Anda di halaman 1dari 21

1.

0 Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing Perkhidmatan bimbingan di sekolah bukan semata-mata dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Malahan, semua guru yang terlatih dianggap sebagai guru bimbingan atau guru pembimbing. 1.1 Kaedah Pengumpulan Maklumat Kanak-Kanak Terdapat dua teknik biasa yang digunakan untuk mengumpul maklumat kanak-kanak, iaitu teknik ujian dan teknik bukan ujian. Teknik Ujian Secara amnya teknik ujian merujuk ekpada ujian-ujian piawai ynag dibentuk untuk mengukur ciri kanak-kanak seperti kebolehan, pencapaian, aptitud, minat, sikap, nilai dan personaliti. Ujian-ujian tersebut yang bersifat formal biasanya ditadbirkan secara individu atau kelompok. Hasil penganalisisan skor kanak-kanak dalam ujian-ujian digunakan sebagai rujukan dalam sesi bimbingan dan kaunseling.

Ujian Pencapaian Ujian pencapaian merujuk kepada ujian dalam bilik darjah yang dijana oleh guru bertujuan untuk mengukur apa yang diketahui oleh kanak-kanak berhubung dengan satu-satu mata pelajaran seperti bacaan, matematik, sains, bahasa dan sebagainya. Secara khusunya, ujian pencapaian bertujuan untuk mengukur beberapa aspek. Antaranya ialah tahap pembelajaran iaitu tinggi ,sederhana dan rendah. Kadar pembelajaran misalnya cepat, sederhana atau lambat. Perbandingan pencapaian dengan kanak-kanak lain atau pencapain sendiri dalam mata pelajaran lain, yakni bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kekurangan terhadap pencapaian akademik yang diperoleh. Di samping itu, ia juga bertujuan sebagai ramalan mengenai mutu pembelajaran pada masa depan.

Ujian pencapaian amat berguna utuk mengenal pasti potensi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Sebagai contoh, kanak-kanak mencapai skor rendah dalam ujian bacaan lisan tidak semestinya tidak tahu membaca,

berkemungkinan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah disleksia. Dengan berbekalkan data awal berbentuk skor ujian pencapaian rendah, guru bimbingan dan kaunseling boleh merancang intervensi yang relevan seperti berundig dengan guru pendidikan khas, ibu bapa, pakar rujuk dan sebagainya. Ujian Aptitud Aptitud ditakrifkan sebagai satu ciri yang menunjukkan kebolehan seseorang untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu bidang tertentu, atau memperoleh pengetahuan dan kemahiran khusus berhubungan dengan bidang itu. Secara amnya, ujian yang dibentuk untuk mengukur kebolehan pembelajaran seseorang dikenali sebagai ujian kecerdasan. Mengikut kebiasaan, ujian aptitud berbentuk bateri merangkumi pelbagai jenis ujian bagi mengukur aspek-aspek seperti penaakulan verbal, kebolehan mekanikal, kebolehan bahasa, bebolehan numerikal, dan sebagainya. Sebgai ontoh, Scholastic Aptitude Test (SAT) engambarkan kebolehan calon dari segi verbal dan bukan verbal. Skor SAT yang diperoleh akan digunaka sebagai salah satu kriteria kemasukan ke universiti atau kolej di kebanyakkan negara barat. Inventori Minat Kerjaya Ujian minat boleh ditadbirkan untuk meperoleh profil awal satu-satu kumpulan kanakkanak yang boleh digunakan sebagai bahan perbincangan dalam sesi kaunseling individu nanti. Tambahan pula, apabila digabungkan dengan skor ujian pencapaian dan aptitud, data mengenai minat kerjaya amat membantu kanak-kanak berkenaan untuk meneroka peluang pendidikan dan kerjaya yang akan diceburi kelak. Ujian dan Inventori dan Personaliti Secara umunya, terdapat dua jenis pendekatan yang biasa digunakan untuk mengukur personaliti, iaitu Inventori personaliti. Inventori personaliti bersifat objektif dan merangkumi aspek seperti konsep kendiri, penyesuaian sosial, gaya menyelesaikan

masalah dan tret-tert lain. Pendekatan kedua yang digunakan ialah teknik projektif iaitu bersifat lebih subjektif dan tidak berstruktur. Sebagai contoh Thermatic Aperception Test (TAT), Draw A Person Test dan sebagainya. Ujian Sikap Sikp memainkan peranan yang penting dalam menentukan cara kita melihat dunia ini, dan bagaimana kita menerima kejayaan atau kegagalan dalam kehidupan seharian. Perbezaan ketara antara manusia ialah sikap masing-masing.

Teknik Bukan Ujian Berbanding dengan teknik ujian yang bersifat objektif, teknik bukan ujian adalah bersifat subjektif. Terdapat beberapa teknik utama dalam jenis jenis teknik bukan ujian ini, antaranya ialah teknik permerhatian, teknik temubual dan analisis dokumen. Pemerhatian Melalui pemerhatian guru akan mengetahui tentang tahap perkemangan kanak-kanak dari segi fizikal, kognitif, dan emosi. Memandangkan guru perlu berfokuskan tingakah laku kanak-kanak, maka beliau akan lebih mengenali kanak-kanak yang menjadi sasaran pemerhatiannya. Oleh itu, amat penting bagi guru menguasai kemahirankemahiran tertentu demi keberkesanan pemerhatian yang dilakukan. Secara amnya, pemerhatian mempunyai tiga tujuan, antaranya ialah memahami tingkah laku kanak-kanak . Menurut ahli psikologi, salah satu kaedah pengumpulan data yang tepat ialah melalui pemerhatian kanak-kanak semasa mereka menjalani aktiviti harian dalam kelas. Kadangkala guru perlu memberi perhatian kepada komunikasi bukan lisan yang ditunjukkan oleh mereka. Di samping itu, pemerhatian juga dapat menilai perkembangan kanak-kanak. Pemerhatian yang dibuat oleh guru kelas atau guru mata pelajaran merupakan input yang amat berguna tentang tahap literasi bahasa masing-masing. Sebaai contoh, kegagalan seorang kanak-kanak untuk memahami satu-satu bahasa yang digunakan

oleh guru atau rakan sedarjah boleh disalah tafsir sebagai sifat malu dan segan. Selain itu, penilaian berasaskan main juga dapat membantu guru untuk mengenal pasti tahap kecacatan fizikal, mental kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan membuat perbandingan dengan kelompok kanak-kanak yang normal. Pemerhatian juga dapat menilai kemajuan pembelajaran kanak-kanak. Melalui pemerhatian, guru dapat mengenal pasti gaya pembelajaran masing-masing. Ekoran daripada pemerhatian terhadap aktiviti dalam kelas, melukis,menggunting atau merekabentuk sesuatu, guru akan dapat menentukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh seorang kanak-kanak, apa yang boleh dilakukan dengan bantuan orang laian, dan apa yang mampu dilakukan secara berdikari. Temu bual Selain daripada pemerhatian, guru biasa juga boleh menggunakan temu bual untuk memperoleh maklumat yang penting. Sebagai contoh, katakan perselihan faham telah berlaku antara sekumpulan kanak-kanak. Sebelum merujuk mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling, guru tadi boleh mengadakan satu temu bual dengan semua pihak yang terlibat untuk mengetahui apa yang telah berlaku. Dengan ini, sekurangkuragnya bias atau prejudis terhadap satu-satu pihak dapat dielakkan. Maklumat awal yang diperoleh juga amat kepada guru bimbingan dan kaunseling apabila menguruskan kes ini nanti. Secara amnya, terdapat tiga jenis temu bual yang biasa dikendalikan, iaitu temu bual berstruktur, temu bual tanpa struktur dan temu bual separa struktur. Bagi temu bual berstruktur, guru akan menjalankan temu bual berdasalakn soalan-soalan yang disediakan terlebih dahulu. Merujuk keapada kes perselisihan faham di atas, berkemungkinan guru akan mengemukakan soalan seperti berikut. Apakah isu yang mencetus perselisihan faham tadi? ________ , sila ceritakan

Manakala jika guru tadi mengadakan temu bual tanpa struktur dalam kes perselisihan faham tadi, besar kemungkinan beliau akan memulakan dengan soalan-soalan di berikut. Baik, siapa antara kamu ingin ceritakan dulu? Silakan Berdasarkan maklumat yang dieberikan oleh kanak-kanak yang berkenaan, guru akan cuba mengcungkil untuk memperoleh maklumat tambahan. Berbanding dengan temu bual berstruktur, guru tidak akan terikat dengan mana-mana soalan yang telah disediakan terlebih dahulu. Malahan, beliau akan lebih bebas untuk bertanya tentang isu tersebut. Namun begitu, guru ini perlu melengkapi diri dengan kemahiran menyoal, kemahiran komunikasi dan sebagainya agar dapat menggerakkan pemberian maklumat oleh kanak-kanak yang berkenaan. Bagi temu bual separa berstruktur pula, pada peringkat awal guru tadi biasanya akan mengemukakan soalan-soalan yang telah disedikan, kemudian bertanya mengikut rentak maklumat yang dibekalkan. Dalam erti kata lain, beliau telah menggabungkan kedua-dua jenis temu bual tersebut.

Analisis dokumen Dalam konteks sekolah, guru biasa seperti guru kelas ditugaskan untuk merekodkan maklumat-maklumat tertentu bagi setiap kanak-kanak dalam dokumen-dokumen khas. Sebelum mengambil tindakan susulan bagi sebarang kes rujukan seperti sesi kaunseling, guru bimbingan dan kaunseling digalakkan untuk menyemak serta merujuk ekpada dokumen-dokukemn tersebut. Antara dokumen-dokumen tesebut termasuklah kad laporan murid, buku kedatangan murid, kad kumulatif murid dan sebagainya. Kad laporan murid mengandungi laporan pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran yang dipelajari. Di samping itu, terdapat juga komen yang diberikan oleh guru mata pelajaran atau guru kelas. Komen-komen terseut merupakan bahan sokongan serta pengukuhan kepada kejayaan murid atau dorongan untuk membuat penambahbaikan terhadap mata pelajaran tertentu.

