Anda di halaman 1dari 3

MESYUARAT PANITIA AGAMA ISLAM KALI PERTAMA 2009

Hari: Jumaat
Tarikh: 1.01.2009
Masa: 10:50 Pagi
Tempat: Kelas 5 Mawar

1. Ucapan alu-aluan daripada pengerusi, Pn. Roszihayati Bt. Jahari.


1.1. Memperkenalkan guru baru iaitu Ustazah Mazilah , beliau mengajar mata pelajaran
Matematik dan Agama Islam. Opsyennya adalah Matematik dan Agama Islam dan telah
mengajar selama 5 tahun.
1.2. Memberi sedikit pengenalan tentang bilangan guru-guru yang bernaung di bawah
Panitia Agama Islam iaitu seramai 5 orang guru GPI dan 4 orang guru j-QAF.
1.3. Pengerusi menerangkan tentang carta organisasi sepertimana berikut:
Penasihat
Guru Besar
Pn. Hajah Saniah Bt. Mohd. Khalid

Pengerusi
Ustazah Roszihayati Bt. Jahari

Setiausaha
Ustazah Robiah Bt. Jusoh

Naib Setiausaha
Ustazah Nor Anisa Bt. Musa

Bendahari
Ustazah Hanipah Bt. Awang

Ahli Jawatankuasa
Ustaz Zakaria B. Salleh
Ustazah Mazilah Bt. Man

Guru Penyelaras J-Qaf


Ustazah Robiah Bt. Jusoh

Guru-Guru J-Qaf
Ustaz Zabil B. Nen
Ustazah Nawal Bt. Ahmad
Ustazah Nor Anisa Bt. Musa
Ustazah Raihati Bt. Said

2. Penerangan tentang kurikulum dan perancangan strategik


2.1. Guru diminta menyiapkan rancangan tahunan dengan secepat yang boleh.
2.2. Rancangan Tahunan hendaklah dicop dengan cop sekolah
2.3. Rancangan Harian boleh ditulis dengan tulisan tangan dengan cantik.
2.4. Objektif hendaklah disertan dan impak hendaklah ditulis selesai pengajaran dan
pembelajaran.
2.5. Ruangan impak di dalam buku rekod mengajar perlu tulis dalam bilangan murid dan
boleh disertakan nama.
2.6. Sebutkan kesan selepas pengajaran.
2.7. Penggunaan buku tulis perlu disemak oleh pihak pentadbir pada bulan April dan Julai.
2.8. Bidang Al-Qur’an dan Jawi perlu ditulis di dalam satu buku tulis dan dilabelkan
sebagai AG1. Manakala bidang Akhlak, Sirah, Ibadah dan Aqidah di dalam buku AG2.
2.9. Hanya kelas Melati sahaja boleh menggunakan 1 buku untuk kesemua bidang.
2.10. Pengerusi menegaskan agar tiada percampuran antara bidang-bidang pelajaran
Agama Islam di dalam satu buku.
2.11. Murid hendaklah dilatih cara menulis, terutamanya tarikh, hari, tajuk dan bergaris
tepi serta sentiasa bertulisan kemas dan bersih.
2.12. Guru-guru harus rajin menanda buku tulis dan latihan yang diberi dan ringan
memberi ucapan tahniah atau nota di dalam buku tulis murid.
2.13. Berkenaan pembinaan soalan ujian dan peperiksaan, guru Bahasa Arab perlu
menyediakan soalan, dan GPI pula perlu menyediakan soalan jika soalan tidak disediakan.
2.14. Pembahagian penyediaan kertas soalan adalah seperti berikut:
Tahun 1- Ustazah Mazilah
Tahun 2- Ustaz Zabil
Tahun 3- Ustazah Robiah
Tahun 4- Ustaz Zakariah
Tahun 5- Ustazah Roszihayati
Tahun 6 Ustazah Hanipah
2.15- penetapan tarikh ujian adalah seperti berikut:
* Ujian Bulanan Pertama Pada 3 Mac Hingga 5 Mac 2009
* Peperiksaan Semester 1 Pada 4 Mei Hingga 7 Mei 2009
* Ujian Bulanan Ketiga Pada 3 Ogos Hingga 6 Ogos 2009
* Peperiksaan Akhir Tahun Pada 20 Oktober Hingga 22 Oktober 2009.
2.15. Headcount perlu diisi oleh semua guru dengan lengkap.
Tindakan:
Semua GPI dan j-QAF

3. Aktiviti Kokurikulum Dan Taqwim


3.1. Setiap Khamis, Program Membudayakan Al-Qur’an adalah pada pukul 7:10 minit
hingga 7:30. Pengisiannya hendaklah saling ingat-mengingati dan perlu ada bacaan dalam
solat selama 5 minit sebelum Budaya Al-Quran.
3.2. Berkenaan Tasmik Al-Qur’an, tarikh hendaklah dicatatkan dan tulis ikut ruangan bulan
yang disediakan. Ia boleh ditanda oleh guru mengaji, ibubapa atau guru j-QAF sendiri.
Catatan perlu ditulis sama ada murid tersebut masih merangkak atau bacaan lancar. Tanda
pada masa P&P dan waktu Tasmik. Catatan bagi murid khatam ialah, ulangan / khatam.
3.3. Solat hajat akan diadakan sebanyak 4 kali setahun pada bulan Februari, April, Mei, Jun
Atau Jun, Julai atau Ogos. Hajat perdana pada bulan September.
3.4. Tarikh Kem Bestari Solat adalah seperti berikut:
Tahun Siri Tarikh
5 1 24 Jan
4 1 14 Feb
3 1 28 Feb
2 1 7 Mac
1 1 28 Mac
5 2 11 Apr
4 2 25 Apr
3 2 9 Mei
2 2 23 Mei
1 2 27 Jun
1 3 25 Jul
2 3 11 Jul
3 3 8 Ogos
4 3 15 Ogos
5 4 12 Sep
1 4 10 Okt
2 4 24 Okt
6 1 30 Okt
3 4 31 Okt
6 2 6 Nov
4 4 7 Nov
6 3 6 Nov
5 4 14 Nov
3.5. Guru pembimbing dalam pertandingan adalah seperti berikut:
Kuiz- Ustazah Nor Anisa
Alqur’an – Ustaz Zakariah
Berzanzi- Ustazah Roszihayati
Bercerita- Ustazah Hanipah Dan Ustazah Robiah
Hafazan- Ustaz Zabil Dan Ustazah Raihati
Nasyid- Ustazah Mazilah.

Tindakan:
Semua GPI dan j-QAF

4. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:05 dengan bacaan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... ..................................
(Nor Anisa Bt. Musa)

Anda mungkin juga menyukai