Anda di halaman 1dari 24

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG, JALAN KOLEJ, 93200 KUCHING, SARAWAK

LAPORAN PEMBINAAN PORTFOLIO INDIVIDU KURSUS BINA INSAN GURU (BIG) CERAMAH PROTOKAL DAN ETIKA SOSIAL PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JANUARI 2012

NAMA NO. K.P. NO. MATRIK KUMPULAN PENGAJIAN TARIKH

: KHAIRUL AIZAT BIN SAINI : 921013-13-6721 : 201006156 : PISMP BM AMBILAN JANUARI 2012 : 3 OGOS 2012

TEMPAT

: DEWAN KULIAH A, IPG KAMPUS BATU LINTANG

TUTOR

: EN. RAZALI BIN HJ. YU DR. TIWI BINTI KAMIDIN

SENARAI SEMAK LAPORAN INDIVIDU BINA INSAN GURU INDIVIDU Bil. 1 2 3 3 4 5 6 7 8 9 10 Muka Depan Biodata Laporan pembinaan portfolio individu bagi BIG Pendahuluan Matlamat Objektif Tarikh dan Tempat Pelaksanaan Laporan Refleksi Kendiri Penutup Lampiran Perkara Catatan

BIODATA

NAMA JANTINA STATUS PERKAHWINAN KUMPULAN SEMESTER ALAMAT TETAP NO. H/P NAMA WARIS TERDEKAT NO. H/P WARIS TERDEKAT

: KHAIRUL AIZAT BIN SAINI : LELAKI : BUJANG : PISMP BM JANUARI 2012 : DUA

: NO 23, KAMPUNG SAMPADI, 94500, LUNDU, SARAWAK : 014-5935229 : SAINI BIN SAIT : 013-5704780

PENDAHULUAN

Bina Insan Guru adalah suatu program yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Program Bina Insan Guru adalah satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian di bawah kelolaan dan kendalian Hal Ehwal Pelajar IPG. Hasrat utama dalam Bina Insan Guru amat bersesuaian sepertimana Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki keterampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri yang terpuji selaras dengan hasrat negara. Pelaksanaan Bina Insan Guru adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat.

MATLAMAT

Progam ini merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Bdalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia bukan sahaja perlu mempunyai menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk Berkhidmat & Berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.

OBJEKTIF

1. Mendedahkan kepada pelajar- pelajar mengenai Etiket Sosial dan Moral Profesional yang menjadi pegangan seorang pendidik dalam menjalankan tugas seharian. 2. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar berkaitan domain kandungan kurikulum Bina Insan Guru(BIG) 3. Membina kualiti peribadi dan professional sebagaimana guru yang mulia, peranan guru sebagai pendidik dan agen perubahan masyarakat. 4. Meningkatkan tanggungjawab guru dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti dalam menjayakan dasar- dasar serta wawasan pendidikan negara. 5. Memberi kesedaran kepada pelajar- pelajar mengenai pentingnya bersikap positif serta peka terhadap persekitaran dan komuniti dalam usaha meningkatkan profesionalisme keguruan.

JADUAL PELAKSANAAN

TARIKH Tarikh: 3 OGOS 2012 Hari : JUMAAT

TEMPAT DEWAN KULIAH A

KUMPULAN SASARAN PISMP TESL 1 Ambilan Januari 2012 PISMP TESL 2 Ambilan Januari 2012 PISMP TESL 3 Ambilan Januari 2012 PISMP TESL 4 Ambilan Januari 2012 PISMP BM Ambilan Januari 2012 PISMP PRA Ambilan Januari 2012 PISMP BC 1 Ambilan Januari 2012 PISMP BC 2 Ambilan Januari 2012

