Anda di halaman 1dari 15

ISL MINGGU KE 8 20.02.12 - 24.02.

12

Membuat rujukan lanjutan berdasarkan tajuk kuliah (Konsep, ciri-ciri, kekuatan dan kelemahan kaedah dan teknik)

KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH Menurut bahasa akhlak bermaksud tindak-tanduk, tingkah laku atau kebiasaankebiasaan. Sedangkan menurut istilah, akhlak adalah suatu bentuk (naluri) dalam jiwa seseorang manusia yang dapat melahirkan sesuatu tindakan dan kelakuan dengan mudah dan spontan tanpa fikiran.

Oleh itu,akhlak bermaksud perilaku, sikap, perbuatan, adab dan sopan santun. Akhlak mulia bermaksud seluruh perilaku manusia yang sesuai dengan tuntunan al-Quran dan al-Hadith sebagaimana yang dicontoh dan diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kepada seluruh manusia. Akhlak baginda adalah Al-Quran.

Asas pengajaran akhlak adalah berorientasikan qudwah hasanah atau menunjukkan contoh teladan yang baik daripada guru untuk ditiru oleh murid-murid dalam kehidupan harian. Di samping guru sebagai role model, guru juga perlu menguasai beberapa kaedah, teknik serta kemahiran mengajar supaya pengajaran akhlak menjadi menarik dan lebih berkesan. Kesan daripada pembelajaran akhlak yang menarik, pelajar dapat mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran akhlak merupakan sesi yang sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh guru pendidikan Islam.

Antaranya kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran adab dan akhlak;

o Perbincangan o Lakonan o Simulasi o Soal jawab o Kuliah o Penerangan o Tunjuk cara atau demonstrasi o Latih tubi o Bercerita o Sumbang saran o Simulasi o Akhbar dalam darjah (ADD) o Menulis rencana o Projek o Uswah Hasanah o Seminar

a. Kaedah Perbincangan

Perbincangan sebagai satu kaedah yang melibatkan beberapa aktiviti seperti perbualan, mengeluarkan idea dan pendapat, bertukar-tukar fikiran dan saling berkongsi maklumat mengenai sesuatu topic atau masalah dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Tujuan kaedah ini ialah untuk menggalakkan pertukaran idea

secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik. Secara langsung kaedah ini dapat menarik minat dan merangsang pelajar serta guru dapat membimbing mereka mendapatkan pengetahuan baru. Kaedah perbincangan ini terbahagi kepada dua iitu: 1. 2. Perbincangan formal Perbincangan Tidak Formal

Perbincangan Formal

Biasanya dilakukan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dan sebagainya. Ciri-ciri perbincangan formal adalah seperti berikut: Penentuan penglibatan pelajar

Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang mengambil bahagian seperti menentukan nama-nma panel dalam forum yang akan diadakan. Begitu juga dengan tugasan lain semasa forum seperti pengerusi, pencatat dan penjaga masa.

Masa yang mencukupi

Murid perlu diberi masa untuk mencari bahan-bahan seperti sumber surat khabar, majalah, internet dan sebagainya

Penglibatan keseluruhan pelajar

Guru hendaklah berusaha melibatkan semua pelajar dalam forum supaya mereka boleh saling mengeluarkan hujah dan menyetakan pendapat mereka, semakin ramai penglibatan pelajar pengajaran guru akan lebih berkesan

Aktiviti susulan

Setiap aktiviti perbincangan perlu diikuti dengan aktiviti lain. Dalam pengajaran akhlak, tajuk forum boleh juga dijadikan tajuk karangan atau esei. Dengan cara ini pelajar akan lebih memberi tumpuan mereka terhadap perkara itu Ulasan guru

Apabila perbincangan telah selesai, guru perlu memberi ulasan dan pandangan. Isi perbincangan perlu ditambah begitu juga dengan aspek ulasan guru.

Perbincangan Tidak Formal

Perbincangan seperti ini tidak memerlukan persiapan rapi sebagaimana situasi formal. Ciri-ciri perbincangan tidak formal ialah:

Guru selaku pengerusi semua murid

Guru membuka tajuk perbincangan dan memberi peluang kepada

memberikan pandangan mereka secara bebas, sebaik-baiknya guru tidak memberikan peluang tersebut kepada beberapa orang murid sahaja dan pastikan murid pasif ikut serta memberi pandangan

Kawalan Kelas

Guru yang tegas dan bijak mengawal situasi amat diperlukan supaya murid tidak berebut dan berlaku pertentangan idea secara serius. Guru perlu menjadikan perbincangan lebih berdisiplin dan teratur.

Pembahagian Kumpulan

Selain secara kelas, murid juga boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk membincangkan sesuatu sub topik dan mereka diminta memberi laporan hasil perbincangan kumpulan tersebut.

Kaedah ini amat sesuai dijalankan dalam bidang akhlak. Mereka diajar bagaimana cara menyatakan pendapat dan menerima pandangan orang lain. Seterusnya memupuk sikap saling menghormati pendapat sendiri dan pendapat orang lain. Mereka juga berpeluang berkerjasama dalam merancang sesuatu sebelum membuat keputusan.

Langkah Pengajaran Akhlak Melalui Kaedah Perbincangan

1.

Permulaan Pengajaran Guru mengaitkan masalah semasa yang berlaku dalam masyarakat berpunca

dari akhlak Guru perlu memastikan sejauh mana pengetahuan pelajar tentang tajuk yang

akan dibincangkan.

2.

Sesi Perbincangan

Lantik Pengerusi, pencatat dan pelapor Pastikan pelajar tahu cara perbincangan dijalankan Galakkan pelajar mencatat idea yang disarankan Fokus perbincangan kepada tajuk Kemukakan persoalan perbincangan Minta murid mengemukakan hasil perbincangan Membuat rumusan idea-idea perbincangan

3.

Penutup Guru perlu memberikan aktiviti lanjutan ulangkaji untuk kefahaman murid Guru membuat penilain lanjutan dalam bentuk pemerhatian bagi mempastikan

pengajaran akhlak lebih bermakna.

b. Kaedah Lakonan

Kaedah lakonan merupakan kaedah pengajaran berbentuk drama pendek atau sketsa melibatkan lebih dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang diperlukan mengikut skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh dalam pengajaran akhlak, pelajar diminta melakonkan watak Imam Ghazali dengan penyamun semasa beliau mengembara menuntut ilmu pengetahuan. Pelajar terpilih melakonkan watak tersebut dan murid lain memerhatikannya.

Dalam kaedah ini, murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang merasai sendiri situasi dan masalah. Murid juga digalakkan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan semasa sesi lakonan dijalankan. Pada akhir pelajaran guru dan murid akan memberi ulasan.

Melalui kaedah ini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran lisan, membuat nota dan catatan, menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah lakonan ialah:

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Peristiwa yang sesuai Pelakon hendaklah memahami situasi Penjelasan kepada penonton tentang apa yang akan mereka saksikan nanti Pelakon yang sesuai Lakonan secara bebas, tidak perlu terikat dengan skrip. Guru perlu membimbing mereka supaya tidak tersasar.

c. Kaedah simulasi

Suatu aktiviti yang menggambarkan situasi yang sebenar untuk menjelaskan konsep atau isi pelajaran. Murid mengambil bahagian secara langsung serta memperolehi

pengetahuan dan pengalaman daripada aktiviti tersebut.

Langkah-langkah :

o Memilih situasi yang sesuai dengan kemahiran o Menentukan tempat yang sesuai o Memberi penerangan tentang situasi yang perlu diwujudkan o Memberi masa murid melakukan simulasi o Mengadakan perbincangan tentang kesan simulasi yang telah dijalankan o Membuat rumusan secara lisan atau bertulis

Rumusan Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai kaaedah dan teknik yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Adab dan Akhlak Islamiah. Kaedah-kaedah ini perlu diaplikasikan di dalam bilik darjah mengikut kesesuaian tajuk dan tahap keupayaan murid-murid . Kaedah yang efektif memudahkan murid-murid memahami, mengingati dan menguasai tajuk yang disampaikan oleh guru. Pembelajaran akan

berkesan apabila sesuatu sesi pembelajaran dapat mencapai objektifnya dan muridmurid mengubah tingkah laku berdasarkan ilmu yang dibina. Seterusnya mereka dapat mengamalkannya di dalam kehidupan seharian .

ISL MINGGU KE 9 27.02.12 - 02.03.12

Membuat rujukan lanjutan berdasarkan tajuk kuliah (Konsep, ciri-ciri, kekuatan dan kelemahan kaedah dan teknik)

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN JAWI

Guru

yang

mengajar

pelajaran

jawi

hendaklah

mementingkan

keberkesanan

pelajaran ini sama dengan mata pelajaran yang lain . Guru perlu berusaha untuk memperolehi pengetahuan asas tentang cara mengajar jawi di samping mempunyai sikap sedia mengajar dan melaksanakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai dan menarik. Program jawi yang dirancang dengan baik mengandungi ciri-ciri kepelbagaian kaedah dan cara pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Jawi

a. Kaedah Huruf

Satu kaedah yang memberi penekanan kepada murid-murid mengenal nama dan bunyi huruf.

Aktiviti yang boleh dijalankan:

o Menunjukkan huruf , , dan sebagainya dengan bahan bantu seperti manila kad atau flash kad o Guru memperkenalkan dan menyebut huruf tersebut o Murid-murid diminta menyebut huruf tersebut berulang-ulang secara individu, kumpulan, berpasangan atau secara kelas o Guru memperkenalkan huruf vokal dan menggabungkannya dengan huruf-huruf tersebut iaitu , , dan sebagainya. o Kemudian bunyi-bunyi itu disambung menjadi suku kata, perkataan dan rangkaikata o Guru hendaklah melakukan aktiviti secara latih tubi

o Guru meminta murid menulis menulis perkataan-perkataan yang dibentuk.

b. Kaedah Mengeja

Kaedah ini menghendaki murid-murid menyebut huruf dan mengeja serta membina suku kata tersebut. Selain itu, murid-murid juga boleh mengeja terus sesuatu perkataan.

Aktiviti yang dicadangkan:

o Guru menunjukkan huruf-huruf seperti , , ,. o Guru meminta murid mengeja atau membunyikan huruf tersebut secara individu, kumpulan dan kelas o Guru menggabungkan suku kata yang dieja supaya menjadi perkataan dan meminta murid mengejanya seperti = + o Guru meminta menulis perkataan yang dibentuk o Murid juga boleh mengeja terus dengan menyebut = , , ,

c. Kaedah Bunyi

Kaedah yang membunyikan suku kata dan menyambungkannya dengan suku kata lain.

Aktiviti yang dicadangkan ialah; o Guru menunjukkan suku kata pertama dan meminta murid

membunyikannya suku kata tersebut tanpa mengeja o Murid diminta membunyikan suku kata tersebut berulang kali secara individu, berpasangan, kumpulan atau kelas. o Guru menunjukkan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan suku kata tersebut o Guru mencantumkan suku kata pertama dengan suku kata kedua dan meminta murid membunyikan kedua-dua suku kata tersebut dan membentuk perkataan Kaedah ini lebih berkesan sekiranya perkataan-perkataan yang dibentuk peringkat permulaan pengajaran terdiri dari suku kata yang sama bunyinya

kemudian diikuti dengan perkataan yang berlainan bunyi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Contoh perkataan yang sama bunyi ialah; o , , , .

Dari perkataan yang sama bunyi itu kemudian dibentuk pula perkataan yang berlainan bunyi dari suku kata yang telah dipelajari, contohnya; = + = + = + = + Melalui cara ini, murid dapat membentuk perkataan walaupun tanpa mengeja terlebih dahulu. Di samping itu, murid juga dapat menguasai kemahiran membaca atau membunyikan perkataan dengan cepat.

d. Kaedah Pandang Sebut

Pelaksanaan kaedah ini sangat bergantung kepada bahan bantu seperti kad gambar kerana kaedah ini hanya dapat dilaksanakan dengan membunyikan

perkataan atau rangkaikata melalui gambar atau membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.

Cadangan aktiviti:

o Guru menunjukkan gambar-gambar bagi perkataan yang akan diajar o Guru meminta murid menyebut gambar-gambar tersebut o Guru menunjukkkan perkataan bagi gambar-gambar tersebut dan meminta murid menyebutnya

o Guru meminta murid mengecam perkataan-perkataan dan menyebutnya berulangkali o Murid diminta menyebut perkataan berserta gambar e. Kaedah Bermain

Bermain sambil belajar merupakan satu kaedah atau teknik yang baik untuk melatih murid sebagai seorang manusia dan menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan akan memperolehi pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan berfaedah kepada mereka.

Di antara permainan yang biasanya digunakan dalam bilik darjah ialah teka silangkata, teka-teki, sahibba, domino, kad-kad bergambar, kad perkataan, membentuk perkataan dari kad-kad huruf, menyambung titik-titik, cantuman gambar, kad nombor, dam ular dan sebagainya.

RUMUSAN Matlamat pengajaran jawi adalah melahirkan murid yang dapat mengenal, membaca dan menulis jawi dengan baik. Tujuan ini dapat dicapai sekiranya guru berjaya memainkan peranan mereka secara berkesan. Oleh itu, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah yang sesuai dan tepat. Apabaila murid dapat menguasai jawi pada peringkat permulaan maka sudah tentu mereka akan mencintai tulisan jawi serta menghayatinya. Secara tidak langsung akan lahirlah generasi yang akan terus memperjuangkan tulisan jawi. Justru, warisan bangsa yang unik ini akan terus diperkasakan dan tidak mungkin akan luput ditelan zaman

ISL MINGGU KE 12 19.03.12 23.03.12

Membuat rujukan lanjutan berdasarkan tajuk kuliah (Konsep Prinsip mudah kepada susah)

Mudah kepada susah Mengajar konsep yang mudah terlebih dahulu sebelum berpindah kepada konsep yang lebih susah. Contoh 1: Bidang Asuhan Tilawah al-Quran Menyebut potongan kalimah dengan makhraj yang betul kepada membaca ayat dengan fasih dan bertajwid. Contoh 2: Bidang Ulum Syaryyah: Ibadah Pengenalan konsep iaitu pengertian najis, kemudian kepada perkembangan isi yang merangkumi jenis-jenis najis dan cara menyuci najis.

SLIDE PRINSIP MUDAH KEPADA SUSAH

Anda mungkin juga menyukai