Anda di halaman 1dari 9

Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha para pendidik dalam membantu para pelajar

untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu formula yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri.

KAEDAH PENGAJARAN JAWI KEKUATAN DAN KELEMAHAN

KAEDAH PANDANG SEBUT

Cara penyampaian kaedah ini ialah murid terus diperkenalkan kepada perkataan dan huruf. Selalunya huruf atau perkataan tersebut ditulis pada kad imbasan bergambar. Kemudian murid murid diperkenalkan dengan ayat-ayat mudah setelah beberapa perkataan dikuasainya. Mengecam huruf dan menghafaz bunyi akan berkesan sekiranya murid-murid telah menguasai sejumlah perkataan. Menurut Goodman: Pengalaman pembacaan murid akan lebih bermakna jika yang dibacanya merupakan sesuatu yang telah dikenali atau diketahui mereka. Kaedah ini akan membantuk muridmurid seperti burung nuri dan mereka akan mendapati seseorang kanak-kanak.

KEKUATAN

terlibat dalam kaedah ini murid berani mencuba dan keyakinan diri pelajar semakin bertambah. Melalui kaedah ini juga pelajar dapat mengasah potensi di kalangan mereka dan menambah minat membaca Al-Quran .

KELEMAHAN

urid yang lemah rasa rendah diri.

KAEDAH PERMAINAN

Permainan menjadi satu keperluan semulajadi bagi kanak-kanak. Situasi bermain boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai objektif-objektif pendidikan. Permainan merupakan satu cara melatih murid supaya dapat berinteraksi dengan rakan sekeliling mereka dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperolehi pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka (Musa Daia, 1992).

PRINSIP-PRINSIP KAEDAH MAINAN Menurut Musa Daia (1992), kaedah mainan didasarkan beberapa prinsip seperti dibawah: 1. 2. Proses pembelajaran mestilah disalurkan melalui aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan. Pembelajaran mestilah di dalam keadaan yang bebas dan tidak ada langsung penghalangnya.

3. Penyampaian hendaklah secara tidak langsung dan bersahaja supaya sesuai dengan minat dan keperluan murid. 4. Guru mestilah mempunyai sikap positif iaitu guru sering menggalakkan murid-murid melahirkan sesuatu dengan bebas. Beri peluang yang cukup kepada setiap murid untuk melahirkan sesuatu. 5. murid-murid hendaklah sentiasa gembira dalam proses pembelajaran. Mereka hendaklah menjadi peserta yang aktif dalam proses itu. Mereka juga hendaklah bertanggungjawab terhadap perkembangan dan kemajuan diri sendiri.

KELEBIHAN KAEDAH PERMAINAN 1. 2. Murid tidak berasa bosan. Melatih murid berinteraksi dengan bebas sesama mereka.

3. guru dapat mengenal dengan mudah kemampuan murid dan kelemahan murid semasa bermain.

KELEMAHAN KAEDAH PERMAINAN 1. 2. 3. Menambah/membebankan guru untuk menyediakan BBM tidak semua tajuk pelajaran dapat menggunakan kaedah ini. menambahkan penggunaan wang sekolah

KAEDAH LATIH TUBI Dalam Islam, kaedah ini mempunyai sejarah yang panjang. Malaikat Jibril sendiri telah menggunakan kaedah ini sewaktu menagajar Rasulullah SAW membaca ayat yang pertama turun (Iqra). Baginda diajar membaca berulang kali. Kali pertama Rasulullah menjawab tidak tahu, hingga kali ketiga baharulah Baginda dapat membacanya. Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam latih tubi, iaitu corak pengajaran bagi memberikan kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan. Demikian juga kemahiran pergerakan otot. Kaedah ini digunakan dengan meluas dari zaman berzaman. Contohnya, membaca Al-Quran diajar dengan kaedah latih tubi ini.Teknik latih tubi juga merupakan aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. KEKUATAN Kaedah latih tubi ini membantu murid mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping mengingat fakta-fakta penting supaya berkekalan. Kaedah ini juga dapat membentuk keyakinan diri murid melalui bimbingan secara langsung daripada guru serta melahirkan sifat kepimpinan diri, melahirkan sikap berani dan penglibatan semua murid dikalangan murid-murid. Kaedah ini dapat menambah minat mencuba di kalangan murid-murid. KELEMAHAN Melalui kaedah ini murid tidak dapat menghasilkan pemikiran sendiri dan menghadkan kebebasan berfikir murid. Selain itu, kaedah ini memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kretiviti sendiri .Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan dan persediaan yang teliti.

KAEDAH IMLAK Imlak (dictate) bermaksud pembacaan dengan suara yang lantang sesuatu sumber (perkataan, frasa, ayat) untuk ditulis oleh orang lain.Pengimlakan melibatkan dua kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran menulis secara mekanis. Menulis secara mekanis dalam imlak ialah menyalin unit bahasa sama ada huruf, suku kata, perkataan, ayat atau wacana. Kaedah imlak berlaku selepas kertas dan tulisan dihasilkan, iaitu selepas kaedah hafalan diutamakan. Kaedah ini memerlukan murid-murid menulis apa yang direncanakan kepadanya. Guru mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan dan murid-murid mencatat setiap kata-kata yang didengari. KEKUATAN

1.

Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan jelas. (Membantu pendengaran

2.

Melatih dan mengukuhkan ejaan.

3. nota-nota ringkas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan) KELEMAHAN 1. 2. Murid yang mempunyai pendengaran yang baik sahaja dapat menerima pengajaran guru. ketinggalan

3. serta melakukan aktiviti sendiri.

KAEDAH MENGEJA Kaedah mengeja ini digunakan sepenuhnya dalam membantu para pelajar untuk mengenali hurufhuruf. Kaedah ini merupakan kaedah permulaan bagi memperkenalkan huruf kepada murid. Setelah murid pandai mengeja maka diteruskan dengan perkatan suku kata sehingga murid dapat membaca. KEKUATAN .Murid dapat menggunakan kemahiran mendengar dengan baik dan jelas. Memerlukan penglibatan r untuk cepat menguasai bacaan KELEMAHAN

mempunyai masalah pendengaran akan ketinggalan serta cepat bosan dan mula buat aktiviti sendiri. . Selain itu, kaedah ini memerlukan guru yang mahir dalam menjalankan kretiviti sendiri.Sebelum pengajaran dijalankan guru seharusnya membuat perancangan dan persediaan yang teliti.

KAEDAH KEFAHAMAN Kefahaman ialah pemikiran yang diperolehi daripada hafalan rencana, bacaan dan penulisan. Kefahaman diperolehi setelah berlaku penerangan, penjelasan dan analisis kepada bahan pengetahuan. Kefahaman yang diperolehi berbeza-beza berasaskan kecekapan dan kecerdasan mental seseorang itu. Kefahaman seseorang telah dikaji oleh ahli-ahli psikologi Barat seperti Bloomfield yang menyatakan terdapat enam aras perkembangan mental dalam kecerdasan seseorang iaitu daripada yang paling rendah sehingga peringkat aras yang tinggi iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan kumpulan. KEKUATAN Kaedah ini mampu melahirkan pelajar yang lebih memahami dalam pembelajaran kerana mereka mendapat ilmu melalui pembacaan dan hafalan seterusnya diterjemahkan melalui kefahaman pelajar sendiri. Kaedah ini juga dapat membentuk keyakinan diri murid melalui bimbingan secara langsung daripada guru serta melahirkan sifat kepimpinan diri, melahirkan sikap berani dan penglibatan semua murid dikalangan murid-murid. Kaedah ini dapat menambah minat mencuba di kalangan muridmurid. KELEMAHAN

pemikiran akan berasa rendah diri dan akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam pembelajaran Jawi.

KAEDAH HURUF Kaedah ini merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Murid-murid dikehendaki mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf-huruf jawi. Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid diperkenalkan dengan huruf dan dapat mengahafalnya barulah langkah seterusnya diambil dan bergantung kepada para guru untuk menggunakan kaedah mana untuk meneruskan kepada pembacaan. KEKUATAN 1. 2. 3. 4. 5. Murid berani mencuba. Mengasah potensi di kalangan muridMembantu para murid menguasai pembacaan dengan lebih berkesan.

KELEMAHAN 1. 2. 3. 4. 5. Murid yang lemah ingatan, tidak sesuai dengan kaedah ini. Murid tidak dapat membaca, sekirannya kaedah ini tidak dapat dikuasai dengan baik.

KAEDAH PENGGAYAAN Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid meningkatkan pencapaian mereka. Biasanya aktiviti ini diberikan kepada murid yang telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu. Penggayaan boleh terdiri daripada pautan mengenai sesuatu topik yang bersesuain dengan

maklumat atau idea tambahan yang diperolehi oleh pelajar. Kaedah ini merupakan langkah terakhir dalam program pembelajaran. Kaedah yang digunakan untuk pelajar-pelajar yang menonjol. KEKUATAN Dengan menggunakan kaedah ini, para pelajar dapat menguasai pengajaran dengan lebih mendalam malahan mendapat maklumat tambahan dalam pelajaran Jawi. Pelajar dapat membaca dengan lancar malah lebih daripada itu. KELEMAHAN Kaedah penggayaan ini hanya sesuai untuk murid yang menguasai beberapa kemahiran asas dan tidak sesuai untuk murid yang kurang menguasai satu kemahiran. Kaedah menimbulkan keadaan murid mudah bosan kerana banyak latih tubi dan latihan intensif yang diberikan guru menyebabkan murid berasa letih untuk melakukannya.

Definisi Pemulihan

Pemulihan mengikut terjemahan bahasa Arab ialah islah, yang membawa maksud mendamaikan atau membetulkan. Menurut Kamus Dewan (2007) ialah perbuatan memulih atau mengembalikan kepada keadaan semula, pemulangan atau pengembalian hak, harta benda dan lain-lain. Pemulihan bertujuan untuk membetulkan sesuatu yang kurang dan berbeza dengan aktiviti biasa semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah yang dikenali sebagai pemulihan dilaksanakan khusus untuk pelajar yang menghadapi kesukaran menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira atau ringkasnya untuk kumpulan yang lambat atau lemah (Sharifah Alwiah, 1983)

Robiah Kulop (1992) menyatakan bahawa Pringle mentakrifkan pemulihan sebagai pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua pelajar yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan mereka. Pemulihan juga dikenali sebagai satu program pengajaran khas yang dirangka bagi memenuhi keperluan pendidikan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran di kalangan murid di sekolah biasa. Ini bermakna pemulihan sebagai tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi kesusahan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa atau di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan dalam kumpulan yang diasingkan untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan (Ab. Halim Tamuri. 2007).

Sang M.S (1998) berpendapat pendidikan pemulihan adalah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajarn untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di dalam kelas.

Model Kelas Pemulihan Jawi

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran dua waktu seminggu pada enam bulan pertama di Tahun Satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada pelajar yang tercicir supaya semua pelajar boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan. Model Kelas Pemulihan Jawi ini diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas Jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajara yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kelas Pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas pemulihan Jawi j-QAF untuk memulihkan murid yang keciciran dalam jawi. kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada. Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurangkurangnya dapat mengenal,menyebut,dan menulis huruf-huruf tunggal,suku kata terbuka, suku kata tertutup dan perkataan mudah yang dibina daripada suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Kumpulan sasaran ialah murid-murid tahun satu yang tidak dapat melepasi ujian khas seperti tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka. Matapelajaran ini hendaklah menggunakan pendekatan yang dapat menarik minat murid-murid,mudah dan tidak membebankan.

Pemulihan Jawi

Masalah penguasaan Jawi di kalangan pelajar menjadi isu yang hangat diperkatakan. Menguasai setiap kemahiran mengenal huruf adalah wajib bagi setiap pelajar terutamanya mengenal huruf tunggal Jawi.Pelajar yang tidak mengenal huruf tunggal Jawi akan menyebabkan mereka tertinggal apabila rakan-rakan yang seusia mereka telah mengikut kemahiran yang lebih tinggi dan semakin susah. Pelajar akan semakin sukar mengingat kembali apa yang diajar dan terkeliru dengan bunyi dan bentuk huruf yang hampir sama sebutan dan bentuknya. Menurut Muhammad Endut (1990) pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi akan semakin ketinggalan dalam Pendidikan Islam apabila alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru ditulis dalam tulisan Jawi.

Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran asas ; mengenal , mengeja dan menulis huruf Jawi akan dipulihkan dalam sesi pembelajaran yang berasingan untuk memudahkan guru mengajar berdasarkan tahap pelajar. Kelas pemulihan Jawi ialah pengajaran yang dilaksanakan oleh guru Kelas Pemulihan Jawi j-QAF yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 adalah untuk pelajar yang tercicir .

Pelajaran Jawi adalah salah satu komponen mata pelajaran Pendidikan Islam dengan pendekatan pengajaran sebanyak dua kali seminggu pada enam bulan pertama bagi Tahap Satu. Kelas ini dijalankan serentak dengan jadual waktu persekolahan sedia ada.

Pelajar yang tercicir ini akan menguasai sekurang-kurangnya kemahiran mengenal, mengeja dan menulis huruf tunggal jawi, suku kata terbuka dan perkataan yang dibina apabila dicantumkan dua suku kata terbuka. Pelajar yang dipilih mengikuti kelas ini adalah pelajar yang tidak melepasi ujian saringan yang dijalankan. Pelajar yang lemah dalam pelajaran Jawi ini perlu diberi perhatian dan tumpuan yang lebih dan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru juga sepatutnya diubah agar sesuai dengan pelajar dan minat pelajar.

Anda mungkin juga menyukai