Laporan Ceramah Protokal dan Etiket Sosial

Pada 3 Ogos 2012, suatu ceramah tentang Protokal dan Etiket Sosial telah dijalankan di Dewan Kuliah A, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dari jam 2.15 hingga 4.15 petang. Kesemua lapan kelas kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2012 telah menghadiri ceramah ini. Ceramah ini merupakan sebahagian daripada sambungan program Bina Insan Guru (BIG) yang dijalankan untuk mendedahkan guru pelatih kepada protokal dan etiket sosial yang diperlukan dalam sesuatu majlis. Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Program BIG ini merupakan salah satu kursus yang diwajibkan bagi semua guru pelatih PISMP. Program BIG pada semester 2 Fasa 2 ini ialah Ceramah Etiket Sosial dan Moral Professional Penceramah telah menyentuh isi tentang kepentingan agama sebagai pembentuk akhlak yang menjadi panduan untuk semua peserta program BIG ini. Beliau menyatakan setiap insan seorang guru perlulah taat dan sentisa berdoa kepada-Nya agar kita akan sentiasa diredhai dan berjaya dalam hidup kita kelak sebagai guru. Tanpa didikan agama yang sempurna kita tidak akan dapat menjadi seorang guru yang dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling. Selain itu, penceramah juga menyentuh tentang kepentingan sifat tawaduk iaitu sentiasa merendah diri dalam kehidupan. Sifat ini amat penting dalam membina perwatakan yang disanjungi oleh masyarakat. Tanpa sifat ini, masyarakat sekeliling akan melabel kita sebagai seorang guru yang yang tiada moral sosial dan tiada sikap profesionalisme didalam diri kita. Oleh itu, selepas ceramah ini dijalankan, saya akan sedaya upaya menerapkan sifat merendah diri dalam diri ini.

Disamping itu, antara faedah yang saya dapat ialah dapat memupuk sifat bertanggungjawab didalam diri saya. Dalam ceramah tersebut, penceramah telah menekankan aspek ketrampilan diri. Ketrampilan diri ini amat penting sebagai penilaian pertama masyarakat terhadap diri kita. Kita mestilah bertanggungjawab dalam menjaga penampilan diri agar kita dihormati oleh masyarakat dan mereka akan menganggap profesion keguruan merupakan profesion yang mulia dan disegani. Dalam pada masa itu juga, penceramah juga telah menekan aspek pemakaian sama ada di dalam institut dan dan di luar institut. Hal ini kerana ramai guru pelatih sekarang ini melanggar etika pakaian institut. Penceramah juga telah menyatakan cara pemakaian yang sesuai dan betul kepada setiap guru pelatih. Penceramah amat menekan aspek pemakaian ini kepada guru pelatih kerana ia adalah bagi menjaga nama baik profesyen keguruan dan nama institute khususnya. Selain itu juga, program yang dijalankan juga telah meningkatkan disiplin dikalangan guru pelatih dan kepada saya khususnya. Hal ini kerana, penceramah telah menekankan aspek kemahiran mengawal emosi dalam diri seorang guru pelatih. Kemahiran mengawal emosi ini amat penting untuk dipupuk dalam diri kerana tanpa kemahiran ini, mungkin kerja yang dijalankan tidak dapat dilaksanakan dan pelbagai konflik mungkin akan terjadi. Tambahan pula, kita sebagai seorang guru kelak perlulah tabah dan pandai mengawal emosi disekolah kelak agar tidak menyebabkan kejadian yang tidak dingini berlaku seperti yang banyak berlaku pada masa kini iaitu seperti kes guru mendera pelajar dan sebagainya. Dalam sesi ceramah itu juga, penceramah telah menekankan aspek kemahiran sosial yang perlu ada didalam diri seorang guru pelatih. Kemahiran sosial ini amat bermanfaat bagi saya kerana ia telah mengajar saya bagaimana hendak berdepan dengan masyarakat sekeliling dan disekolah kelak. Antara kemahiran sosial

yang ditekankan dalam ceramah ini ialah cara pergaulan, menghadiri majlis rasmi dan tatatertib di meja makan. Secara tidak langsung, perkara ini menambahkan pengetahuan saya dalam bidang ini dan hal ini amat membantu saya apabila saya berhadapan dengan masyarakat sekeliling jika saya di hantar berkhidmat ke kawasan yang asing bagi saya kelak. Sifat modal insan amat penting dipupuk dalam diri kita juga merupakan salah satu isi ceramah. Modal insan ini hendaklah diterapkan dalam diri penceramah kerana ia akan membina etika sosial dan moral professional dalam diri kita. Dengan adanya sifat ini. Kita tidak akan ada masalah dan konflik didalam diri, institusi, dan kerjaya kita. Kita juga akan lebih bersemangat untuk menjadi seorang guru mendidik anak bangsa di sekolah kelak. Disamping itu, kita juga akan disenangi oleh murid-murid, pihak sekolah dan masyarakat. Berikut adalah serba sedikit pembentangan yang telah dibuat oleh Puan Remy.

