Anda di halaman 1dari 10

1

TEORI-TEORI LAIN NUR SHAFIKAH BINTI NORDIN NUR SHAHIDA BINTI JUSOH Abstrak: Penulisan ini adalah bertujuan untuk mengumpul dan mengkaji Teori-teori lain terutama yang berkaitan dengan bidang Pintar Cerdas. Kita sering mendengar teori-teori lazim berkaitan kecerdasan seperti Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner dan Teori Gange. Sebagai bakal guru kepada individu pintar cerdas, pengetahuan tentang kecerdasan dan keperluan mereka perlulah menjadi utama. Kecerdasan Emosi (EQ) adalah sangat penting selain daripada kecerdasan intelektual. Itulah yang dinyatakan oleh beberapa tokoh melalui teori masing - masing . Bukan sahaja dapat menambahkan pengetahuan tentang bidang pintar cerdas, melalui teori-teori yang telah terbina ini , guru-guru dapat menerapkan nilai-nilai positif atau gaya hidup sihat dalam kalangan individu pintar cerdas. Seperti yang kita ketahui, terdapat segenlintir individu pintar cerdas mempunyai ciri-ciri negatif seperti mudah kecewa dan terlalu mementingkan kesempurnaan.

1.0

PENGENALAN

Dewasa ini kanak-kanak sering terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak memberi kesan yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor serta emosi mereka terutamanya dalam kalangan pelajar pintar cerdas. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan. Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mempunyai kebolehan mental jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh sebab itu, mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Setiap individu yang dikenalpasti harus berpotensi tinggi atau berbakat wajar diberi peluang untuk memaksimumkan perkembangan kognitif dan perkembangan kendirinya sehingga dia cemerlang dan pintar cerdas dalam bidang atau domain bakat tersebut. Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian, negara akan mengalami kerugian akibat pengabaian sumber semula jadi yang sangat bernilai. Apabila seseorang individu berbakat gagal mencapai tahap potensi yang sebenar, ia merupakan satu tragedi kepada masyarakat dan kemanusiaan sejagat.

2 Pada zaman Dinasti Tang, di negara China, kanak-kanak genius diperintahkan menghadap raja untuk diberikan pendidikan khusus. Di sepanjang zaman Renaissance pula mereka yang menunjukkan bakat kreatif dalam seni, seni bina, dan sastera yang disokong atau dibiayai oleh kedua-dua kerajaan dan penaung persendirian. Piirto (1999) berpendapat bahawa sejak dari zaman Plato lagi, falsafah tentang sebuah masyarakat yang ideal ialah di mana setiap ahlinya memberikan khidmat berdasarkan potensi yang ada pada diri masing-masing. Penyelidik masih tidak menjumpai jawapan yang kukuh, namun mereka mendapati kanak-kanak yang berbakat ini perlulah dipantau dan diasuh. Mereka mempamerkan prestasi yang tinggi dalam kebolehan kebolehan intelektual, kreativiti, dan memiliki keupayaan kepimpinan yang luar biasa dalam bidang-bidang tertentu. Dengan adanya landasan teori pintar cerdas ini menjadikan panduan bagaimana pendidikan dapat diberikan kepada kanak-kanak pintar cerdas. Banyak teori-teori telah dikeluarkan untuk mengenalpasti ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas ini. Ertinya teori-teori diperlukan sebagai pendukung untuk memberikan pemahaman yang baik terhadap kanak-kanak ini. Perkembangan kanak-kanak pintar cerdas dapat dikesan melalui penggunaan teori-teori. Kajian awal mendapati bahawa pelajar pintar cerdas lebih mudah mesra, lebih popular dan gemar bergaul dengan rakan sebaya. Sifat ini boleh mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Hasan Mohd Ali (2006) menjelaskan Konsep pintar cerdas sebenarnya tidak tertakluk kepada kejayaan individu dalam bidang akademik semata-mata. Kebolehan berkreatif dan bereksperimen termasuk menghasilkan bahan ataupun teori, kebolehan seni yang hebat juga adalah manifestasi kepintaran dan kecerdasan individu.

