Anda di halaman 1dari 6

Surat tunjuk banyak sebab

2010 July 25 by Guru Besar Pencen

Jangan jadi mereka ini mangsa walaupun apapun sebabnya 3 orang guru menghubungi saya. Semua mereka mendapat Surat Tunjuk Sebab dari GB masing-masing. Melalui sms, perbualan dan e-mail. Serba tak kena untuk saya menjawab luahan hati mereka. Berbagai-bagai jawapan yang saya beri, namun saya masih rasa serba salah dan tak kena. Saya meninjau-ninjau melalui beberapa orang rakan lama saya yang masih bertugas di sekolah. Terdapat 3 buah sekolah yang gurunya juga mendapat surat sedemikian baru-baru ini. Saya mengandaikan bahawa kemungkinan pihak JPN telah mengetatkan prosedur salah laku guru dengan satu sistem yang telah lama wujud tetapi jarang diparaktikkan di sekolah selama ini. Kalau hendak dihitung perilaku guru di sekolah, pada saya, ianya sudah menjadi lumrah. Saya menggantikan beberapa orang Guru Besar (di beberapa buah sekolah) untuk mengambil alih jawatan tersebut apa yang saya warisi juga sama seperti yang GB itu warisi sebelumnya. Ianya berpanjangan dan tidak habis-habis. Kalau tidak kena gaya, masaalah perilaku guru yang negatif ini mungkin akan bertambah parah dengan sikap GB baru yang ingin membuat operasi pemutihan Operasi pemutihan ini akan dibantu oleh kaki tangan pengurusan (PK) yang lain dengan memberikan berbagai maklumat negatif kepada GB baru yang boleh mengwujudkan suasana resah di kalangan guru-guru bawahan. Tambahan pula PK ini pula sudah lama memendam rasa kepada guru-guru yang bermasalah (dengannya). Ada sehingga mereka terus menerus mendesak GB baru menukarkan guru-guru sebegini ke sekolah lain. Salah perkiraan, kocakan kekeluargaan yang sedang berlaku dalam organisasi sekolah sebelum ini menjadi semakin bergelora sekiranya GB baru salah perhitungan. Maklumat sebelah pihak ditambah dalam keadaan sangat terdesak ingin membetul keadaan dan melakukan perubahan dari yang sedia ada kepada suasana pengurusan yang lebih tegas dan bersistematik, selalunya mengundang padah. Sepatutunya GB