CARA BERPAKAIAN PAKAIAN LELAKI Pemilihan jenis kain


Kain kapas Kain polyester Kain kapas campuran polyester

Pemilihan baju kemeja


Apabila memilih baju kemeja, ia perlu sesuaikan dengan bentuk bada, warna kulit dan iklim negara, selesa apabila dipakai, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu besar. Elakkan dari memakai kain jenis ketat, terlalu jarang dan berwarna garang.

Pemilihan kolar kemeja Bagi pemilihan kolar kemeja, apabila dibutangkan hendaklah selesa dan tidak terasa ketat atau longgar. Bukan begitu sahaja, kesesuaian pemilihan kolar baju juga berpandukan bentuk muka. Individu yang bermuka kecil dan leher jinjang perlu memilih pakaian yang berkolar tinggi dan lebar sedikit akan menampakkan wajah muka lebar dan elakkan memilih kolar yang panjang dan lurus. Jika individu yang bermuka lebar, pakaian berkolar rendah akan menampkkan leher jinjang manakala elakkan berkolar bulat kerana akan menampakkan wajah bertambah bulat bagi mereka yang bermuka bujur. Corak dan warna Corak dan warna merupakan pilihan peribadi. Kemeja putih mudah dipadankan dengan tali leher dan suit. Kemeja satu warna mudah dipadankan dengan tali leher. Elakkan warna kuning pekat dan merah jambu. Warna baju hendaklah lebih muda daripada suit manakala warna tali leher lebih gelap daripada baju. Elakkan memakai baju yang berjalur kasar. Jalur halus mudah dipadankan dengan tali leher. Baju berjalur biasanya mempunyai kain berlatarkan warna putih. Elakkan baju berwarna- warni kerana susah untuk dipadankan dengan tali leher. Pemilihan tali leher Semasa pemilihan tali leher, individu perlu mengetahui panjangnya supaya sesuai dan kemas apabila dipakai. Tali leher hendaklah bersesuaian dengan pakaian yag hendak dipakaiIkatan tali leher yang biasa dan sesuai ialah jenis simpl segi tiga Hujung bahagian tali leher mestilah mencecah bahagian kepala tali pinggang Tali leher jenis sharp-end atau hujung segi tiga lebih sesuai

Elakkan daripada memakai tali leher yang terlalu besar Padankan tali leher berjalur dengan baju plain dan tali leher plain dengan baju berjalur

Baju yang berjalur timbul (bold) dan sewarna boleh dipakai dengan tali leher berjalur halus

Elakkan memakai tali leher plain dengan baju plain kerana padanan ini hanya sesuai jika memakai longue suit

Padankan dan sesuaikan warna tali leher dengan baju. Jika tiada pilihan sesuaikan dengan seluar

Jika menggunakan pin tali leher, tempat yang sesuai ialah bersamaan dengan bahagian tengah saku baju. Jika memakai longue suit, temppat pin yang sesuai ialah bersamaan dengan bahagian atas saku baju.

Perhiasan Perhiasan pada pakaian lelaki adalah agak terhad seperti pen di poket baju (tidak melebihi daripada dua batang, sikat jangan diletakkan dalam poket baju dan poket baju jangan dipenuhi dengan pelbagai benda seperti wang kertas

PAKAIAN WANITA Pemilihan jenis pakaian


Pakaian sederhana adalah pakaian yang paling sesuai untuk menghadiri sesuatu majlis makan malam. Elakkan juga daripada menjadi tumpuan atau perhatian orang lain. Padanan warna Elakkan memakai pakaian dari jenis berkilau atau berkilat pada waktu siang kerana hanya sesuai dipakai pada waktu malam

Elakkan memakai satu warna sahaja. Namun, pakai dari satu rumpun warna yang sama adalah sesuai.

