Anda di halaman 1dari 7

1.

PENGENALAN

Sebagai seorang guru yang berkelayakan dalam bidang pendidikan, adalah menjadi tanggungjawab untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan mahir dalam mereka bentuk pengajaran untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Definisi reka bentuk pengajaran adalah suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya. Proses ini mencakupi proses reka bentuk dan proses membina bahan. Namun, Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai sains untuk mencipta amalan pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan

penyelenggaraan situasi pembelajaran yang memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran berlaku. Keberkesanan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada reka bentuk pengajaran seseorang guru. Reka bentuk pengajaran juga adalah merupakan suatu cara yang sistematik bagi mereka bentuk, membina dan menggunakan seluruh proses pengajaran. Terdapat berbagai model reka bentuk pengajaran seperti Model ASSURE, Model ADDIE dan sebagainya. Definisi lain yang diberikan kepada maksud reka bentuk pengajaran adalah proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran yang juga mengambil kira perubahan sistem dan pengaruh alam sekeliling (Seels dan Richey, 1994). Definisi ini menjelaskan bahawa reka bentuk pengajaran adalah proses menyatakan spesifikasi syarat untuk belajar yang meliputi empat bidang utama iaitu;

Reka bentuk sistem pengajaran Reka bentuk strategi pengajaran Reka bentuk mesej Ciri-ciri pelajar

1|EDU3105

1.1

MODEL ASSURE Model ASSURE merupakan salah satu model reka bentuk pengajaran berorientasikan bilik

darjah yang mana merupakan model reka bentuk pengajaran berskala kecil yang tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran. Model ini bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Model ASSURE merangkumi 6 langkah iaitu :

Analyse Learners (Analisis Pelajar)

Evaluate and revise (Nilai dan semak semula)

State Objectives ( Nyatakan objektif/hasil pembelajaran)

Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran)

Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber)

Utilize media and materials ( Guna media dan bahan sumber)

2|EDU3105

1.2

MODEL ASSURE DALAM PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Rancangan pengajaran harian yang dilaksanakan adalah berpandukan Model ASURRE. Keenamenam langkah perlu diambil kira untuk memenuhi kriteria-kriteria penyedian RPH yang berkesan. Antaranya ialah : 1. Menganalisis Pelajar Dalam langkah membuat analisis terhadap murid-murid, terdapat tiga perkara yang boleh dibuat analisis iaitu ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan dan pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran pelajar. Ciri-ciri umum yang boleh dianalisis berdasarkan RPH yang dilaksanakan ialah mata pelajaran yang diajar iaitu Bahasa Melayu dan murid tahun berapakah yang diajar iaitu murid tahun 3 dimana aspaek ini perlu diambil kira kerana perancangan pengajaran perlulah bersesuaian dengan tahap pemikiran murid tahun yang berkenaan. Selain itu, aspek masa juga perlu diambil kira. Berdasarkan RPH yang dilaksanakan, masa yang diambil adalah selama 30 minit. Aspek ini juga penting kerana sesuatu tajuk yang diajar perlulah bersesuaian dengan tempoh masa pengajaran. Dalam erti kata lain, jika guru ingin mengajar membuat karangan, masa yang diambil mestilah panjang sekurang-kurangnya memerlukan masa selama 1 jam. Manakala aspek lain yang perlu dianalisis dan diambil kira ialah bilangan murid, tema dan tajuk yang ingin diajar. Ciri yang kedua ialah tahap pengetahuan ataupun pengalaman sedia ada murid. Tahap pengetahuan ini perlu diambil kira supaya murid dapat belajar berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Pembelajaran lebih lancar jika murid sudah mempunyai maklumat yang berkaitan dengan pengajaran yang diajar. Berpandukan RPH yang dilaksanakan, tema dan tajuk yang dipilih ialah mengenai kerjaya. Secara langsungnya, perkataan kerjaya ini sudah sinonim dalam diri murid. Mereka sudah mempunyai pengetahuan sedia ada kerana ianya berkaiatan dengan kehidupan seharian mereka. Media seperti televisyen, radio serta situasi sekeliling seperti pekerjaan keluarga menyumbang kepada pengetahuan sedia ada mereka.

3|EDU3105

Ciri yang terakhir ialah gaya belajar. Gaya belajar perlulah dianalisis bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Gaya belajar juga perlu diambil kira untuk memastikan gaya pembelajaran itu bersesuaian dengan murid. Berdasarkan RPH yang dilaksana, gaya pembelajaran yang dipilih ialah pembelajaran berpusatkan murid. Gaya ini sesuai dengan murid kerana ia menggalakkan penerokaan murid dalam pembelajaran. Gaya ini amat sesuai untuk melaksanakan aktiviti yang melibatkan pemikiran murid secara aktif.

2. Menyatakan Objektif Objektif yang dibuat perlulah dinyatakan secara khusus yang menepati kehendak siapa yang hendak capai, apa yang hendak capai, bagaimana hendak capai dan ukuran tahap minimum yang hendak dicapai. Berdasarkan RPH yang dilaksanakan, objektif yang difokuskan ialah murid dapat memerihalkan 4 daripada 5 pendapat berdasarkan gambar rangsangan yang ditunjukkan. Selain itu, RPH ini juga bermaklamat agar 28 daripada 32 orang murid dapat membina ayat tunggal dan ayat majmuk.

3. Memilih Kaedah, Media dan Bahan Sumber Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan pilihan media, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang . Proses pemilihan tersebut merangkumi langkahlangkah seperti membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. Berdasarkan RPH yang dilaksanakan, kaedah yang diambil dalam pengajaran ialah kaedah komunikasi dua hala yang melibatkan aktiviti kontekstual dan pemikiran murid secara aktif. Kaedah ini digunakan bagi mencapai objektif yang diharapkan. Pemiliahan format media juga dianalisis dalam model ASSURE. Pemilihan media ini berfokuskan fungi dan tujuan media digunakan. Berdasarkan RPH yang dilaksanakan, media yang dipilih adalah penggunaan slaid dan bahan 2D. Pemilihan penggunaan slaid dibuat adalah kerana slaid adalah suatu bahan pengaajaran yang mampu menarik meinat murid disamping

4|EDU3105

mampu menjadikan sesebuah pengajaran lebih berkesan. Penggunaan slaid dalam pengajaran yang dilaksanakan adalah pada set induksi. Murid ditayangkan slaid gambar-gambar alatan yang digunakan dalam sesuatu pekerjaan. Media kedua yang digunakan ialah bahan 2D. Pemilihan media ini adalah kerana bahan 2D boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsep abstrak kepada ide-ide yang maujud dan formal. Selain itu, bahan 2D juga mudah dihasilkan serta tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali ianya terlalu kecil. Disamping itu juga, bahan 2D dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru kepada murid dengan jelas dan tepat. Model ASSURE juga menekankan kriteria pemilihan bahan sumber. Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Kriteria pemilihan melibatkan 3 cara iaitu memilih bahan sedia ada, mengubah suai bahan sedia ada dan mereka bentuk bahan yang baru. Dalam RPH yang dilaksanakan, kriteria pemilihan bahan sumber adalah dengan cara mereka bentuk bahan sumber baharu. Bahan yang dihasilkan adalah seperti gambar rangsangan, lembaran kerja , kad perkataan dan slaid gambar.

4. Menggunakan Media dan Bahan Langkah yang keempat dalam Model ASSURE ialah menggunakan media dan bahan sumber yang dipilih. Media dan bahan sumber yang hendak digunakan seperti LCD, computer riba dan sebagainya dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan dicuba sebelum kelas sebenar. Tindakan ini adalah untuk memastikan bahan-bahan yang dipilih sesuai dengan kumpulan sasaran, objektif pengajaran dan bahan itu berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Selepas memastikan bahan-bahan yang dipilih sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan tersebut hendaklah digunakan dengan optimum bagi membawa kesan yang positif kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, bilangan yang cukup untuk digunakan oleh murid juga hendaklah dikenalpastikan. Sebagai contoh, dalam langkah ketiga RPH, gambar rangsangan dan lembaran kerja yang hendak digunakan hendaklah dipastikan dengan adanya bilangan yang cukup atau berlebihan
5|EDU3105

untuk murid-murid menjalankan aktiviti. Sekiranya bilangannya tidak cukup, maka proses pengajaran dan pembelajaran akan diganggu dan objektif pengajaran akan terjejas dan dipengaruhi.