baru melihat, menyiasat, menganalisis dan menilai sebelum sesuatu perubahan atau program pemutihan dilakukan. Protes dalam senyap oleh guru-guru amat bahaya kerana ianya merupakan bara yang mengintai semarak. Sedikit saja tiupan angin, ianya terus menyalakan api. Dari api yang kecil melintuk-lintuk dibuai angin akan menjadi semakin besar dan mungkin akan sukar dikawal. Maka tiada pilihan lagi, maka api itu terpaksa dipadamkan dengan Surat Tunjuk Sebab. Dan akan wujudlah banyak sebab yang boleh ditunjuk oleh guru sebab apa mereka boleh berperilaku begitu. Antara sebab-sebabnya ialah : disebabkan oleh : perilaku dan tindakan GB, Penolong Kanan, orang-orang kepercayaan GB dan Penolong Kanan, JPN dan sebagainya. Mereka menyalahkan pihak lain pula Ada juga guru-guru kita yang perangainya memang begitu. Ingkar dan tidak berhemah. Sungguhpun begitu ada juga kebenaran sebab-sebab yang (akan) ditunjukkan dalam Surat Tunjuk Sebab mereka. Oleh itu, demi mengelakan gelora begini sehingga boleh memaksa Surat Tunjuk Sebab terpaksa dikeluarkan; amaran awal yang saya nyatakan tadi sangat penting (melihat, menyiasat, menganalisis dan menilai) sebelum melakar satu strategi yang berkesan untuk melakukan perubahan termasuk pentadbiran dan minda / perilaku guru di bawah kita. Ianya tentu memakan masa sebelum mereka semua boleh mengikut kemahuan GB baru. Kadang-kadang memakan korban. Terus terang saya katakan dan mengaku bahawa saya tidak pandai mentadbir kerana tiada memiliki ilmu pentadbiran. Saya hanya seorang pengurus yang dipilih dan diberi tanggungjawab untuk mengurus sebuah institusi bernama sekolah rendah yang di dalamnya ada makhluk yang bernama manusia, seperti saya. Ia memberi gambaran yang saya sedang berurusan dengan manusia ciptaan Allah sbhtlla. Biasanya saya akan berkorban dan ada kalanya terkorban. Saya tidak pernah tahu (kerana tidak pernah belajar) bagaimana bentuk dan format Surat Tunjuk Sebab kerana tidak pernah terlintas di hati saya untuk mengeluarkan surat sebegitu walaupun saya pernah sekali sekala mendengar speaker dari JPN menyebutnya. Semua masaalah yang saya hadapi bersama dengan guru saya, saya serapkan dalam diri saya. Saya yang melakukan anjakan dan perubahan untuk mengwujudkan satu suasana di mana saya menjangkakan akhirnya akan ada sedikit sinar hormat dari hati kecil mereka, untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Insyaalah. Banyak caranya walaupun ada yang bengkeng. Selapas ini, guru (yang menerima Surat Tunjuk Sebab) akan perihatin dan mungkin ada yang takut selepas ini untuk ingkar perintah. Kerana Surat Tunjuk Sebab ini dikatakan sebagai satu rekod disiplin yang boleh diguna pakai untuk apa-apa tujuan kenaikan pangkat nanti oleh pihak atasan. Itu adalah satu hikmah. Orang yang takut (biasanya) boleh memberi kebaikan, yang dibimbangkan orang yang terlalu takut akan menjadi lebih berani dari sebelumnya. Mereka pula mungkin sedang melakar untuk meminta GB pula memberi tunjuk dan sebab akan apa-apa pula yang menjadi salah lakunya. Bagaimana pula dengan guru-guru yang tidak pernah diberi Surat Tunjuk Sebab sepanjang tempuh perkhidmatannya selama 36 tahun, tak pun dinaikkan pangkat..

(?). Dan adakah orang yang tidak pernah menerima Surat Tunjuk Sebab seorang guru yang perfect (?). kes nayia. gbpencensaya suka tunjuk cara sahaja. from Guru Besar 7 Responses leave one

1. md darus permalink July 25, 2010 suruh, x buat. suruh lagi, x buat juga. Lama kemudian suruh lagi, masih x buat. Akhirnya GB yang buat dengan cara tersendiri. Begitulah cikgu Idris. Maafkan saya, saya pernah bersama dengan cik gu. Saya pun kalut. Cikgu lagi kalut.

2. zbti permalink July 31, 2010 Kekadang, pihak pentadbir perlu turun padang sama untuk bersama2 dgn anak2 buahnya, barulah dapat menyelami masalah dan karenah anak2 buahnya.

3. kiasan hidup permalink August 2, 2010 salam hormat, kadang2 ada gb yang terus terang nyatakan, perlu ada jurang dengan guru dibawahnya, supaya dia dapat mentadbir dengan mudah kerana

tidak pernah terlebih mesra dengan orang bawahan.. untuk menambahkan lagi kegerunan, surat tunjuk sebab diberi sebagai pelengkap resipi.. dan ada pula pk yang terlebih sudu dari kuah.. seakan-akan dialah gb kerana gb diatasnya mudah diautopilotkan kerana gb itu juga punyai kesalahan yang perlu disembunyikan.

