Anda di halaman 1dari 1

PRAKTIKUM FASA II 2012

PERNYATAAN PROFESIONAL
Saya, Siti Durrani Binti Dawi merupakan salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah dengan opsyen major Pengajian Bahasa Melayu. Saya akan menjalani praktikum 9 minggu di Sekolah Kebangsaan Bulu Silou bermula 23 Julai 2012 sehingga 21 September 2012. Program latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yeng telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Keazaman dan harapan melalui latihan praktikum ini ialah memperoleh pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan dengan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah khususnya. Selain itu, dalam tempoh tersebut saya juga mengharapkan ia merupakan satu peluang terbaik untuk saya mengenali budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan awal sebelum saya dihantar mengajar kemudian nanti. Diharapkan saya akan dapat mengutip dan menimba seberapa banyak ilmu, pengetahuan serta pengalaman yang berguna agar dapat saya aplikasikan dalam dunia kerjaya saya kelak. Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan sesi praktikum yang pertama ini adalah membuat persedian dari segi mental dan fizikal. Pengalaman praktikum fasa dua yang lalu, sedikit sebanyak membantu saya dalam persediaan mental untuk menempuh kehidupan sebagai seorang guru praktikum. Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih mesra dengan warga sekolah merupakan aspek yang ingin saya tekankan kelak. Saya juga berharap sepanjang tempoh praktikum fasa 3 ini, saya akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan seluruh warga Sekolah Kebangsaan Bota Kanan. Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten datang awal pada setiap hari sepanjang tempoh praktikum. Walaupun jarak antara sekolah dan rumah sewa tidak begitu jauh, saya akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh praktikum adalah konsisten awal. Akhir kata, diharapkan seluruh warga SK Bulu Silou dapat menerima kehadiran saya. Saya juga berharap agar dapat menimba banyak perkara berguna di situ sebagai persediaan awal sebelum saya melangkah ke alam perguruan dan pendidikan yang penuh cabaran ketika ini.

Anda mungkin juga menyukai