Anda di halaman 1dari 8

BAB 1: PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG SYARIKAT

1.1

PENGENALAN

1.1.1

Pendahuluan

Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma Politeknik KPTM. sebenar. Pelajar akan ditempatkan di organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan

1.1.2

Objektif Latihan Industri

Latihan Industri ini adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada prospek sebenar kerjaya yang berkaitan dan telah dipelajari di Politeknik selama 2 Semester sebelumnya, serta mempraktikkan apa yang dipelajari selama ini di organisasi tempat latihan industri.

Membina personaliti individu. Pelajar dapat memperbaiki diri dari segi sikap dalam melaksanakan sesuatu tugas yang dipertanggungjawabkan.

Meluaskan lagi komunikasi lisan serta pengalaman berurusan dengan kakitangan pejabat dan pelanggan serta kontraktor. mengamalkan komunikasi yang berkesan. Di samping dapat

Seterusnya latihan industri bertujuan untuk menghasilkan laporan latihan industri. Laporan ini disediakan berdasarkan apa yang dipelajari oleh pelajar sepanjang menjalani latihan industri tersebut.

Antara objektif lain latihan industri adalah : I. II. III. IV. V. VI. Membina personaliti individu. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan. Membina keyakinan diri pelajar. Menanam sikap bersih, cekap, dan amanah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Menanam samangat kerja berpasukan dan menjalin hubungan yang baik antara pekerja.

1.1.3

Objektif Laporan

Setiap pelajar yang telah berjaya menamatkan latihan industri diwajibkan menyediakan sebuah laporan bagi melengkapkan syarat-syarat lulus latihan industri yang telah dijalani. Laporan ini meliputi latar belakang syarikat dan peranannya dan juga apa yang telah dilakukan serta dipelajari oleh pelajar sepanjang tempoh latihan industri.

Antara tujuan / objektif penyediaan laporan ini adalah :-

I.

Laporan ini dapat mengelakkan para pelajar daripada membuat sesuatu secara sambil lewa dan tidak mempraktikkan latihan yang telah dijalani selama satu semester di tempat latihan industri. Ia juga dapat menunjukkan kesungguhan pelajar itu dalam melaksanakan laporan yang dibuat.

II. III. IV.

Menerangkan segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalani latihan industri dengan merekodkannya ke dalam laporan ini. Menguji sejauh mana keperihatinan dan kemahiran para pelajar dalam menangani setiap masalah atau tugasan yang diberikan. Membantu pelajar di masa hadapan sebagai sumber rujukan dan panduan setelah menempuh alam pekerjaan kelak. Selain itu, sebagai bukti kepada penyelia dan juga bakal majikan bahawa pelajar tersebut mempunyai pengalaman dalam bidang yang diceburi.

1.1.4

Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Latihan industri adalah sangat penting kepada semua pelajar politeknik di seluruh Malaysia kerana ia merupakan salah satu syarat untuk penganugerahan Sijil / Diploma Politeknik. Latihan industri merupakan satu bentuk pembelajaran yang membolehkan pelajar menghubungkaitkan antara teori yang dipelajari di politeknik dengan amali yang dilaksanakan semasa latihan industri bagi melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran.

Selain itu, laithan industri memberi pendedahan kepada pelajar tentang suasana sebenar alam pekerjaan, seterusnya melatih dan mempersiapkan diri pelajar untuk menempuhi cabaran alam pekerjaan kelak.

Melahirkan pelajar yang mampu berinteraksi dengan berkesan dalam menangani sesuatu situasi, khususnya melayan pelbagai ragam dan kerenah manusia.

Semangat kerja berpasukan dapat dipupuk dalam diri pelajar. semangat keyakinan diri pelajar.

Selain,

menjadikan pelajar bersikap positif ke atas diri sendiri seterusnya memupuk

Latihan industri juga sebagai landasan mewujudkan hubungan baik antara institusi pengajian tinggi samada di peringkat politeknik, kolej mahupun universiti dengan institusi kerajaan dan swasta kerana kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain.

