mereka itu dan fatanah mereka itu dan tabligh mereka itu dan masuk dibawahnya pula mustahil atas mereka itu dusta dan khianat dan buda dan kitman dan masuk dibawahnya pula harus segala sifat manusia yang tiada membawa kepada kekurangan pada hak mereka itu karena bahawasa penghulu kita Nabi Muhammad s.a.w mendatang a dengan wajib membenarkan demikian itu sekaliannya maka ini Sembilan aqaid maka apabila dihimpunkan dia kepada barang yang telah lalu nescaya adalah sekaliannya lima puluh aqidah ini jika kita berkata dengan thubut al-ahwal dan dengan ketiadaan sifat idrak dan sifat takwin dua sifat maknawiyah yang melazimkan keduanya dna mustahil lawannya sekaliannya mka jika kita berkata dengan thubut sekalian demikian itu pula nescaya adalah sekalian aqidah yang menghimpunkan dia adalah dua kalimah itu lima puluh delapan aqidah adapun jika kita berkata dengan ketiadaan ahwal dan sekalian yang tersebut maka adalah perhimpunannya tiga puluh enam jua dengan digugurkan sifat maknawiyah yang tujuh dan segala lawannya daripada bilangan tiada daripada itiqad dan yang demikian itu empat belas aqidah dan dengan digugurkan idrak dan takwin dan barang yang mengikut keduanya dan yang demikian itu delapan aqidah (maka) telah nyatalah bagimu bahawa dua kalimah ini mengandung akan sekalian aqaid yang telah terdahulu bahkan sekalian hokum itu masuk dibawah Muhammad Rasulullah hingga berkata setengah ulama bermula Muhammad Rasulullah itu laut yang meliputi dan itu satu titik daripadanya artinya metauhidkan Allah itu setengah daripada barang yang mendatang dengan dia oleh Rasulullah s.a.w dan barangkali karena hikmah yang tersebut itu iaitu mehimpun keduanya akan sekalian aqaid38 serta pendek keduanya menjadi oleh syara akan keduanya terjemah bagi barang yang didalam hati daripada iman dan tiada diterima daripada seseorang akan islam melainkan dengan keduanya (dan ketahui olehmu) bahawasa terjemah () pada bahasa melayu itu tiada tuhan melainkan Allah artinya tiada tuhan yang disembah dengan sebenar itu melainkan Allah artinya bahawa tuhan yang sebenar itu satu jua iaitulah yang bernama dengan tiada lainnya sekali-kali maka kalimah ( )itu menunjuk atas nafi artinya meniadakan dna kalimah ( )itu menafi artinya yang dihukumkan dengan tiada adanya dan ( )itu menunjuk atas istisna' artinya kecuali 39 iaitu mengeluarkan barang yang kemudian daripada barang yang dahulu dan kalimah ( ) itu mustasna' artinya yang dikecualikan iaitulah yang dikeluarkan daripada nafi yang dahulu artinya yang dithbatkan kemudian daripada nafi (Mukasurat 16)

37

(Qauluhu artinya berkehendak segala yang baharu kepadanya) diketahui daripada ini tafsir bahawasa iftiqar itu sifat makhluk bukannya sifat Allah taala maka tiada harus bagi seseorang itiqadkan iftiqar itu sifat Allah taala melainkan serta mulahazah kepada mutaalliqnya dengan kasrah lam iaitu kalimah (kepadanya) dan tiada harus pula meitlaqkan iftiqar itu sifat Allah taala seperti banyak jatuh daripada lidah orang yang melayu yang mengajar dan yang berlajar dan jikalau atas jalan majaz sekalipun karena memberi wahamkan ia suhnahu wa taala yang berkehendak dan jika adalah lafaz (al-muftakqir) pada kata kita (al-muftaqir ilaihi kullu ma sawahu) itu naat sababi pada istilah nahu sekalipun maka telah muharram oleh ulama akan barang yang kurang kajinya daripadaitu seperti kata seseorang Allah taala yang menjadikan kera dan merezekikanburung belatuk akan ulat dan itlaqkan iftiqar pada Allah taala ini terlebih keji daripada barang yang tersebut itu dan jika adalah dikehendaki didalam hati iftiqar tiap-tiap yang lain kepadanya taala sekalipun karena memberi waham yang ada pada lafaz yang diitlaqkan dia itu inilah yang zahir bagi hamba bersalahan barang yang didalam bidayah karangan setengah daripada orang Acheh maka inilah terjaga bagi demikian 38 (Qauluhu iaitu mehimpun keduanya akan sekalian aqaid) ini tafsir bagi katanya (hikmah yang tersebut itu) 39 (Qauluhu kecuali) ini kalimah di istisnakan dengan dia pada lughah melayu seperti kalimah melainkan seperti dikatakan pada tuturan isaq hari aku pergi ke rumah engkau kecuali ada bagiku uzur artinya ada uzur