Elakkan daripada menggunakan lebih daripada empat warna pada pakaian (warna-warni)

Sebaiknya gunakan kain tipis, lembut dan menyerap Pemilihan lining yang sesuai adalah amat penting

Alat hiasan tambahan Pemakaian hiasan tambahan adalah boleh namun jangan lah menggunakan perhiasan yang keterlaluan hanya untuk menarik perhatian orang ramai. Hiasan pada leher hendaklah tidak melebihi daripada dua jenis rantai. Di samping itu juga, penggunaan cincin yang banyak dan hiasan lengan jenis ber bunyi tidak sesuai bagi majlis rasmi. Penggunaan pewangi Penggunaan pewangi adalah digalakkan untuk memberikan haruman yang menyenangkan semasa menghadiri sesuatu majlis. Pewangi jenis lembut adalah sesuai digunakan pada waktu siang hari sementara yang kuat daya tarikannya digunakan pada waktu malam. Elakkan daripada menggunakan lebih daripada satu minyak wangi pada satu masa kerana ianya boleh membuat tetamu lain yang hadir berasa tidakkurang senang. Beg tangan Pemilihan beg tangan juga adalah amat penting. Sesuaikan warna beg tangan dengan kasut. Beg tangan yang terlalu besar atau terlalu kecil tidak sesuai untuk menghadiri majlis yang penuh istiadat atau majlis rasmi. Bagi menghormati majlis jamuan makan, gunakanlah beg tangan kecil dan bertali pendek kerana ianya

sesuai untuk ke majlis jamuan makan.

Kasut Gunakan kasut yang sewarna dan sesuaikan dengan beg tangan. Semasa menghadiri majlis rasmi, pakai kasut berwarna gelap. Elakkan memakai kasut bertumit halus dan runcing sekiranya aktiviti majlis tersebut perlu berdiri untuk masa yang lama agar tidak memenatkan kaki. Pilih sarung kaki warna lembut mengikut warna kulit.

TATATERTIB DI MEJA MAKAN


Selain itu juga, ceramah yang diberikan juga banyak menekankan dengan tatatertib di meja makan. Di sini, beliau telah menerangkan tentang bagaimana untuk menggunakan peralatan untuk makan dberdasarkan susunan yang ada pada meja makan. Beliau juga turut mengatakan bahawa adalah dilarang bermain dengan peralatan yang berada di atas meja makan kerana ianya hanya akan mengganggu orang lain dengan bunyinya yang bising. Makan makanan yang panas dengan meniup makanan tersebut dengan bising adalah dilarang. Semasa sedang manjamu selera, adalah dilarang bercakap ketika mulut masih penuh dengan makanan. Ketika makan hendaklah mempunyai

BERJABAT TANGAN
Perkara terakhir yang diperkatakan adalah berkaitan adalah cara-cara berjabat tangan. Cara berjabat tangan yang berlainan membawa maksud yang berbeza. Contohnya: Berjabat tangan dengan satu jari menunjukkan kekurangan ramah tamah

Menarik tangan menunjukkan kekurangan keyakinan, Mengawal pula adalah kurang baik dalam urusan Agresif pula menunjukkan kekasaran Sejuk pula membawa maksud jemu dan bosan

Konklusinya, selepas selesainya program BIG khidmat masyaraakt ini, saya telah dapat banyak manfaat dan faedah dalam membina jati diri saya kearah profesyen keguruan. Disamping itu juga, program ini telah memberikan banyak pengalaman yang berharga kepada saya. Selepas melalui program ini juga, saya juga dapat meningkat dan membina aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS) kearah yang lebih baik dalam diri saya. Oleh itu, saya berharap agar program Bina Insan Guru (BIG) akan diteruskan kerana banyak pengetahuan dan manfaat diperolehi oleh guru-guru pelatih.