2.0 2.1

TEORI-TEORI LAIN Teori Triarchic Sternberg

Teori ini telah dibina oleh seorang ahli psikologi dari Universiti Yale iaitu Robert Jeffrey Sternberg. Beliau dilahirkan pada 8 Disember 1949 di Pennsylvania dan mempunyai pencapaian karier yang tinggi seperti menjadi ahli psikologi Amerika dan Dekan Fakulti Seni dan Sains untuk Universiti Tufts. Selain itu, beliau juga pernah menjadi salah seorang Presiden untuk APA (American Psychological Association). Jika Howard Gardner (1983) berpendapat bahawa kecerdasan manusia terdapat lapan jenis, Robert Sternberg pula berpendapat bahawa kecerdasan sangat bersangkut paut dengan pemprosesan informasi dan tingkah laku yang cerdas muncul hasil daripada imbangan tiga kebolehan iaitu kebolehan analitikal, kebolehan kreatif serta kebolehan praktikal.

Rajah 1: Kajian Sternberg merangkumi beberapa kategori


Fungsi tertinggi mental yang merangkumi Kepintaran dan

Kajian Sternberg

Perasaan cinta dan peperangan

kreativiti

Cara berfikir

Perasaan cinta dan benci

Kognitif dan Kepimpinan Kecerdasan ialah proses modifiability pengaliran informasi dan bagaimana di analisiskan mengikut

keperluan seseorang tersebut. Akhirnya, model ini terbahagi kepada tiga cabang yang dikenali sebagai Triarchic.

Teori Triarchic Sternberg Komponen Pengalaman Konteks

Sternberg juga mengakui bahawa setiap manusia mungkin mempunyai satu atau lebih kecerdasan tanpa mengetahui tahap-tahap kecerdasan itu sama ada tinggi atau sederhana. Malah, ada individu yang mempunyai ketiga-tiga kecerdasan di atas dengan tahap yang tinggi. Kecerdasan komponen merujuk kepada kecerdasan menganalisis seperti dalam bidang akademik. Manakala kecerdasan pengalaman lebih dilihat dalam erti kreativiti atau kebolehan untuk membiasakan diri dalam keadaan baru. Sebagai contoh, Amy Kamen iaitu pelukis Sikapitan Berjaya menyelesaikan kes-kes pembunuhan beberapa orang pegawai tertinggi

Halcyon Corp dan diceritakan dalam komiknya, Sikapitan. Kecerdasan pengalaman ini juga meliputi kemampuan menemukan dan merumuskan idea-idea serta solusi dari masalah.

2.2

Teori Daniel Goleman

Daniel Goleman telah dilahirkan pada 7 Mac tahun 1946. Beliau sangat terkenal sebagai seorang penulis, ahli psikologi dan penulis jurnal Sains. Dalam masa 12 tahun, beliau telah menjadi penulis The New York Times iaitu bahan bacaan dalam bidang psikologi dan Sains. Selain daripada itu, Goleman juga pernah muncul dalam rancangan CSPAN Booktv pada April 2009. Rancangan ini membincangkan buku terbitan barunya iaitu "Ecological Intelligence: How Knowing the Hidden Impacts of What We Buy Can Change Everything". Selain itu, ibu dan bapa Goleman merupakan professor di sebuah kolej di Stockton, California. Bukan sahaja dirinya, bakat penulisannya berasal daripada bapanya yang turut mengajar dalam bidang penulisan di San Joaquin Delta College sekarang. Ibunya pula seorang professor dan mengajar dalam bidang Sociology di jabatan University of the Pacific. Daniel Goleman menerima anugerah Ph.D dari Universiti Havard dan juga sebagai seorang pensyarah. Dalam bidang psikologi, Goleman adalah seorang naib pengerusi bagi sebuah persatuan iaitu The Consortium for Research on Emotional Intelligence in Organizations. Bukan itu sahaja, beliau merupakan salah satu ahli The Collaborative for Academic, Social and Emotional Learning di Universiti Yale.

2.2.1

Definisi Teori kecerdasan Emosi Daniel Goleman

Daniel Goleman telah mengemukakan Teori Kecerdasan Emosi melalui pelbagai buku-buku yang ditulisnya seperti Emotional Intelligence selain daripada beberapa orang tokoh seperti Mayer dan Salovey. Menurut Goleman, kecerdasan emosi adalah kemampuan seseorang mengatur kehidupan emosinya dengan inteligensi, menjaga keselarasan emosi dan

pengungkapannya melalui keterampilan, kesedaran diri, pengendalian diri, motivasi diri, empati dan keterampilan sosial.