Sepertimana yang kita sedia maklum, setiap kelas mempunyai rekod kehadiran murid. Sepintas lalu, kadar kehadiran serta ketidakhadiran ke sekolah dapat dikesan bagi seorang kanak-kanak berdasarkan bilangan tanda hadir yang ada dalam ruangan tertentu mengikut hari persekolahan, minggu, dan bulan. Di samping itu, buku ini juga mempunyai ruang khas untuk catatan butiran peribadi kanak-kanak dalam kelas berkenaan. Antara butiran ini termasuklah nama penuh, nombor pendaftaran kanakkanak, tarikh lahir, nama penjaga, alamat rumah dan nombor telefon rumah. Butiran ini amat penting sekiranya pihak sekolah ingin menghubungi ibu bapa atau penjaga ketika waktu kecemasan. Secara ringkasnya, semakan buku kehadiran murid akan membekalkan maklumat awal tentang kes ketidakhadiran ke sekolah. Maklumat ini amat penting bagi mengenal pasti sebarang kes ponteng sekolah dalam kalangan kanak-kanak. Mengikut kebiasaan, setiap kanak-kanak mempunyai kad kumulatif masing-masing. Kad ini merupakan satu rekod maklumat persekolahan kanak-kanak. Berdasarkan maklumat yang tercatat pada kad kumulatif seseorang kanak-kanak maka guru bimbingan akan memperoleh satu profil umum merangkumi pelbagai aspek seperti yang telah disenaraikan. Melalui profil tersebut, maka guru bimbingan dan kaunseling dapat mengenali kanak-kanak yang berkenaan secara ringkas pada peringkat awal sesi intervensi.

1.2 Cara-Cara Mengenalpasti Masalah Kanak-Kanak Terdapat pelbagai cara untuk mengenal pasti masalah kanak-kanak dan sebagai contoh yang biasa digunakan oleh guru biasa ialah kaedah pemerhatian. Guru biasa dapat membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak kerana seperti yang kita ketahui guru biasa merupakan individu yang lebih rapat dan kerap bertemu dengan kanak-kanak ini berbanding dengan guru bimbingan dan kaunseling. Melalui hasil pemerhatian guru, terdapat pelbagai jenis rekod yang boleh disediakan dan memang sewajarnyalah guru itu mengkaji tentang masalah-masalah yang biasa dialami oleh kanak-kanak. Terdapat lima kategori masalah yang biasanya diceritakan oleh kanak-kanak kepada guru bimbingan dan kaunseling seperti yang pertamanya konflik interpersonal. Kategori ini berkaitan dengan kanak-kanak yang sedang menghadapi masalah komunikasi dengan ibu bapa, guru-guru, ataupun rakan sebaya. Kategori yang kedua pula ialah konflik intrapersonal iaitu kanak-kank yang menghadapi masalah yang berkaitan dengan membuat keputusan yang memerlukan penjelasan mengenai alternatif-alternatif penyelesaian dan akibat. Manakala kategori yang ketiga pula ialah kekurangan maklumat tentang diri iaitu berkaitan dengan kanak-kanak yang ingin mengenali diri sendiri secara lebih mendalam dari segi kebolehan, kekuatan, minat dan nilai. Kategori yang seterusnya pula ialah kekurangan maklumat tentang persekitaran di mana kanak-kanak memerlukan maklumat tentang cara mencapai kejayaan dalam bidang akademik serta kerjaya di dunia pekerjaan. Kategori yang terakhir pula ialah kekurangan kemahiran. Kanak-kanak perlu belajar mengenai satu-satu kemahiran, misalnya; cara belajar yang berkesan, tingkahlaku asertif, kemahiran mendengar yang berkesan dan sebagainya lagi. Untuk mengenalpasti masalah kanak-kanak, fokus atau cara utama yang digunakan ialah melalui pemerhatian. Selain itu terdapat beberapa lagi cara selain daripada pemerhatian. Contohnya, senarai semak, sosiogram, hasil karya kanak-kanak, foto, dan audio serta video.

Dalam sekolah, pelbagai masalah murid sering timbul. Bagaimanapun, masalahmasalah murid biasanya boleh diklasifikasikan di bawah dua kategori yang utama iaitu masalah akademik dan masalah peribadi serta sosial. Bagi masalah akademik murid, seperti yang kita ketahui murid-murid di dalam sesebuah kelas biasanya mempunyai perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, fizikal, minat, bakat dan sebagainya lagi. Oleh itu, ada murid yang belajar dengan cepat dan ada pula yang hanya memahami konsep atau sesuatu kemahiran sahaja selepas diberikan pendidikan pemulihan. Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah

pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai IQ yang rendah. Keadaan ini berhubungan rapat dengan beberapa faktor seperti faktor masalah pembelajaran, faktor peribadi, faktor kurang kecerdasan, faktor mental, faktor fizikal dan yang terakhir ialah faktor psikologi. Cara-cara untuk mengesan atau mengenalpasti masalah pembelajaran adalah dengan menggunakan beberapa strategi pengesanan. Strategi pengesanan ini haruslah menitikberatkan perkara-perkara seperti mengenalpasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan kemahiran membaca, menulis, atau mengira dengan menggunakan cara-cara seperti pemerhatian, profil dan rekod, ujian kertas dan pensel, latihan harian, dan soal jawab atau kuiz. Masalah yang dikenal pasti juga haruslah disenaraikan dan akhir sekali ujian diagnostik perlu dilakukan untuk mengesan punca berlakunya masalah tersebut. Cara yang boleh digunakan oleh guru ialah melalui pemerhatian. Guru yang mengajar dalam kelas merupakan orang yang paling sesuai untuk membuat pemerhatian ke atas murid-murid yang menghadapi masalah seperti masalah pembelajaran ini. Murid yang menhadapi masalah pembelajaran adalah seperti masalah dalam kemahiran membaca. Contohnya, murid membaca sesuatu perenggan dengan terlalu lama. Selain itu, terdapat juga tanda-tanda murid yang menghadapi masalah dalam kemahiran menulis. Contohnya, guru boleh memerhatikan cara murid memegang pensel, gaya anggota semasa menulis dan bentuk tulisan. Kemahiran