1.2

LATAR BELAKANG ORGANISASI

1.2.1

Pengenalan Organisasi

Loh Ban ho & Sons Sdn Bhd,merupakan firma yang mempunyai banyak anak syarikat,diantaranya ialah Mansion Builders Sdn Bhd dan Perunding Setiamaju Sdn Bhd. Saya merupakan pelatih bagi kedua-dua buah anak syarikat ini. Mansion Builders Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang lebih kepada pemaju dan kontraktor. Bagi Perunding Setiamaju,ianya lebih kepada bidang yang mengendalikan bidang kejuruteraan awam bagi kerja kejuruteraan awam struktur dan sivil. Loh Ban Ho & Sons telah ditubuhkan pada Ogos 2001 dan beralamat di No. 53, Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Kesemua firma ini dikendalikan oleh seorang jurutera professional iaitu anak jati Negeri Perak yang mana telah berkhidmat lebih kurang 20 tahun dalam berbagai syarikat swasta dan disokong dengan pendidikan yang tinggi.

1.2.2

Ahli Lembaga Pengarah

Nama :

Ir. Loh Ban Ho B.Eng (Civil) Hons Univ of Leeds (UK) P.Eng MIEM MIHT MIQ Cert. Highway Engineering (PKB) ASEAN ENGINEER

Umur :

39 Tahun

Kewarganegaraan :

Malaysian

Kelayakan :

Sijil Kejuruteraan Awam Politeknik Kota Bahru,Malaysia. Bachelor Engineer (Hons) Civil Engineering University of Leeds, United Kingdom

Penyertaan Ahli Profesional : - Terdaftar sebagai Jurutera Profesional Malaysia - Ahli, The Institution of Engineer, Malaysia - Ahli, ASEAN Engineer - Ahli, The Institution of Highways & Transportation

Pengalaman

Disember 1988 Mei 1989 PENYELIA TAPAK Syarikat Pembinaan Olso Telah menyelia projek jalan raya (New Klang Valley Expressway, NKVE) Mei 1990 Oktober 1990 PENYELIA TAPAK IJM Corporation Berhad Supervised the North South Expressway package 10B Sungai Buluh to Rawang Project Mei 1991 September 1991 PEMBANTU JURUTERA KOH Perunding Bertanggungjawab merekabentuk rasuk, cerucuk dan aras Laras. Julai 1993 Sseptember 1993 PEMBANTU JURUTERA Terbabit dalam pengubahsuaian sebuah kedai kepada pejabat di tingkat satu kedai emas Goldsmith di tingkat bawah. Aug 1994 Apr 2001 JURUTERA REKABENTUK Zath Perunding Sdn. Bhd.

1.2.3

Aktivtiti Organisasi

Syarikat ini mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam pelbagai bidang melibatkan kedua-dua kejuruteraan awam dan struktur. Oleh itu, terbuktilah pengalaman dan kecekapan yang menawarkan perkhidmatan professional yang berikut :-

I.

Projek perumahan termaksuklah semua kerja infrastruktur. Perumahan biasa Perumahan Kos Rendah.

II. III. IV. V. VI.

Pusat membeli belah dan bangunan pejabat. Bangunan kilang dan perindustrian ringan atau bengkel Jalan dan Jambatan. Bekalan Air Pembangunan Kawasan Perindustrian.

1.2.4

Halatuju Organisasi

Setelah berpengalaman mengendalikan sebuah syarikat perundingan selama lebih kurang 9 tahun, Perunding Setiamaju ini telah melebarkan sayapnya menjadi sebuah syarikat pemaju pada April 2006 dengan member nama Mansion Builders Sdn Bhd. Sebuah projek yang beranggaran RM1 200 000.00 telah dibuka di Taman Tawas Jaya bagi cadangan 12 unit rumah berkembar dua tingkat. Dan Perunding Setiamaju merupakan perunding projek ini.

Anda mungkin juga menyukai