Anda di halaman 1dari 7

1.

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK Ilmu linguistik telah mula berkembang sejak bermulanya tamadun manusia. Ilmu

lingusitik telah berkembang dalam pelbagai tamadun termasuk tamadun Cina, India, Islam dan Barat. Manusia yang pertama bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Ini dapat dibuktikan daripada catatan-catatan untuk dikaji semasa zaman ilmu linguistik yang bermula di Eropah. Orang orang Yunani adalah manusia yang pertama dalam sejarah Eropah yang mempunyai catatan tentang minat dan kegiatan mereka terhadap bahasa. Kegiatan mereka telah bermula semenjak kira-kira 500 S.M. lagi. Dari dahulu lagi orang-orang Yunani mengatakan bahasa adalah suatu alat perhubungan yang sistematis dan mereka banyak menumpukan usaha, tenaga dan fikiran untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang bahasa dan bidang pertuturannya. Oleh kerana seluruh kehidupan mereka dibendung oleh bidang falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa turut menerima pengaruh pemikiran yang terbentuk dengan falsafah mereka itu. Antara perkara-perkara yang disentuh oleh orang Yunani adalah soal-soal mengenai asal-usul perkataan, keterangan bahasa dan huraian mengenai bunyi bahasa yang dilandaskan kepada bahasa yang bertulis. Dalam pengkajian tentang bunyi, Dengan orang Yunani tidak menggunakan mana-mana dialek yang dituturkan.

menggunakan bahasa tulisan sebagai dasar dan sumber pengukuhan mereka dengan kemegahan falsafahnya, bahawa bahasa Yunani bertulis itu adalah yang termulia dan semulajadi serta harus dipatuhi oleh setiap pemakai jika mereka inginkan taraf dan kemuliaan dalam kehidupan mereka. Akibatnya, bahasa itu dianggap tetap dan boleh berubah-ubah tetapi tidak harus diperbaiki kerana bahasa mereka itu sudah sempurna dan mulia. Pada kurun ke-19, kaedah komparatif mula diperkenal dalam kajian ilmu linguistik. Berdasarkan kaedah komparatif, bahasa yang berbeza boleh dibandingkan secara sistematik berdasarkan sistem bunyi, struktur nahu dan perbendaharaan kata.

Melalui tatacara ini, kekerabatan pelbagai bahasa dapat ditentukan oleh ahli-ahli bahasa secara pasti. Pada awal kurun ke-20, kita telah diperkenalkan pula kepada satu pendekatan baharu dalam ilmu linguistik, iaitu pendekatan strukturalisme. Linguistik struktural telah bermula pada thun 1916 dengan terbitnya buku Cours de Linguistique Generale yang ditulis oleh Ferdinand de Saussure. De Saussure telah mendikotomikan pengetahuan bahasa kepada dua komponen, iaitu langue yang merujuk bahasa sebagai entity yang mempunyai sistem tertentu, dan parole yang merujuk tingkah laku berbahasa oleh para penggunanya. Seorang lagi ahli linguistik struktural yang terkenal ialah Leonard Bloomfield. Pandangan linguistik Bloomfield banyak dipengaruhi oleh pandangan daripada bidang psikologi behavioris. Ahli linguistik yang berpegang kepada pendekatan atau paradigma behavioris akan menolak segala bentuk konsep yang bersifat mentalistik. Dengan kata lain, mereka akan menolak semua pandangan yang mengaitkan pengetahuan bahasa dengan konsep yang terdapat dalam akal budi manusia. Bagi golongan behavioris, lakuan bahasa terhasil daripada kombinasi pelbagai bentuk rangsangan dan gerak balas yang dapat ditanggapi oleh pancaindera manusia. Pendekatan atau paradigm mentalis dalam kajian bahasa dikatakan bermula pada tahun 1957 apabila Noam Chomsky menghasilkan buku yang berjudul Syntactic Structures. Pandangan yang dikemukakan oleh Chomsky dalam bukunya ini telah Bagi Chomsky dan ahli-ahli generatif, menghasilkan satu pendekatan baharu dalam bidang ilmu linguistik yang dikenali sebagai pendekatan transformasi generatif. apabila seseorang menguasai pengetahuan tentang sesuatu bahasa, dia telah menguasai pengetahuan untuk mengaplikasi rumus-rumus nahu bahasa tersebut. Kebolehan dan pengetahuan ini membolehkan pengguna bahasa menghasilkan pelbagai bentuk output bahasa yang tidak terhad jumlahnya. Rumus-rumus nahu ini dikatakan tersimpan dalam akal budi para pengguna bahasa. Rumus-rumus akan diaplikasi apabila para pengguna bahasa ingin menghasilkan output bahasa. Pendekatan transformasi generative yang diperkenalkan oleh Chomsky kekal sebagai

pendekatan yang utama dalam menghuraikan pelbagai data yang dikumpul dalam pelbagai kajian bahasa sehingga ke hari ini.

ZAMAN LINGUISTIK BANDINGAN Sejarah perkembangan ilmu linguistik moden bermula dari abad ke-19. Pendekatan yang agak objektif dan saintifik terhadap pengkajian bahasa bermula dengan pengaruh zaman baru yang diterokai melalui pengkajian ilmu antropologi dan sosiologi, iaitu bidang yang mengkaji manusia dan hubungannya mengkaji ilmu dengan masyarakat dan kebudayaan. Humboldt Ahli antropologi dan sosiologi seperti Dirkhymes, Malinowski, Von orang-orang yang kemasyarakatan dengan

adalah

berdasarkan bukti-bukti yang dapat dipertanggungjawabkan. Ahli-ahli linguistik dalam abad ke-19 telah terpengaruh dengan pendekatan bidang ini dalam pengkajian bahasa kerana pendekatan yang dibuat dalam ilmu kemasyarakatan itu adalah berdasarkan kepada bukti yang nyata. Kajian bahasa dalam kurun ke-19 memperlihatkan kegiatan-kegiatan

memperbandingkan bahasa-bahasa.

Kesedaran telah mula timbul terhadap gejala

perubahan bahasa dari segi sejarah dan kekerabatan antara bahasa-bahasa yang berhubungan yang telah melahirkan usaha-usaha dan percubaan yang gigih terhadap penentuan keluarga bahasa-bahasa di dunia. bahasa-bahasa Indo-Eropah. bahasa yang dibanding. Dalam bahasa Inggeris dan Belanda misalnya, terdapat perkataan yang seakanakan seperti mother ibu : moeder, son anak lelaki : zon dan sebagainya. Contoh lain ialah dalam bahasa Melayu dan Tagalog terdapat padi : palai. Dalam hal ini jelas membuktikan bahawa tidak mungkin persamaan itu disebabkan oleh proses peminjaman kerana ada bahasa yang tidak pernah bertembung atau kebetulan sahaja. Tetapi adalah bukti yang jelas bagi menyatakan adanya hubungan kekeluargaan bahawa bahasa-bahasa yang memperlihatkan persamaan ini berasal dari satu rumpun atau turun dari bahasa induk yang lebih tua. Sebagai contoh, persamaan bahasa Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah telah membuktikan kekeluargaan golongan Dalam usaha ini yang penting sekali ialah ciri-ciri persamaan sama ada dalam fonetik mahupun struktur tatabahasanya antara beberapa

Ilmu perbandingan bahasa adalah cabang ilmu linguistik yang mengadakan perbandingan antara bahasa-bahasa. Tujuannya tidak lain adalah untuk mencari dan menentukan kekerabatan antara bahasa-bahasa. Pada peringkat permulaan zaman ilmu perbandingan kajian lebih banyak ditumpukan dalam bidang fonetik keran bidang ini merupakan yang sekeluarga. Jika sesuatu bahasa tergolong kepada satu rumpun tertentu yang sama, ciri-ciri persamaan tetap ada pada sekumpulan perkataan yang menjadi dasar bahasa itu dengan bahasa-bahasa lain yang tergolong ke dalam keluarga yang sama. Sekalipun telah berlaku perubahan sebagai akibat pemisahan oleh batas geografi dan sebagainya, perubahan-perubahan yang telah menyebabkan perbezaan-perbezaan bunyi yang berlainan, tetapi dapat diterangkan melalui hukumhukum bunyi. Contohnya dalam pengkajian bahasa-bahasa yang tergolong dalam bahasabahasa Austronesia, Bahasa Melayu memperlihatkan persamaan kekerabatan dengan bahasa-bahasa Jawa, Malegasi, Sunda, Dayak, Tagalog dan Bali, iaitu pembuktian melalui hukum bunyi R-D-L seperti berikut : Jawa : pari Madura : padih Melayu Bali : padi : padi

Malegasi : fari Sunda : pare

Dengan hokum R D L itu dimaksudkan bahawa jika dalam bahasa Jawa terdapat bunyi R antara dua vokal , maka pada perkataan yang sesuai kita temui bunyi D dalam bahasa Melayu dan Bali, manakala bunyi L pula dalam bahasa Tagalog dan Bisaya dan acap kali bunyi G dalam bahasa Batak. Pada umumnya, linguistik perbandingan lebih menumpukan usaha kea rah menentukan rumpun-rumpun bahasa di dunia melalui perbandingan. Hasil daripada kajian mereka itu terdapatlah rumpun-rumpun bahasa sedunia, di antaranya termasuklah bahasa rumpun Indo-Eropah, Hamito-Semit, Finno-Ugria, Bantu, TibetoChina, Austro-Asia, Austronesia dan lain-lain yang masing-masing rumpun itu mempunyai golongan bahasa yang lebih kecil.

Dalam Kajian linguistik perbandingan ini timbullah tokoh-tokoh yang terlibat secara langsung dari segi usaha dan sumbangan yang telah diberikan sama ada dalam bentuk kajian atau penemuan baru dalam konteks mencari kekeluargaan dan bahasabahasa lain di dunia. Tokoh-tokoh yang terkenal ialah R.K. Rask (1787-1832), Jacob Grimm (1785 1863) dan Verner dengan hukum bunyi mereka untuk bahasa-bahasa di Eropah. R.K. Rask terkenal dengan kajian yang membuktikan bahawa perkataanperkataan bahasa Germanik memperlihatkan pertalian kekerabatan yang sejajar secara formal dari segi bunyi dengan perkataan bahasa Indo-Eropah yang lain. Beliau pertama kalinya mendapati apa yang disebut hukum bunyi, iaitu perubahan bunyi-bunyi secara teratur dalam pelbagai bahasa yang berkerabat. terlihat dalam bahasa-bahasa berikut : Latin Inggeris Jerman Belanda : : : : pater father vater vader Misalnya, hukum-bunyi p-f-v jelas

Jacob Grimm pula terkenal dengan kerjanya yang menyempurnakan hukumbunyi yang telah dikemuka oleh Rask. Beliau telah mengemukakan prinsip fonetik untuk membuktikan pertalian bahasa yang sekeluarga. Dalam penyelidikan beliau, beliau telah membuktikan bahawa perubahan itu berlangsung menurut kaedah yang teratur, iaitu dengan sifat-sifat huraian yang deskriptif. Kajian mengenai kesejajaran bunyi-bunyi konsonan atau kesamaan fonetik di antara bahasa Germanik dan IndoEropah dan telah melahirkan Hukum-Grimm. Dengan hukum ini beliau menerangkan sifat-sifat perubahan yang berlaku kepada konsonan-konsonan bahasa Germanik dan bahasa Indo-eropah yang lebih tua. Usaha ini kemudiannya diteruskan untuk bahasa kumpulan Austronesia. Pengkajian yang telah dilakukan terhadap bahasa rumpun ini telah menyebabkan kita berkenalan dengan tokoh-tokoh seperti Van Der Tuuk, J.L.A. Brandes, Wilhelm von Humboldt, Dempwolf dan lain-lain. Antara tokoh-tokoh ini Von Humboldt merupakan

orang pertama membuktikan nasabah bahasa yang disebut golongan Malayo-Polinesia. Beliau juga merupakan orang yang telah membahagikan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga golongan iaitu, bahasa bersolasi, bahasa beraglutinasi, dan bahasa berfleksi. Van der Tuuk pula terkenal kerana kajiannya tentang rangka tatabahasa bahasa Malagesi pada tahun 1865. Penyelidikan beliau mengenai bahasa-bahasa Batak dan Lampung telah membawa kepada penubuhan teori hukum-bunyi yang sekarang masih disebut Hukum-bunyi Van der Tuuk. Walaupun hukum-bunyi R-G-H beliau agak tidak teratur susunannya, kajian beliau adalah satu-satu yang paling ulung memperkenalkan konsep hukum-bunyi. Hukum-bunyi R-G-H ciptaan Van der Tuuk itu sebenarnya telah diperluas dan disempurnakan dengan lebih kemas lagi oleh J.L.A. Brandes. Beliau telah mengambil hukum-bunyi Tuuk untuk dijadikan pokok perbincangan tesis Ph.Dnya yang berjudul Sumbangan kepada perbandingan fonem-fonem dalam bahasa Hesperanesia. Sebanyak 15 daripada kira-kira 300 buah bahasa Hesperanesia yang diselidikinya itu termasuk bahasa-bahasa di Formosa, Filipina, Indonesia dan Madagaskar.

Anda mungkin juga menyukai