5. Memerlukan Penglibatan Pelajar Langkah seterusnya dalam model ASSURE ialah melibatkan pelajar dalam proses pembelajaran. Sekiranya murid-murid tidak terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka sesi ini tidak berkesan. Berdasarkan RPH yang dilaksanakan, pada set induksi yang dirancang, muridmurid akan diperlihatkan slaid gambar dan sesi soal jawab akan dijalankan semasa slaid ditayangkan. Tindakan ini adalah untuk mengenalpasti bahawa setiap pelajar menumpukan perhatian terhadap sesi tersebut. Pada langkah satu pula, murid akan ditunjukkan beberapa keeping gambar rangsangan. Semasa aktiviti ini dijalankan, penglibatan murid dalam memberi respon dan memerihalkan gambar yang ditunjuk diperlukan. Pada langkah dua pula, penglibatan murid dalam aktiviti adalah lebih kepada individu, guru akan memilih murid secara rawk untuk menulis ayat tunggal dan ayat majmuk di papan hitam. Manakala murid yang tidak dipilih pula akan diminta untuk menyalin semula ayat di papan hitam dalam buku latihan dengan tulisan yang cantik. Penglibatan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berkesan.

6|EDU3105

6. Melakukan Penilaian dan Pengubahsuaian Langkah yang terakhir ialah menilai dan semak semula perancangan. Untuk penilaian pembelajaran, murid-murid dapat dinilai melalui pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Tindakan untuk menangani masalah pembelajaran murid-murid boleh diambil seperti mengubah kaedah, memudahkan bahasa dan sebagainya. Langkah ini diambil adalah untuk memastikan bahawa tindakan susulan yang sesuai dapat diambil dalam kadar segera seperti tindakan pemulihan untuk murid-murid yang lemah supaya keadaan tidak menjadi lebih teruk dan tindakan pengukuhan untuk murid-murid yang dapat menguasai sesuatu kemahiran bagi memperkembangkan mereka dengan optimum. Berdasarkan RPH yang dilaksanakan, proses penilaian yang dilaksanakan adalah melalui pengukuhan. Pada langkah penutup, guru mengedarkan helaian lembaran kerja sebagai kerja rumah dan pengukuhan. Kerja rumah itu perlu dihantar dan disemak pada keesokan harinya sebagai proses penilaian murid terhadap penguasaan tajuk yang telah diajar. Penilaian pengajaran pula difokuskan terhadap guru yang merancang pengajaran tersebut. Guru dapat mengambil tindakan membetulkan langkah pengajaran, pemilihan objektif atau pemilihan media yang kurang berkesan dalam perancangan seterusnya. Sekiranya didapati kumpulan sasaran saya tidak dapat belajar dengan menggunakan komputer secara berkesan, maka tindakan saya adalah mengubah kaedah ini dengan kaedah yang lain seperti kaedah simulasi, main peranan dan sebagainya. Dengan itu, perancangan seterusnya akan menjadi lebih baik dan berkesan.

Kesimpulannya, model ASSURE adalah panduan kepada setiap guru dalam membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran. Rancangan yang dibuat berdasarkan model ASSURE akan menjadi lebih menyeluruh dan teliti serta membawa kesan yang positif kepada murid-murid dan juga guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, perancangan yang dibuat dengan berdasarkan model ASSURE akan membawa manfaat kepada guru dan juga murid-murid yang sedang menuntut ilmu pengetahuan.

7|EDU3105

Anda mungkin juga menyukai