Anda di halaman 1dari 29

KERTAS KERJA DASAR PROGRAM KAUNSELING KELOMPOK DUHAI AYAH IBU!

AMPUNKAN LAH DOSAKU

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK DANAU KOTA DENGAN KERJASAMA GURU PELATIH DARIPADA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS.

TARIKH: 4 FEBUARI 2012

TEMPAT: KELAS 5 PINTAR

1.0 PENGENALAN Ibubapa merupakan insan yang amat penting dalam kehidupan anak- anak. Tanpa ibu bapa, anak- anak tidak mungkin akan mendapat kasih sayang yang secukupnya. Oleh yang demikian, anak- anak perlulah mengetahui adap- adap untuk berkomunikasi dengan kedua ibubapanya. Kemahiran berkomunikasi

amat penting supaya hubungan kekeluargaan dapat dieratkan. Oleh yang demikian, program Duhai Ayah Ibu : Ampunkalah dosaku ini membantu para murid kearah menjadi anak yang mithali dan patuh kepada agama, bangsa dan negara.

2.0 OBJEKTIF 2.1 Murid dapat mengetahui kaedah untuk berkomunikasi dengan ibubapa 2.2 Menyedarkan kesedaran kompetensi diri murid terhadap kepentingan patuh kepada ibubapa. 2.3 Menginsafi kesalahan yang telah dilakukan kepada ibubapa. 2.4 Mengetahui kepentingan kemahiran mendengar dengan baik.

3.0 NAMA PROGRAM Duhai Ayah Ibu : Ampunkanlah dosaku! 4.0 MOTTO Anak Mithali Keluarga Berkualiti 5.0 ANJURAN Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Danau Kota dengan kerjasama guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

6.0 TEMPAT Kelas 5 Pintar , SK Danau Kota, Kuala Lumpur

7.0 TARIKH 4 Febuari 2012 ( Jumaat) 8.0 SASARAN Enam orang murid daripada kelas 5 Pintar. 9.0 TENTATIF PROGRAM Masa Aktiviti

10.40pg- 10.50pg 10.50pg-11.00 Pg

Slot 1- Memperkenalkan Diri Slot 2- Jagung Manis Kata

11.00pg- 11.10pg 11.10pg -11.20pg 11.20pg- 11.30pg 11.30pg-11.40pg 10.0 PANDUAN MODUL *rujuk lampiran A 11.0 BELANJAWAN

Slot 3- Bisikan Makmur Slot 4- Kemahiran Komunikasi Berkesan Slot 5 Luahan Perasaan Slot 6- Saya Anak Mithali

Perkara Fotokopi Hadiah saguhati

Unit RM 1 x 6 orang RM 3 x 6 orang

Jumlah RM 6.00 RM 18.00

JUMLAH

RM 24.00

12.0 BIL 1.

JADUAL PELAKSANAAN TARIKH 20 Januari 2012- 25 Januari 2012 CATATAN Merangka kertas kerja dasar dan mencari maklumat yang berkaitan.

2.

30 Januari 2012- 3 Febuari 2012

Mengadakan perjumpaan dengan guru unit bimbingan dan kaunseling sekolah.

3.

4 Febuari 2012

Menjalankan program kaunseling kelompok

4. 5

6 Febuari 2012 12 Febuari 2012- 22 Febuari 2012

Menganalis borang maklum balas Menulis laporan dan melengkapkan tugasan

6.

