Anda di halaman 1dari 26

ISLAM HADHARI DAN PROSES PEMBANGUNAN NEGARA

Disediakan oleh : Chung Fui Peng Novera Liew Kah Shing Wendy Thien Nyuk Phin

PENGENALAN Islam Hadhari Pendekatan baharu. Diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan Agung UMNO kali ke-55 pada 23/09/2003. Islam Hadhari bukanlah satu ajaran atau mazhab baharu. Ia mengandungi sepuluh prinsip utama.

Konsep Islam Hadari


Definisi hadari - yang bertamadun Islam Hadari Islamic Civilizational Approach atau Comprehensive Civilizational Approach To The Development In Malaysia

suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam

Konsep Islam Hadari


Memberi penekanan pembangunan & pembinaan dengan teras pandangan paradigma tauhid. kepada tamadun semesta

Melahirkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap Islam yang sebenar.


Merangsang perubahan minda umat Islam & mengubah persepsi masyarakat terhadap agama Islam

Justifikasi Memperkenalkan Pendekatan Islam Hadhari


1. Memperkenalkan Islam sebagai suatu agama yang syumul dan komprehensif 2. Merupakan salah satu usaha kerajaaan untuk menguatkan & mengembangkan semula agama Islam 3. Membuat penekanan kepada pembangunan yang bersepadu & seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu & beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia dll dalam menangani cabaran semasa dunia global

4. Menjadikan warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembangunan & kemajuan umat Islam masa kini dalam semua aspek kehidupan manusia.
5. Dijadikan satu kerangka Dasar Nasional yang akan dijadikan sebagai asas dalam perancangan pembangunan Malaysia sebagi sebuah negara Islam maju menjelang tahun 2020

10 PRINSIP ISLAM HADARI


1.Keimanan & Ketakwaan Kepada Illahi 2.Kerajaan adil & beramanah 3.Rakyat Yang berjiwa Merdeka 4.Penguasaan Ilmu Pengetahuan 5.Pembangunan Ekonomi Seimbang & Komprehensif

6.Kehidupan Berkualiti 7.Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti & Wanita 8.Keutuhan Budaya & Moral 9.Pemeliharaan Alam Semula jadi 10.Kekuatan Pertahanan

1.Keimanan & Ketakwaan Kepada Illahi


i. ii. iii. iv. Keimanan yang mantap Ketaqwaan yang menyeluruh Pegangan agama yang kukuh Pengalaman kolektif nilai-nilai murni Masyarakat yang "beragama" berteraskan prinsip Rukun Negara

v.

2.Kerajaan adil & beramanah


i. Pentadbiran yang adil bagi semua rakyat ii. Urus tadbir yang berkesan, telus, amanah, ikhlas, tekun dan bertanggungjawab iii. Kebajikan rakyat terpelihara iv. Berjimat cermat - mengelak pembaziran

3.Rakyat Yang berjiwa Merdeka


i. Semangat jati diri ii. Berfikiran terbuka iii. Tidak dibelenggu kesan penjajah iv. Kreatif dan Inovatif v. Mampu bersaing vi. Berdaya maju vii.Berdikari viii.Berusaha menerima perubahan

4.Penguasaan Ilmu Pengetahuan


i. ii. iii. iv. v. Umat yang cinta akan ilmu Menjadi bangsa peneroka ilmu Mendalami ilmu fardhu ain Menguasai semua bidang ilmu kifayah Bersedia meninggalkan "ilmu-ilmu" negatif yang boleh merosakkan akidah dan membinasakan masyarakat vi. Memantapkan integrasi ilmu

5.Pembangunan Ekonomi Seimbang & Komprehensif


i. Umat yang mengambil berat tuntutan fardhu kifayah dalam bidang ekonomi ii. Umat yang maju dalam bidang ekonomi iii. Negara yang maju dan barakah iv. Mengelakkan pembaziran dalam aktiviti ekonomi

v. Mengutamakan golongan kurang berkemampuan vi.Negara membangun berasaskan ekonomi yang halal vii. Keseimbangan ekonomi antara bandar dan luar bandar

viii. Kerjasama kondusif antara sektor awam dan swasta ix. Memberi keutamaan kepada ekonomi yang berkait dengan keperluan asasi rakyat x. Mengelakkan penindasan dalam aktiviti ekonomi

6.Kehidupan Berkualiti
i. Tempat tinggal yang selesa ii. Persekitaran yang selamat iii. Kehidupan yang sihat iv. Keluarga yang harmoni v. Pemakanan yang berkualiti vi. Masyarakat yang penyayang vii. Prasarana yang lengkap dan sempurna viii. Menjadi ibadat asas kehidupan berkualiti

7.Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti & Wanita


i. Memberi perhatian kepada kumpulan etnik dan minoriti ii. Memberi perhatian kepada bekas-bekas banduan, bekas penagih dadah, bekas tahanan rumah perlindungan akhlak dsb. iii. Memberi keadilan yang sewajarnya kepada kaum wanita iv. Memberi perhatian kepada ibu tunggal v. Memberi perhatian kepada Orang Kurang Upaya (OKU)

8.Keutuhan Budaya & Moral


i. Memperteguh dan memelihara budaya berdasarkan nilai-nilai agama. ii. Membangunkan moral masyarakat berdasarkan nilai-nilai murni. iii. Menangani secara berkesan budaya yang tidak sihat.

9.Pemeliharaan Alam Semula jadi


i. Kesedaran dan bertanggungjawab manusia sebagai khalifah ii. Pemuliharaan alam semulajadi yang berkesan iii. Pembangunan yang seimbang dan terancang iv. Memanfaatkan sumber alam untuk perkara kebaikan

v. Mengelak pembaziran sumber


alam vi. Mengekalkan keindahan alam vii. Memelihara sumber air dan udara yang berkualiti viii. Melindungi habitat kehidupan fauna

10.Kekuatan Pertahanan
i. Membina ketahanan melalui modal insan (mental dan spiritual) ii. Menyemarakkan semangat patriotik dan cinta akan negara iii. Memiliki sistem pertahanan terbaik dan disegani iv. Membangun kekuatan pertahanan berasaskan teknologi

KESIMPULAN
Gagasan Islam Hadhari yang dikemukan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia adalah satu medan buat umat Islam bagi membangunkan semula kegemilangan Islam yang telah jatuh seiring dengan kejatuhan Kerajaan Uthmaniah lalu. Ia juga merupakan satu peluang bagi membuka minda dan lembaran baru bagi masyarakat bukan Islam agar dapat memahami dan meneliti nilai keislaman untuk dijadikan sandaran dalam menggerakkan inisiatif memakmurkan negara Malaysia.

Soalan
1. Siapakah yang memperkenalkan Sistem Hadhari? Tun Abdullah Ahmad Badawi. 2. Apakah yang dimaksudkan Hadhari? Melahirkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap Islam yang sebenar.

3. Nyatakan 5 prinsip yang terdapat dalam Sistem Hadhari?


1.Keimanan & Ketakwaan Kepada Illahi 2.Kerajaan adil & beramanah 3.Rakyat Yang berjiwa Merdeka 4.Penguasaan Ilmu Pengetahuan 5.Pembangunan Ekonomi Seimbang & Komprehensif 6.Kehidupan Berkualiti 7.Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti & Wanita 8.Keutuhan Budaya & Moral 9.Pemeliharaan Alam Semula jadi 10.Kekuatan Pertahanan

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai