Anda di halaman 1dari 34

http://ashaario.jimdo.

com/perkhidmatan-ekosistem/

Ekosistem

Ekosistem adalah suatu unit ekologi yang di dalamnya terdapat hubungan antara struktur dan fungsi. Struktur yang dimaksudkan dalam definisi ekosistem tersebut adalah berhubungan dengan keanekaragaman spesies (species diversity).

Ekosistem yang mempunyai struktur yang kompleks, memiliki keanekaragaman spesies yang tinggi. Sedangkan istilah fungsi dalam definisi ekosistem menurut A.G. Tansley berhubungan dengan kitar material dan arus tenaga melalui komponen komponen ekosistem.

Aliran tenaga bermula bila autotrof sebagai pengeluar menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Sebatian organik menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem. Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya dalam bentuk haba metabolisma.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menerangkan definisi dan pengertian ekosistem ii. Menerangkan bagaimana ekosistem berfungsi

TAJUK 1: PENGERTIAN DAN FUNGSI EKOSISTEM

1.1 Definisi dan Pengertian Ekosistem Pengertian ekosistem pertama kali dikemukakan oleh seorang ahli ekologi Inggeris bernama A.G. Tansley pada tahun 1935, walaupun konsep itu bukan merupakan konsep yang baru. Sebelum akhir tahun 1800-an, pernyataan-pernyataan resmi tentang istilah dan konsep yang berkaitan dengan ekosistem mulai terbit cukup menarik dalam literatur-literatur ekologi di Amerika, Eropah, dan Rusia (Odum, 1993).

Beberapa definisi tentang ekosistem dapat diuraikan sebagai berikut :

(i) Ekosistem atau sistem ekologi adalah merupakan pertukaran bahan-bahan antara benda hidup dan benda bukan hidup di dalam suatu sistem. Ekosistem dicirikan dengan berlangsungnya pertukaran material dan transformasi tenaga yang sepenuhnya berlangsung diantara berbagai komponen dalam sistem itu sendiri atau dengan sistem lain di luarnya.

(ii). Ekosistem adalah hasil dari kesatuan unsur-unsur hidup dan bukan hidup (biotik maupun abiotik) secara utuh dan menyeluruh, yang saling mempengaruhi dan saling bergantung satu sama lain. Ekosistem mengandungi keanekaragaman jenis dalam suatu komuniti dengan lingkungannya yang berfungsi sebagai suatu kesatuan interaksi kehidupan dalam alam (Dephut, 1997). (iii). Ekosistem, ialah hasil kesatuan secara kompleks di dalamnya terdapat habitat, tumbuhan, dan binatang yang dipertimbangkan sebagai unit kesatuan secara utuh, sehingga semuanya akan menjadi sebahagian mata rantai kitar material dan aliran tenaga. (Woodbury, 1954 dalam Setiadi, 1983).

(iv). Ekosistem, iaitu unit fungsional dasar dalam ekologi yang di dalamnya meliputi organisma dan lingkungannya (lingkungan biotik dan abiotik) dan di antara keduanya saling mempengaruhi (Odum, 1993). Ekosistem dikatakan sebagai suatu unit fungsional dasar dalam ekologi karena ia merupakan kesatuan terkecil yang memiliki komponen secara lengkap, memiliki kawasan ekologi secara lengkap, serta terdapat proses ekologi secara lengkap, sehingga di dalam unit ini kitaran material dan aliran tenaga sesuai dengan keadaan ekosistemnya. (v). Ekosistem adalah kesatuan secara menyeluruh antara setiap unsur kehidupan yang saling mempengaruhi (UU Lingkungan Hidup Tahun 1997). Unsur-unsur hidup (biotik) dan bukan hidup (abiotik) tersusun sebagai satu kesatuan dalam ekosistem yang saling berhubungan, saling mempengaruhi, dan saling berinteraksi antara satu sama lain.

(vi). Ekosistem, iaitu suatu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal balik antara makhluk hidup dengan lingkungannya (Soemarwoto, 1983). Tingkatan organisasi ini dikatakan sebagai suatu sistem karena memiliki komponen-komponen

dengan fungsi berbeda yang terkoordinasi secara baik sehingga masing-masing komponen terjadi hubungan timbal balik. Hubungan timbal balik terwujudkan dalam rantai makanan dan jaring makanan yang pada setiap proses ini terjadi aliran tenaga dan kitar material

1.2 Fungsi Ekosistem Ekosistem adalah saling hubungan antara organisma-organisma dan saling hubungan dengan persekitaran mereka yang membentuk satu aliran tenaga melalui kitaran bahan-bahan. Ekosistem adalah sistem yang terbuka dimana input-input, perpindahan dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. Aliran tenaga setiap ekosistem berlaku dalam satu arah sahaja. Paling biasa aliran tenaga bermula bila autotrof fotosintetik menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Autotrof adalah organisma pengeluar (producer) primer bagi sesuatu ekosistem. Sebatian organik yang kaya menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem . Jaringan makanan terdiri daripada beberapa rantai makanan yang bergabung. Setiap rantai dalam jaringan makanan adalah bermula dari pengeluar, pengguna yang pelbagai dan penguraiKebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya dalam bentuk haba metabolisma. Majoriti nutrien dikitar semula dalam jaringan makanan tetapi sebahagiannya hilang ke persekitaran. Air, karbon, nitrogen, fosforus and bahan-bahan lain yang diperlukan semasa produktiviti permulaan bergerak melalui kitaran biogeokemikal.

TAJUK 2 : JENIS DAN LOKASI EKOSISTEM

2.1

Sinopsis menpunyai pelbagai jenis ekosistem bergantung kepada iklim

Sesebuah negara

dan kedudukan dari segi latitud dan altitudnya masing-masing. Setiap ekosistem mempunyai dua komponen iaitu biotik dan abiotik yang berbeza bergantung kepada lokasi yang berbeza. Perbezaan ini merupakan faktor penentu kepada tahap biodiversiti dalam sesuatu ekosistem. Ekosistem yang mempunyai tahap biodiversiti yang tinggi akan menunjukkan tahap kerencaman dan kestabilan yang tinggi.

2.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat: 1.Menerangkan jenis-jenis ekosistem 2.Menyatakan dan menerangkan lokasi-lokasi ekosistem .

3.Menyatakan kaitan kerumitan dan kestabilan biodiversiti dengan ekosistem

2.3

Jenis-Jenis Ekosistem diantaranya adalah ekosistem

Terdapat pelbagai jenis ekosistem yang utama

akuatik, ekosistem hutan hujan tropika, ekosistem hutan paya bakau, ekosistem hutan gambut, ekosistem kolam dan agro ekosistem seperti ekosistem sawah

padi dan ekosistem ladang kelapa sawit. .

2.3.1

Ekosistem Akuatik

Ekosistem Akuatik adalahsejenis ekosistem yang terletak dalam jasad air. Komunitikomuniti organisma bergantung antara satu sama lain dan persekitaran mereka. Ekosistem ini terdiri daripada dua ekosistem iaitu ekosistem air masin dan ekosistem air tawar

Ekosistem Akuatik

Ekosistem Marin

2.3.2 Ekosistem Air Masin (Marin) Ekosistem marin meliputi hampir 71% daripada permukaan bumi dan mengandungi hampir 97% daripada air dunia. Ekosistem ini menjana 32% dari pengeluaran bersih utama dunia. Hampir 85% daripada bahan terlarut dalam air laut adalah natrium dan klorida. Air laut secara puratanya mengandungi kandungan garam 35 bahagian

perseribu (ppt) . Biasanya saliniti berbeza antara ekosistem marin. Ekosistem Marine boleh dibahagikan kepada beberapa zon iaitu :-

i. oceanic (bahagian cetek) ii. profundal (dasar atau air dalam) iii. benthic (dasar laut); iv. intertidal (kawasan antara taid(tides) tinggi dan rendah ) v. estuaries vi. salt marshes; vii. coral reefs (terumbu karang) ix. hydrothermal vents (dimana bakteria sulfur chemosynthetic membentuk makanan asas). Kelas-kelas organisma yang dijumpai dalam ekosistem marin termasuklah brown algae, dinoflagellates, corals, cephalopods, echinoderms, and sharks. Ikkan dalam ekosistem marin adalah sumber makanan komersial yang terbesar . Masalah alam sekitar yang berlaku kepada ekosistem marin termasuklah ekploitasi sumber marin yang tidak mampan, pencemaran air dan pembangunan kawasan pinggir pantai.

2.3.3 Ekosistem Air Tawar Ekosistem ini meliputi 0.8% daripada permukaan bumi dan mengandungi 0.009% dari jumlah air dunia. Ianya menjana hampir 3% dari pengeluaran bersih dari air dunia. Ekosistem air tawar mengandungi 41% dari spesis ikan dunia.

Terdapat 3 jenis ekosistem air tawar iaitu;1. Lentic: air gerak perlahan termasuk kolam dan tasik. 2. Lotic: air bergerak laju seperti alur dan sungai. 3. Tanah Lembab (Wetlands), kawasan dimana tanah tepu dengan air

Asas makanan dari alur dan sungai terdiri dari hutan ripari yang mempunyai kanopi yang tebal yang mengizinkan pertumbuhan alga di dalam sungai yang menjadi sumber makanan kepada ikan anaromous. Ikan Anadromous juga merupakan sumber nutrien penting kepada hidupan lain. Ancaman alam sekitar kepada sungai termasuklah kehilangan air, empangan, pencemaran bahan kimia dan kepupusan

spesis. Tanah lembab didominasi oleh tumbuhan vaskular yang merupakan ekosistem semulajadi yang produktif.

Ekosistem Air Tawar

2.3.3.1 Ekosistem Kolam Merupakan ekosistem air tawar yang khusus dimana alga merupakan aras trof yang asas iaitu pengeluar. Pemangsa utama dalam ekosistem ini biasanya terdiri daripada ikan. Terdapat juga ular, kumbang air dan kura-kura.

Ekosistem Kolam

2.3.3.2 Fungsi Ekosistem Akuatik Ekosistem akuatik sangat penting kepada alam sekitar. Sebagai contoh kitar nutrien, air bersih, penampung banjir, saliran air bawah tanah dan menyediakan habitat untuk kehidupan haiwan liar. Ekosistem akuatik juga penting untuk rekreasi manusia dan sangat penting untuk industri pelancongan terutama kawasan pesisir pantai. Tekanan terhadap ekosistem akuatik akan mengakibatkan kerosakan alam sekitar termasuklah perubahan suhu air dan penembusan cahaya ke dalam air. Pencemaran kimia pula mengakibatkan kekurangan nutrien, oksigen terlarut berkurang dan menjadi toksin kepada hidupan . Pertumbuhan populasi manusia yang pesat juga merupakan satu lagi tekanan kepada ekosistem akuatik.

2.3.4 Ekosistem Hutan Hujan Tropika Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan keseluruhan bumi dan terletak di kawasan sekitar garisan Khatulistiwa. Di Malaysia kebanyakan kawasan hutan tanah pamah seperti di Hutan hujan tropika ini , iklimnya adalah sangat

panas, dimana julat suhunya adalah diantara 20-26 C

serta menerima lebih

daripada 250 sm hujan setahun. Kawasan ini juga menunjukkan panjang hari yang hampir sama sepanjang tahun. Factor Ini menjadikan kawasan ini sangat sesuai untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai. Faktor latitud adalah

kawalan iklim utama di hutan hujan tropika.

Ekosistem hutan hujan tropika

2.3.5 Ekosistem Paya Gambut Hutan paya gambut adalah kawasan hutan yang di penuhi dengan air. Hutan ini tumbuh di atas lapisan daun-daun yang telah mati dan lapisan bahan daripada

tumbuh-tumbuhan setebal 20 meter. Ia adalah ekosistem yang unik dengan ciri- ciri terendam air, kandungan nutrient dan oksigen larut pada tahap yang rendah serta kawasan air yang berasid. Hutan gambut adalah jenis tanah berair yang terbesar iaitu meliputi 75% daripada keseluruhan kawasan tanah berair di negara ini. Dianggarkan terdapat seluas 1.54 ribu hektar tanah berair jenis ini masih kekal di Malaysia, di mana 70% daripadanya terdapat di Sarawak, kurang daripada 20% di Semenanjung Malaysia dan yang selebihnya terletak di Sabah.

Ekosistem Paya gambut

2.4

Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan bilangan spesies,

Biodiversiti berapa sesuatu kepada dengan

banyak variasi genetik atau bilan gan jenis komuniti yang terdapat di ekosistem . Kompleksiti sesuatu ekosistem ber gantung

biodiversiti sesuatu ekosistem . Kestabilan ekosistem pula dinyatakan beberapa cara yang berbeza. Satu cara adalah untuk

mendefinisikan sebagai

sesuatu sistem untuk kembali kepada keadaan asal

selepas d iganggu, lebih cepat ia kembali kepada keadaan asal lebih stabil sesuatu ekosistem itu.

2.4.1 Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan Ekosistem hutan hujan tropika Hutan hujan tropika ini adalah biome yang terkaya dari segi biodiversiti dan biojisim total. Haiwan-haiwan di hutan hujan tropika adalah sangat pelbagai dan ini terhasil daripada adaptasi mereka terhadap persekitaran mereka. Satu daripada adaptasi haiwan-haiwan di ekosistem ini adalah kebolehan melakukan penyamaran yang

berkesan. Haiwan-haiwan ini kadang kala kelihatan seperti daun mati atau daun hidup. Lantai hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan daun-daun mati menyebabkan haiwan-haiwan sebati dengan persekitaran itu serta sukar dilihat

daripada atas .Haiwan seperti kupu-kupu dan katak pokok menggunakan kaedah ini. Haiwan-haiwan di kawasan ini juga menggunakan warna-warna untuk mem beri amaran kepada pemangsa mereka bahawa mereka sangat beracun. Sebagai

contoh katak beracun dari species Dendrobates auratus yang berwarna putih dan hitam, D. leucomelas mempunyai warna kuning terang dan hitam serta D. granuliferus yang berwarna merah di berwarna hijau. Lebih daripada separuh spesies daripada tumbuhan daratan hidup di dalam biome ini. Kepelbagaian tumbuhan yang tinggi serta tiada banyak spesies yang menunjukkan kedominan yang jelas di ekosistem ini. Tumbuh-tum buhan di ekosistem hutan hujan tropika ini mempunyai pucuk atau daun muda yang bahagian atas serta sisi dan kaki pula

berwarna merah. Tumbuh-tumbuhan ini juga sering kelihatan berbunga. Ada haiwan yang hidup dilantai hutan kebanyakan haiwan di hutan hujan tropika hidup pada tumbuh-tumbuhan ini seperti di kanopi hutan ini. Serangga adalah antara haiwan yang sangat banyak di kawasan ini. Anai-anai adalah sangat penting sebagai

pengurai di kawasan ini. Kerana kompleksiti ecosystem ini ia juga sangat komplek dan sangat stabil.