Dilaporkan oleh,

_______________________________ (KHAIRUL AIZAT BIN SAINI) PISMP BM JANUARI 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

REFLEKSI KENDIRI

Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikuti program seminar ceramah mengenai Etiket Sosial / Social Etiquette bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di Dewan Kuliah A pada 3 Ogos 2012 yang lepas. Kesemua lapan kelas kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2012 telah menghadiri ceramah ini. Seminar ceramah yang disampaikan oleh PuanRemy Syarmila binti Mohamed Sebli dari Unit Kaunseling ini mengambil masa kira-kira 2 jam setengah, iaitu dari pukul 2.30 petang sehingga pukul 5.00 petang. Sebenarnya saya sentiasa menantinantikan seminar bengkel ini, selepas saya mengikuti program khidmat komuniti di Pusat Orang Buta Sarawak pada beberapa minggu yang lepas, kerana saya yakin dan percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini. Sememangnya seminar ini telah memberikan impak positif yang besar dalam diri saya sebagai seorang bakal guru dalam sentiasa beretika sosial dan berprotokol dalam banyak aspek. Pertama sekali, saya sedar bahawa hidup beragama merupakan elemen yang terpenting dalam kehidupan kita. Hal ini demikian kerana ia akan menjadi panduan hidup iman kita sepanjang hayat. Kalau kita tidak mempunyai sebarang kepercayaan dan agama dalam hidup kita, kita akan berasa sangat pasif, gelisah dan terganggu apabila kita melanda dilemma kehidupan atau cabaran dalam kehidupan kita. Jadi, agama diibaratkan sebagai suluh lampu dan berperanan untuk menyuluh kehidupan kita serta memandu kita agar menjalani kehidupan pada hala jalan yang betul, halal dan benar. Selain itu, saya juga sedar bahawa dasar dan latar keluarga yang sihat dan seimbang juga amat penting dalam pembentukan seorang insan yang beretika sosial. Selepas mendengar ceramah yang disampaikan oleh Puan Remy, saya dapat mempelajari bahawa ajaran keluarga merupakan unsur yang tidak dapat dipisahkan daripada pembentukan insan yang mempunyai etika sosial.

Sememangnya hidup dengan beretika harus dimulakan pada ibu bapa terlebih dahulu kerana merekalah yang melahirkan, menjaga dan mendidik kita sejak dari kita lahir lagi. Ini bermakna kita meluangkan paling banyak masa untuk bersama dengan mereka. Jadi, sekiranya ibu bapa memberikan didikan keluarga yang

sempurna kepada anak-anak mereka, seperti membantu anak-anak membanding beza antara kebaikan dan keburukan, cara yang sopan dan beretika dalam melakukan semua perkara, maka adalah tidak menjadi masalah bagi mereka apabila mereka pergi ke kumpulan masyarakat yang lebih besar dan ketika bersosial dengan orang ramai. Menghadiri seminar ceramah ini juga telah memberikan kesan positif yang amat mendalam terhadap kerjaya saya. Hal ini demikian kerana daripada ceramah ini, saya sedar bahawa sebagai seorang bakal guru yang mempunyai etika sosial yang sempurna, kita haruslah sentiasa mengamalkan sifat tawaduk, atau sikap merendah diri tidak kira di mana sahaja. Sememangnya semua orang harus bersikap merendah diri dan tidak sombong, terutamanya terhadap orang yang lebih tua, berpengalaman dan veteren daripada kita. Kalau tidak, kita akan sentiasa dilebelkan dengan istilah angkuh, sombong, lawa, dan banyak lagi perkataan yang tidak sedap didengar dan negatif. Yang teruknya, sekiranya kita dilebelkan dengan istilah-istilah yang disebutkan di atas, adalah sangat susah bagi individu tersebut untuk membuktikan bahawa dia sebenarnya bukan orang yang semacam itu. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa mengawal tingkah laku, pertuturan dan pemikiran kita pada kadar yang boleh bersamaan dengan rendah diri agar kita dapat bergaul dengan orang lain dengan harmoni, tenteram dan sejahtera tanpa sebarang prejudis dan bias terhadap orang itu. Malah, sebagai seorang guru yang beretika sosial, kita haruslah sentiasa berpenampilan sempurna, yang selesa dan disenangi oleh semua pihak, sama ada rakan sejawat, ibu bapa, murid, ataupun masyarakat awam.Berpenampilan sempurna ini sebenarnya merujuk kepada bagaimana kita mahu mempamerkan dan menonjolkan kepada orang lain. Dalam konteks ini, ia merangkumi banyak aspek dan memerlukan ilmu dan pengetahuan yang khusus, tidak kira cara berpakaian, cara pertuturan, cara perhubungan dan komunikasi dengan orang lain. Dengan mengambil contoh tentang cara berpakaian dalam kalangan guru pelatih; selepas mendengar ceramah tersebut, saya sedar bahawa kita haruslah berpakaian mengikut norma-norma yang disetujui ramai dan peraturan yang ditetapkan. Sebagai seorang bakal guru, kita haruslah berpakaian berdasarkan

impression sebagai seorang guru. Oleh itu, pakaian-pakaian yang jenis singkat, ketat, mencolok mata dan tidak menutup aurat haruslah dielakkan walaupun kita berada di luar kawasan sekolah, di pusat membeli belah, di cafe makanan, dan

sebagainya. Sama juga seperti kasut, tas tangan, rambut, kuku, barang-barang perhiasan, dan sebagainya, kita haruslah memakai mengikut peraturan dan norma masyarakat yang ditetapkan. Seminar ceramah ini juga turut memberikan impak positif yang amat mendalam terhadap masyarakat dan komuniti di sekeliling saya. Dalam konteks ini, ia merujuk kepada aspek pertuturan dan komunikasi dengan orang lain. Selepas mendengar penerangan Puan Remy, saya sedar bahawa sebagai sorang manusia yang hidup masyarakat, kita haruslah mempunyai tatacara perkenalan, pertuturan dan cara bermakan yang betul, terutamanya semasa menghadiri majlis-majlis rasmi. Oleh itu, kita haruslah menjadikan prinsip satu hari satu kawan sebagai amalan dan pegangan hidup kita. Sebagai seorang guru yang inisiatif, kitalah yang harus memulakan sesebuah hubungan persahabatan. Janganlah kita tunggu orang lain mengambil tindakan terlebih dahulu, tetapi kitalah yang harus aktif mengambil langkah untuk berkenalan dengan orang lain. Oleh yang yang demikian, saya sedar bahawa untuk menjayakan sesebuah hubungan persahabatan, kita haruslah mempunyai tatacara berkenalan yang betul dan sesuai. Perkenalan mempunyai cara dan seni yang tersendiri yang perlu diketahui oleh setiap individu supaya sesi perkenalan dapat berjalan dengan lancar. Yang pertama sekali, pastikan kedua-dua pihak bersedia untuk diperkenalkan. Orang yang diperkenalkan haruslah memandang mata yang menerima perkenalan tetapi jangan terlalu lama. Jika kita berjabat tangan dengan orang lain, janganlah kita berjabat terlalu lama ataupun terlalu lekas menarik tangan seperti kita jijik dengan tangan orang tersebut. Yang paling penting sekali, kita haruslah jujur dalam perhubungan dan tidak melakukan apa-apa yang akan merosakkan perhubungan tersebut. Iktibar lain yang saya dapat daripada seminar ceramah ini termasuklah kita haruslah mempunyai tatacara dan tatatertib makanan yang betul dan tepat.Antara kekuatan yang saya dapat ialah saya mula mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan etiket sosial dan protokol, seperti cara menggunakan sudu dengan betul semasa makan, cara makan yang betul iaitu perlu mendahulukan jenis makanan yang mana, cara berpakaian yang sesuai dalam majlis-majlis tertentu serta cara-cara duduk yang betul. Yang lebih spesifik lagi, saya tahu bahawa semasa menjamu makanan di high table, saya perlu menunggu pelayan menarik kerusi dan selepas duduk dia akan meletakkan napkin di atas paha, dan banyak lagi