24 Febuari 2012

Menghantar tugasan

13.0

PENUTUP Sesungguhnya kita hanya merancang, namun perancangan Allah swt itu lebih

baik dan mengatasi segala perancangan hamba-Nya. Harapan saya agar segala program yang dirancangkan dan disusun akan mencapai objektif yang telah digariskan serta dapat dihayati juga diaplikasi di dalam kehidupan peserta. Akhir kata, saya merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh, Siti Khalilah binti Abdul Rahman Guru Pelatih, SK Danau Kota, KL

Diluluskan oleh, .. Zulkipli bin Mohd Zin Guru Besar, SK Danau Kota,KL
4

LAPORAN SEBELUM Pada 19 Januari 2012, kami para guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2009 , telah berkumpul di dewan kulian Institut Pendididkan Guru Kampus Ilmu Khas. Pada
5

perjumpaan tersebut, kami diberi

taklimat berkaitan dengan tugasan bagi mata Dalam tugasan ini, kami

pelajaran Bimbingan dan Kaunseling Kanak- Kanak.

dikehendaki merancancang, melaksanakan dan membuat refleksi tentang aktiviti kaunseling kelompok yang dijalankan semasa menjalani latihan amalan pratikum di sekolah selama 12 minggu. Semasa cuti sempena perayaan Tahun Baru Cina selama seminggu, saya telah mengumpulkan segala maklumat yang berkaitan dengan kaunseling kelompok. Memandangkan ayah saya juga, merupakan seorang kaunselor sampingan, saya meminta bantuan daripada beliau berkaitan dengan aktiviti- aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan di sekolah kelak. Apabila melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Danau Kota, saya bersamasama rakan yang lain mengambil peluang pada minggu pertama pratikum untuk menyelesaikan tugasan ini. Memandangkan kami tidak diberikan jadual mengajar lagi, maka pada minggu itu kami mengadakan temujanji dengan guru unit bimbingan dan kaunseling sekolah. Bagi persekolahan sesi pagi, dua orang guru ditugaskan dibawah unit bimbingan dan kaunseling. Guru tersebut ialah En. Samsuri dan Pn. Suzana binti Hashim. Kami bertemu dengan Pn Suzana untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti kaunseling kelompok yang dijalankan di sekolah tersebut. Berdasarkan temubual dengan Pn. Suzana, kaunseling kelompok belum bermula bagi tahun 2012. Oleh itu, beliau mencadangkan kepada kami untuk mengambil kelas yang beliau ganti bagi guru mata pelajaran yang tidak hadir pada hari tersebut. Justeru itu, beliau membenarkan menggunakan modul bimbingan bagi tahap dua. Memandangkan saya tidak mengetahui kelas yang perlu dijalankan tugasan ini, maka saya membuat persediaan untuk darjah empat, lima dan enam. Pn. Suzana memberitahu, bahawa beliau akan memaklumkan kepada kami sekiranya beliau mendapat kelas ganti selama satu jam.

Oleh demikian,

saya menggunakan masa yang ada untuk menyediakan

insturmen- instrumen yang berkaitan seperti slaid hamparan multimedia ,borang maklum balas dan borang maklumat diri. (rujuk lampiran belakang). Saya juga

merancang kertas kerja program sebelum menjalankannya supaya dapat dijadikan panduan kepada saya apabila mengaplikasikannya.

LAPORAN SEMASA. Pada 3 Febuari 2012, Pn Suzana telah datang ke bilik rekreasi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), memaklumkan kepada saya dan rakan yang lain supaya membuat aktiviti kaunseling kelompok di kelas 5 Pintar pada jam 10.40 hingga 11.40pagi. Oleh yang demikian, kami berempat bersama- sama ke kelas tersebut apabila tiba waktunya. Kami membuat pembahagian kepada empat kumpulan. Setiap orang mengambil satu kumpulan. Jumlah ahli dalam satu kumpulan terdiri daripada 6 hingga 8 orang. Memandangkan masa yang agak padat, saya hanya menjalankan aktiviti kaunseling kelompok saya di dalam kelas 5 Pintar sahaja. Saya telah memilih untuk menjadikan bidang keibubapaan sebagai tema perbincangan kauseling kelompok saya pada kali ini. Ahli kumpulan di bawah

kendalian saya seramai 6 orang. Saya mengaplikasikan kemahiran kaunseling kelompok dalam menjalankan aktiviti ini. Saya telah meminta bantuan seorang murid untuk merakamkan video. Saya memulakan pertemuan kami dengan membuat

sedikit aktiviti pecah bendungan supaya mereka berasa selesa untuk berkongsi masalah mereka dengan saya. Saya meminta mereka memperkenalkan nama serta tarikh mereka terlebih dahulu. Murid yang kedua harus mengulangi nama murid pertama dan langkah tersebut diulangi sehingga murid ke enam. Selepas itu, saya membuat aktiviti jagung manis kata. Mereka mendengar arahan saya dengan baik tetapi objektif aktiviti kurang tercapai kerana murid kurang peka dengan arahan yang diberikan. Mungkin kerana, mereka baru pertama kali membuat aktiviti seperti ini. Setelah itu, saya melakukan aktiviti kedua iaitu diberi nama bisikan makmur ( rujuk lampiran belakang) . Aktiviti ini adalah untuk mem beri pengalaman kepada ahli kumpulan mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah maksud apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai. Melalui, aktiviti ini, saya meminta peserta untuk membuat kesimpulan tentang kedua- dua aktiviti yang telah mereka lakukan.

Melalui aktiviti tersebut, saya kaitkan dengan komunikasi berkesan antara seorang anak dengan ibu bapanya. Saya menerangkan contoh- contoh komunikasi berkesan dan kemahiran kemahiran yang perlu ada apabila seseorang itu

berkomunikasi. Apabila mereka berasa selasa berkomunikasi dengan saya, mereka mula menceritakan serba sedikit permasalahan yang berlaku dalam ahli keluarga mereka. Saya mengingatkan mereka supaya menjada rahsia masalah keluarga ahli kumpulan ini agar tidak diketahui oleh rakan daripada kumpulan yang lain. Melalui aktiviti ini, secara tidak langsung, ahli di dalam kumpulan dapat mengetahui masalah sebenar yang berlaku pada rakan sekelas mereka. Oleh itu, mereka haruslah berasa simpati dan belas kasihan atas nasib yang menimpa rakan mereka. Terdapat seorang daripada ahli kumpulan saya tidak mengenali adik beradiknya sendiri dan tidak mengetahui punca kematian ibunya. Dia ditinggalkan di rumah anak yatim di Kuala Lumpur manakala adiknya di tempatkan di rumah anak yatim di Perak. .Saya memberikan kata- kata semangat kepadanya agar terus berdoa dan jangan sekali-sekali menyimpan perasaan marah kepada ibubapanya. Setelah seorang ahli kumpulan ini bercerita, terdapat beberapa ahli yang lain turut meluahkan perasaan mereka. Saya juga menyedarkan mereka tentang kesusahan yang harus dipikul oleh kedua- dua ibubapa untuk mendidik dan memberikan keperluan kita. Mereka diingatkan supaya tidak meninggalkan solat dan berdoa untuk kedua- dua ibubapa mereka. Selain daripada itu, saya menjana pemikiran mereka supaya menyedari kepentingan menyayangi dan menghormati keluarga serta menghormati keluarga dengan cara bertutur secara bersopan santun. Saya juga meminta mereka untuk meluahkan perasaan dengan menulis kesalahan yang mereka pernah lakukan terhadap kedua ibubapa mereka. (rujuk lampiran belakang).

Setelah hampir satu jam, saya meminta mereka membuat kesimpulan tentang aktiviti yang telah mereka lakukan. Saya juga mengedarkan borang maklum balas sebagai penilaian kepada saya dalam mengendalikan aktiviti kaunseling kelompok.
8

Baki masa yang tinggal, saya mengambil beberapa gambar sebagai tanda kenangan. Saya juga memberikan sedikit saguhati sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana memberikan kerjasama dengan baik.