Goleman juga menyatakan bahawa kecerdasan emosi adalah kemampuan lebih yang dimiliki seseorang dalam memotivasikan diri, ketahanan dalam menghadapi kegagalan, mengendalikan emosi dan kepuasan serta mengatur keadaan jiwa. Kesimpulannya, seseorang akan berada dalam keadaan yang positif apabila memiliki elemen-elemen tersebut. Beliau juga menambah, kecerdasan emosi adalah lebih penting dan berpengaruh daripada kecerdasan intelektual. Seseorang yang mempunyai kecerdasan emosi lebih berjaya dalam mengatur kehidup dan akhirnya mencapai cita-cita. Sebagai contoh, dalam sesebuah perniagaan, pentadbiran memerlukan seorang pengarah atau ketua yang memiliki tahap EQ yang tinggi. Jadi, ketua seperti ini akan berupaya memahami perasaan orang lain dan lebih mudah untuk berinteraksi dengan orang lain termasuklah pekerjanya. Situasi ini menunjukkan bahawa kewujudan EQ dalam diri adalah lebih penting berbanding latihan atau kursus semata-mata. Pendek kata, kecerdasan emosi menyumbang 80% kejayaan dan kecerdasan mental menyumbang hanya 20% kepada kejayaan.

2.2.2

Lima Dasar Kemampuan dalam Teori Kecerdasan Emosi Daniel Goleman

Kecerdasan emosi adalah suatu teori yang sangat berkait rapat dengan konsep Cinta dan spiritual serta Teori Pelbagai Kecerdasan yang telah dirangka atas beberapa corak atau kemampuan seseorang. Sesungguhnya, kecerdasan emosi adalah suatu aspek yang sangat meluas dan menentukan kejayaan seseorang. Mengenali Emosi Diri Mengelola Emosi 5 Dasar Kemampuan Memotivasi Diri Sendiri Mengenali Emosi Orang Lain Membina Hubungan

Dasar pertama ialah mengenali emosi diri dengan kehadiran kesedaran. Kesedaran ini penting untuk mengetahui suasana atau keadaan hati dan perasaan supaya menjadi lebih berwaspada. Kesedaran ini muncul jika ada kecerdasan emosi. Seseorang juga perlu tahu mengelola emosi untuk menangani perasaan agar dapat terungkap dengan tepat. Jika tidak, perasaan akan menjadi tidak stabil. Oleh itu, perlu jika seseorang mampu untuk menghibur diri, melepaskan kecemasan, kemurungan atau ketersinggungan. Setelah itu, seseorang individu juga perlu bijak memotivasikan diri apabila hendak menahan diri terhadap kepuasan dan mengendalikan dorongan hati. Memotivasikan diri bermaksud memiliki ketekunan. Bukan sahaja perlu mengenali emosi diri sendiri, malah emosi orang lain juga perlu diambil kira. Hal ini dinamakan empati yang turut disenaraikan oleh Goleman sebagai salah satu kebolehan kecerdasan emosi seseorang. Seseorang yang dapat mengenali emosi orang lain adalah seseorang yang selalu peka terhadap perasaan orang lain dan sering menjadi tempat mendengar. Secara tidak langsung, kecerdasan itu mendorong manusia untuk menjalinkan hubungan dan kepimpinan. Keterampilan dalam komunikasi juga adalah dasar yang penting untuk memastikan keberkesanan dalam sesuatu hubungan.

2.2.3 2.2.3.1

Faktor yang Mempengaruhi Kecerdasan Emosi Faktor Internal

Faktor ini bergantung dalam diri seseorang individu itu sendiri. Terdapat dua jenis faktor internal iaitu daripada segi jasmani dan psikologi. Faktor jasmani adalah merujuk kepada faktor kesihatan seseorang sama ada sihat atau tidak, akan memberi pengaruh kepada emosi. Manakala, dari segi psikologi pula merujuk kepada pengalaman, perasaan dan kemampuan berfikir serta motivasi. 2.2.3.2 Faktor Eksternal

Faktor eksternal merujuk kepada stimulus dan situasi di mana kecerdasan emosi itu berlaku.