4. Guru Besar Pencen permalink* August 5, 2010 Pn zbti : Pengkhusuan mengajar Pemulihan (LINUS) sangat perlu kerana pendekatan yang diperlukan sangat tinggi. Sentuhan guru Pemulihan sangat memerlukan keberkesanan. Walaupun begitu.. kekangan ada di mana-mana menyebabkan ianya mungkin tidak dapat dilaksanakan. Jadi, jadilah guru LINUS guru camcamerba yang mengajar berbagai peringkat yang tidak tahu dimana penumpuan sebenar. Ianya sungguh menyedihkan, bukan ?. Tapi terimalah hakikatnya ada banyak lagi persoalan yang perlu diselesaikan sebelum benarbenar segala yang dirancangkan itu dapat dilaksanakan dengan berkesan termasuk : mengubah cara pendekatan yang diarahkan dengan disesuaikan dengan keadaan dan kemampuan yang ada di sekolah dengan berobjektifkan mengajarlah tulis dan baca + mengira.. ! caranya : selamilah permasaalahan yang berlaku di akar umbi dan keluarlah sedidik dari kepompongpong pekeliling JPN atau KPM!

5. Guru Besar Pencen permalink* August 5, 2010 Kiasan Hidup : Anda suka Datsun, saya suka Volvo.. saya akan beli semula Volvo sebelum saya . mati. Terima kasih atas komen. Pernah kekawan saya kalangan guru bercerita GB dia takut nak senyum dan takut nak makan se meja atau bergaul, bersembang dengannya dan juga dengan kekawannya. Saya berpendapat kalau bersembang takut untuk bersemuka muka ke muka, bertentang mata, saya kira ianya ada sesuatu yang tersembunyi atau tidak ikhlas. ! Dan surat tunjuk sebab sekadar mencari sebab bukan untuk mencari penyelesaian. PK juga kena pakai stering manual oleh GBnya kalau pakai autopilot

seperti yang tuan sebutkan, selalu akan short sebab menggunakan computer box (tiada perasan atau tiada berperasaan) Saya yakin jika guru kita tidak GILA, ia pasti boleh berubah kalau kita (GB) tidak membuat tindakan yang boleh menggilakannya. semula, atau menyebabkan dia bertambah gila

6. hasim permalink November 17, 2011 mengarut la. memang salah pentadbir le. diaorang suh wat keje tapi markah prestasi macam sialape ingat cikgu2 ni baruah dier ker? wat le sendiri. klu kene surat tunjuk sebab bagi je alat prestasi tupentadbir sampah dan kuno macam ni deir suka bagi kat kroni2 dier je. yang bole huha, huha ngan dier, duk bual2 kosong ngan dier. program2 kat sek saper wat..gb wat ker? dier tau arah jepiko la ckit2jgan main sokong je pentadbir2 tu

7. gbjawab permalink November 18, 2011 hasim : Saya simpati atas luahan hati cg. Memang selalu saya ditemukan dengan luahan seperti itu. Apa pun yang berlaku di sekolah sekolah tetap padat dengan apa saja program yang dirancang maupun yang diarahkan. Siapa yang buat.. cikgu kan ? Itulah kelebihan cikgu (pada hemat saya). Dan sepanjang perkhidmatan saya, saya akan pandang cg macam tu, dan selalu suka memandang ke arah yang betul. Kalau pun tersasar, namun pada hakikatnya dia tetap cikgu saya (gb), yang saya hormati.. Prestasi satu perkara yang saling mempengaruhi berbagai situasi. Perangai, kemahuan, minat, kesukaan, emosi, pandangan, salah pandang, salah hemat, terlalu hormat, sayang, kasih, cinta banyak lagi kan ? Tapi yang akhirnya, yang adil tu hanya ALLAH (saya yakin), insyaalh.

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published. Subscribe to this comment feed via RSS IMPORTANT! To be able to proceed, you need to solve the following simple math (so we know that you are a human) :-) What is 6 + 7 ?

Anda mungkin juga menyukai