Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KERJA KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL 2013 IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

1.0

NAMA PROGRAM Karnival Sukan Tradisional 2013

2.0

PENGENALAN PROGRAM Karnival ini merupakan satu program yang melibatkan semua guru pelatih daripada kumpulan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pengajian Melayu Semester 5/2013. Program ini dirancang bersama pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Karnival ini dijadualkan berlangsung selama satu hari sahaja iaitu pada 24 Februari 2013 (Ahad). Karnival ini bertujuan bagi memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam subjek Pendidikan Jasmani (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan). Karnival ini juga dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam meliputi pengurusan dan perlaksanaan sesuatu pertandingan disamping memberi peluang kepada guru-guru pelatih menimba ilmu dan pengalaman.

3.0

RASIONAL PROGRAM 3.1 Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti wajib yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5, Ambilan Januari 2009. 3.2 Penganjuran karnival ini, diharap dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan.

3.3

Selain itu, nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan kerjasama juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan karnival ini.

3.4

Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam meyediakan para guru yang benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental teruji melalui aktiviti sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini yang memerlukan persediaan fizikal dan mental.

3.5

Selain itu, karnival ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat malaysia sejak sekian lamanya.

4.0

OBJEKTIF PROGRAM Karnival ini diadakan demi mencapai beberapa objektif iaitu : 4.1 Memenuhi sukatan pelajaran yang terkandung dalam proforma kursus Pendidikan Jasmani (PJM 3112) yang berkaitan dengan Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. 4.2 4.3 4.4 4.5 Memahami dengan lebih mendalam tentang Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan secara amali. Memenuhi tugasan mata pelajaran elektif yang membawa kepada markah akhir kursus. Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukan. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dan menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. 4.6 Bekerjasama dan berinteraksi dalam pelbagai situasi dan keadaan.

4.7 4.8 4.9 4.10

Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. Melahirkan bakal guru yang berbakat serta berkebolehan dalam pelbagai hal. Mempromosikan dan memelihara budaya serta warisan Melayu. Memperkenalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Sultan.

5.0

PENGANJUR Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pengajian Melayu Semester 5/2013 dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Sultan Mizan.

6.0

TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAM Tempat pelaksanaan adalah sekitar padang IPG Kampus Sultan Mizan dan gimnasium Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Sultan Mizan.

7.0

TARIKH, HARI DAN MASA PROGRAM Butiran-butiran karnival adalah seperti berikut : Tarikh Hari Masa : : : 3 Mac 2013. Ahad 2.15 petang 5.30 petang

8.0

KUMPULAN SASAR Guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian

Sains, Pengajian Pendidikan Jasmani, Pengajian Pendidikan Pra Sekolah, Pengajian Sosial,dan Pengajian Reka Bentuk dan Teknologi 1 & 2 (PISMP) Semester 5/2013.

9.0

PENSYARAH Pensyarah penasihat bagi karnival ini ialah: 1. 2. 3. Tn Hj Yaacob bin Mamat En Khairuddin bin Mat Hassan En Zarizi bin Ab. Rahman

10.0

AHLI-AHLI JAWATANKUASA Rujuk Lampiran A

11.0

CARTA ALIRAN KERJA Rujuk Lampiran B

12.0

PERATURAN PERMAINAN Rujuk Lampiran C

13.0

JADUAL PERTANDINGAN Rujuk Lampiran D

14.0

BORANG PENDAFTARAN PESERTA Borang disediakan seperti di Lampiran E

15.0

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN HARGA SEUNIT (RM) RM 5.00 RM6 & RM4 =

BIL. 1. 2.

PERKARA Minuman Hadiah

KUANTITI 1 balang 4 unit

JUMLAH RM 5.00 RM20.00 RM25.00

Jumlah Perbelanjaan JADUAL 1.1

BIL. 1. 2. 3. 4.

ALATAN Kertas Mahjung Kertas A4 Pen marker Kertas warna JADUAL 1.2

KUANTITI 10 helai 2 set 2 kotak 2 set

16.0 Lelaki

HADIAH Tempat Pertama Tempat Kedua :Food Pack :Food Pack bernilai RM6 bernilai RM4

Perempuan Tempat Pertama Tempat Kedua :Food Pack :Food Pack bernilai RM6 bernilai RM4

17.0

PENUTUP

Karnival Sukan Tradisional ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan dengan lebih mendalam dalam mengurus dan mentadbir sesuatu karnival dengan berkesan dan bersistematik. Karnival ini amat berguna dan bermanfaat kepada para guru pelatih kerana dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari secara teori semasa sesi kuliah. Secara tidak langsung, karnival ini dapat memberi peneguhan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di samping dapat dijadikan bekalan dan panduan buat para guru pelatih di sekolah kelak.

Disediakan oleh

Disemak oleh,

.......................................... (TUAN MOHD NORFIRDAUS BIN TUAN ZAKARIA ) Setiausaha, Karnival Sukan Tradisional, IPG Kampus Sultan Mizan, Terengganu.

.......................................... ( MUHAMMAD AFIQ FARHAN BIN AMRAN ) Pengerusi, Karnival Sukan Tradisional, IPG Kampus Sultan Mizan, Terengganu.

Disahkan oleh,

.......................................... ( TN HJ YAACOB BIN MAMAT ) Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani, IPG Kampus Sultan Mizan, Terengganu.

Lampiran A

JAWATANKUASA PENGURUSAN KARNIVAL SUKAN TRADISIONAL, INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG), KAMPUS SULTAN MIZAN, TERENGGANU.

JAWATANKUASA INDUK KETUA PENASIHAT : TN HJ YAACOB BIN MAMAT Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kota Bharu PENSYARAH PENASIHAT : EN. KHAIRUDDIN BIN MAT HASSAN EN. ZARIZI BIN AB. RAHMAN

JAWATANKUASA KERJA PERINGKAT GURU PELATIH

PISMP PENGAJIAN MELAYU SEM 5/2013 PENGERUSI : MUHAMMAD AFIQ FARHAN BIN AMRAN TIMBALAN PENGERUSI : MOHAMAD FIKRI HAFIZ BIN RAMZI SETIAUSAHA : TUAN MOHD NORFIRDAUS BIN TUAN ZAKARIA NAIB SETIAUSAHA : AHMAD SYAKIR BIN MAKHTARUDDIN BENDAHARI : MUHAMMAD IRFAN FAKHRULLAH BIN MUHD NOR AHLI AHLI JAWATANKUASA : 1. PERALATAN DAN PERSIAPAN TEMPAT MOHAMAD FIKRI HAFIZ BIN RAMZI URUSETIA MUHAMMAD FAIZ SYARAFUDDIN BIN ASOHAN KEBERSIHAN DAN PERSEGARAN MOHAMAD FATHI BIN MOHAMAD YUSOFF TEKNIK MUHAMMAD AFIQ B. MOHD MUSTAFA HADIAH ABDUL RAHIM BIN MOHAMAD KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS AHMAD AFNAN BIN TAJUDDIN TUGAS-TUGAS KHAS AHMAD NURUDDIN BIN ABU BAKAR PELAPORAN DAN DOKUMENTASI MUHAMMAD AFIQ FARHAN BIN AMRAN

2. 3. 4. 5. 6. 7. 9.

Lampiran B

CARTA ALIRAN KERJA

Mengadakan perbincangan dan mesyuarat serta membentuk jawatankuasa.

Menyediakan kertas kerja dasar

Mengemukakan kertas kerja kepada pensyarah penasihat

Menerima maklum balas dan pemurnian kertas kerja

Memohon kelulusan Pengarah

Lulus

Tidak lulus

17 Februari 2013

Tindakan: 1. Menempah, menyedia dan mengambil alatan. 2. Mengadakan simulasi. 3. Pemurnian kejohanan

3 MAC 2013

Pelaksanaan Kejohanan Sukan Tradisional Post Mortem

10 Mac 2013

Lampiran C TENTATIF PROGRAM

Masa / Tarikh

02.15 petang 02.45 petang

03.00 petang 05.00 petang 5.30 petang

3.03.201 3 (Ahad)

Para peserta mendaftarkan diri

Pertandingan jengket dan permainan yang lain dijalankan antara pelajar IPG.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah.

10

Lampiran D

PERATURAN PERMAINAN

1. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil seramai TUJUH orang.


2. Satu kumpulan akan menyerang dan satu kumpulan akan bertahan.

3. Kumpulan menyerang perlu menghantar DUA orang wakil. 4. Pasukan bertahan adalah seramai TUJUH orang. 5. Wakil pasukan menyerang akan mengejar pasukan lawan dengan
BERJENGKET dan perlu mencuit tubuh pihak lawan untuk mematikan mereka.

6.

Sekiranya lima orang ahli pasukan bertahan telah mati, permainan dikira tamat dan peranan akan bertukar.

7. Wakil kumpulan menyerang hanya boleh menggunakan SEBELAH KAKI


untuk mengejar dan dilarang sama sekali untuk menukar kaki serta dilarang meletakkan kaki yg diangkat di atas mana mana permukaan.

8. Masa yang diperuntukkan untuk pasukan menyerang adalah selama 2 MINIT. 9. Pasukan menyerang yang dapat mematikan lima pemain lawan dengan masa
yang terpantas dikira sebagai pemenang.

11

Lampiran E KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPG KSM 2013 BORANG PENYERTAAN PERMAINAN JENGKET NAMA KUMPULAN : ___________________________________ KETUA KUMPULAN : ___________________________________ BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. NAMA NO I/C

1. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 5.00 setiap kumpulan.

2. Sila serahkan borang penyertaan sebelum 7 Februari 2013.


3. Sebarang pertanyaan sila hubungi : 013-9544940 (Zain) 017-9106834 (Alloy)

Ketua kumpulan,

................................................... ( )

12

Anda mungkin juga menyukai