Anda di halaman 1dari 1

Rancangan Mengajar Harian Mata pelajaran: Sains Tingkatan : 2R/2M/2S Tarikh : 13 Mac 2013 Masa : 80 minit Jumlah Pelajar:

Tema/Tajuk: Tema 1: Dunia melalui deria kita Kemahiran, subtopik: Organ Deria dan fungsinya Hasil Pembelajaran: i) Pelajar dapat menyenaraikan organ deria manusia. ii) Pelajar mengenal pasti dan memahami organ deria dan fungsinya. Objektif: Mengenal pasti organ deria dan fungsinya. Aras 1: i. Pelajar dapat menyatakan maksud rangsangan. Aras 2: i. Pelajar dapat menyatakan fungsi organ deria dan kepentingannya dalam kehidupan. Aras 3: i. Menyebut dan menyenaraikan laluan rangsangan terhadap organ deria dan gerak balas otot. Rangsangan -------- deria--------saraf-------otak-----saraf------otot.

Konsep/istilah: Rangsangan, deria, saraf, organ. Aktiviti: 1. Guru bertanyakan soalan kepada pelajar organ yang digunakan untuk melihat Aktiviti : 2. Guru memberikan penerangan kepada pelajar berkaitan maksud rangsangan. Guru turut memberikan contoh mudah bentuk-bentuk rangsangan yang hadir dalam kehidupan kita. Selain itu guru menjelaskan jenis-jenis deria yang terdapat pada manusia serta menyatakan fungsi setiap deria tersebut menggunakan kaedah peta minda. Guru juga menjelaskan proses2 tindak balas otot terhadap rangsangan. Aktiviti 3: Pada akhir P & P guru menjalankan sesi soal jawab dengan pelajar berkaitan topik yang dipelajari. Unsur dan tingkah laku patriotisme: KBKK: Mengelaskan Impak P & P:( 2R) 90 % Pelajar dapat menguasai hasil pembelajaran yang di tetapkan oleh guru pada jangkaan awal manakala baki 10 % pelajar masih kurang memahami laluan rangsangan terhadap organ deria dan gerak balas otot. 2M) 70 % Pelajar dapat menguasai hasil pembelajaran yang di tetapkan oleh guru pada jangkaan awal manakala baki 30 % pelajar masih kurang memahami proses laluan rangsangan terhadap organ deria dan gerak balas otot. Perkara ini berlaku kerana segelintir pelajar yang tidak membawa buku teks sebagai rujukan utama pembelajaran. ( 2S) 80 % Pelajar dapat menguasai hasil pembelajaran yang di tetapkan oleh guru pada jangkaan awal manakala baki 20 % pelajar masih kurang memahami laluan rangsangan terhadap organ deria dan gerak balas otot. Sebab utama pelajar tidak menumpukan perhatian semasa guru memberikan penerangan semasa proses P & P. Selain itu kelompok 20 % pelajar tidak faham adalah disebabkan faktor tidak membawa buku teks.

Anda mungkin juga menyukai