Anda di halaman 1dari 11

ALAT TEKNOLOGI YANG SESUAI UNTUK MENGATASI MASALAH HAD PENGLIHATAN DAN HAD PENDENGARAN.

Nama : Aishah Humairaq binti Norazam Tingkatan : Pra PMR Intan No Kad Pengenalan : 991025 01 6042 Nama Guru : Pn. Noorlinda bt Mohamad Nordin Nama Sekolah : Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi

ISI KANDUNGAN
Penghargaan Pengenalan Alat Teknologi Yang Sesuai Untuk Mengatasi Masalah Had Penglihatan Alat Teknologi Yang Sesuai Untuk Mengatasi Masalah Had Pendengaran Kesimpulan

PENGHARGAAN
Saya, Aishah Humairaq binti Norazam, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang mengajar saya mata pelajaran Sains, iaitu Pn. Noorlinda bt Mohamad Nordin kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan buku skrap ini. Selain itu, saya sangat menghargai jasa guru mata pelajaran saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk buku skrap saya. Jasa beliau akan saya kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang buku skrap ini disiapkan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan.

PENGENALAN
MASALAH PENGLIHATAN Mata merupakan antara deria yang penting dalam menjalani hidup sehari-hari, tak kira tua dan muda. Mata merupakan deria penglihatan yang digunakan untuk mendapat dan menerima maklumat. Mata juga digunakan untuk aktiviti pengurusan diri, mengenali sesuatu, untuk belajar, mengendalikan kemahiran motor dan untuk tujuan aktiviti sosial. Manakala masalah penglihatan ialah ketidakupayaan melihat. Menurut Heward (1996), mereka yang mempunyai masalah penglihatan ialah seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah.

MASALAH PENDENGARAN Pendengaran merupakan salah satu deria yang amat penting bagi setiap manusia bagi menerima maklumat dan ilmu. Walaupun manusia masih boleh menerima maklumat serta belajar melalui deria-deria yang lain daripada deria pendengaran seperti deria lihat bau, sentuhan, dan rasa, namun deria pendengaran adalah merupakan salah satu deria yang amat penting bagi memudahkan dan menyempurnakan sesuatu proses menerima maklumat ataupun pelajaran. Masalah pendengaran merujuk kepada individu yang mengalami masalah pendengaran yang diperoleh sama ada semenjak lahir atau selepas dilahirkan. Individu yang mengalami masalah biasanya akan mengalami kesukaran atau tidak dapat mendengar bunyi perbualan ataupun bunyi persekitaran

ALAT TEKNOLOGI YANG SESUAI UNTUK MENGATASI MASALAH HAD PENGLIHATAN


Terdapat beberapa contoh alat bantu penglihatan dan alat teknologi dengan sistem optik. Antaranya ialah,

1. Lensa kotak. Gangguan penglihatan akibat kornea yang ireguler seperti astigmatisme irregular akibat jaringan parut kornea dapat diperbaiki dengan lensa kontak. Dengan lensa kontak selain tajam penglihatan dapat pula diperbaiki lapang pandangan yang terganggu pada afakia dan miopia.

2. Lensa kontak sistem teleskopik. Sistem lensa kontak dapat dirubah menjadi sistem teleskopik (sistem lensa kontak teleskopik) bila didepan kornea yang memakai lensa kontak yang negative (sebagai okular) dipakai pula lensa positif (sebagai objekti).

3. Lensa kontak dengan lubang kecil (pinhole). Lensa kontak dengan


lubang kecil ini berfungsi pada astigmatisme yang ireguler, kekeruhan pada kornea, pupil yang melebar terus (iridiolegia), pupil distorsi, koloboma iris, dan aniridia.

4. Loupe. Loupe dapat dipakai dengan memakai lensa-lensa seris fositif yang akan memberikan pembesaran bayangan benda.

6. Lensa Pembesar. Pemakaiannya terutama pada pasien dengan lapang pandang sempit, 10 darjat atau lebih kecil, bila perlu pembesaran untuk melihat benda yang lebih kecil, dan pada pasien yang belum mungkin diberi resep kaca mata.

ALAT TEKNOLOGI YANG SESUAI UNTUK MENGATASI MASALAH HAD PENDENGARAN


Alat bantu dengar atau had deria merupakan suatu alat yang dapat digunakan oleh manusia yang mempunyai gangguan pada fungsi pendengaran pada telinga. Biasanya alat ini dapat dipasang pada bahagian dalam telinga manusia ataupun pada bahagian sekitar telinga. Alat bantu dengar tersebut dibuat untuk memperkuat rangsangan bahagian sel-sel sensorik telinga, iaitu bahagian dalam yang rosak terhadap rangsangan suara dan bunyi-bunyi dari luar. Beberapa alat bantu pendengaran seperti, 1. Dipasang pada telinga (Open-Ear-Fitting/OEF) Alat bantu pendengaran yang kecil disambungkan dengan wayat nipis dan penerima yang mengarahkan bunyi ke dalam telinga.

-Selesa dan kecil -Bunyi yang lebih semulajadi dan kurang tersumbat -Penampilan yang bergaya dan berwarna-warni -Sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan dan sederhana

2. Di belakang telinga (Behind-The-Ear/BTE) Alat pendengaran ini berbentuk melengkung dan diletakkan di belakang setiap telinga. Bunyi disampaikan melalui tiub ke dalam saluran telinga. -amplifikasi yang tinggi untuk membantu masalah pendengaran tahap ringan hingga tahap yang sangat teruk -Saiz lebih besar dan mudah digunakan terutamanya bagi mereka yang menghadapi kesukaran mengendalikan objek kecil -jangka hayat bateri lebih lama 3. Dalam telinga/ Dalam saluran telinga (In-The-Ear (ITE / In-The-Canal (ITC) ) Dibuat dengan acuan telinga khas dan dipasang dengan selesa di bahagian luar telinga atau saluran telinga -menghalakan bunti secara terus ke dalam telinga untuk memastikan prestasi yang optimum -selamat dan selesa di bahagian luar telinga -mudah dikendalikan -sesuai untuk masalah pendengaran tahap sederhana ke tahap yang teruk

4. Dalam saluran telinga sepenuhnya (Completely-InCanal (CIC) ) Alat bantuan pendengaran kecil yang diletakkan dalam saluran telinga yang membolehkan bunyi terus masuk ke dalam telinga -tersembunyi, sesuai untuk pelanggan yang mementingkan penampilan -simulasi cara bunyi masuk ke dalam telinga memberikan kualiti bunyi yang lebih semulajadi -sesuai untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana dan teruk.

KESIMPULAN
Tuntasnya, terdapat pelbagai alat teknologi yang sesuai untuk mengatasi masalah had penglihatan dan pendengaran. Mereka yang mempunyai masalah had penglihatan atau pendengaran, boleh menggunakan alat teknologi seperti ini untuk melakukan kerja seharian mereka. Mereka dapat melalukan kerja harian mereka seperti orang lain. Mereka juga dapat meringankan beban mereka dengan adanya alat teknologi ini. Dengan adanya alat teknologi sebegini, mereka tidak perlu bersusah payah untuk meminta bantuan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai