Anda di halaman 1dari 6

Di antara penyebab akhir yang buruk (su'ul khatimah) ialah menunda taubat, berharap pada umur yang panjang,

mencintai dosa dan terbiasa dengannya. Kitab ini juga menghuraikan tanda-tanda husnul khatimah (akhir yang baik) dan caracara meraih husnul khatimah. Ya Allah, jadikanlah amal kami yang terbaik, dan hari-hari yang paling baik bagi kami adalah hari ketika bertemu dengan Mu dan jadikanlah kami di antara orangorang yang Engkau anugerahi nikmat dalam Syurga Mu dan kehadiran Mu, dan semoga shalawat dan salam tercurah kepada Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya.

Hadis no 4 dalam kitab Imam Nawai ini menceritakan tentang kisah penciptaan manusia dan apa yang ditetapkan Allah selepas ditiupkan roh kedalam jasad kita. Untuk kisah penceritaan manusia boleh buka sini dan sini. UJ akan ceritakan tentang apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada kita selepas roh kita ditiupkan kedalam jasad. Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Masud r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami dan dia adalah orang yang benar lagi dibenarkan -: Sesungguhnya setiap kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari sebagai mani, kemudian dia menjadi ketulan darah seperti tempoh tersebut juga (40 hari), kemudian dia menjadi ketulan daging seperti tempoh tersebut (40 hari). Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, maka dia meniupkan ruh padanya. Lalu dia (malaikat) disuruh oleh Allah supaya menulis 4 perkara : (1) rezekinya, (2) ajalnya, (3) amalannya, dan (4) celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain-Nya! Sesungguhnya di kalangan kamu ada yang akan beramal dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada di antaranya dengan syurga kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka, lalu diapun memasuki (neraka). Di kalangan kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada di antaranya dengan neraka kecuali sehasta, maka kitab mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli syurga, lalu diapun memasukinya (syurga). Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Bukhari di dalam Permulaan makhluk bab Sebutan tentang malaikat. Hadis nombor 3036. Imam Muslim menyebutnya di awal kitab Ketentuan pada bab Bagaimana kejadian manusia. Hadis nombor 2643. Ulasan Hadis Haram Menggugurkan Janin Sesungguhnya, dalam masa kini kita lihat banyak sekali kes dimana pengguguran janin dilakukan. Bukan itu sahaja kes pembuangan bayi pun meningkat juga akhir akhir ini. Dalam Islam, dilarang oleh Allah untuk kita menggugurkan janin melainkan atas kes tertentu apatah lagi membuang anak yang tidak berdosa itu.

Hukum haram ini jatuh kerana setiap yang diciptakan Allah adalah benda hidup dan menggugurkannya samalah seperti kita melakukan jenayah bunuh keatas satu kehidupan yang lain. Sama ada digugugrkan sebelum tiupan ruh atau sesudahnya, kedua duanya adalah haram kerana penciptaan kehidupan telah bermula selepas mani bercantum dengan telur. Penetapan 4 Perkara Sebelum Dilahirkan Sebelum kita lahir, telah tertulis dalam buku kita tentang 4 perkara iaitu rezeki kita, ajal kita, amalan kita dan nasib kita sama ada buruk atau baik. Walaupun begitu, kita mengetahuinya kerana ianya adalah menjadi Rahsia Allah SWT yang tidak dapat disingkap langsung. Sebagai hambaNya, kita hendaklah sentiasa beramal dan berdoa agar amalan amalan kita sentiasa diberkati dan ditetapkan hati supaya sentiasa beribadah kepadaNya. Selain itu, doa juga boleh mengubah apa yang telah ditetapkan tetapi mestilah disertai dengan usaha usaha yang menjurus kearah apa yang kita mahukan. Sebagai contoh, kalau kita dilahirkan tidak berharta, maka berdoa dan pohonlah kepada Allah agar ditambahkan harta dan haruslah diingat dengan penambahan harta kita itu merupakan ujian daripada Allah jua untuk melihat ketaatan hambanya. Penutupan Buku Kehidupan Dalam hadis diatas ayat terakhir menjelaskan bahawa jika dalam kehidupan kita telah beramal dengan kitab dan kemudian melakukan dosa maka akan dimasukkanlah kedalam neraka jika kita mati dengan dosa dosa tersebut dan begitulah sebaliknya. Disini dapat dilihat bertapa perlunya kita beristiqamah dengan amalan kita dan bertaubat sekiranya telah melakukan dosa. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Ada pun mereka yang selalu membuat dosa, sekiranya disaat akhir kehidupan, telah bertaubat dan membuat kebaikkan, tidak ada sebab untuk dimasukkan ke syurga berdasarka amalannya itu walaupun sedikit sahaja. Dalam kita hidup haruslah meminta kepada Allah agar ditetapkan hati kita supaya taat kepadaNya dan tidak dipesongkan kearah kekufuran. Dengan yang demikian terhindarlah kita dari kekufuran dan kemaksiatan. Mohonlah agar Allah sentiasa memberikan Rahmat dan petunjuk kepada kita selalu. Dipetik dari: Buku Hadis 40 karangan Imam Nawawi.

Fungsi dan peranan anggota-anggota tubuh badan manusia dan keistimewaannya.