mengira juga dapat diperhatikan oleh guru dengan melihat keadaan murid yang mengambil masa terlalu lama untuk menjawab soalan matematik sama ada secara lisan atau bertulis. Rekod profil yang mengandungi rekod keputusan murid berdasarkan hasil sesuatu penilaian sumatif juga boleh dijadikan alat untuk mengenal pasti masalah murid. Rekod profil ini boleh digunakan untuk mengesan pencapaian pelajar dalam beberapa unit pembelajaran. Selain itu, ujian dan latihan harian juga boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk mengenal pasti masalah murid di sekolah. Guru boleh mengesan masalah murid melalui pemeriksaan ke atas keputusan ujian murid dalam latihan harian bertulis. Keputusan ujian dan hasil kerja murid dalam latihan harian akan memberikan gambaran yang spesifik tentang masalah murid seperti masalah kelemahan penguasaan kemhiran menulis dan mengira seseorang murid. Soal jawab atau kuiz pula merupakan cara yang paling cepat untuk mengesan masalah pembelajaran murid. Melalui aktiviti soal jawab di dalam kelas, bidang kelemahan penguasaan kemahiran sama ada kemahiran membaca atau mengira dapat dikesan dengan serta merta. Aktiviti soal jawab atau kuiz ini merupakan sejenis aktiviti penilaian formatif yang dilakukan oleh guru semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini, guru seterusnya dapat membetulkan kesilapan murid dan menambah aktiviti pembelajaran bagi kemahiran yang berkenaan. Kategori yang kedua bagi masalah yang dihadapi oleh murid ialah masalah peribadi dan sosial murid. Masalah sosial merupakan maslah yang sering berlaku di sekolah. Ia adalah berkait rapat dengan tingkah laku bermasalah murid. Antara masalah sosial yang kerap berlaku di sekolah ialah kes ponteng sekolah dan keciciran sekolah. Jika kita lihat pada hari ini, kes ponteng sekolah ini sudah menjadi perkara biasa di sekolah. Kes ini biasanya melibatkan golongan murid yang terdiri daripada murid-murid yang kurang berupaya mengubahsuai diri mereka dalam iklim

persekolahan yang mengutamakan kecemerlangan dan prestasi akademik sahaja. Oleh

hal yang demikian mereka memilih untuk ponteng sekolah bagi melepaskan diri dari sekolah yang tidak disukai.

2.0 Pengenalan Teori-teori Kaunseling Guru bimbingan dan kaunseling akan merujuk kepada teori kaunseling semasa menjalankan sesi kaunseling. Bukan semua guru bimbingan dan kaunseling akan berasaskan kepada satu teori yang sama sahaja. Secara amnya, teori kaunseling boleh dikatakan sebagai satu garis panduan yang bertujuan untuk membantu guru bimbingan dan kaunseling menjalankan sesi kaunseling. Sehubungan itu, teori-teori kaunseling boleh meramalkan perkara-perkara seperti kemungkinan berlakunya sesuatu jenis tingkah laku, hubungan antara klien dengan guru bimbingan dan kaunseling, konteks di mana sesuatu masalah itu timbul, matlamat kaunseling yang dihasratkan oleh klien dan yang terakhir iaitu jenis intervensi yang sesuai bagi mencapai matlamat kaunseling yang telah ditentukan. Secara khususnya, tumpuan akan diberikan kepada hanya tiga jenis teori kaunseling sahaja, iaitu Teori Behavioris, Teori Pemusatan Perorangan dan Teori Rasional Emotif. i. Teori Behavioris Teori pertama yang ingin difokuskan ialah Teori Behavioris. Teori ini merupakan

salah satu teori yang terkandung dalam kategori Behavioral selain daripada teori-teori yang lain seperti Terapi Realiti, Terapi Brief dan Psikologi Individu. Teori ini merupakan hasil kajian dua orang tokoh yang terkenal iaitu, Ivan pavlov dan B.F. Skinner. Antara ahli teoris yang lain pula termasuklah Joseph Wolpe, M.B. Shapiro dan Hans Eysenck. Tumpuan akan diberikan kepada tiga aspek, iaitu pandangan terhadap manusia, peranan kaunseling dan teknik serta strategi untuk membantu klien. Ketiga-tiga aspek ini akan dikupas satu persatu. Aspek yang pertama ialah pandangan terhadap manusia. Menurut ahli behavioris manusia itu dilahirkan neutral dan mempunyai potensi yang sama untuk menjadi baik