LAPORAN SELEPAS. Setelah selesai melaksanakan aktiviti kaunseling kelompok. Duhai Ayah Ibu : Ampunkanlah Dosaku ini, saya menyediakan laporan sebelum, semasa dan selepas dalam merancang, melaksanakan dan melaporkan program yang telah dilaksanakan. Saya dikehendaki menyatakan refleksi kendiri tentang aktiviti yang telah dilaksanakan selama satu jam tersebut. Saya harus menyenaraikan segala kekuatan dan kelemahan sepanjang saya merancang dan melaksanakan program ini. Dalam penulisan refleksi, saya harus membuat perkaitan dengan ilmu- ilmu bimbingan kaunseling yang telah dipelajari selama ini. Antara teknik yang diaplikasikan adalah kemahiran- kemahiran asas asas bimbingan dan kaunseling, prinsip- prinsip kaunseling kelompok, peringkat- peringkat kaunseling kelompok dan intervensi yang sesuai digunakan. Di samping itu juga, saya haruslah menyenaraikan cadangan penambahbaikan supaya saya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama sekiranya saya menjalankan aktiviti kaunseling kelompok kelak. Saya juga menghasilkan satu video menceritakan tentang sepanjang program berlangsung (rujuk lampiran belakang).

REFLEKSI Salah satu proses pembelajaran separa formal adalah melalui latihan dan motivasi dan kepimpinan. Latihan sebegini adalah suatu pakej program yang bertumpu kepada pembelajaran dan pengembangan sesuatu kemahiran atau pembentukan keperibadian (Wan Norjihan,2006). Oleh yang demikian, semasa

10

merancang kertas kerja untuk aktiviti kaunseling kelompok ini, saya merujuk modul bimbingan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia agar bersesuaian mengikut tahap umur mereka. Dalam penghasilan perancangan program, saya merujuk contoh kertas kerja SK Danau Kota sebagai panduan kepada saya dalam merancang aktiviti. Kertas kerja yang dirangka tidak melibatkan sebarang jawatankuasa dan kos yang besar. Hal ini kerana, pelaksanaan hanya melibatkan diri saya tanpa melibatkan manamana guru lain. Saya juga tidak menganggu proses Pengajaran dan Pembelajaran guru- guru kelas saya mengantikan kelas guru yang tidak hadir. Kertas kerja yang dihasilkan juga berbentuk ringkas kerana hanya melibatkan pihak dalaman sekolah sahaja. Saya tidak menggunakan perkhidmatan pihak luar. Dalam pelaksaan aktiviti kaunseling kelompok pula, saya sebagai fasilitator ataupun guru pembimbing haruslah membuat persediaan awal sebelum bertemu dengan ahli kumpulan. Perkara ini merupakan kekuatan pertama saya dalam melaksanakan program ini. Guru pembimbing perlu bersedia secara mental, berpengetahuan dan terlatih dalam mengendalikan kelompok kecil. Berdasarkan pengalaman melaksanakan kaunseling kelompok dalam kelas bersama- sama pensyarah banyak membantu saya. Fasilitator bertanggungjawab memastikan persediaan perjumpaan kelompok berjalan lancar, menetapkan tempat

perbincangan yang selesa dan tidak terbuka kepada orang ramai, menyediakan peralatan, mengumpul maklumat ahli dan menentukan objektif sesi kelompok itu (Zuraidah, 2005). Kekuatan yang kedua adalah saya dapat mengawal ahli kumpulan saya

dengan baik dan mewujudkan suasana yang mesra. Tiada jurang antara kami, walaupun baru berjumpa untuk pertama kali dalam aktiviti kaunseling kelompok ini. Saya bertanggungjawab memastikan objektif setiap segmen yang dirancang tercapai. Fasilitator bertanggungjawab mengawal ahli kumpulan supaya tidak melampaui batasan dan menimbulkan sebarang provokasi yang dapat memberi kesan dan impak kepada keseluruhan program itu. Perkara yang paling penting fasilitator mesti tahu tanggungjawabnya bukan sekadar kepada aktiviti yang dirancang atau ahli kumpulan atau program semata- mata, tetapi juga ke atas Allah SWT (Wan Norjihan 2006).
11

Ahli kumpulan saya yang kecil menyebabkan susunan kerusi dalam bentuk bulatan. Perkara ini juga memudahkan saya untuk berinteraksi dan memudahkan ahli kumpulan memandang rakan mereka yang lain dengan jelas semasa berbincang. Ahli kumpulan yang kecil juga merupakan kekuatan bagi saya untuk mengenali mereka dengan lebih baik. Banyak kajian telah membuktikan bahawa pembelajaran mempunyai kesan secara langsung dengan hasil daripada kedudukan fizikal kelompok. Terdapat perhubungan antara penerimaan pembelajaran oleh otak dengan keselesaan kerusi duduk ( Leigh, 1991). Saya cuba berfikiran terbuka dan bersedia maklum balas serta tidak bersifat defensif. Saya telah berjaya memulakan kelompok dengan membina suasana mesra, terbuka dan menyokong pendapat sesama ahli. Saya mengaplikasikan peringkat perkembangan kelompok yang dijelaskan oleh Tubbs(1992). Peringkat pertama ialah penubuhan, konflik, penghasilan dan penamatan. Peranan fasilitator adalah aktif pada peringkat ini untuk menggalakkan ahli mengambil bahagian dalam aktiviti perbincangan serta mendorong mereka mengetepikan perasaan ragu- ragu ( Zuraidah, 2004). Di samping itu juga, saya mengaplikasikan terapi yang telah dipelajari dalam kaunseling kanak- kanak. Kirby A. (1992) mendefinisikan permainan sebagai , .aktiviti latihan yang berstuktur yang mengandungi isi atau objektif pembelajaran selain daripada sekadar menyempurnakan aktiviti tersebut. Saya membuat aktiviti jagung manis berkata sebagai terapi main pada p eringkat penubuhan. Menurut Zuraidah (2005), permainan boleh digunakan sebagai penutup program supaya keseronokan bermain meninggalkan kesan positif kepada ahli dan mengingatkan mereka kepada aspek latihan yang dilalui.

Manakala, kelemahan yang dapat dikesan sepanjang saya melaksanakan program kaunseling kelompok adalah kurang mahir menarik perhatian ahli kelompok yang senyap. Ahli kumpulan yang senyap dikategorikan sebagai ahli kelompok yang mencabar (Zuraidah, 2005). Kesenyapan membawa pelbagai erti. Mungkin ahli berkenaan sedang berfikir atau mengimbas kembali pengalamannya. Dalam konteks
12

ahli kumpulan saya, kesenyapan ahli tersebut tidak mempunyai keyakinan untuk mengambil bahagian kerana malu atau takut. Selain daripada itu, lokasi di dalam kelas kurang sesuai kerana kumpulan lain juga menjalankan kaunseling kelompok di tempat yang sama. Oleh yang demikian, kawasan itu terhad dan pergerakan dalam kumpulan agak terbatas. Ahli kumpulan saya berasa malu malu untuk melakukan aktiviti yang diarahkan oleh saya kerana dikelilingi oleh kumpulan yang lain. Tempat yang strategik adalah luas, tenang dan jauh daripada orang ramai. Kelemahan yang ketiga adalah pengurusan masa tidak mengikut seperti yang dirancang. Sesetengah aktiviti dijalankan tidak mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Oleh yang demikian, saya kelihatan tergesa- gesa untuk menyelesaikan segala langkah yang dirancang. Manakala , pada peringkat perkembangan kelompok dalam fasa konflik.

Saya kurang menimbulkan konflik tersebut dengan baik. Hal ini kerana, kumpulan kaunseling kelompok yang dibentuk terdiri daripada kumpulan yang tidak mempunyai masalah displin. Mereka merupakan anak murid yang baik dan berdisplin. Semasa fasa ini, terdapat dua orang murid yang menceritakan tentang konflik yang berlaku dalam keluarga mereka. Terdapat beberapa sebab mengapa konflik berlaku pada peringkat ini, termasuklah fasilitator tidak berkesan, mungkin terlalu mengawal atau terlalu longgar dan tidak faham kehendak kelompok (Rybak dan Brown, dalam Gladding 1999). Sumber pengajaran yang menarik dan berkesan akan membuatkan aktiviti kaunseling kelompok akan lebih berkesan. Ahli kumpulan juga akan tertarik dan tidak rasa bosan untuk meneruskan aktiviti dalam kelompok. Kelemahan saya adalah kurang bahan bantu. Saya banyak menggunakan kemahiran lisan berbanding penggunaan bahan sumber yang lain seperti bahan maujud, multimedia dan sebagainya. Kelemahan yang terakhir adalah, kumpulan kaunseling kelompok adalah bukan daripada kelompok asal. Kebiasaanya, kaunseling kelompok dijalankan atas murid yang mempunyai masalah yang sama. Kaunseling kelompok sebagai proses menggunakan intervensi kelompok untuk memudahkan pemahaman diri dan juga
13

perubahan tingkah laku individu (McLeod, J.2007). Oleh kerana, mereka daripada satu kelas, secara tidak langsung, mereka sudah mengenali ahli kumpulan mereka. Tetapi kebanyakkan mereka, tidak mengetahui masalah peribadi rakan- rakan ahli kumpulan mereka.

14

Pengurusan masa yang baik

bijak menawan hati klien CADANGAN PENAMBAHBAIKAN.

Tingkatkan kemahiran kaunseling

menggunakan sumber pengajaran yang menarik

terapkan unsur kecindan

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

15

Terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki agar tidak berulang lagi bagi sesi kaunseling kelompok yang akan datang. Antaranya, menggunakan sumber pengajaran yang menarik. Saya boleh mengaplikasikan terapi seni atau terapi main dalam kaunseling kelompok yang dijalankan. Apabila menggunakan sesuatu bahan atau alatan, proses perkembangan dapat dirungkai dengan mudah kerana ahli kumpulan jelas dengan maksud yang ingin disampaikan. Contohnya, saya meminta mereka membalingkan pundi kacang ke dalam bakul mengikut jarak- jarak yang telah ditetapkan. Aktiviti ini dapat dikaitkan bahawa seseorang manusia yang hidup perlu mempunyai matlamat hidup yang jelas. Selain daripada itu, saya haruslah bijak menawan hati ahli kumpulan saya agar mereka berasa senang mendampingi diri saya. Antara teknik- teknik asas menangani manusia adalah mengelakkan daripada mengkritik, mencerca atau mengeluh, memberi penghargaan yang jujur dan tulus serta bangkitkan minat dalam diri orang lain (Dale, 2010). Saya seharusnya menggunakan pendekatan dari hati ke hati untuk menawan hati meraka. Penumpuan seharusnya diberikan kepada mereka yang senyap atau kurang yakin untuk meluahkan perasaan. Pengurusan masa juga hendaklah dikendalikan dengan baik. Tempoh satu jam yang diperuntukan seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin agar mampu memberi kesan kepada jiwa ahli kumpulan. Sekiranya , terlalu banyak aktiviti, kurangkan aktiviti supaya ahli kumpulan tidak berasa penat. Pengetahuan tentang konsep asas kaunseling juga perlu ditingakatkan lagi supaya ahli kumpulan jelas dengan aktiviti yang ingin dijalankan. Kemahiran menyoal , membuat konfrontasi haruslah ditingkatkan lagi. Terdapat banyak kaedah kaedah dalam kaunseling kanak kanak yang diaplikasikan oleh pelbagai teori. Antaranya adalah, teori berpusat klien , teori behaviour dan kaedah terapi realiti. Dengan mengaplikasikan segala teori ini dalam bentuk aplikasi, secara tidak langsung akan membantu saya tingkatkan kemahiran dalam ilmu bimbingan dan kaunseling.

KESIMPULAN
16

Tugasan

ini

memberikan

satu

seribu

pengalaman

kepada

saya

dalam

mengendalikan kaunseling kelompok. Walaupun kumpulan saya tidak mencabar, saya merasai kesukaran untuk mengendalikan sesuatu kumpulan tersebut dalam aktiviti kaunseling. Aktiviti seperti ini banyak menggunakan kebijaksanaan psikologi sesorang guru pembimbing atau fasilitator. Saya belajar bagaimana untuk menenagkan ahli kumpulan yang kurang bermotivasi ataupun mempunyai masalah dalam keluarga mereka. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru pembimbing, haruslah

mengamalkan 6 perkara yang perlu dilakukan supaya orang lain menyukai kita. Antaranya, adalah bersungguh- sungguh menaruh minat pada orang lain. Murah dengan senyuman, mengingati nama setiap individu itu adalah nada yang enak di dengar dan penting dalam apa- apa bahasa sekalipun. Selain itu, kita haruslah menjadi pendengar yang baik, dorong orang lain supaya bercerita tentang diri mereka, berbincang tentang minat orang lain dan buat orang lain berasa penting dan lakukannya dengan tulus (Dale, 2010). Justeru itu, diharapkan agar selepas ini, perkara seperti ini dapat dilaksanakan lagi untuk membantu mereka yang memerlukan kekuatan atau perubahan dalam hidup agar mereka dapat mengecapi kehidupan yang hormoni di dunia dan beroleh kebahagian di akhirat.

RUJUKAN
17

Dale Carnegie (2010). Bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi orang lain,Kuala Lumpur : PTS Professional. Gladding, S.(1999). Group Work : A Counselling Speciality ( 3rd ed.). New York : MacMilan. Kirby, A (1992). Games For Trainers, Vol. 2. England : Gower Pub. Lee Keok Cheong. Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan & Taquddin Abd Mukti (2012) . Bimbingan dan Kaunseling Kanak- Kanak. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Leigh, D. (1991). A Pratical Apporach to Group Training. London : Kogan Page Mc Leod, J.(2007), Counseling Skill, New York : Open University Press. Tang Chee Yee (1991). Bimbingan dan Kaunseling, Perkhidmatan, Prosedur dan Kemahiran . Kuala Lumpur :Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Wan Norjihan Wan Abdullah (2006).Panduan Menjadi Fasilitator . Selangor : PTS Proffessional. Zuraidah Abdul Rahman (2005). Fasilitator Kelompok Kecil. Petaling Jaya : IBS Buku Sdn. Bhd.

18

Lampiran A Bidang : Keibubapaan

19

Tajuk Objektif

: :

Komunikasi Berkesan Murid dapat : 1. Menyedari kepentingan menyayangi dan menghormati keluarga. 2. Menghormati keluarga dengan cara bertutur secara bersopan santun. 3. Mencipta dialog yang sesuai semasa berkomunikasi.

Masa Sasaran Bahan

: : :

60 minit Tahun 5 Lembaran kerja disediakan oleh guru.

Langkahlangkah

Set induksi ; Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan perbualan ibu bapa dalam satu situasi marah.

1.

Murid memberi komen mengenai dialog tersebut.

2. Guru Bimbingan dan kaunseling menunjukkan cara yang betul berkomunikasi dengan ahli keluarga. 3. Murid melengkapkan aktiviti dalam lembaran kerja.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan aktiviti.

Penilaian

Murid melengkapkan dialog berdasarkan situasi yang diberi dalam lembaran kerja.

Rumusan

Komunikasi yang betul mengeratkan lagi perhubungan ahli keluarga.

Falsafah

1. Hubungan yang baik dapat dilahirkan melalui komunikasi berkesan. 2. Budi bahasa budaya kita. 20

AKTIVITI 1 : BISIKAN MAKMUR MASA : 15 minit ALATAN : Wisel, skrip mesej


21

SKRIP MESEJ: Ahmad budak petah. Ibunya bernama Bedah. Ahmad penagih dadah. Bedah selalu marah. Ahmad buat tak endah. Akhirnya terima padah.

OBJEKTIF : 1. Peserta dapat mengalami pengalaman bagaimana sesuatu mesej itu berubah maksud apabila ia disampaikan oleh ramai penyampai.

PROSEDUR : 1. Peserta berada dalam satu barisan. 2. Peserta di belakang sekali diberi skrip mesej. 3. Selepas 1 minit skrip mesej diambil semula. 4. Peserta tadi membisikkan mesej kepada peserta di hadapan setiap kali wisel dibunyikan. Peserta-peserta lain tidak boleh menolah ke belakang. 5. Peserta yang menerima mesej tidak boleh bertanya. 6. Setelah selesai, Fasilitator : a. Bertanya peserta di hadapan sekali apakah mesej yang diterima. b. Bertanya kepada peserta-peserta lain tentang mesej yang diterima. c. Meminta peserta pertama membaca skrip mesej yang diberikan.

FALSAFAH : 1. Kejujuran dalam menyampaikan maklumat akan menentukan keberkesanan sesuatu maklumat. 2. Mesej yang tidak jelas dan tidak lengkap akan menimbulkan kekeliruan kepada penerima mesej

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU KOTA, KL BORANG MAKLUM BALAS KAUNSELING KELOMPOK

22

Sangat tidak setuju.

Tidak setuju

Setuju

Sangat setuju

Arahan: Lengkapkan borang maklum balas berikut. No. Item 1. Program ini memberikan motivasi kepada saya 2. 3 Suara guru jelas. Guru mempunyai pengetahuan yang baik dalam topik yang dibincangkan. 4. 5 Komunikasi guru baik. Guru berjaya mewujudkan suasana yang seronok 6. 7. 8. Mampu tingkatkan keyakinan diri. Topik yang dibincangkan menarik. Bahan berkualiti. 9. Memberi peluang untuk memberi pendapat. 10. Mampu memberikan kesan yang mendalam dalam diri. yang digunakan guru

Komen/ cadangan penambahbaikan

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA !


BORANG PROFIL MURID PROGRAM AYAH IBU: AMPUNKANLAH DOSAKU 23

KELAS

1.

PERIBADI 1.1 1.2 1.4 1.5 1.6 Nama Umur No. Kad Pengenalan Tarikh Lahir Alamat Rumah : _______________________________________ : ______________ 1.3 Jantina : ____________ : _______________________________________ : _______________________________________ : _______________________________________ _______________________________________ 1.7 No Telefon Rumah : _______________________________________

2.

BUTIRAN BAPA 2.1 2.2 2.3 2.4 Nama Umur Pekerjaan No. Telefon Bimbit : _______________________________________ : _______________________________________ : ___________________________________ : _______________________________________

3.

BUTIRAN IBU 3.1 3.2 3.3 3.6 Nama Umur Pekerjaan No. Telefon Bimbit : _______________________________________ : _______________________________________ : ___________________________________ : _______________________________________

Tandatangan Nama Tarikh

: : .. : .

24

GAMBAR KENANGAN SEPANJANG AKTIVITI.

Cikgu Siti memberi penerangan tentang kemahiran berkomunikasi.

Ahli kumpulan tekun mendengar penerangan oleh Cikgu Siti.

Ahli kumpulan mengadakan perbincangan dalam kumpulan

25

Ahli kumpulan tekun menulis dalam slot luahan perasaan

Terima kasih ahli kumpulan Cg Siti!!! SEMOGA KAMU SEMUA BERJAYA.

26

27

28

29

Anda mungkin juga menyukai