2.3

Teori Perkembangan Kognitif

7 Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Beliau berpendapat bahawa minda boleh berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Ketika Piaget meningkat dewasa, minat ke arah bidang biologi dan epistemologi mula terserlah iaitu bidang ilmu falsafah yang banyak membicarakan tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Piaget banyak memberi sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi olehnya semasa beliau bekerja dengan Binet iaitu untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Usahanya banyak meninggalkan kesan positif kepada tokoh-tokoh lain kerana dapat dijadikan panduan dan dapat mengenalpasti tahap-tahap kecerdasan kanak-kanak atau individu yang memiliki tahap kecerdasan yang tinggi. Semasa bekerja dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh kanak-kanak apabila mereka memberi sumbangan pengetahuan bagaimana proses pembentukan pemikiran berkembang dalam kalangan kanak-kanak. Piaget menyatakan setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan mereka yang tersendiri. Oleh sebab itu, kebolehan mereka berlainan pada setiap peringkat kerana factor kecepatan perkembangan kognitif mereka. Perkembangan kognitif itu berlaku secara berperingkat-peringkat. Pada peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat yang berikutnya kerana pada tahap itu menjadi asas bagi perkembangan peringkat yang berikutnya. Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan perkembangan tersebut kepada empat tahap iaitu: 1) Tahap Sensori Motor atau deria motor (sejak dilahirkan 2 tahun) 2) Tahap Pra Operasi Konkrit (2 tahun 7 tahun) 3) Tahap Operasi Konkrit (7 tahun 11 tahun) 4) Tahap Operasi Formal (11 tahun 15 tahun)

2.3.1

Teori Perkembangan Kognitif Pada Setiap Masa Menurut Piaget Perkembangan Masa

Bayi (0 2 tahun) Piaget berpandangan bahawa tahap-tahap perkembangan pemikiran dapat dibezakan melalui empat tahap iaitu pemikiran sensoris-motorik, praoperasional, operasional konkrit, dan operasional formal.

8 Pemikiran bayi termasuk dalam pemikiran sensoris motorik. Pada tahap ini, bayi mampu untuk mengorganisasikan dan mengkoordinasikan sensasi melalui gerakan-gerakan fizikal. Pada waktu ini, bayi yang baru lahir bukan saja menerima secara pasif rangsangan-rangsangan terhadap pancainderanya, tetapi juga aktif memberikan respon terhadap rangsangan tersebut melalui gerakan refleks. Ketika anak berusia 2 tahun, pola-pola sensorik motoriknya semakin kompleks. Misalnya ialah, anak yang berusia 2 tahun dapat membayangkan sebuah mainan dan memanipulasi dengan tangannya sebelum mainan tersebut benar-benar wujud di hadapannya.

Perkembangan Masa Awal Kanak-kanak (2 7 tahun) Tahap ini dipanggil tahap praoperasional. Pada tahap ini konsep yang stabil dibentuk, penalaran mental muncul, egosentisme mulai kuat dan kemudian melemah, serta terbentuknya keyakinan terhadap hal yang ajaib. Pemikiran pada tahap ini masih lagi kacau dan tidak mampu membuat keputusan dengan baik. Perkembangan Masa Pertengahan dan Akhir Kanak-kanak (7 11 tahun) Pada tahap ini disebut pemikiran operasional konkrit. Piaget berpendapat bahawa operasi adalah hubungan-hubungan logik diantara konsep-konsep sedangkan ianya hanya melibatkan aktiviti mental yang difokuskan pada objek-objek atau peristiwa-peristiwa nyata atau yang dapat diukur. Pada waktu ini, kanak-kanak dapat mengembangkan fikiran secara logik. Mereka mampu memahami operasi sejumlah konsep, memahami alam sekitar dan sebagainya. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai kemampuan untuk membezakan apa yang dilihat oleh mata atau tidak. Perkembangan Masa Remaja (11 ke atas) Menurut Piaget (1983) jika dilihat dari segi teori ini, pemikiran remaja telah mencapai tahap pemikiran operasional formal, iaitu satu tahap perkembangan kognitif yang dimulai dalam lingkungan umur antara 11 atau 12 tahun dan terus berlangsung sehingga remaja mencapai masa dewasa. Remaja dapat berfikir secara abstrak dan hipotesis. Pada waktu ini juga remaja sudah mampu memikirkan sesuatu yang akan terjadi atau mungkin terjadi. Di samping itu juga, remaja juga mampu berfikir secara sistematik dan menyelesaikan masalah.