atau jahat, bersifat rasional atau tidak rasional. Bagi ahli Behavioris juga manusia mampu untuk memberikan respon kepada ransangan yang sesuai dan apa yang telah mereka pelajari sahaja. Selain itu, mereka juga menganggap manusia adalah hasil pelaziman, iaitu ransangan dan gerakbalas. Reaksi kepada satu-satu ransangan itu bergantung kepada pengalaman. Bagi ahli behavioris ini juga, manusia mempelajari dan menyimpan pola-pola tingkahlaku, dan seterusnya mengulang pola-pola tersebut pada masa depan sekiranya diperlukan. Memandangkan tingkahlaku manusia boleh dipelajari, maka ia juga boleh dihapuskan dan digantikan dengan tingkahlaku baru. Namun, tingkahlaku lama masih bolehdipelajari semula kelak. Rumusannya, penekanan mazhab behavioris adalah terhadap tingkahlaku negatif yang boleh diperhatikan, dan hendaklah dihapuskan. Pendek kata, mazhab ini amat prihatin kepada proses penghapusan dan pembelajaran semula bagi satu-satu tingkahlaku yang tidak diingini. Aspek yang kedua pula yang akan diberikan tupuan ialah peranan keunseling. Secara am, teori ini berorientasikan tindakan. Ini bermaksud bahawa klien akan bertindak secara aktif ke arah penyelesaian masalah yang mereka hadapi. Antara tindakan ini termasuklah seperti memantau tingkahlaku yang kurang wajar,

mengamalkan kemahiran mengurus tingkahlaku tersebut dan menyempurnakan tugasan yang diberikan. Manakala bagi guru bimbingan dan kaunseling pula akan merancang untuk mengukuhkan tingkahlaku yang wajar sambil menghapuskan tingkahlaku yang tidak wajar atau tidak boleh diterima. Secara unggul, hasil intervensi kaunseling yang menggunakan pendekatan behavioral ialah keupayaan kanak-kanak atau klien untuk meningkatkan kemahiran modifikasi tingkahlaku dan pengurusan kendiri. Ini bermaksud bahawa mereka akan beralih daripada peneguhan ekstrinsik kepada peneguhan intrinsik. Dengan kata lainnya mereka akan lebih berikhtiar untuk mencapai kepuasan diri berbanding dengan kata-kata peransang daripada orang-orang signifikan.

Aspek yang ketiga yang difokuskan dalam teori ini ialah teknik atau strategi untuk membantu klien

Teknik dan Strategi Untuk Membantu Klien Teknik dan strategi ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu Operan dan Klasikal. Bagi kategori Operan, terdapat enam teknik atau strategi yang boleh digunakan iaitu Kontrak Kontingensi, Pembentukan Shaping, Modeling, Ekonomi Token, Main peranan dan Latiha n Asertif. Manakala bagi kategori Klasikal pula, hanya terdapat dua teknik atau strategi iaitu Desensitasi Bersistematik, dan Pelaziman Aversif. Secara ringkasnya ditunjukkan dalam rajah di bawah;

OPERAN

KLASIKAL

Kontrak Kontigensi Pembentukan Desensitasi Bersistematik

TEKNIK/STRATEGI BEHAVIORIS

Modelling

Pelaziman

Aversif
Ekonomi Token Main Peranan Latihan Asertif Rajah 1: Teknik / Strategi Teori Behavioris Bagi kategori Operan, teknik pertama yang digunakan ialah kontrak kontingensi. Kontrak kontingensi ini hanya berkesan sekiranya kanak-kanak dilibatkan bersama 13

dalam menentukan syarat-syarat penting yang terkandung. Selain itu, bahasa yang digunakan hendaklah mudah difahami, matlamat kaunseling juga perlulah jelas dan peneguhan juga hendaklah sesuai, serta diberikan sebaik sahaja kelihatan tingkahlaku yang wajar. Secara ringkasnya proses kontrak kontingensi ini berlaku melalui enam langkah seperti berikut;

Langkah 1 (Kenalpasti Masalah) Langkah 2 (Kumpul Data Baseline) Langkah 3 (Tentukan Matlamat) Langkah 4 (Bentuk Pelan Kontingensi) Langkah 5 (Menilai Pelan Kontingensi)
Langkah 6 (Bentuk Penyelenggaraan)

