Anda di halaman 1dari 1

Ciri-Ciri Disleksia Mungkin ada diantara murid-murid atau pun anak anak tuan/puan mempunyai ciri-ciri disleksia.

Kanakkanak disleksia ini boleh dikenalpasti melalui pemerhatian terhadap tingkahlaku mereka.

Diperingkat pra sekolah kanak-kanak tersebut mungkin : - Lambat bertutur - Mengalami kesukaran sebutan atau rima - Sukar menulis nama sendiri - Sukar mengenal bentuk atau warna - Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin : - Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan - Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas - Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira - Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) : - Tidak dapat membezakan antara -> was menjadi saw -> b dengan d - Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut - Keliru dengan konsep masa seperti semalam, hari ini , esok - Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolahciri-ciri murid disleksia

Anda mungkin juga menyukai