Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI KENDIRI Pertama-tamanya, saya ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga khususnya kepada Allah S.W.

T kerana dengan limpah nikmat dan kurniaNya, saya telah berjaya menyiapkan tugasan ini iaitu kerja kursus pendek Bahasa Melayu Kontekstual. Seterusnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu saya melaksanakan tugas ini. Khususnya kepada ahli keluarga yang sentiasa memberikan nasihat dan dorongan agar saya tidak mudah berputus asa dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan bersungguh-sungguh,pensyarah bagi tugasan ini iaitu Hjh Rokaiyah Binti Hj Jaya yang telah bertungkus-lumus dalam memberikan penerangan yang amat jelas kepada kami mengenai tugasan ini dan tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak memberikan pandangan dan idea kepada saya. Melalui kerja kursus pendek ini, saya telah mengenal pasti beberapa kekuatan, kelemahan, analogi dan kesedaran yang dapat membantu saya dalam melaksanakan tugasan-tugasan yang akan datang. Tugasan ini telah meminta setiap pelajar bagi memilih mana-mana jabatan yang ada di Malaysia dan saya telah memilih Majlis Fatwa Malaysia. Melalui jabatan yang dipilih, kami mestilah menganalisis golongan kata yang terdapat dalam misi, visi dan piagam pelanggan bagi jabatan tersebut. Kajian yang telah saya lakukan bagi menyempurnakan tugasan ini telah memberi pengetahuan yang mendalam terhadap tatabahasa Melayu. Saya telah menjadikan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama saya. Selain itu, saya juga telah menggunakan bukubuku rujukan yang lain seperti buku Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu dan buku Kecekapan Berkomunikasi Dalam Bahasa Malaysia dan melayari beberapa laman sesawang yang berkaitan denagn tugas ini. Tidak dinafikan, sebelum ini saya memang telah mempelajari golongan kata, namun hanya secara umum seperti kata nama dan kata kerja. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, saya telah mengenal pasti tentang kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit, kata kerja tak transitif berpelengkap dan sebagainya.Tambahan lagi, saya telah mendapat ilmu yang banyak mengenai Majlis Fatwa Malaysia, contohnya

sejarah, misi, visi, objektif, fungsi dan piagam pelanggan bagi jabatan ini. Sebelum ini, saya hanya faham secara umum mengenai majlis ini namun kini saya memahami majlis ini dengan lebih mendalam yang mana majlis ini adalah bertujuan untuk memartabatkan fatwa di Malaysia melalui perancangan, penyelidikan, pengurusan dan penyelarasan fatwa dalam pelbagai bidang ke arah mengembangkan proses ijtihad jamai dalam penentuan sesuatu hukum. Sebagaimana yang diketahui, tugasan ini telah dilaksanakan secara

berkumpulan dan rakan-rakan seperjuangan saya dalam menghasilkan tugasan ini ialah Mohd Farid Bin Ismail dan Nurul Syakirah Binti Abdul Samad. Kami telah meluangkan banyak masa bersama bagi menyiapkan tugasan ini. Semasa Puan Hjh Rokaiyah memberikan tugasan ini, saya rasa sangat bersyukur kerana telah dimaklumkan bahawa tugasan ini akan dilaksanankan secara berkumpulan. Hal ini kerana kami mendapat tugasan ini di samping menerima juga tugasan yang lain. Oleh yang demikian, bekerja dalam berkumpulan sangat mendatangkan kesan positif terhadap pelaksanaan tugasan. Contohnya, beban yang dipikul setiap pelajar menjadi ringan. Bak kata pepatah Melayu, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Di samping itu, bekerja secara berkumpulan telah mewujudkan nilai-nilai murni antara ahli kumpulan, antaranya ialah tolong- menolong, wujud rasa tanggungjawab dalam diri terhadap tugas yang telah dibahagikan, mengeratkan ukhwah dan silaturrahim antara satu sama lain dan mampu berkongsi idea dan pendapat. Natijahnya, tugasan menjadi semakin mudah untuk disempurnakan. Tambahan pula, hasil daripada penghasilan tugasan ini, saya telah mempelajari erti kesabaran. Tugasan ini diberikan kepada saya dan sahabat-sahabat yang lain pada 8 Febuari 2012 dan kami dikehendaki menghantar semula pada 22 Febuari 2012. Sejujurnya saya akui, tempoh yang diberikan sangat singkat. Setelah soalan tugasan diberikan, timbul pelbagai persoalan dalam diri saya. Saya rasa sangat risau adakah cukup dan mampu untuk saya menggunakan masa yang singkat ini untuk melaksanakan tugasan berikut. namun, saya usahakan untuk lakukan yang terbaik kerana semua ini menyangkut masa depan saya. Sebenarnya saya rasa sedikit tertekan dalam proses melaksanakan tugasan ini. Hal ini kerana saya juga menerima

tugasan bagi subjek lain pada minggu yang sama saya menerima tugasan ini. Namun, sebagai seorang pelajar dan guru pelatih, saya harus bersikap professional. Saya tudak boleh menyalahkan pihak pensyarah kerana tugasan yang diberikan memang sudah menjadi tanggungjawab saya untuk melaksanakannya. Oleh itu, saya mesti menjadi seorang yang tabah dan sabar dan menyempurnakan tugasan ini. Sebagaimana pepatah Arab yang bermaksud sabar adalah sebahagian daripada iman. Lebih-lebih lagi, kekuatan lain saya perolehi melalui proses dalam

menyelesaikan tugasan ini ialah saya berjaya melatih diri saya supaya menjadi lebih berdisiplin terhadap masa. Bagi saya, setiap minit dan saat itu sangat berharga dan bernilai. Tempoh dua minggu yang telah diberikan seakan-akan hanya dalam beberapa hari. Tambahan pula, saya telah menjadi ahli jawatankuasa dalam program yang telah diadakan dan program yang akan datang. Program yang telah dilaksanakan ialah program Bicara Agama bersama Ustaz Don Daniyal dan program yang akan datang ialah Kem Anak Soleh. Oleh itu, saya mesti bijak dalam menggunakan masa yang ada untuk melaksanakan tugasan ini. Berbanding dengan kerja kursus pendek pada semester lepas, saya menyiapkannya pada saat-saat akhir. Manakala pada semester ini, saya telah berazam untuk memperbaiki kelemahan saya pada semester lepas agar saya mampu menghasilkan yang lebih baik pada semester ini. Bak kata pepatah Arab yang bermaksud,sesiapa yang berkehendakkan sesuatu, dia akan memperolehinya jika dia berusaha kearah itu. Kesimpulannya, saya harap pengajaran-pengajaran yang telah saya perolehi dalam proses melaksanakan tugasan ini akan saya jadikan iktibar dan sebagai penambah baikan kepada saya dalam menghasilkan tugasan yang akan datang. Antara pengajaran terpenting yang telah saya dapati ialah sikap tanggungjawab, sabar, menggunakan masa sebaiknya, terus melaksanakan tugasan tanpa membuang masa, berusaha bersunnguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa. Akhir sekali, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T dan semua pihak yang telah membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung dalam menyempurnakan tugasan ini. Harapan saya, saya mampu memperbaiki diri

saya dari semasa ke semasa dan rasa sangat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini dengan baik. DISEDIAKAN OLEH:

________________________________ (MOHD HAMDAN BIN PALLAO)

Anda mungkin juga menyukai