2.3.2 Implikasi teori piaget dalam pengajaran dan pembelajaran

9 Jean Piaget merupakan penggerak utama Kognitivisme. Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui Kognitivisme struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan menentukan bagaimana data dan maklumat ini selari dengan skema yang sedia ada. Selepas itu, murid akan menyerap maklumat tersebut ke dalam skema ini. Sekiranya tidak sepadan dengan skema yang sedia ada, maklumat ini mungkin ditolak atau diubahsuai. Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme ini, maka lahirlah satu pandangan tentang cara manusia belajar iaitu secara Konstruktif. Mengikut teori konstraktif, pengetahuan dibina secara aktif oleh murid yang berfikir. Mereka tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya, sebaliknya murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya. Hal ini sejajar dengan bantuan interaksi social bersama rakan dan gurunya. Turut penting dalam memahami fahaman konstruktif adalah keupayaan seorang yang berbeza dari segi penggunaan otak kiri atau kanan bagi membentuk pelajar yang global dan analitik. Pemahaman tentang pengetahuan ialah ianya wujud secara bebas. Pengetahuan tidak dapat dipindah kerana setiap individu mempunyai persepsi sendiri. Guru merupakan sumber ilmu yang utama. Guru hanyalah pemudah cara kepada pencapaian ilmu pengetahuan. Guru perlu pandai mengubah peranan mengikut pengalaman dan kefahaman murid.

2.4

The Theory of Positive Disintegration by Kazimierz Dabrowsky

Teori perkembangan psikologi telah dikeluarkan oleh seorang ahli psikologi iaitu Kazimierz Dabrowsky. Beliau seorang psikologi, psikatri, dan doktor di Poland. Beliau dilahirkan pada 1 September 1902 dan meninggal pada 26 November 1980. Dabrowsky mengembangkan Teori Positif Disintegrasi yang menjelaskan bagaimana perkembangan seseorang tumbuh sebagai hasil daripada akumulasi pengalaman. Disintegrasi merujuk kepada proses pergerakan keperibadian seseorang. Beliau juga digelar sebagai Godfather kerana mengkaji tentang bakat intelek. Dabrowsky mempunyai dedikasi seumur hidup dalam bidang psikologi. Dia mendirikan sebuah pusat pemulihan di Goraska (berhampiran dengan Warsaw) untuk pesakit yang mengalami gangguan mental akibat mengalami situasi kehidupan yang sukar. . Kazimierz Dabrowski dengan teorinya yang terkenal yaitu The Theory of Positive Disintegration tahun 1964, menjelaskan tentang perkembangan yang overexcitibility berbagai aspek tumbuh kembang individu gifted, yang meliputi aspek: psikomotor, sensual, intelektual, imaginasi, dan emosi (de Hoop & Janson, 1999; OConor, 2002; Webb dkk, 2005).

10 Dalam teorinya itu, Dabrowsky menjelaskan tentang perkembangan yang overexcibility pelbagai perkembangan kanak-kanak pintar cerdas yang meliputi aspek psikomotor, sensual, intelektual, imaginasi, dan emosi. Dia membicarakan perkembangan yang sebegitu yang dijelaskan dengan gambaran bagaimana seorang kanak-kanak cerdas mengalami perkembangan dalam keadaan yang sensitive berbanding dengan kanak-kanak normal. Keadaan tersebut terbahagi kepada lima iaitu: Psikomotor kanak-kanak pintar cerdas mempunyai pergerakan yang besar. Mereka selalu bergerak dan mempunyai banyak tenaga serta banyak bertanya. Sensual Kanak-kanak ini menyukai perkara-perkara yang merangsang sensori seperti tekstur, bauan dan rasa. Mereka sangat sensitif terhadap cahaya dan suara yang kasar atau menangis ketika mendengar lagu sendu.

Imaginasi Perkembangan imaginasi ini dilihat melalui kemampuan berpuisi dalam bahasa yang indah, selalu mengimpikan sesuatu, kuat berfikir secara visual dan banyak menggunakan bahasa yang yang bermetaphora. Suka mengelamun, mempunyai ingatan yang kuat terhadap mimpi-mimpinya dan sangat menyukai cerita-cerita dongeng.

Intelektual Perkembangan intelektual ini sering digunakan untuk keperluan pendefinisian giftedness. Mereka lebih menyukai permainan yang menggunakan otak dan merangsangnya seperti puzzle.

Emosi Selain daripada mempunyai tahap perkembangan emosi yang tinggi iaitu sangat empati dan mudah merasa hiba.