Rajah 2: Proses Kontrak Kontingensi

Bagi teknik dan strategi yang kedua yang digunakan dalam kategori Operan ialah Pembentukan atau Shaping. secara praktiknya ciri-ciri tingkahlaku yang mirip kepada tingkahlaku sasaran diberikan peneguhan sehingga terhasilnya tinglah laku tersebut. Guru bimbingan dan kaunseling hendaklah mematuhi langkah yang berikut iaitu dengan mengenalpasti tingkahlaku yang diingini; menunggu sehingga lkelihatan tingkahlaku tersebut dan memberi peneguhan yang wajar. Melalui proses pembentukan, kanak-kanak diajar tingkahlaku kompleks secara beransur-ansur di mana setiap ciri tingkahlau yang ditunjukkan diberikan peneguhan. Antara peneguh ekstrinsik termasuk gula-gula, pelekat Smiley, dan lain-lain lagi. Secara beransur maju peneguhan ekstrinsik dipasangkan dengan peneguh intrinsik agar kanak-kanak yang berkenaan tidak bergantung semata-mata kepada ganjaran ekstrinsik. Teknik dan strategi yang ketiga pula ialah teknik Modelling di mana teknik dan strategi ini mendedahkan kanak-kanak yang berkenaan kepada seorang atau lebih individu sama ada dalam kehidupan seharian, berbentuk watak dalam filem atau tayangan video. Watak-watak tersebut mempamerkan ciri-ciri tingkahlaku seperti yang dihasratkan oleh kanak-kanak tadi. Kadangkala, guru bimbingan dan kaunseling ataupun rakan-rakan sebaya boleh menjadi model yang dapat mendemonstrasikan ciriciri tingkahlaku tertentu. Teknik atau strategi yang seterusnya ialah teknik Ekonomi Token. Teknik ini juga sebenarnya dianggap sama dengan ganjaran ekstrinsik. Ekonomi token atau markat points diberikan apabila kanak-kanak menunjukkan ciri-ciri tingkahlaku yang wajar. Sebaliknya mereka juga akan hilang token sekiranya menunjukkan ciri-ciri tingkahlaku yang disruptif. Token atau poin yang dikumpul boleh digantikan dengan masa permainan tambahan, gula-gula dan sebagainya. Untuk lebih variasi, guru bimbingan dan kaunseling boleh meletakkan botol di atas meja dan dijadikan botol untuk mengisi sesuatu seperti guli yang menunjukkan kelakuan baik yang dilakukan oleh murid. Guli boleh diisi setimpal dengan kelakuan baik murid.

Teknik atau strategi kategori Operan yang kelima pula ialah teknik main peranan. Melalui main peranan kanak-kanak diberi peluang untuk melihat tingkahlaku mereka sepertimana yang dilihat oleh orang lain,serta memperoleh maklumbalas mengenai tingkahlaku tersebut. Di samping itu, kanak-kanak juga berpeluang untuk mempelajari mengenai sebab-akibat terhadap tingkahlaku yang mereka tunjukkan serta mengalami konsekuen yang berkaitan dalam seting yang selamat. Teknik yang seterusnya ialah latihan asertif. Teknik ini merupakan teknik atau strategi yang terakhir bagi kategori Operan. Latihan asertif ini merupakan teknik untuk membantu murid yang tidak berani untuk menuntut hak mereka dalam situasi-situasi tertentu. Teknik ini juga dapat membantu kanak-kanak untuk meningkatkan lagi harga diri mereka yang mereka anggap rendah. Seterusnya beralih kepada kategori yang kedua iaitu kategori Klasikal. Terdapat dua sahaja teknik atau strategi yang terkandung dalam kategori ini iaitu desensitasi bersistematik dan juga pelaziman aversif. Teknik yang pertama ialah teknik desensitasi bersistematik. Teknik atau strategi ini telah diutarakan oleh Wolpe dan bertujuan untuk menghapuskan kebimbangan dan ketakutan yang sedang dialami oleh seseorang. Bagi teknik atau strategi yang kedua pula untuk kategori Klasikal ialah pelaziman aversif. Teknik ini merupakan penggunaan rangsangan berbentuk aversif terhadap satu-satu tingkahlaku. Selain itu, teknik ini juga boleh digabungkan dengan teknik ekonomi token di mana ganjaran atau peneguhan positif diberikan sekiranya kanak-kanak yang berkenaan menunjukkan tingkahlaku yang baik. Kesimpulannya teori bahavioris ini telah menggabungkan prinsip, teknik dan strategi operan dan klasikal bagi memenuhi kehendak klien yang berasal daripada latarbelakang yang pelbagai.

ii. Teori Pemusatan Perorangan Teori yang kedua pula ialah teori pemusatan perorangan yang merupakan teori yang terangkum dalam kategori afektif. Teori ini dipelopori oleh Carl Rogers. Menerusi teori ini juga tiga aspek sepertimana teori behavioris iaitu pandangan terhadap manusia, peranan kaunseling dan teknik atau strategi untuk membantu klien akan difokuskan. Aspek yang pertama ialah pandangan terhadap manusia. Menurut Carl Rogers manusia bersifat rasional, gemar bersosialisasi, berpandangan ke hadapan dan realistik. Antara ciri-ciri manusia mengikut beliau ialah mempunyai maruah serta harga diri, dan harus dihormati, mempunyai kapasiti untuk mencapai arah kendiri, dan berkebolehan untuk membuat penilaian yang bijak, sekiranya diberi peluang, seterusnya berkebolehan untuk memilih nilai masing-masing, mampu belajar cara menunaikan tanggungjawab secara konstruktif, berkebolehan untuk menangani perasaan, pemikiran dan tingkahlaku masing-masing, dan ciri yang terakhir ialah berpotensi untuk melakukan perubahan yang konstruktif serta perkembangan peribadi ke arah kehidupan yang memuaskan. Aspek yang kedua pula ialah peranan kaunseling. Berpegang kepada pandangan terhadap manusia seperti di atas, Rogers telah menggariskan enam syarat penting bagi perubahan personaliti. Melalui kaunseling mengikut teori ini, kedua-dua pihak iaitu guru bimbingan dan kaunseling dan klien hendaklah berada di dalam konteks psiologikal. Selain daripada itu klien juga hendaklah berada di dalam keadaan tidak kongruen manakala guru bimbingan dan kaunseling pula perlu berada dalam keadaan kongruen dan terlibat dalam hubungan kaunseling. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling perlu mengamalkan penerimaan yang positif tanpa syarat terhadap klien serta bersifat empati terhadap kerangka rujukan klien. Syarat penting yang terakhir menurut Rogers ialah sifat empati dan penerimaan positif tanpa syarat berjaya tercapai dalam sesi kaunseling. Guru bimbingan dan kaunseling yang mematuhi keenam-enam syarat diatas hendaklah bersifat tidak mengarah atau non-directive. Maksudnya di sini, guru tersebut tidak menyoal, atau memberi nasihat, atau mentafsir pemikiran, perasaan dan