2.4.2 Biodiversiti, Kekompleksian dan Kestabilan di Ekosistem Hutan Paya Gambut

Kawasan hutan gambut bukan sahaja satu ekosistem yang unik dan tempat tinggal kepada banyak spesies endemik ia juga menyediakan pusat perlindunga n bagi lebih daripada 60 spesies haiwan yang disenaraikan sebagai terancam seperti Orang

utan, Proboscis Monkey, Sumatran Rhinoceros, gajah asia, harimau, Civet Otter, Storms Stork and Wrinkled Hornbill. Hutan lembab ini juga berfungsi seba gai bank gen semula jadi tumbuhan. Kawasan ini juga mengandungi banyak spesies yang belum diketahui dan diterokai.

PERKHIDMATAN EKOSISTEM

Sinopsis Perkhidmatan ekosistem adalah proses-proses dimana persekitaran menyediakan sumber-sumber seperti air bersih, balak, habitat untuk perikanan, pendebungaan tumbuhan asli dan pertanian. Perkhidmatan-perkhidmatan ekosistem yang pelbagai ini memberi kesan kepada tanah, air, makanan dan kesihatan kita.Diantara kesannya adalah seperti menyederhanakan cuaca yang keterlaluan,mengitar dan menggerakkan nutrient, menyahtoksik dan menguraikan bahan buangan dan menyebarkan biji benih.Ekosistem semula jadi , tumbuhan dan haiwan didalamnya menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kepada manusia yang sukar digantikan. Adalah sukar untuk mengira berapakah nilai dari segi wang ringgit. Walaupun kebanyakan perkhidmatan ini nampak percuma ianya bernilai trillion ringgit Perkhidmatan ekosistem ini amat penting dan mudah diabaikan. Ia boleh diancam oleh aktiviti manusia seperti kadar perkembangan manusia (saiz populasi, penggunaan per kapita, dan kesan teknologi penghasilan barangan kegunaan). Selian daripada itu ia juga boleh diancam oleh kekeliruan tentang keperluan jangka pendek dengan kesejahteraan jangka panjang masyarakat . Banyak aktiviti manusia yang mengganggu , merosakkan, mengubah ekosistem setiap hari seperti pengaliran racun perosak, baja dan bahan buangan haiwan, pencemaran tanah, air dan udara,memperkenalkan spesies bukan asli, penangkapan ikan yang berlebihan dan hakisan tanah.

Kitaran Biogeokimia Kitaran biogeokimia atau kitar nutrient adalah satu laluan dim ana unsur-unsur kimia atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotic dan abiotik bumi. Unsurunsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran terdapat tempat dimana

unsur-unsur ini dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang.

Kitar Air

KITAR AIR Dalam kitaran air atau kitaran hidrologi, pergerakan air secara berterusan di permukaan bumi, di atas dan dibawah permukaan tanah. Air boleh bertukar bentuk kitaran air ini. Walaupun keseimbangan air di bumi hampir tetap dari masa kesemasa molekul air secara individu boleh datang dan pergi. Air bergerak dari satu takungan kepada takungan yang lain seperti dari sungai ke laut atau dari laut ke atmosfera melalui process-proses fizikal seperti pengwapan, kondensasi, pemendakan, penurasan, pengaliran permukaan. Semasa proses-proses ini air melalui fasa-fasa berbeza iaitu cecair, pepejal dan gas. Kitar air ini juga melibatkan pertukaran tenaga haba, yang menyebabka n suhu berubah. Satu contoh tenaga dari persekitaran dan menyejukkan persekitaran. Bertentangan dengan proses kondensasi dimana air akan membebaskan tenaga kepersekitaran dan memanaskan persekitarannya. Rajah kitaran air menerangkan kesignifikan dalam menetapkan kehidupan dan ekosistem di bumi. Dengan perpindahan air dari satu kawasan tadahan ke semasa proses pengewapan, air menyerap daripada cecair, wap air dan pepejal di pelbagai tempat dalam

kawasan tadahan yang lain, kitar air m enulenkan air, membekalkan tanah dengan air bersih , dan memindahkan gara m mineral ke bahagian bumi yang lain. Air juga terlibat dalam proses mengubah struktur geologi bumi melalui proses hakisan dan pemendakan. Sebagai tambahan disebabkan kitar air melibatkan pertukaran haba , ia juga memberikan kesan kepada iklim sesuatu ekosistem. Kitar air ini ditunjukan dengan Rajah 3.1

3.3.2 Kajian Kes: Kitar Nutrien Kitar nutrien dikaji dalam bentuk nutrien yang spesifik, dimana setiap nutrien di persekitaran m empunyai corak kitaran yang tertentu. Di antara kitar nutrien yang paling penting adalah kitar karbon dan kitar nitrogen. Kedua -dua kitaran ini

merupakan bahagian terpenting dalam kitar nutrien dalam tanah.

3.3.2.1 Kitar Nitrogen. Komponen utama kitar nitrogen bermula dengan unsur nitrogen di udara. Dua nitrogen oksida di temui di dalam udara hasil daripada interaksinya dengan

oksigen. Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen dengan kehadiran suhu dan tekanan yang tinggi semasa kilat dan dalam tindakbalas pembakaran dalam logi kuasa atau dalam enjin pembakaran internal. Asid nitrik, NO dan nitrogen dioksida NO2 terbentuk dalam keadaan ini. Nitrogen dioksida boleh bertindak balas dengan air hujan untuk mem bentuk asid nitrik, HNO3. Nitrate yang terbentuk boleh digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien. Nitrogen diudara telah bertukar menjadi bahan biologi melaui tindakan bakteria dan alga dalam proses pengikatan nitrogen. Tumbuhan kekacang seperti kacang soya dan kacang tanah membentuk bintil-bintil di akarnya dimana bakteria pengikat nitrogen ini , mengikatkan nitrogen di udara dan menukarnya kepada ammonia, NH3. Amonia ini kemudiannya ditukarkan oleh bakteria lain kepada ion nitrat (No2-) , kemudian kepada ion nitral lain (NO3-). Ion Nitrat ini akan digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien atau baja untuk

pertumbuhan. Nitrogen digabungkan dalam banyak asid amino yang akan seterusnya menghasilkan protein. Amonia juga boleh dihasilkan melalui proses

sintetik yang dinamakan Proses Haber. Nitrogen dan Hidrogen bertindak balas di dalam keadaan tekanan dan suhu yang tinggi dengan kehadiran pemangkin untuk

membentuk ammonia. Ammonia boleh digunakan terus sebagai baja untuk sektor perladangan. Ammonia seterusnya diproses dengan oksigen untuk membuat asid nitrik. Tindakbalas ammonia dan asid nitrik menghasilkan ammonium nitrat yang boleh digunakan sebagai baja. Tahi haiwan bila dihuraikan dalam tanah juga membentuk nitrat. Untuk melengkapkan kitar nitrogen, bakteria dalam tanah menjalankan proses denitrifikasi dengan menukar kembali nitrat kepada gas nitrogen. Lain-lain hasil dari proses ini ialah nitrogen oksida (N2O) dikenali sebagai gas ketawa , juga gas rumah hijau yang meyumbang kepada pemanasan sejagat.

3.3.3.2 Kitar Karbon Kitar nutrient karbon adalah kitar yang paling penting bagi hidupan di bumi, keranakehidupan di planet bumi ini adalah berasaskan karbon. Karbon boleh didapati dalam jumlah yang banyak diudara dalam bentuk karbon dioksida. Bila tumbuhan berfotosintesis ,ia menggunakan karbon dioksid daripada udara , dan menggunakannya untuk membina molekul gula, kanji, protein dan makanan lain. Ini merupakan bahagian pertama dalam kitar karbon. Karbon yang terdapat dalam tumbuhan ini boleh digunakan oleh haiwan herbivora, haiwan yang memakan tumbuhan. Herbivora seperti rusa menggunakan tumbuhan ini untuk membina, memperbaiki dan menggandakan bilangan sel-selnya. Ini memindahkan karbon dari kehidupan tumbuhan kepada haiwan. Karnivora seperti harimau mungkin akan membunuh rusa tersebut dan memakannya, menggunakan daging rusa ini untuk tumbesaran dan pembiakannya. Apabila akhirnya kedua-dua tumbuhan dan haiwan ini mati, dan karbod dalam badan mereka dikitarkan kedalam tanah. Bahan karbon dalam tanah ini akan dipecahkan oleh fungi dan bacteria, membebaskan atom karbon ke dalam tanah dan kembali ke udara sebagai karbon dioksida.

Biodiversiti Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata), bakteria, kulat dan serangga. Kepelbagaian biologi atau biodiversity didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya.

Dianggarkan jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta.

Malaysia sangat kaya dengan biodiversitinya dan termasuk dalam lingkungan dua belas buah negara mega kepelbagaian biologi di dunia yang mana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang dianggarkan antara 60% hingga 70% daripada jumlah biodiversiti dunia. Kepelbagaian tersebut dapat digambarkan melalui flora dan fauna yang masih wujud di negara kita pada hari ini. Didapati lebih kurang 12, 500 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga dan lebih daripada 1,100 spesies paku pakis yang masih lagi menghuni hutan negara kita. Kebanyakan daripada spesies-spesies tersebut adalah sangat unik dan tidak ditemui di manamana tempat lain di dunia. Malah dari segi kepelbagaian spesies tumbuhan di Rantau Asia-Australia pula, negara kita masih lagi mengekalkan kedudukan di tempat kelima. Kalau dilihat daripada kedudukan negara kita, ia merupakan sesuatu yang sangat membanggakan kerana dalam kebimbangan negara-negara lain di dunia mengenai kepupusan habitat hutan serta sumber-sumber yang mendiaminya, namun kita masih lagi dapat mengekalkan khazanah yang sangat berharga ini. Bagi spesies fauna, negara kita mempunyai kira-kira 1,500 haiwan vertebrata dan 150, 000 haiwan invertebrata. Walaupun jumlah bagi spesies tumbuhan dan haiwan vertebrata darat adalah tidak seberapa sebagaimana yang dimiliki oleh empat buah lagi negara lain di Asia Timur, namun Malaysia masih mempunyai bilangan yang terbanyak dari segi jumlah spesies per kilometer persegi. Kita patut bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang tidak ternilai yang menjadi sumber rezeki untuk keperluan kehidupan seharian kita. Malah rezeki yang Allah S.W.T. kurniakan kepada kita tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah putus. Justeru, kita sebagai khalifah di bumi ini patut menghargai dan menggunakannya dengan sebaik mungkin. Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa Allah S.W.T. menjanjikan rezeki kepada setiap makhluk-Nya yang dilahirkan ke dunia ini seperti yang terkandung di dalam Surah Sabaa, Ayat 39 yang bermaksud "Katakanlah sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-hambaNya dan Dia menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang siapa sahaja yang kamu nafkahkan (belanjakan), maka Allah S.W.T. akan

menggantikannya dan Dialah juga sebaik-baik pemberi rezeki". Justeru, dalam konteks ini, biodiversiti merupakan sebahagian daripada rezeki anugerah Ilahi

kepada kita di muka bumi ini. Oleh yang demikian, sebagai khalifah Allah, manusia diamanahkan untuk menguruskan rezeki kurniaan-Nya dengan penuh kebijaksanaan baik di daratan, lautan mahupun di angkasa. Biodiversiti yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita merupakan nikmat yang sangat besar dalam kehidupan kita. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita. Bagaimanakah biodiversiti dikatakan membantu dalam proses keseimbangan alam sekitar? Jika kita amati, biodiversiti merangkumi satu spesies atau kombinasi spesies dan kekayaan; interaksi spesies, interaksi antara organisma dan komponen bukan hidup dalam persekitaran; tingkah laku; sejarah hidup dan kepelbagaian fisiologi; kepelbagaian fizikal habitat yang terdiri daripada pelbagai biologi semua habitat atau ekosistem yang berbeza di sesuatu kawasan. Dengan mengekalkan kekompleksan dalam ekosistem ini, ia akan menyumbang kepada keseimbangan alam sekitar yang sekaligus akan turut menjamin khidmat ekologi yang bernilai kepada manusia. Setiap kejadian yang Allah S.W.T. ciptakan di atas muka bumi ini mempunyai alasan tersendiri. Sebagai contoh, spesies reptilia terutamanya ular mempunyai peranan tersendiri dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem, dan penciptaannya bukan sekadar untuk menghuni alam tanpa sebarang sebab. Malah ia diperlukan dalam kehidupan manusia terutama dalam bidang pertanian padi yakni berperanan mengawal tanaman daripada serangan tikus dan serangan perosak yang lain. Bayangkan jika spesies reptilia ini pupus, pastinya manusia akan berdepan pelbagai masalah khususnya bagi mengawal pertanian daripada serangan perosak. Didapati kira-kira 99% potensi serangga perosak tanaman adalah dikawal oleh pelbagai jenis organisma merangkumi serangga, burung dan fungi (kulat) selain spesies reptilia yang disebutkan di atas. Biodiversiti juga penting dalam pendebungaan dan pengeluaran hasil tanaman. Bagi kebanyakan tumbuh-tumbuhan berbunga, pembiakannya bergantung kepada beberapa spesies haiwan seperti lebah, rama-rama, kelawar dan sebagainya dalam membantunya membiak melalui pengangkutan debunga. Malah lebih daripada satu per tiga hasil tanaman makanan manusia sejagat adalah bergantung kepada pendebungaan semulajadi ini. Selain itu, kebanyakan spesies haiwan yang mendiami hutan kita juga turut memainkan peranan penting menjalankan fungsi tambahan dalam pembiakan tumbuhan melalui penyebaran biji benih. Di sini sangat

jelas menggambarkan peri pentingnya peranan spesies fauna dalam mengekalkan keseimbanagn alam sekitar secara semulajadi. Selain bertindak sebagai agen pendebungaan dan penyebaran biji benih, biodiversiti juga memainkan peranan penting dalam menstabilkan iklim. Di mana tisu tumbuhan dan bahan organik lain dalam lingkungan ekosistem daratan dan laut bertindak sebagai gedung kepada karbon yang membantu memperlahankan pembangunan karbon dioksida dalam atmosfera dan ia secara automatik membantu menyumbang kepada kestabilan iklim. Ekosistem juga turut mempengaruhi keupayaan langsung ke atas bentuk cuaca persekitaran. Sebagai contoh, lembapan yang dibebaskan ke atmosfera melalui hutan hujan menyebabkan hujan ribut malar dan akan menghadkan kadar kehilangan air daripada sesuatu kawasan dan membantu mengawal suhu permukaan. Sementara itu, dalam iklim sejuk ekosistem hutan bertindak sebagai penebat dan tampan angin bagi membantu mengurangkan kesan suhu dingin. Biodiversiti bukan sahaja penting dalam proses menstabilkan iklim, malah ia juga memainkan peranan penting dalam mencegah dan mengurangkan kesan bencana alam. Hutan dan padang rumput misalnya sangat membantu dalam melindungi landskap daripada hakisan, kehilangan nutrien dan tanah runtuh melalui tindakan cengkaman akar. Bagi sesetengah ekosistem pantai seperti paya masin, paya bakau dan sebagainya sangat membantu dalam menghalang berlakunya hakisan pinggir pantai dan mengurangkan kesan bencana alam seperti tsunami. Selain itu, biodiversiti juga memainkan peranan penting dalam penjanaan tanah dan pengekalan kualiti tanah. Fenomena ini berlaku melaui aktiviti mikrobiologi oleh spesies-spesies organisma seperti bakteria, alga, fungi, hama, mentibang dan cacing yang mana sangat penting dalam proses penghuraian tanah kepada bahan organik dan membebaskan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk hidup. Proses tersebut memainkan peranan mustahak dalam kitaran elemen seperti nitrogen, karbon dan fosforus antara organisma hidup dan bukan hidup dalam biosfera. Selain penting dalam proses penjanaan tanah, ia turut memainkan peranan dalam mengekalkan kualiti udara. Spesies tumbuhan bertindak membersih udara dan mengawal kandungan atmosfera, mengitar semula keperluan oksigen dan menapis partikel-partikel berbahaya yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti industri.

Bukan itu sahaja, malah biodiversiti juga penting dalam mengekalkan kualiti air. Ekosistem tanah lembap(kawasan paya) misalnya membantu menyerap dan mengitar semula nutrien-nutrien penting, merawat kumbahan dan membersihkan sisa tanah. Di dalam sistem muara pula, moluska (binatang berbadan lembut dan bercangkerang) membantu menyingkirkan nutrien daripada air bagi menghalang pengayaan melampau nutrien dan mengelakkan kehadiraan masalah seperti terjadinya eutrofikasi (proses peningkatan laju input bahan organik ke muara atau secara umumnya adalah proses penyuburan perairan secara berlebihan disebabkan oleh kemasukan bahan organik) daripada proses penyalinan baja. Pokok-pokok dan tanah hutan pula bertindak membersih air yang mengalir melalui ekosistem hutan. Dalam proses menghalang tanah daripada dihanyutkan, ekosistem hutan juga berperanan membantu menghalang pemendapan kelodak berbahaya ke sungai dan empangan yang wujud daripada hakisan dan tanah runtuh. Begitulah besarnya peranan biodiversiti dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita. Justeru itu, kewujudan biodiversiti jangka panjang adalah sangat perlu bagi memastikan keseimbangan dan kelestarian alam sekitar kita terus terpelihara. Kesedaran masyarakat mengenai peri pentingnya biodiversiti kepada pembangunan umah dan negara perlulah dipupuk dari masa ke semasa agar keselamatan biodiversiti kita terus terjamin. Selain itu, penambahbaikan ke atas pengurusan biodiversiti secara lestari perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan khazanah tersebut untuk turut dinikmati oleh generasi akan datang

Kepentingan Menghargai Biodiversiti Biodiversiti adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan sangat penting bagi kita menghargainya. Ini adalah kerana biodiversiti mempunyai kepentingankepentingan kepada keseimbangan alam dan juga manusia.

1.4.1 Kepentingan Kepada Alam Sejagat 1.4.1.1 Pengekalan Kitar Hidrologi (Kitar Air) Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerap air. Tumbuhan hijau menyerap air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir.

1.4.1. 2 Memodifikasi Iklim Dunia Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim dunia. Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

1.4.1.3 Mengawal Hakisan Tanah Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak timpaan air hujan. Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi mengikat tanahdan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi dan cerun bukit. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa.

1.4.1.4 Menyelenggara Kitar Oksigen dan Kitar Nitrogen Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.

1.4.2 Kepentingan Kepada Manusia 1.4.2.1 Mempunyai Nilai Perubatan Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai antikanser. Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun untuk menghasilkan ubat-ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Penyaringan dan pemprosesan flaura dan fauna menghasilkan pelbagai produk komersial, seperti Tongkat Ali (Eurycoma longifolia), Misai Kucing (Orthosiphon staminues) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila). Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia. Antara 234 spesis yang dapat dikesan di malaysia yang berupaya menyembuhkan penyakit adalah seperti berikut: Ceri

barbados,Cermai, chinese segugur, Delima, Depu Belanda, Ekor Gadis

honeysuckle, Cucur Pelanduk, Derhaka

atap, Daun Mertua, Dukung

Dewa, Daun Anak, Durian tengahari

Anjing,Embun

Lompat, Gaharu/depu, Gajus, Galak

tua, Gandarusa, Garuda, Gelam beruang, Hempedu

Tikus, Gelenggang,Gorek, Halia, Hamba

Raja, Hempedu

bumi, Hujan panas, Inai, Jambu batu,Jarak Minyak, Jarak pagar, Jarum Mas, Jarum tujuh bilah, Jelai, Jerangau, Jeremin, Jeruju, jerun,jintan telang, Kaduk, kancing hitam, Kacang Baju

Malabar, Kacang

baju, Kancing

Merah, Kantan,Kapalterbang, Kari, kayu Tikus, Kelapa, Kemangi,kembang

manis, Kecubung, Keladi

candik, Keladi

semangkuk, kemoyang, Kemunting, Kemunting

Cina, Kenerak, Kerak-kerak nasi,Kerian, Kermak putih, Kesum, Kesumba, Ketumbar jawa, Ketumpangan air, Kucing galak,Kulim, Kunyit, Kunyit Hitam, Lada

Hitam, Laici, Lakum, Larak, Lemba, Lemon gajah, Lemuju, Lemuni, Lengkuas, Lengkuas letup, Lidah buaya,Limau kasturi, Limau geting, Lenjuang

Balm, Lempoyang merah, letupdewa, Maman

Purut, Lontar, mahkota cotek, Mata

Hantu, Maman Pingpong, Melada

Ungu, Mambu,Manggis, Mas

Ayam, Matakucing

pahit, Memali, Mempelas,Mengkirai, Mengkudu, Mengkunyit, Misai ali, Mulberi, Nam Nam, Oregano, Paku Tunjuk Langit,Pala, Palas, Pandan wangi, Patawali, patikan kerbau, pegaga, Penaga, Perah, Peria belalang, Pokok Nilam, Pokok Hitam,Rumput semut, Sedap Jendela, Selasih, Selasih Paksa, Senduduk putih, Senna ajaib, Pokok pantai,Periuk Kera, Petai, Petai

lelipan, Pokok

Manjakani(mempening),Pokok

Tea, Pudina, Pulosari, Pulut-pulut, Putat, Rosemary, Rozel, Ruku Israel, Sagu Bemban, Salam, Sambung Nyawa, Sarang

Malam, Sehelai

setahun, Sekentut, Selada, Selai

dandi, Selom, Sembung, Senduduk,Senduduk mekah, Sepang, Serai, Serai aceh, Serai

Wangi,Setawar, Setawar

Putih, Sintok, Sirih, Sri

Gading, Stevia, Subang

nenek, Sundal malam,Sungkai, Susun kepala, Tebengau, Teja, Temu hitam, Temu kunci, Temu lawak, Tenggek Burung, Tepus Kesing, Tepus Tanah, Teratai, Terung asam, Terung Kemar, Terung Ali Ranti,Terung susu kambing, Timun jaga, Ubi today,

betik, Tomato, Tongkat sarek, Ulam

Hitam, Tutup

Bumi, Ubat

Kurap, Ubi

raja, Ulat

Bulu, Urang-Aring, Vanila, Yesterday,

tomorrow, Zodia dan banyak lagi yang tak dapat disebut disini.

Pokok Misai Kucing; Ubat kencing Manis

Pegaga; Anti Kanser

1.4.2.2 Membekalkan Bahan Mentah Kepada Manusia Pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti boleh membekalkan makanan dan minuman yang cukup kepada manusia seluruhnya. Contohnya hidupan akuatik yang terpelihara dapat membekalkan sumber protin secukupnya kepada manusia. Sumber makanan berasaskan ikan didapati dengan banyak jika laut tidak tercemar. Air bawah tanah boleh membekalkan air mineral , manakala sungai membekalkan air minuman kepada hidupan. Biodiversiti juga membekalkan bahan mentah untuk kegunaan industri seperti minyak kelapa sawit dan getah.

Getah; Sumber Bahan Mentah yang penting

Ikan adalah bahan makanan yang penting kepada Manusia.

1.4.2. 3 Biodiversiti Menjadi Tempat Riadah Tempat-tempat riadah atau rekreasi biasanya dipilih di kawasan hutan simpan dan air terjun. Pesisir pantai juga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kehijauan hutan hujan tropika yang membekalkan udara segar kepada manusia boleh membantu menyihatkan badan. Keindahan pantai dan muara sungai boleh mendatangkan ketenangan jiwa.

Air Terjun adalah tempat rekreasi yang menarik

Muara Sungai kaya dengan pelbagai spesis hidupan

1.4.2.4 Mempunyai Nilai Intrinsik Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai Nilai tersendiri dan Hak untuk hidup. Setiap fauna dan flora mempunyai hak asasi dan keistimewaan masing-masing. Semuanya dijadikan Allah untuk kegunaan manusia. Kepandaian manusialah yang akan memastikan pengekalan semua benda hidup di muka bumi ini. Jika manusia melakukan kezaliman ke atas biodiversiti ini, bermakna manusia menempah kesukaran hidup di masa depan dan memusnahkan peluang anak cucu mereka untuk hidup dengan sempurna.

PEMULIHARAAN IN-SITU Mengekalkan tumbuhan dan hidupan liar di habitat asalnya seperti taman negara, hutan simpanan kekal, taman-taman laut dan pusat pemuliharaan hidupan liar.

1.1

Sinopsis Pemuliharaan in situ (in- site) merupakan pemuliharaan terhadap spesis

yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini agak sukar dijalankan disebabkan oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi yang semakin hari semakin banyak mengalami perubahan dan pembangunan. Usaha pemuliharaan insitu ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Usaha pemuliharaan ini termasuklah pembangunan yang efektif, rekabentuk yang kreatif, pemeliharaan habitat semulajadi dan rekreasi, pengurusan kawasan hutan simpan (protected area) dan mempromosi serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pemeliharaan tumbuhan dan alam semulajadi secara mampan.

Strategi

pemuliharaan

in-situ

adalah

strategi pemuliharaan

jangka panjang dan terbaik.Namun begitu peningkatan aktiviti manusia boleh mengakibatkan spesies hidupan liar pupus melaluihakisan genetik, pengeluaran sumber

secara berlebihan, pembiakbakaan yang terhad, perubahanpersekitaran, serangan penyakit spesies eksotik (spesies invasif). serta persaingan dengan Dalam semulajadi dan topik habitat

ini, anda akan diberi pendedahan tentang populasi semulajadi.

1.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. memahami Populasi Semulajadi

ii. memahami Habitat Semulajadi

1.3

Pemuliharaan In-Situ Pemuliharaan in situ (in- site) merupakan pemuliharaan terhadap

spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. Kaedah ini banyak dijalankan dengan menubuhkan taman-taman negara di negara masing-masing. Contohnya di Malaysia, Taman Negara yang meliputi Kelantan Selatan dan Pahang. Taman Laut juga adalah jenis pemulihan in-situ seperti Taman Laut di Pulau Perhentian, Terengganu.

1.4

Populasi Semulajadi

Populasi semulajadi adalah sekumpulan individu yang sama spesies hidup dalam ruang yang sama pada masa tertentu dalam ekologi semulajadi mereka. Individu-individu dalam populasisemulajadi saling berinteraksi satu sama lain dan membiak di antara sesama mereka. Konsep populasi banyak dipakai dalam bidang ekologi dan genetik. Para ekologis menyatakan bahawa populasiadalah satu unsur dari ekosistem yang lebih luas. Populasi suatu spesies adalah sebahagian dari suatu komuniti. Ahli-ahli genetik menyatakan bahawa populasi adalah sebagai

wadah bagi pertukaran alel-alel yang dimiliki oleh individu-individu dalam populasi tersebut.

1.5

Habitat Semulajadi Habitat semulajadi adalah kawasan kediaman setiap spesis atau populasi

spesis secara semulajadi. Hutan merupakan habitat semulajadi kepada fauna dan flora. Hutan Malaysia mempunyai kepelbagaian hidupan atau biodiversiti serta menjadi habitat kepada pelbagai flora dan fauna. Terdapat 8 000 spesies bunga dan 2 600 spesies pokok kayu di hutan Malaysia. Terdapat 280 spesies mamalia, 600 spesies burung dan 140 spesies ular, 165 spesies katak dan 1 000 spesies ramarama. Di antara spesies-spesies flora dan fauna ini ada yang tidak dapat ditemukan di negara-negara lain.

PEMULIHARAAN EX-SITU 1.1 Sinopsis Pemuliharaan ex-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma samada fauna dan flora di luar habitat semulajadi mereka. Bagi flora spesis tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya akan dipelihara dalam kawasan yang disediakan. Sampel atau spesis tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetative seperti propagul, sel dan tisu kultur. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini.

Bagi fauna spesis yang dikategorikan sebagai terancam atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakbaka dalam kurungan atau habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesis tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai. Pemuliharaan ex situ hidupan liar fauna dijalankan di zoo , aquarium dan program pembiakaan kurungan manakala pemuliharaan flora dijalankan di

taman botani, arboreta dan bank benih. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai manafaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini.

Program pembiakbakaan kurungan hidupan liar merupakan salah satu kaedah yang dijalankan untuk memastikan spesies-spesies hidupan liar tidak pupus. Tujuan program pembiakbakaan hidupan liar flora dan fauna diwujudkan antara lain ialah:

1. Impak ke atas hidupan liar di kawasan pemuliharaan in-situ dapat dikurangkan. 2. Membiakkan spesies hidupan liar flora dan fauna yang dilindungi sepenuhnya ke satu tahap populasi yang sihat sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya. 3. Membiakkan spesies hidupan liar flora dan fauna yang dilindungi dan mempunyai nilai ekonomi di dalam kurungan. 4. Membiak spesies yang mempunyai nilai rekreasi.