Selain itu, saya mula sedar akan kepentingan etiket sosial dan protokol dalam kehidupan sayasebagai seorang bakal pendidik, di mana seorang pendidik perlu melibatkan diri dalam suatu majlis ataupun suasana yang begitu berprotokol, misalnya perlu menghadiri makan malam di hotel dan sebagainya. Malah, saya juga sedar bahawa kita haruslah mempunyai tatacara perbualan sosial yang betul dan sesuai demi memulakan, mengekalkan dan memajukan sesebuah perhubungan. Dalam seminar ceramah tersebut, terdapat 11 jenis prinsip yang terkandung dalam tatacara perbualan sosial. Antaranya termasuklah kita perlulah menggunakan prinsip berhenti, lihat, dengar barulah bercakap. Janganlah kita menjadi jurujual ataupun jet-plane. Jangan pula kita membuat bising seperti concorde pula. Sepatutnya kita perlu bercakap dengan orang yang berada di kiri dan di kanan kita. Malah,kawalan mata dan anggota adalah amat penting sekali agar orang berada selesa berkomunikasi dengan kita. Kita juga perlu peka dengan sekeliling kita. Kalau orang yang kita bercakap itu hanya menjawab ya... tidak... sahaja, ia bermaksud orang itu tidak berminat tentang topik yang dibincangkan. Oleh yang demikian, topik perbualan kita haruslah sesuai dan berpatutan. Janganlah kita membincangkan perkara-perkara yang tidak sesuai seperti hal-hal peribadi, agama, politik, dan sebagainya, kecuali topik-topik berkenaan adalah minatnya. Sebaliknya, kita boleh membincangkan topik-topik seperti muzik, makanan, buku, berkebun, dan lain-lain semasa kita berbual atau bersosial dengan orang lain. Namun, apa yang paling penting dalam tatacara perbualan sosial ialah hormat-menghormati. Contohnya, kita patut mematikan telefon bimbit semasa makan dan berkomunikasi, selaras dengan apa yang diperkatakan oleh Puan Remy : Dalam sesebuah perhubungan, yang tua dihormati, menghormati yang tua satu kewajipan; dengan yang sebaya kesantunan dan dengan yang muda kasih sayang . Dengan mengamalkan semua ini, pasti ia akan memberikan impak positif terhadap negara kita apabila semua pelancong yang melawat ke negara kita memuji rakyat Malaysia bersopan-santun, beretiket sosial dan bersahsiah murni. Dengan itu, nescaya imej baik negara kita akan meningkat dan disanjung di persada dunia. Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada apa yang diperkatakan oleh beliau sepanjang seminar ceramah etiket sosial ini. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana

memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.

Dilaporkan oleh,

_______________________________ (ABDUL MUQTASID AL-AFIQ BIN ABDUL RAZAK) PISMP TESL BI 1 AMBILAN JANUARI 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

PENUTUP Melalui Program Bina Insan Guru ini, kesemua guru pelatih akan mempunyai pengalaman yang bagus untuk mereka praktikkan dalam kehidupan seharian. Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di mana mereka akan ditempatkan kelak. Selain itu, program ini akan menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada negara Selain daripada itu juga, Program BIG ini juga memberi banyak manfaat kepada guru pelatih di samping membangunkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Seterusnya, guru yang bakal dilahirkan mempunyai tanggungjawab terhadap negara, agama dan masyarakat. Hal ini penting agar negara dapat mencapai negara maju menjelang tahun 2020 dengan mempunyai

masyarakat guru yang mempunyai modal insan yang cemerlang dan terbilang dalam mendidik anak bangsa.

LAMPIRAN

Yang di-Pertua Jabatan Perwakilan Pelajar memberikan ucapan sebelum sesi ceramah bermula.

Yang di hormati saudari pengerusi majlis memulakan sesic eramah dan menyambut kedatangan Puan Remy, pensyarah yang menyampaikan ceramah.

Puan Remy bersiap sedia untuk memberikan ceramah.

Saudara Abdul Aziz bin Mohammad memulakan sesi ceramah dengan berdoa.

Puan memberikan ceramah.

Remy

Para guru pelatihmembuataktivi ti stretching bagi merenggang kan otot yang berjam-jam tidak bergerak.

Anda mungkin juga menyukai