tingkahlaku klien. Sebaliknya, beliau hanya akan mendengar secara aktif serta memberikan dorongan yang wajar sepanjang sesi kaunseling berjalan. Secara ringkasnya peranan sesi kaunseling ini bertujuan untuk membantu klien meningkatkan keyakinan diri serta sifat autonomi dan spontan. Matlamat kaunseling tersebut ialah menghasilkan klien yang mampu berfungsi dengan sempurna, berupaya mengurus kehidupan masing-masing dan berkebolehan menghargai diri masing-masing. Teknik atau strategi untuk membantu klien. Rogers mengatakan bahawa elemen yang paling kritikal dalam teori pemusatan perorangan ialah sikap guru bimbingan dan kaunseling terhadap klien. Antara ciri-ciri sikap yang penting termasuklah ketulenan, penerimaan positif tanpa syarat dan empati. Huraian bagi setiap ciri-ciri berikut ialah ; Ketulenan Secara amnya, ketulenan merujuk kepada identiti kendiri sebenar guru bimbingan dan kaunseling yang kekal sepanjang sesi kaunseling. Ia merangkumi ciriciri seperti tidak terikat dengan peranan, bersifat spontan, tidak bersifat defensif, berisfat tekal dan akhir sekali, membuat perkongsian diri. Penerimaan Positif Tanpa Syarat Penerimaan positif tanpa syarat bererti guru bimbingan dan kaunseling menerima klien sebagai seorang yang berpotensi menjadi baik, bersifat rasional dan gemar kepada autonomi. Secara operasional, beliau akan mempamerkan ciri-ciri seperti memberi perhatian yang berkualiti kepada kebimbangan dan perasaan klien. Ciri yang kedua ialah bersikap tanpa menghukum terhadap klien serta menganggapnya sebagai seorang yang berhak diberi layanan yang tulen. Ciri yang ketiga ialah, bertindak balas dengan penuh empati serta memahami kerangka rujukan klien. Ciri yang terakhir pula ialah menyedari dan meningkatkan potensi dan kebolehan klien.

Empati

Empati merupakan ciri-ciri sikap yang terakhir dalam teknik atau strategi bagi teori pemusatan perorangan. Maksud empati ini ialah melihat melalui mata klien, merasai manis-pahit pengalamannya dan merasai kesusahan hidup yang dialaminya. Pendek kata guru bimbingan dan kaunseling cuba untuk menyelami dunia klien untuk mengalami situasi yang sedang dilalui oleh klien serta menghayati perasaan yang sedang dirasainya buat ketika itu. Antara strategi yang terangkum dalam sifat ini termasuklah kemahira melayan, dan kesenyapan. Mimik muka dan postur badan merupakan indikator kepada klien bahawa guru bimbingan dan kaunseling memberikan tumpuan kepada apa yang diperkatakan dan dirasai. Di samping itu, anggukan kepala, kontek mata, senyuman, nada suara, jarak fizikal yang sesuai dan sentuhan bahu juga penting dalam hubungan kaunseling yang teraputik. Melalui kemahiran melayan secara lisan dan bukan lisan, guru bimbingan dan kaunseling akan berjaya masuk kedalalam dunia klien dan lebih mudah memahami masalah yang sedang dihadapinya. Manakala kesenyapan pula memberi klien masa dan ruang untuk memproses maklumat serta perasaan dengan lebih berkesan. Secara ringkasnya, berdasarkan penerangan yang telah dikemukakan, jelaslah bahawa keberkesanan kaunseling berasaskan teori ini amat bergantung kepada hubungan antara guru bimbingan dan kaunseling dengan klien. Namun begitu, pendekatan ini kadangkala kurang berjaya dengan kanak-kanak yang terlalu kecil atas sebab-sebab tertentu seperti sukar untuk guru bimbingan dan kaunseling memahami apa yang mereka perkatakan. Ada sesetengah kanak-kanak kecil berasa segan untuk berinteraksi dengan orang dewasa yang mereka kurang mesra, dan sebagainya. Namun, persekitaran kaunseling yang kondusif, dan mesra akan mampu untuk membuat penerokaan terhadap emosi masing-masing. Lanjutan itu, mereka akan memperoleh pemahaman kendiri dan seterusnya penerimaan kendiri terhadap keadaan hidupnya. Dengan itu, mereka akan lebih berupaya untuk menangani masalah yang dialami kelak.