Program pembiakbakaan kurungan boleh dijalankan melalui beberapa kaedah seperti, permanian beradas (artificial insemination), peliharaan silang (cross fostering), pemindahan embrio (embryo transfer) dan pengeraman buatan (artificial incubation). Terdapat beberapa organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaan ex situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, FRIM dan organisasi-organisasi lain. Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar telah mewujudkan beberapa pusat pembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna sejak beberapa tahun yang lalu seperti Pusat Pembiakan Seladang, Pusat Pembiakan Burung Kuang, Pusat Pembiakan Rusa Sambar, Pusat Pembiakan Tapir, Pusat Pembiakan Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka. Bagi hidupan liar flora pula, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, FRIM dan lainlain organisasi telah membangunkan beberapa pusat pemuliharaan exsitu seperti taman botani dan arboretum.

Program pembiakbakaan kurungan boleh dijalankan melalui beberapa kaedah seperti,permanian beradas (artificial insemination), peliharaan silang (cross fostering), pemindahan embrio (embryo transfer) dan pengeraman buatan (artificial incubation).

1.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Memahami tentang Zoo dan Akuarium 2. Memahami tentang Taman Botani dan Arboreta 3. Memahami tentang Bank Benih

1.3

Pemuliharaan ex-situ Pemuliharaan ex-situ merupakan pemuliharaan terhadap organisma samada

fauna

dan

flora

di

luar

habitat

semulajadi

mereka.Terdapat beberapa organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaanex situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, lain. Jabatan Pertanian,

FRIM danorganisasi-organisasi

Jabatan Perhilitan dan

Hidupan Liar telah mewujudkan beberapa pusatpembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna sejak beberapa tahun yang lalu seperti Pusat

PembiakanSeladang, Pusat Pembiakan Burung Kuang, Pusat Pembiakan Rusa Sambar, Pusat PembiakanTapir, Pusat Pembiakan

Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka. Bagi hidupan liar florapula, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, FRIM dan lain-lain organisasi

telah membangunkanbeberapa pusat pemuliharaan ex-situseperti taman botani dan arboretum.

1.3.1 Zoo dan Akuarium Seiring dengan keperluan untuk melindungi dan memulihara biodiversiti, maka peranan zoo telah berubah daripada pusat pameran haiwan mamalia seperti zirafah, gajah dan lain-lain

kepadapusat perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti terancam seperti serangga dan lain-lain kumpulanhaiwan. Matlamat zoo kini secara umumnya adalah untuk memantapkan program pembiakbakaanhidupan liar dan hidupan yang terancam kepupusan.

Zoo kini bekerjasama dengan organisasi lain seperti universiti dan organisasi kerajaan seperti Jabatan Perhilitan yang terlibat dengan aktiviti pemuliharaan hidupan kepakaran dan liar. Organisasi-organisasi ini akan menyediakan kepada pihak

latihanpenjagaan haiwan serta ubatan veterinar

zoo manakala pihak zoo akan menguruskanpenjagaan haiwan yang dilindungi dala m kurungan.

Zoo

juga menjalankan program pendidikan dan

kesedaran

kepada masyarakat tentang telah mendapat banyak samping itu,

keperluan aktiviti pemuliharaan hidupan liar dan sokongan dan sumbangandaripada masyarakat. Di

zoo

merupakan

tempat

rekreasi, pusat liar.

rujukan dan penyelidikanhidupan Terdapat pelbagai spesies fauna seperti mamalia, burung, reptilia, amfibia,

serangga, yang terancam kepupusan dilindungi di zoo. Spesies ini akan dibiakbaka kurungan ke habitat sehinggamencapai saiz populasi semula jadi. yang sesuai sebelum dilepaskan timbul

Namun begitupelbagai persoalan

terhadap sejauhmana

keupayaan haiwan

kurungan tersebut berupayamenyesuaikan diri di habitat semula jadi.

Di Malaysia terdapat Zoo Negara dan beberapa zoo negeri. Antara zoo yang aktif menjalankanprogram pembiakbakaan adalah Zoo Melaka dan Taiping manakala Zoo Negara dijadikan pusat rekreasi utama dan Zoo tempat

rujukan serta penyelidikan oleh para penyelidik. Pengurusan zoomemerlukan kepakaran, tenaga kerja terlatih, ruang yang luas dan kos pengurusan yang tinggi.

Usaha

ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak

seperti

NGO, badan

kerajaan, pihak berkuasa tempatan danbadan-badan swasta.

1.3.2 Taman Botani dan Arboreta Taman botani adalah tempat di mana pelbagai tumbuhan di tanam dengan tujuan sebagaipusat rujukan pendidikan, penyelidikan, perhiasan serta rekreasi manakala arboreta pula adalah fokus kepada sesuatu jenis tanaman atau famili tumbuhan sahaja seperti taman herba, taman paku pakis,taman orkid, kebun buah-buahan dan lain-lain. Pelbagai organisasi terlibat secara aktifmembangunkan taman botani untuk memulihara pelbagai spesies flora yang terdapat di dunia. Fokus taman botani kini tertumpu kepada usaha menanam tumbuhan yang jarang di temui dan tumbuhantumbuhan yang diancam kepupusan.

Taman botani

terbesar di dunia

terletak di

Kew,

England dikenali

sebagai Taman Botani DiRajamempunyai 25000 spesies tanaman iaitu kirakira 10% daripada jumlah spesies

tumbuhan dunia dan2700 daripada spesies yang ditanam merupakan spesies yang telah disenaraikan sebagai spesies terancam oleh badan IUCN (International Union Conservation N). Di Malaysia, organisasi institut pengajian kerajaan, tinggi awam

swasta, institut penyelidikan mahupun

turut memain perananmembangunkan pelbagai taman botani untuk tujuan pemuliharaan spesies flora serta dijadikan pusat rujukan penyelidikan serantau. Antara taman botani yang terkenal sebagai pusat rekreasi dan pusatpenyelidikan adalah Rimba Ilmu, seperti berikut Universiti iaitu Taman Botani Malaya;

PusatPenyelidikan Botani, Semengoh, Sarawak; Taman Pertanian Bukit Cahaya, Shah Alam; Pusat Orkiddan Stesyen Penyelidikan Pertanian,

Tenom, Sabah ; Taman Botani, Putrajaya; Taman Botanikal,Melaka; Taman Botani , Pulau Pinang dan

Taman Botani Kepong.

Selain berfungsi juga berfungsi tumbuhan peringkat kawasan

sebagai

institut penyelidikan perhutanan,

FRIM

sebagai tamanbotani. tinggi

Sekurang-kurangnya 1098 spesies Gimnosperma) direkodkan di ini termasuk spesies

(Angiosperma dan

institut yang meliputi 600 hektar. Senarai

tempatan dan bukan

tempatan yang dibawa masuk melalui program pertukaran.

Kawasanpenyelidikan seluas kira-kira 391 hektar mempunyai 786 spesies, manakala Taman Botani yangdibangunkan oleh (93 hektar) mempunyai pelbagai koleksi semaian FRIM di Kepong Arboretum

spesies pokokliar.

Dipterokarpa yang ditubuhkan pada 1929 mempunyai koleksi 92 spesies manakala Arboterum bukan Dipterokarpa mempunyai koleksi 96 spesies.

Arboretum yang ditubuhkan baru-baru buahan mempunyai 65

ini, iaitu arboretum pokok buahspesies, manakala Arboretum

Koniferatumdan monokot mempunyai 19 dan 39 spesies masing-masing.

Pembangunan taman botani atau arboreta adalah satu usaha yang perlu diber i tumpuanmemandangkan banyak spesies flora yang terdapat di hutan negara kita merupakan spesies endemik iaitu hanya terdapat di rantau Asia Tenggara sahaja. Namun begitu beberapa perkara yang perludipertimbangkan semasa membangunkan taman botani seperti memerlukan kawasan yang luas, kospengurusan, kepakaran, tenaga kerja serta keperluan menyediakan habitat seperti habitat semulajadi setiap spesies yang ditanam.

1.3.3 Aquaria Aquaria awam kebiasaannya lebih cenderung mempamerkan spesis marin yang menarik dan luar biasa seperti singa laut, ikan lumba-lumba dan lain-lain kepada pengunjung aquaria. Namunbegitu fokus aquaria kini telah berubah kepada pendidikan pemuliharaan spesis marin yang terancam kepupusan. Aktiviti pemuliharaan aquaria merupakan suatu keperluan memandangkan beribu-ribu spesis ikan

kini mengalami ancaman kepupusan. Molluska air tawar juga perlu dilindungi kerana sensitiviti hidupan ini terhadap pencemaran dan perubahan persekitaran.

Usaha

kini tertumpu

kepada membangunkan

teknologi pembiakbakaan jarang ditemui.

spesies marin yang

Program pembiakbakaan spesies marin dijalankan di pusat penetasan, aquarium serta habitat air buatan. Penyelidikan tentang teknologi pembiakbakaan spesies

marin juga sedangdibangunkan. Di negara kita terdapat beberapa aquaria seperti di KLCC dan di beberapa negeri juga beberapa pusat penetasan penyu di Tanjung lain.Terdapat Bidara Melaka, Segari

Perak dan Pasir Panjang, Kelantan. Pembangunan aquaria juga perlu kepada kepakaran yang tinggi tentang hidupanmarin, kos yang tinggi dan tenaga

kerja terlatih disamping penyediaan habitan spesies marin tersebut.

seperti habitat

semulajadi

1.3.4

Bank Benih

Taman botani dan institut penyelidikan telah membangunkan bank germplasma tumbuhantumbuhan yang dinamakan bank benih. Di bank benih terdapat koleksi pelbagai benihdaripada tumbuhan liar mahupun tanaman. Bank benih memberi tumpuan kepada 100 spesiestanaman yang merupakan 90% daripada sumber makanan kepada masyarakat setempat. Namunbegitu bank benih juga memainkan peranan untuk mengumpul koleksi benih bagi spesies tumbuhanyang diancam kepupusan atau kehanyutan variasi genetik.

Benih

tumbuhan di

simpan dalam keadaan

kering atau pada

suhu

rendah berupayamengekalkan benih dalam Kemudian benih

jangka masa yang panjang.

ini akan dicambahkan untukmenghasilkan populasi baru dan sebahagiannya diguna kan untuk menambah koleksi benih di bankbenih.

Bank benih dijadikan pusat untuk mendapatkan germplasma untuk tujuan pertanian, lanskap,penyelidikan atau taman botani tumbuhan di atau arboreta. Sebahagian germplasma keratan tumbuhan dan

simpan dalambentuk biji benih,

juga dalam bentuk tisu kultur.

Pembangunan bank benih adalah usaha yang perlu diberi tumpuan oleh pihak kerajaan tanaman makanan supayagermplasma yang diperlukan terutamanya tidak mengalami kepakaran yang kepupusan. tinggi, kos kerja

Namunbegitu pengurusan bank benih memerlukan yang banyak,

ruang danperalatan penyimpanan serta

tenaga

terlatih. Masalah yang dihadapi oleh bank benih adalah ansur benih yang disimpan akan kehilangan

secara beransur-

keupayaan untuk bercambah ataumengalami mutasi. Terdapat beberapa bank beni h telah dibangunkan di dunia seperti Svalbard Global Seed Vault yang terletak di Artik. Di negara kita terdapat beberapa bank benih dibangunkan oleh pihakMARDI seperti bank benih padi di MARDI, Bertam dan lain-lain bank benih.

PERUBAHAN TREND POPULASI 1.1 Sinopsis Populasi adalah semua organisma yang tergolong dalam spesis yang sama dan hidup dalam kawasan geografi yang sama. P e r u b a h a n t r e n d p o p u l a s i adalah perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa ke semasa, dan ini ditentukan oleh kadar kelahiran, kadar kematian, imigrasi dan emigrasi. . Kelahiran menambah individu baru kepada populasi manakala kematian membuang individu daripada populasi. Begitu juga, imigrasi menambah individu baru sedangkan penghijrahan keluar (emigrasi) membuang individu. Kadar pertumbuhan populasi positif apabila pertambahan individu lebih ramai daripada pengurangan individu. dan adalah sama dengan sifar apabila jumlah individu yang bertambah dan berkurang adalah sama. Saiz penduduk dikenali sebagai Keupayaan Muatan (K), yang ditentukan oleh faktor-faktor alam sekitar. Pertumbuhan populasi boleh dimodelkan oleh lengkung geometri (iaitu, lengkung tak linear), samaada keluk yang berbentuk S-(sigmoid) atau

lengkung eksponen. Jika saiz populasi duakali ganda antara setiap jangka masa, maka bentuk pertumbuhan geometri ini dipanggil pertumbuhan eksponen. Bentuk lengkung pertumbuhan populasi dikawal oleh tiga faktor: iaitu saiz populasi permulaan atau awal (N0),faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengukur kadar di mana populasi berkembang jika ia mempunyai sumber makanan.

1.2

Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1.2.1

menyatakan tentang saiz populasi permulaan, Kepadatan Populasi dan

Keupayaan Muatan 1.2.2 populasi 1.2.3 memahami tentang biodiversiti tersembunyi memahami tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan

1.3

Saiz Populasi Permulaan, Kepadatan Populasi dan Keupayaan Muatan Populasi adalah sekumpulan individu dengan ciri-ciri yang sama (spesies)

yang hidup menempati ruang yang sama pada waktu tertentu. Anggota-anggota populasi hidup dalam habitat yang sama, mempunyai persamaan morfologi, anatomi, dan fisiologi serta mampu menghasilkan keturunan dan berkembang biak secara bersama. Konsep populasi banyak dipakai dalam ekologi dan genetik. Para Ekologis memaknakan populasi sebagai unsur dari sistem yang lebih luas. Populasi suatu spesies adalah sebahagian dari suatu komuniti. Ahli-ahli genetik,menganggap bahawa populasi adalah sebagai satu wadah bagi pertukaran alel-alel yang dimiliki oleh individu-individu anggotanya. Pergerakan frekuensi alel dalam suatu populasi menjadi perhatian utama dalam kajian genetik populasi. Sebagai contoh, pada suatu ladang seluas 200 meter persegi terdapat 800 batang jagung, 500 ekor belalang, 50 ekor jangkrik, 10 ekor burung, dan 3 pokok belimbing. Berdasarkan data tersebut maka di dalam ladang tersebut terdapat beberapa populasi, yaitu populasi jagung, populasi belalang, populasi jangkrik, populasi burung, dan populasi belimbing. Saiz Populasi Permulaan (N0) dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu fungsi kesihatan, penerokaan ruang, diversiti, masalah kesukaran, pemilihan tekanan dan jumlah individu dalam populasi.

Anda mungkin juga menyukai