Kejadian seseorang manusia adalah amat bergangtung kepada gabungan darah diantara kedua-dua ibu bapanya. Sekiranya baik maka baiklah anak yang bakal dilahirkan itu. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sepotong hadis baginda yang berbunyi: Maksudnya : Ingatlah bahawa sesungguhnya di dalam rongga tubuh seseorang manusia itu terdapat segumpal darah beku, jika darah itu baik maka seluruh tubuh itu akan menjadi baik, dan jika ia rosak, maka seluruh tubuh itu akan menjadi rosak pula. Ingatlah , ia itulah hati

Dijadikan kepala seorang manusia berbentuk bulat. Di bahagian kepala itu ditebuk beberapa lubang yang dinamakan mata,telinga ,hidung dan mulut. Kesemua kejadian tersebut mempunyai pranan dan keistimewaan masing-masing.

Rambut di kepala secara tidak langsung akan mengindahkan lagi paras wajah seseorang dan ianya adalah berhubung dengan kecantikan seorang lelaki. Kemudian lihatlah kepada mulut dan lidah,termasuklah dua ulas bibir yang terletak di bahagian

mulut yang merupakan pintu untuk mentabirkan apa yang terlintas di dalam hati kecil dan ketika lidah itu membalik-balikkan makanan untuk dikunyah oleh gigi-gigi geraham dan dijadikan juga gigi-gigi untuk memberikan manfaat dan mengindahkan paras rupa.

Oleh itu jagalah keputihan gigi anda selalu supaya ia bersesuaian dengan warna merah yang berada di sekelilingnya.

Allah s.w.t ketika menjadikan Sayyidina Adam dan isterinya Hawa alaihimussalam, maka dijadikanNya bunyi suara di antara keduanya berlainan, suara Saiyyidina Adam dijadikanNya garau dan lantang sedangkan suara Saiyyidatina Hawa pula halus dan sering. Begitulah seterusnya manusia itu berbeza bunyi dan rentak suaranya antara seorang dengan yang lain meskipun mereka itu terdiri dari saudara-saudara kandung yang seibu sebapa, ini disebabkan bentuk dan sifat anak tekak adalah berbeza antara seseorang.

Kemudian perhatikan pula kejadian dua tangan yang kegunaannya untuk memegang sesuatu benda dan juga untuk mempertahankan diri daripada sesuatu bahaya yang mengancam. Di bahagian bawah tubuh manusia pula terdapat sepasang kaki dan sepasang betis yang dijulurkan dari pangkal peha di mana dua batang kaki yang dijadikan Allah itu memainkan peranan yang penting sekali bagi seseorang manusia. Dengan menggunakan dua batang kaki itulah manusia berusaha dan bekerja

meneroka ke seluruh pelusuk alam sejagat ini untuk mencari rezeki bagi menutup sara hidup yang mereka perlukan pada setiap hari.

Akhir sekali , perhatikanlah bagaimana Allah telah menjadikan organ-organ kecil yang terdapat pada tubuh seseorang manusia itu sendiri. Kesemua kejadian yang amat mengajaibkan ini adalah berpunca dari setitik air mani yang sangat hina yang kemudiannya diproses menjadi segumpal darah beku, kemudian bertukar menjadi seketul daging dan tulang-tulang yang berselerak di dalam tubuh manusia. Kemudian tulang-tulang itu lalu dibalut pula dengan daging-daging yang akhirnya menjadi sebuah lembaga manusia yang bersifat lengkap dan sempurna merupakan sebatang tubuh yang kuat dan gagah.

Perhatikanlah bagaimana Allah s.w.t. telah menjadikan itu semua hanya berpunca daripada setitik air benih yang berlendir kotor. Kesemua kejadian anggota tubuh manusia itu berseimbang dengan bentuk tubuh itu. Kesemua organ-organ asli yang dijadikan Allah adalah terlalu penting dan sekiranya salah satu daripadanya hilang, nescaya kehidupan mereka akan jadi pincang dan tidak sempurna. Jika dilihat dari aspek zahir dan batinnya, maka didapati ianya diciptakan dengan penuh teliti dengan hikmah dan keajaiban. Justeru itu,lihatlah pula peringkat pemberian akal fikiran kepada seseorang. Allah telah memberikan akal fikiran tersebut secara beransur-ansur dari kanak-kanak hingga dia boleh membezakan sesuatu yang mendatangkan bahaya kepada dirinya, sehinggalah kepada usia kanak-kanak itu

sampai kepada peringkat baligh, seterusnya lihat dan renungkanlah rahsia kejadiannya.

Dengan ini , maka terbuktilah kekuasaanNya dan tiada apa-apapun perkara yang sebegini rupa dan sahlah yang Allah itu adalah Maha Pencipta.

Secara umumnya, kesemua kajian-kajian yang telah dilakukan untuk memperolehi jawapan yang tepat tentang asal usul kejadian manusia. Walau bagaimanapun, jawapan yang memuaskan hanya mampu diperolehi dengan dikaitkan ilmu falsafah dan keagamaan. Teori-teori yang dihujah oleh para saujana sebelum ini tidak memuaskan. Hujah-hujah yang mantap lagi tepat telah diperolehi dari teori agama khususnya Islam dan telah memberi jawapan yang begitu meyakinkan.

Dengan ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian dan makluk yang paling istimewa di sisi Allah. Di samping itu juga, Isalm telah berjaya membuktikan bahawa ia adalah satu agama yang benar kepada manusia untuk diikuti sebagai panduan hidup dalam mengharungi liku-liku kehidupan di dunia mahupun di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai