Anda di halaman 1dari 15

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 120

UNIT PELAJARAN 7
LATIHAN AMALI
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyenaraikan draf tatacara aktiviti perkhemahan 2. Mengenalpasti tatacara pelaksanaan aktiviti perkhemahan murid berkeperluan khas. 3. Membincangkan dengan jelas tugas- tugas AJK dan ahli kumpulan perkhemahan 4. Membuat demonstrasi cara- cara pemasangan khemah. 5. Melaksanakan aktiviti perkhemahan murid berkeperluan khas. 6. Membandingkan perbezaan tatacara pengurusan perkhemahan murid biasa dengan murid berkeperluan khas. 7. Menyediakan laporan bertulis mengenai aktiviti perkhemahan yang dijalankan.

PENGENALAN
Latihan amali merujuk kepada satu program yang bertujuan menyediakan latihan praktikal yang diselia dalam jangka masa yang ditetapkan. Latihan ini boleh dijalankan di organisasi kerajaan atau swasta. Latihan amali di peringkat sekolah boleh dilakukan dengan pelbagai jenis aktiviti. Antaranya ialah sukan, kokurikulum dan pendidikan jasmani.

LATIHAN AMALI BAGI SUKAN


Dalam melaksanakan latihan atau amali sesuatu aktiviti sukan, para guru hendaklah peka dan sentiasa melakukan pertimbangan awal agar aktiviti atau latihan tersebut berjalan dengan lancar tanpa masalah. Di antara pertimbangan awal dalam melakukan latihan amali ialah melalui tahap murid, bilangan murid, langkah-langkah keselamatan, tempat latihan, kemudahan peralatan, masa latihan dan kepekaan guru.

Pertimbangan Untuk Latihan


Pertimbangan awal mengikut tahap murid, aktiviti sukan yang dijalankan perlulah bersesuaian dengan tahap umur dan keupayaan murid. Bagi bilangan murid guru harus mengetahui bilangan murid yang akan menyertai aktiviti ini supaya dapat menyediakan peralatan yang mencukupi dan ruang latihan yang bersesuaian. Antara langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil perhatian oleh guru ialah aktiviti memanaskan badan sebelum aktiviti dan aktiviti gerak kendur dilakukan selepas aktiviti, pakaian dan kasut yang sesuai dengan aktiviti serta peralatan dan kemudahan yang digunakan dalam keadaan baik dan selamat. Bagi tempat latihan pula, ianya memerlukan ruang latihan sesuai dan selamat bagi melaksanakan sesuatu aktiviti latihan. Kemudahan peralatan haruslah digunakan dengan sebaik mungkin yang mana para guru haruslah mengenal pasti jumlah dan jenis-jenis peralatan yang diperlukan semasa aktiviti. Sebagai contohnya jumlah kon yang dan bola yang ingin digunakan haruslah mencukupi untuk pelaksanaan sesuatu aktiviti latihan. Dari aspek masa latihan pula, masa yang diperuntukkan bagi murid sekolah rendah adalah selama 60 minit manakala murid sekolah

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 121 menengah adalah 90 minit. