Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Terdapat dua artikel yang telah diulas. Artikel yang pertama bertajuk Aplikasi e-
perlaksanaanya adalah tulisan daripada Wahyu binti Idrus dan Yahya Buntat dari Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Artikel ini mengupas berkenaan dengan definisi
pengaplikasian e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta cadangan dan
penyelesaian masalah yang dihadapi. Artikel yang kedua pula merupakan artikel dalam
bahasa Inggeris, iaitu Children and Computer Technology: Analysis and Recommendations.
Artikel ini yang ditulis oleh Margie K. Shields dan Richard E. Behrman telah diterbitkan
dalam journal The Future of Children Vol. 10, No.2 pada tahun 2000. Tujuan utama artikel
ini adalah tentang kegunaan komputer dan kesannya kepada perkembangan fizikal, intelek,
sosial dan psikologi kanak-kanak. Secara khusus artikel ini mengupas tentang kepentingan
dan risiko penggunaan komputer, keperluan mengehadkan masa di hadapan komputer, jenis-
internet yang tidak bersesuaian, akses kepada komputer dan keperluan latihan dan
Sekolah-sekolah Malaysia
pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) untuk
menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, intranet, satelit, tape
barat. Ia lebih terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya
ditawarkan di peingkat universiti serta kolej swasta yang mempunyai usahasama dengan
universiti luar negara dimana yuran yang dikenakan agak mahal. Namun begitu, Agenda IT
Kebangsaan (NITA) telah dilancarkan pada Disember 1996 oleh National IT Council (NITC)
yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, dimana Kementerian Pendidikan
Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan pula adalah antara yang
tradisional adalah berpusatkan guru dan dijalankan secara formal di dalam kelas. Guru
dianggap orang yang serba tahu, boleh menggunakan konsep suap, tipu sunat, mahupun
bergantung pada buku teks sahaja. Selain itu, sekiranya pelajar malu untuk bertanya, maka
pelajar akan kekal dengan tidak memahami isi pelajaran yang diajar. Malah, guru tidak dapat
memberi perhatian secara individu kerana bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas.
Berlainan dengan konsep e-learning, yang berpusatkan pelajar, ia melatih pelajar untuk
berdikari dalam usaha mencari maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri. Pencarian
Rahima binti Azman (94147) 2
Syaridatul Asyikin binti Shamsudin (94161)
Ulasan Artikel PPS215
PENDIDIKAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK
maklumat pula tidak terbatas, malah pelajar dapat memilih bahan pelajaran mengikut
kesesuaian diri sendiri. Selain itu, pelajar dapat mengulangi aktiviti pembelajaran sekerap
yang mahu tanpa rasa malu sehingga mencapai tahap kepuasan pemahaman mereka sebelum
beralih ke tajuk pelajaran yang lain. Selain daripada kelebihan-kelebihan e-learning yang
telah dinyatakan di atas, e-learning juga perlu diaplikasi di sekolah kerana dapat memberi
pengalaman yang menyeronokkan kepada para pelajar sewaktu menimba ilmu. Dengan
menggunakan ciri-ciri multimedia seperti teks, grafik, animasi, simulasi, audio dan video, e-
learning diyakini mampu menyalurkan sumber makumat dengan lebih berkesan dan menarik.
Kemudian, penulis menyenaraikan empat jenis model yang telah dicadangkan untuk
sangat terhad, dan bahan e-learning ditunjukkan kepada pelajar sebagai bahan demostrasi
sahaja. Pelajar juga diberi peluang untuk mendapat sedikit pengalaman hands-on. Kedua,
Sequential Model pula dilaksanakan apabila bilangan komputer adalah sedikit. Pelajar dalam
kumpulan kecil bergerak dari satu set sumber maklumat ke sumber yang lain dan diberi
peluang untuk mendapat pengalaman hands-on. Ketiga, Static Station Model juga
dilaksanakan apabila bilangan komputer adalah sedikit. Guru mempunyai beberapa sumber
berbeza untuk mencapai objektif pengajaran yang sama. Bahan e-learning digunakan oleh
beberapa kumpulan pelajar manakala kumpulan pelajar yang lain menggunakan sumber lain
untuk mencapai objektif pelajaran yang sama. Keempat, Laboratory Model dilaksanakan
apabila komputer mencukupi untuk semua pelajar. Oleh itu, bahan e-learning dapat
digunakan oleh setiap pelajar sebagai bahan pengajaran kendiri. Dalam artikel ini, penulis
turut menyisipkan mengenai Sekolah Bestari. Pada peringkat awal, Projek Rintis Sekolah
Bestari dilaksanakan oleh Telekom Smart School Sdn Bhd (TSS). TSS ditubuhkan pada Jun
1999 untuk menerajui Projek Sekolah Bestari Koridor Raya Multimedia, MSC. Dua aspek
penting yang perlu ada bagi sesebuah sekolah yang akan dinaik taraf menjadi Sekolah Bestari
Rahima binti Azman (94147) 3
Syaridatul Asyikin binti Shamsudin (94161)
Ulasan Artikel PPS215
PENDIDIKAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK
ialah kemudahan infrastruktur IT dan latihan guru. Sehingga 31 Januari 2003, terdapat hanya
87 buah Sekolah Bestari dan 300 buah lagi bakal diwujudkan sehingga 2005.
Penulis turut menghuraikan secara ringkas mengenai isu dan permasalahan dalam
perlaksanaan e-learning. Masalah pertama yang dihuraikan adalah mengenai akses dan kos
pengendalian. Sebanyak 60% masyarakat di bandar dan 83% masyarakat di luar bandar
mendapati akses kepada ICT adalah terlalu mahal. Daripada 1.5 juta rakyat Malaysia yang
menggunakan internet, 50% berada di kawasan Selangor dan Wilayah Persekutuan. Selain
itu, tiada akses kepada internet serta talian akses yang perlahan merupakan cabaran yang
dirasai di sekolah-sekolah tertentu. Begitu juga sekolah yang tidak mempunyai komputer
(kecuali untuk urusan pentadbiran) atau kuasa elektrik memberikan cabaran yang hebat
dalam perlaksanaan e-learning. Masalah kedua yang dihadapi adalah mengenai kekurangan
bahan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa melayu. Hal ini kerana, hampir 80%
laman web adalah dalam bahasa Inggeris. Seterusnya adalah masalah berkaitan kos bahan/
infrastruktur. Ia melibatkan kos yang tinggi sama ada untuk infrastruktur telekomunikasi,
perkakasan, perisian dan kos membaik pulih komputer yang rosak. Perisian melibatkan kos
yang tinggi kerana satu perisian adalah untuk satu komputer sahaja. Perkakasan komputer
pula sentiasa berubah (Pentium 4) kerana tidak mungkin perisian terkini memakai Pentium
486 atau Pentium 2. Kemudian, penulis menyentuh tentang masalah latihan tenaga pengajar.
Ia dikatakan bermasalah kerana guru gagal mengaplikasi strategi, teknik dan pendekatan
pengajaran ke dalam bahan pengajaran berasaskan komputer. Selain itu, kebanyakan guru
dalamnya. Penyelesaian pertama adalah dengan menghasilkan bahan P&P yang baik dan
berkesan. Penilaian yang rapi perlu dilaksanakan oleh pentadbir atau guru untuk mencari
bahan yang sesuai yang dapat meningkatkan pembelajaran pelajar bagi mengelakkan
kerugian atau mendapat bahan yang tidak bermutu serta tidak mencapai kehendak
meningkatkan pemahaman pelajar. Hal ini kerana pelajar membaca 20% hingga 30% lebih
perlahan di atas skrin berbanding di atas kertas. Selain itu, ayatnya perlu ringkas dan padat
serta perkataan yang berwarna warni. Kaedah penyampaian juga haruslah dirancang dengan
baik supaya pedagogi yang asas tidak dilupakan. Kos bahan juga perlu dititik beratkan
supaya harganya setimpal dengan kualiti dan isi pelajarannya. CD ROM pembelajaran ‘e-
learning’ yang original agak mahal, contohnya Practis Jaya Smart UPSR Virtual School yang
pelajaran anak-anak mereka sahaja yang akan membelinya. Oleh itu, disarankan agar pihak
sekolah yang membelinya dan memberi pinjaman kepada pelajar secara bergilir untuk dibawa
System (ELMaS). ELMaS ialah satu Perisian Sistem Pengurusan Pembelajaran berasaskan
web untuk latihan perguruan di mana guru didedahkan dengan pengajaran berasaskan ICT.
Cadangan penyelesaian yang ketiga adalah mengenai program dan naiktaraf infrastruktur.
perkhidmatan yang lebih baik. Selain itu, Infodesa dan Internet Desa yang menawarkan
kursus kesedaran dan latihan akan turut dilancarkan. Cadangan penyelesaian yang keempat
pula adalah mengenai sumber dan alternatif lain untuk e-learning yang mana beberapa
sumber bahan e-learning boleh didapati di dalam bilik darjah. Antaranya adalah bahan
Rahima binti Azman (94147) 5
Syaridatul Asyikin binti Shamsudin (94161)
Ulasan Artikel PPS215
PENDIDIKAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK
percuma yang menarik dan berkualiti dari internet, bahan yang dihasilkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan kerjasama konsotium tempatan dan bahan yang dihasilkan oleh
pihak swasta. Namun, sekiranya di sekolah tiada kemudahan komputer dan internet, maka
bahan e-learning perlu diperkenalkan dengan cara lain kepada pelajar seperti TV interaktif,
pembelajaran e-learning.
Recommendations
Menurut penulis, kemahiran penggunaan komputer adalah sangat penting kerana pada
masa kini, komputer boleh didapati di mana-mana sahaja. Pada zaman sekarang, komputer
telah diintegrasikan kedalam kehidupan manusia, tidak kira di sekolah atau di tempat kerja.
Ibu bapa juga sedar akan kepentingan ini dan percaya bahawa komputer dan internet dapat
membantu anak-anak mereka dengan kerja rumah serta memberi peluang untuk meneroka
komputer tidak terkawal. Ia boleh memberi kesan yang tidak elok kepada kanak-kanak dari
segi perkembangan fizikal, sosial dan psikologi mereka. Penulis menerangkang bahawa
kanak-kanak memerlukan aktiviti fizikakl, interaksi sosial serta kasih saying dan petunjuk
daripada orang dewasa. Pendedahan kepada skrin komputer yang terlalu lama boleh
mengurangkan masa kanak-kanak bermain sukan dan melakukan aktiviti-aktiviti lain yang
melibatkan interaksi sosial dan yang akan seterusnya memberi faedah kepada perkembanagna
mereka. Selain itu, kanak-kanak mungkin akan terdedah kepada bahan komersial yang tidak
sesuai dan laman web yang berunsur seksual atau keganasan. Maka bagi mengelakkan
Rahima binti Azman (94147) 6
Syaridatul Asyikin binti Shamsudin (94161)
Ulasan Artikel PPS215
PENDIDIKAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK
perkara-perkara seperti ini, penulis mencadangkan bahawa masa kanak-kanak di depan
bahawa kanak-kanak antara umur dua hingga lima tahun menghadap skrin komputer lebih
kurang 27 minit sehari. Penulis menambah lagi bahawa ini tidak termasuk pededahan kanak-
kanak kepada skrin televisyen dan permainan video. Secara purata, seorang kanak-kanak
akan menghadap suatu skrin lebih kurang lima jam sehari. Hal ini membahayakan kesihatan
Disamping itu, pendedahan kepada komputer terlalu lama juga boleh membahayakan
penglihatan, belakang dan pergelangan tangan mereka. Penulis berkata bahawa kanak-kanak
pada umur tujuh tahun membentuk kemahiran interpersonal dan sosial melalui keluarga,
rakan sebaya, sekolah, masyarakat dan media massa. Pada masa sekarang, komputer juga
termasuk dalam pembentukan ini. Maka penulis menasihatkan ibu bapa untuk mengehadkan
masa anak mereka di hadapan komputer, permainan video dan media lain kepada satu hingga
dua jam sehari dan menggalakan aktiviti-aktiviti alternatif seperti permainan imaginatif dan
sukan.
Di samping itu, jenis aktiviti yang digunakan oleh kanak-kanak juga boleh
yang disenaraikan oleh penulis ialah penggunaan komputer untuk permainan, kerja rumah,
melayari internet dan komunikasi. Namun bagi kanak-kanak prasekolah, mereka lebih
menggunakan komputer untuk permainan dan melayari internet. Bagi permainan, penulis
memberi impak yang besar kepada perhubungan keluarga dan rakan. Tetapi, jika kanak-
Rahima binti Azman (94147) 7
Syaridatul Asyikin binti Shamsudin (94161)
Ulasan Artikel PPS215
PENDIDIKAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK
kanak bermain permainan yang berunsur keganasan, kanak-kanak tersebut secara tidak
langsung akan dipengaruhi dan meningkatkan tingkah laku agresif salam diri kanak-kanak.
Manakala bagi melayari internet, penulis telah mencadangkan beberapa laman web yang khas
untuk kanak-kanak supaya mereka dapat meneroka dunia melalui internet. Antara contoh
laman web tersebut ialah Yo! Youth Outlook, Parents and Children Together Online dan
Planet Youth. Namun begitu, kebanyakan laman web telah dipenuhi dengan bahan komersil
dan secara tidak langsung menggalakan kanak-kanak menjadi konsumer pada usia yang awal.
Selain itu, kebanyakan maklumat internet tidak sesuai untuk kanak-kanak. Penulis
mencadangkan beberapa langkah bagi melindungi kanak-kanak daripada bahan internet yang
tidak sesuai.
Langkah pertama ialah melindungi kanak-kanak. Penulis mengesyorkan ibu bapa dan
guru supaya mengehadkan masa kanak-kanak menggunakan komputer dan juga mengawasi
kandungan komputer yang terdedah kepada kanak-kanak, termasuk permainan, perisian dan
internet. Langkah kedua pula berkaitan dengan usaha untuk memperbaiki kualiti perisian dan
yang boleh membantu ekonomi tetapi juga perlu memainkan peranan dalam perkembangan
dan pembelajaran kanak-kanak, terutamanya dalam menjadi seorang warganegara yang dapat
memberi sumbangan terhadap negara. Langkah yang terakhir ialah galakan celik komputer
bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak tetapi juga dalam kalangan ibu bapa dan guru.
Penulis menyarankan supaya sekolah dan masyarakat menyediakan latihan celik media untuk
guru dan ibu bapa mudah-mudahan mereka akan memahami motif-motif yang terdapat dalam
perisian program dan internet serta dapat membantu kanak-kanak dalam membuat pemilihan
tidak sama rata. Penulis menyatakan bahawa pendedahan komputer di rumah bergantung
kepada pendapatan ibu bapa. Bagi mengatasi masalah ini, penulis menyarankan kerajaan
Selain itu, masyarakat boleh mengajurkan program yang memberi akses kepada komputer
melalui perpustakaan dan pusat teknologi masyarakat. Sekolah juga perlu memainkan
peranan yang penting. Kedudukan komputer di sekolah, sama ada di dalam bilik darjah, di
makmal atau di perpustakaan, memberi kesan kepada cara dan peluang yang berbeza untuk
namun tidak tersasar daripada kurikulum. Apabila memilih perisian program, guru harus
bijak dan memilih yang bersesuaian dengan tahap perkembangan dan usia kanak-kanak.
Isi yang terakhir yang telah disentuh oleh penulis ialah keperluan latihan dan
perkembangan guru serta sokongan dari organisasi luar. Penulis menyatakan bahawa ibu
bapa mempercayai kualiti pengalaman pembelajaran anak mereka bergantung kepada kualiti
guru. Maka, strategi-strategi yang memfokus kepada kemahiran dan kebolehan guru
diperlukan untuk menjamin kejayaan pembelajaran kanak-kanak. Guru perlu dilatih supaya
dapat memilih program-program yang sedia ada dan besesuaian dengan kelas serta
kurikulum. Guru juga boleh bekerjasama dengan guru-guru yang lebih mahir bagi
meningkatkan kemahiran mereka. Manakala organisasi luar juga memainkan peranan yang
kegunaan komputer, organisasi luar, sekolah dan masyarakat juga boleh membantu guru
dengan memperbaiki komputer atau memberi latihan membaiki komputer andainya terjadi
berkonsepkan ‘e-learning’ dari pelbagai sudut positif dan negatif. Namun bagitu, ianya dapat
kepada kita. Walau bagaimanapun, ‘e-learning’ yang dicadangkan hanya sebagai tambahan
kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah kerana guru masih memainkan peranan
dalam mendidik pelajar-pelajar kita. Manakala artikel kedua mengupas tentang pelbagai cara
untuk menjamin kanak-kanak menggunakan komputer dengan cara yang betul dan selamat.
Pertama, kanak-kanak perlu diajar kemahiran yang mencukupi bagi menggunakan komputer
dan melayari internet bukan sahaja untuk bermain tetapi untuk mempelajari dan meneroka
dunia secara berfaedah. Kedua, kanak-kanak perlu diberi peluang untuk menggunakan
komputer secara aktif bagi menjalankan pelbagai aktiviti untuk mencipta, mereka dan
bekerjasama dengan kanak-kanak yang lain. Ketiga, bagi kanak-kanak yang tidak
mempunyai akses kepada komputer di rumah, masyarakat perlu memainkan peranan yang
guru perlu merancang aktiviti yang melibatkan penggunaan komputer secara efektif di dalam