iii. Teori Rasional Emotif Kategori teori kaunseling yang ketiga ini merangkumi kategori Kognitif. Teori Rasional Emotif (RET) ini dipelopori oleh Albert Ellis. Kini RET lebih dikenali sebagai REBT. Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT) secara umumnya bermula dengan sistem kepercayaan dalam diri klien yang memberi kesan ke atas emosi dan tingkahlaku klien yang pada kebiasaannya bersifat negatif. Menurut Albert Ellis, manusia tidak dianggap sebagai baik atau jahat sekianya mereka member respon berdasarkan system kepercayaan yang rasional. Hanya apabila reaksi mereka tidak rasional maka mereka akan menggap diri mereka dan orang lain sebagai jahat, tidak boleh dipercayai, tidak bertanggngjawab dan sebagainya. Bagi Ellis lagi, secara semulajadi manusia bersifat tidak rasional cenderung kepada kegagalan. Mengikut kebiasaan mereka gemar menggunakan perkataan seperti harus,mesti dan patut dalam mengharungi liku-liku hidup masing-masing. Ekoran daripada itu, mereka sering mengalami gangguan emosi, kemarahan, kebimbangan, kemurungan, putus asa, kekecewaan dan perasaan negatif lain yang akhirnya membawa mereka kepada tingkahlaku yang merosakkan. Rujuk rajah di bawah

Pemikiran Tidak Rasional

Reaksi Orang Juga Bersifat Tidak Rasional

Benci Pada Diri Sendiri

Benci Pada Orang Lain

Melakukan Perbuatan Merosakkan Diri

Peranan kaunseling

yang berorientasikan teori

Rajah 3: Gelungan Pemikiran Tidak Rasional

20

rasional emotif ini ialah menstruktur semula kognisi klien, termasuk pemikiran dan kepercayaan tidak rasional agar klien memperoleh satu pandangan dan falsafah hidup yang lebih positif dan rasional. Menurut Crawford dan Ellis (dalam Thompson,Rudolph dan Henderson 2004) kepercayaan tidak rasional boleh diklasifikasikan kepada lima kategori iaitu kepercayaan bersifat kegagalan yang menghalang pencapaian matlamat individu yang berkenaan, kepercayaan yang rigid dan dogmatik yang membawa kepada hasrat yang kurang realistik, kepercayaan anti-sosial yang memusnahkan hubungan sosial seseorang, kepercayaan tidak realisitk yang memberi satu gambaran palsu mengenai realiti dan kepercayaan bertentangan yang berpunca daripada premis yang palsu. Secara ringkasnya, teori rasional emotif ini dikenali sebagai teori A -B-C-D-D. A,B dan C mewakili perkembangan satu-satu masalah, manakala D dan E mewakili langkah rawatan.

Teknik dan strategi membantu klien. Kaunseling yang berorientasikan teori rasional emotif ini merupakan teori kaunseling yang bersifat didaktik atau berunsurkan elemen mengajar, dan mengarah. Oleh itu, Ellis mengesyorkan tiga teknik yang boleh diaplikasikan iaitu teknik kognitif, teknik emotif dan teknik behavioral. Melalui teknik yang pertama iaitu teknik kognitif, terdapat beberapa teknik yang biasa digunakan seperti menstrukturkan semula pemikiran dan kepercayaan tidak rasional melalui penggunaan akronim A-B-C-D-E. Teknik yang kedua ialah mendefinisi semula situasi negatif supaya menjadi lebih positif. Teknik yang seterusnya ialah mengkonseptualisasikan masalah menjadi holistik dan menyeluruh berbanding dengan bahagian-bahagian kecil yang terpisah. Teknik yang kedua pula ialah teknik emotif. Teknik emotif ini berfokuskan domain afektif atau emosi klien. Beberapa teknik yang disyorkan dalam teknik ini antaranya ialah penggunaan unsur kecindan supaya dapat membantu klien untuk melihat situasi

mereka dalam perspektif, dan tidak memandang rendah terhadap diri sendiri. Selain itu teknik imageri juga boleh digunakan untuk membimbing klien untuk membentuk polapola emosi yang positif. Contohnya, menggambarkan bagaimana mengatasi ketakutan atau fobia. Teknik yang seterusnya ialah latihan menyerang perasaan malu atau segan yang dapat membantu klien untuk tidak terlalu mempedulikan persepsi orang lain terhadap mereka. Teknik yang terakhir dalam teori ini ialah teknik behavioral. Antara teknik-teknik behavioral yang biasa digunakan untuk membantu klien mencapai matlamat kaunseling adalah seperti teknik operan yang melibatkan latihan asertif dan juga pembentukan. Teknik yang kedua ialah teknik klasikal seperti desensitasi bersistematik. Teknik yang ketiga pula ialah pengurusan kendiri termasuklah pemantauan kendiri. Teknik yang terakhir pula ialah tugasan kerja rumah membantu klien cuba dan amalkan apa yang dipelajari dalam sesi kaunseling dalam aktiviti seharian masing-masing. Sebagai rumusan, teori rasional emotif ini bermatlamat untuk mengajar klien berfikir dan bertingkahlaku secara rasional. Tetapi klien tetap bebas untuk memilih antara tingkahlaku negatif dan tingkahlaku yang positif. Dengan kata lain, mereka diajar untuk bertanggungjawab atas pemikiran masing-masing dan konsekuen tingkahlaku yang berikutan. Walaubagaimanapun, teori ini kurang sesuai bagi klien yang tidak mampu melibatkan diri dalam proses kognitif, seperti mereka yang mengalami kerencatan akal, kecerdasan otak, psikosis dan mania.

Anda mungkin juga menyukai