Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

Pelaburan di dalam sektor harta tanah mempunyai perbezaan yang ketara dengan pelaburan di dalam sektor lain. Ini adalah kerana pelaburan harta tanah adalah satu pelaburan yang mengandungi unsur-unsur ketidakpastian iaitu tentang saiz dan juga keuntungan pada masa hadapan. Semakin besar ketidakpastian tentang pulangan masa hadapan, maka semakin tidak menariklah sesuatu pelaburan itu.

Perkara penting dalam pelaburan yang tidak pasti ini sebahagiannya adalah menentukan proses peruntukan / alokasi pelaburan harta tanah. Pihak pelabur percaya bahawa peruntukan harta tanah yang optimal adalah penyumbang kepada kejayaan sesebuah syarikat. Di dalam menentukan peruntukan portfolio pelaburan, perkara penting yang perlu diperkatakan adalah berapa banyakkah peratus peruntukan yang dibuat di dalam setiap kelas aset yang telah dipersetujui untuk dibuat pelaburan. Peruntukan portfolio pelaburan ini adalah langkah pertama dalam membuat sebarang keputusan terhadap strategi yang digunapakai oleh sesebuah syarikat. Peruntukan ini amat penting kerana ia menggunakan konsep kepelbagaian yang boleh menurunkan atau meminimumkan impak yang negatif iaitu risiko yang perlu ditanggung dalam pelaburan. Selain itu, hasil pulangan yang akan diperolehi akan digunakan untuk memberi dividen kepada setiap ahlinya. Semasa kegawatan ekonomi pada tahun 1999-2001, sektor pembinan dan harta mengalami kemerosotan mendadak apabila beberapa projek utama kerajaan terpaksa ditangguhkan. Dalam hal ini, adalah penting bagi setiap pelabur mengenalpasti kelas aset atau pelaburan manakah yang selamat untuk melabur. Ini kerana jika strategi yang diguna oleh pihak pelabur tidak berkesan, ia boleh mengesani keuntungan dan kedudukan syarikat. Oleh yang demikian, sebelum membuat dan memilih sesuatu peruntukan portfolio pelaburan pihak pelabur perlulah mengambilkira faktor-faktor yang mempengaruhi seperti risiko dan keadan pasaran sesuatu pelaburan itu. Apabila faktorfaktor yang mempengaruhi telah dikenalpasti, barulah peruntukan portfolio boleh dibuat.

Pelaburan dalam harta tanah akan mendapat kadar sewaan, pendapatan atau pulangan bergantung kepada lokasi dan jenis harta tanah. Kadar sewaan dan harga harta tanah biasanya turut meningkat bersama inflasi. Biasanya nilai hartanah akan meningkat. Sebagai contoh, 25 tahun lalu tanah di Shah Alam dijual pada harga RM3 sekaki persegi dan pada 2005 ia dijual pada harga RM50 sekaki persegi. Risiko yang ditanggung seperti tiada penyewa, berlaku kebakaran, pelaburan tidak begitu cair jika dibandingkan pelaburan lain. Jika kadar sewa tinggi sekitar lapan hingga 10 peratus daripada harga rumah setahun, bayaran bulanan pinjaman bank mungkin boleh ditampung menggunakan duit sewa bulanan khususnya jika tempoh pinjaman panjang dan kadar faedah pinjaman antara enam hingga tujuh peratus. Biasanya peluang sedemikian wujud di tempat yang permintaan rumah sewa tinggi. Seorang pelabur harta tanah berpengalaman berkata, faktor paling penting ialah lokasi, lokasi dan lokasi. Ringkasnya pendapatan diperoleh daripada sewa dan kenaikan nilai hartanah.

Terdapat pelaburan lain yang dapat membuat perbandingan dengan pelaburan harta tanah sperti berikut: 1) Fixed Deposit Ianya juga dilabel sebagai pelaburan Mudharabah. Di Malaysia pulangannya sekitar 2-4% mengikut tarikh matang. Jika seorang pelabur membuat simpan RM 10,000 di dalam akuannya dengan pulangan sekitar 2-4%. Wang simpanan tersebut akan digunakan oleh Bank sebagai modal pusing seperti memberi pinjaman. Caj pinjaman Bank adalah sekitar 5 ~ 8% setahun. Kelebihan pelaburan ini adalah mendapat pulangan yang tetap bersifat cair, boleh ditunaikan pada bila-bila masa, semasa cukup tempoh matang dapat keuntungan yang dijanjikan, dan menanggung risiko yang rendah. Kelemahan pelaburan ini adalah ialah pulangan yang rendah, jika diambil kira dengan kadar Inflasi negara sekitar 4-7%. 2) Saham Pelaburan ini sepatutnya boleh menjana pulangan lebih tinggi dari pelaburan lain, tetapi ramai yang gagal berbuat demikian. Risikonya tinggi kepada pelabur yang tidak berpengetahuan, berpengalaman dan berdisiplin. Antara asas utama kriteria memilih saham syarikat ialah nilai tawaran saham berbanding nilai perniagaan syarikat, potensi pertumbuhan, kualiti pengurusan syarikat, kurangnya risiko yang boleh mengancam perniagaan, margin keselamatan pembelian saham itu. Pelabur perlu berpengetahuan menganalisis prestasi dan potensi syarikat, sektor berkaitan dan nilai dalaman syarikat supaya mampu memilih saham terbaik. Pelabur juga perlu berdisiplin mengawal diri terhadap sifat takut dan tamak supaya tidak mengganggu keputusan membeli dan menjual. Semua belian dan jualan dibuat berasaskan analisis berdasarkan fakta, pengetahuan perniagaan dan ekonomi dan kefahaman tentang perwatakan pasaran saham. Umumnya, prestasi pulangan dan risiko yang terbabit bergantung kepada faktor positif dan negatif dalaman syarikat dan faktor positif dan negatif luaran syarikat. Pembelian berdasarkan khabar angin atau terikutikut dengan orang lain pasti akan mengundang kerugian besar.

3) Emas Dari kesemua logam berharga, emas adalah yang paling popular sebagai pelaburan. Para pelabur biasanya membeli emas sebagai pelindung nilai atau perlindungan selamat terhadap apa-apa krisis ekonomi, politik, sosial, atau wang fiat (termasuk kemerosotan pasar pelaburan, pertambahan hutang negara, kegagalan mata wang, inflasi, perang dan kekacauan sosial). Pasaran emas juga tertakluk pada spekulasi seperti mana kommoditi lain, khususnya melalui

kegunaan kontrak hadapan dan terbitan. Sejarah piawai emas, peranan rizab emas dalam perbankan harga komoditi lain, fiat sewaktu krisis dan pusat, hubung penentuan kait rendah harganya emas dengan wang emas

berbanding mata bahawa

kewangan

20072010,

mencadangkan

mempunyai ciri-ciri menjadi wang. Terdapat 2 sahaja pelaburan emas yang sah iaitu pelaburan emas fizikal dan membuka akaun simpanan emas. Melabur dengan emas fizikal boleh mendapat keuntungan yang lumayan iaitu di antara 20-40%.

Anda mungkin juga menyukai