Anda di halaman 1dari 8

LAPORAN PENUH KAJIAN KES LAMPIRAN 9

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga cetakan 2000,tingkah laku ialah perbuatan pelbagai kelakuan. Tingkah laku merujuk kepada perlakuan individu yang boleh dilihat. Ia juga berbentuk dari segi lisan atau bukan lisan. Aspek penting dalam tingkah laku bukan sahaja memerlukan tindakan dari manusia tetapi juga dilakukan sebagai cara untuk berinteraksi dengan pelbagai elemen di sekeliling kita. (Maag, 2004)

Masalah-masalah tingkah laku sering muncul dan kelihatan bukan hanya kerana anasir luar tetapi apabila keperluan seseorang individu itu tidak dipenuhi dengan sebaiknya. Antara keperluan-keperluan itu ialah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan dan keperluan kesempurnaan diri. Kesemua keperluan ini mempunyai peranannya yang tersendiri bagi mengelakkan seseorang itu menghadapi masalah tingkah laku.

Disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan masyarakat itu. Disiplin juga merujuk kepada cara berfikir tersusun seterusnya membawa kepada sifat rasional serta keyakinan diri seseorang. Menurut Debbie Roswell (1999), kanak-kanak memerlukan empat perkara dalam memastikan disiplin yang baik untuk mengelakkan tingkah laku negatif. Antaranya ialah keinginan, persekitaran, kemampuan dan sumber yang betul.

Dalam kes yang dilampirkan, masalah disiplin tersebut berpunca daripada institusi kekeluargaan pelajar yang tidak stabil sekaligus memberi impak negatif terhadap perkembangan menyeluruh pelajar. Disiplin diri yang tidak berkembang secara positif membuatkan kawalan diri menjadi rapuh dan tidak mementingkan peraturan. Ini sesuai dengan pendapat P.F.Olivia (1956) yang mengatakan bahawa disiplin ialah kawalan diri dari luar yang patuh kepada autoriti keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik dan cara menetapkan peraturan dan hukuman.

Teri ialah seorang pelajar yang bermasalah tingkah laku. Antara masalah yang sering ditimbulkannya adalah seperti mengelamun, kurang beri tumpuan dalam kelas, menimbulkan kontroversi untuk mendapatkan simpati dan seorang yang pasif di dalam bilik darjah.

Masalah ini dikenalpasti oleh gurunya melalui pemerhatian terhadap pelajar-pelajar di dalam kelas tersebut. Kecenderungan Teri dalam permasalahan ini, menimbulkan tanda tanya terhadap gurunya tentang apa yang sedang berlaku

Anda mungkin juga menyukai