Anda di halaman 1dari 12

PENDIDIKAN JASMANI ZAMAN PURBA

Yati Yan Dina

Mementingkan stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan Anak lelaki diajar tentang segala kemahiran pemburu atau pelayar.

Menari merupakan amalan mulia bagi masyarakat primitif (proses komunikasi antara manusia dengan roh-roh atau tuhan)

Memanah Melempar gada dan lembing, Memburu binatang Membuat senjata dan sampan, Menangkap ikan dan Mendayung kolek.

Aktiviti perkembangan fizikal: Berenang, Berlari, Mendaki gunung.

Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada empat tahap:


1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M). 2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta). 3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M). 4. Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338 S.M).

Penduduknya melibatkan diri dalam sukan yang memerlukan tenaga dan kekuatan Tujuan sukan adalah untuk membentuk manusia petindak. Setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting. Senaman bertujuan menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan.
KELAS ARISTOCRAT: Perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol lari.

GOLONGAN ASKAR: membaling lembing, memanah mengangkat berat

Yunani Sparta
Sparta merupakan sebuah negara tentera. Semua rakyat hanya mempunyai satu profesion iaitu sebagai askar, Maka pendidikan jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sparta merupakan latihan untuk peperangan
1. kekuatan yang ganas, 2. daya ketahanan yang tinggi, 3. semangat keteguhan 4. kegagahan serta kemahiran yenyera yang amat diperlukan.

Membentuk rakyat sebagai petindak yang mempunyai:

Contoh Aktiviti: gimnastik, lari lompatan serta permainan bola.

Aktiviti-aktiviti lain : Pedang, acara lompat berenang, memburu, gusti, tinju, Bberjalan kaki, lempar cakera dan baling lembing.

Pendidikan jasmani di Athens mempunyai fungsi lagi selain daripada untuk menyediakan warganegara di medan perang, iaitu untuk nilai estetika dan harmoni. Bagi mereka, tubuh badan adalah sama penting dengan otak. Oleh demikian sukan dihubungkan dengan falsafah, muzik, sastera, lukisan dan ukiran. Orang Greek yang menghargai kecantikan (fizikal) menganggap bahawa gemuk, kurang segar, dan pertumbuhan yang tidak wajar sebagau mengaibkan dan sebagai tanda kurang pendidikan.

Di antara program pendidikan jasmani dan sukan bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-12 tahun adalah seperti berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, baling lembing dan lempar cakera bersaiz kecil. Bagi pelajar yang lebih besar (dari segi umur), aktiviti lebih bertenaga seperti : -perlumbaan, -baling lembing -lempar cakera bersaiz besar, -lompatan, -bertinju,-bergomol -perlumbaan kereta kuda disediakan.

Yunani Athens Lewat


Selepas perang Parsi, Athens yang dahulu merupakan masyarakat pertanian, telah berubah menjadi pusat perdagangan dan sebuah pusat kosmopolitan. Penduduknya mempunyai lebih banyak masa lapang untuk perkembangan intelektual. Tujuan sekarang ialah membentuk manusia bijak dan bukan lagi manusia petindak.

Antara aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah gimnastik, olahraga, lumba berperisai, baling lembing, memanah, equestrian dan tinju. Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton daripada peserta.