Dan apabila ketahui engkau akan demikian itu maka ketahui olehmu bahawasa nafi itu terhadap ia atas yang disembah dengan sebenar pada waqi maka tatkala itu makna kata kita tiada tuhan melainkan Allah itu ternafilah yang disembah dengan sebenar pada hakikat melainkan Allah maka ia jua yang tiada ternafi maka jika dikata orang bahawasa yang disembah dengan sebenar pada hakikat yang lain daripada Allah itu ada ia sekali-kali maka tiada sah dinafikan dia karena menafikan barang yang tiada ada itu tahsil al-hasil dan iaitu mustahil nescaya berkata kami makna menafikan demikian itu mengkhabarkan dan meitiqadkan ketiadaan adanya tiada maknanya menidakan barang yang tiada ada dan ah dijadikan nafi itu berhadap kepada barang yang didalam zihnu mukmin karena bahawasa zihnu itu mutasawwir ia atas jalan fardhu dan taqrir aka nada beberapa tuhan yang disembah dengan sebenar kemudian muhkam ia atas sekaliannya dengan nafi melainkan Allah jua yang tiada dinafikan dia tetapi tiada hasil radd diatas kuffar40 melainkan dengan itibar waqi dan tiada dijadikan nafi itu berhadap kepada barang yang didalam zihnu kafir karena bahawasa barang yang didalam zihnu kafir daripada berhala dan upamanya thabit tiada sah nafinya 41 (dan alhasil) yang dinafikan itu salah suatu daripada dua perkara pertama segala tuhan yang disembah dengan sebenar pada waqi yang lain daripada Allah taala dan kedua barang yang pada zihnu mukmin yang mutasawwir akan banya yang disembah dengan sebenar maka salah satu daripada dua inilah yang dinafikan kemudian maka diithbatkan Allah artinya dihikmahkan dengan bahawasa Allah itu ada dan ialah tuhan yang sebenar (dan) wajib atas yang berkata melahzahkan bahawasa Allah itu tiada dinafikan daripada mulanya artinya tiada masuk Allah taala itu didalam zihnu perhimpunan segala tuhan yang dinafikan itu dahulu daripada dinafikan dan tatkala dinafikan karena bahawasanya jika berniat ia bahawasa Allah itu masuk didalam jumlah segala tuhan yang dinafikan nescaya jadi ia kafir maka katanya artinya melainkan Allah itu qarinah atas barang yang dikehendaknya pada permulaan daripada bahawasa Allah itu tiada masuk didalam segala tuhan yang dinafikan itu (kemudian) ketahui olehmu pula bahawasa metauhidkan Allah dengan kalimah itu manakala disebutkan atau disuratkan ditakdirkan kemudian daripadanya akan Muhammad Rasulullah dan jika tiada ditakdirkan demikian itu nescaya bersekutu tauhid kita dengan tauhid upama yahudi seperti telah mneyabitkan dia oleh setengah mereka itu (dan wajib atas tiap2 mukallaf) diterimakan sekalian barang yang didatangkan dengan dia oleh Rasulullah s.a.w daripada segala pekerjaan agamanya dan percayakan dengan sekalian barang yang mekhabar ia dengan dia daripada sekalian yang ghalib2 (maka wajib) beriman ia dengan segala Rasul dan segala Nabi atas jalan ijmal dengan makna itiqadkan bahawasanya ada bagi Allah taala itu beberapa banyak Rusul dan Anbiya a.s (dan Qaul yang sahih) ketiadaan dihinggakan mereka itu didalam bilangan2 yang tertentu seperti dikatakan bahawa Anbiya itu seratus ribu dan dua puluh empat ribu dan jadi Rasul daripada mereka itu tiga ratus tiga belas orang (dan) dua puluh lima Rasul yang disebutkan nama mereka itu didalam Quran42 wajib beriman dengan mereka itu atas jalan tafsil dengan bahawasanya jika ditanyakan seseorang daripada tiap-tiap seorang daripada mereka itu nescaya dijawabnya dengan bahawasanya ia Rasul tiada dengan makna wajib dihafazkan segala nama mereka itu maka jika menafi ia akan risalah seseorang daripada mereka itu maka tiada khilaf pada kufurnya dan jika berkata ia tiada aku ketahui akan dia atau tiada aku ketahui bahawasanya Rasul maka berkata kebanyakan ulama jadi kafir dan kata setengah mereka itu tiada jadi kafir (dan) bermula mereka itu (Adam) dan (Idris) dan (Nuh) dan (Hud) dan (Salih) dan (Ibrahim) dan (Lut) dan (Ishak) dan (Ismail) dan (Yaakob) dan (Yusuf) dan (Ayub) dan (Syuaib) dan

(Mukasurat 17)

40 41

(Qauluhu diatas kuffar) artinya menolak dan mekembali akan perkataan mereka itu (Qauluhu tiada sah nafinya) artinya karena bahawasa berhala dan lainnya daripada barang yang disembah dengan tiada sebenar itu ada ia pada kharij dan barang yang ada itu tiada sah nafinya 42 (Qauluhu yang disebutkan nama mereka itu didalam Quran) (faedah) segala Nabi uyang diitfaqkan atas nubuwahnya yang disebut didalam Quran itu daripada zuriat Nabi Ibrahim melainkan lima orang iaitu Idris dan Nuh dan Hud dan Salih dan Lut

(Harun) dan (Musa) dan (Ilyasa) dan (Zulkifli) dan (Daud) dan (Sulaiman) dan (Ilyas) dan (Yunus) dan (Zakaria) dan (Yahya) dan (Isa) dan saidina (Muhammad) salawatullah wa salamuhu alaihi wa alaihim ajmain (dan setengah) daripada Anbiya pada qaul yang rajih saidina Al-Khudr a.s dan tiada mereka itu Luqman dan Zulkarnain iaitu satu raja yang salih daripada bangsa hamir43 dan bukannya ia Iskandar Al-Rumi (dan setengah) daripada mereka itu Khalid bin Senan daripada zuriat Nabi Ismail a.s daripada Bani Abas adalah ia semasa dengan Kusara atau Syarwan dan ia kemudian Nabi Isa dengan tiga ratus tahun menyeru ia akan manusia kepada Nabi Isa (dan setengah) daripada mereka itu Hanzalah bin Safwan adalah ia kemudian daripada Khalid dengan seratus tahun dan membunuhkan dia oleh kaumnya (dan wajib) itikad bahawasa nubuwwah artinya jadi Nabi itu tiada dapat bagi seseorang dengan usaha dan jika dengan melampaui membanyakkan kebajikan dan ibadah sekalipun bahkan ia semata-mata kurnia Allah taala bagi mereka yang dikehendakinya (dan wajib) itiqad bahawasa Allah taala mekuatkan segala Anbiya dan rasul dengan beberapa mukjizat yang dizahirkan dia daripada mereka itu dan mukjizat itu pekerjaan yang mencarikkan adat yang nyata daripada Nabi atau Rasul tatkala dibangkitkan dia tanda atas kebenarannya seperti berbelah bulan bagi Nabi kita s.a.wdan bertutur kayu dan batu baginya dan terpancar air antara segala anak jarinya s.a.w (dan wajib) itiqad pula akan thabit keramat bagi auliya44 pada ketika hidup dan kemudian daripada mati mereka itu dan iaitu pekerjaan yang mencarikkan adat yang tiada daripada orang yang salih iaitu orang yang mendirikan segala hak Allah taala (dan wajib) itiqad bahawasa ada bagi Allah taala malaikat dan mereka itu beberapa hamba Allah taala yang dipeliharakan mereka itu daripada mengerjakan maksiat lagi suci mereka itu daripada segala sifat manusia dan mereka itu amat bnyak tiada mengetahui dengan bilangan mereka itu melainkan Allah taala dan bahawasa kepala-kepala mereka itu empat iaitu Jibril dan Mikail dan Israfil dan Izrael (dan setengah) daripada mereka itu hamlatul arasy artinya beberapa malaikat yang menanggung arasy al-rahman dan mereka itu sekarang ini empat malaikat dan pada hari kiamat delapan malaikat (dan setengah) daripada mereka itu mereka yang wajib ketahuikan mereka itu atas jalan tafsil dan mereka itu sepuluh malaikat empat kepala-kepala yang dahulu dan Munkar dan Nakir yang bertanya keduanya akan segala orang mati dan Ridwan yang menunggu syurga dan Malik yang menunggu neraka dan Raqib dan Atid satu pada kanan mukallaf dan satu pada kirinya menyurat keduanya akan sekalian kebajikan dan kejahatan (dan wajib) itiqad bahawasanya ada bagi Allah taala beberapa kitab yang diturunkan atas beberapa rasulnya setengah daripadanya taurat Nabi Musa dan injil45 Nabi Isa dan zabur Nabi Daud dan quran Nabi kita Muhammad alaihi wa alaihim as-solatu wa salam dan wajib itiqad bahawasa afdhal sekalian makhluk itu nabi kita s.a.w (dan) yang afdhal kemudian daripada nabi kita s.a.w Nabi Ibrahim maka Nabi Musa maka Nabi Isa maka Nabi Nuh dan yang lima ini dinamakan mereka itu Ulul Azmi 46 (kemudian) maka segala rasul yang lain daripada mereka itu (kemudian) maka segala nabi yang bukan rasul serta berlebih kurang martabat mereka itu pda Allah taala (kemudian) maka segala kepala-kepala daripada malaikat (kemudian) maka segala yang tinggal daripada malaikat (kemudian) maka segala sahabat dan mereka itu berlebih kurang pula segala martabat pada Allah taala (maka) afdhal mereka itu Saidina Abu Bakar maka Saidina

(Mukasurat 18)

43

(Qauluhu daripada bangsa Hamir berkata didalam kamus Hamir atas membangun dirham satu tempat pada pihak maghribi bagi negeri Sunaul Yaman dan satu nama orang iaitu Hamir anak Saba anak Yashjab dan iaitu bafa bagi satu qabilah 44 (Qauluhu thabit keramat bagi auliya) dan setengah daripada dalil atas nubuwwah keramat itu barang yang tersebut didalam quran pada kisah Saidatina Maryam dan Nabi Zakaria a.s 45 (Qauluhu taurat dan injil) ketahui olehmu bahawasa taurat yang asli dan injil yang asli itu telah terketiadaan keduanya dahulu nabi kita s.a.w adapun kitab (al-ahdu al-qadim) dan kitab (al-ahdu l-jadid) yang maruf keduanya dengan taurat dan injil pada sekarang iaitu bukan taurat dan injil yang dikehendaki disini bahkan keduanya daripada karangan manusia telah menyatakan demikian itu oleh empunya kitab izhar al-hak 46 (Qauluhu Ulu Al-Azmi) artinya segala yang mempunyai sabar dan menanggungan beberapa banyak kesusahan atau mempunyai hazam artinya menangguhkan segala pekerjaan

Umar maka Saidina Uthman maka Saidina Ali atas tertib khalafah mereka itu (maka) enam orang yang mencakupi sepuluh orang yang disukakan mereka itu dengan syurga dan mereka itu Talhah bin Abdullah dan Zubair bin Al-Awwam dan Abdul rahman bin Al-Auf dan Saad bin Abi Waqas dan Said bin Zaid dan Ubaidah Amir bin Al-Jarh (kemudian) tabiun artinya segala yang mengikut sahabat artinya segala yang berjumpa dengan mereka itu (maka) ahli qarn semasa dengan mereka itu maka ahli qarn yang berhubung dengan qarn mereka itu dan qarn itu masa sir atas tahun (dan) bermula jahal dengan kelebihan anbiya atas segala malaikat dan upamanya itu tiada mencederakan pada iman maka telah menyebut Suyuti pada Subki bahawasanya jikalau diam seseorang selama-lama umurnya tiada terlantas pada hatinya melebihkan nabi atas milik nescaya tiada menanya Allah taala daripadanya didalam akhirat (dan wajib) itiqad bahawasa nabi kita itu daripada bangsa arab lagi bangsa Quraisy dan bahawasa namanya Muhammad dan bahawasa bapanya Saidina Abdullah anak Abdul Muttalib anak Hasyim anak Abdu Manaf anak Qusai anak Kilab anak Murrah anak Kaab anak Lua anak Ghalib anak Fahar anak Malik anak An-Nadr anak Kinanah anak Khuzaimah anak Madrakah anak Ilyas anak Madhar anak Nazar anak Maad anak adnan (dan) bahawasa ibunya Saidatina Aminah anak Wahab anak Anak Abdu Manaf anak Zuhrah anak Kilab dan Abdu Manaf ibn Laban daripada Abdu Manaf yang pada pihak bapanya s.a.w47 (dan) bahawasa

47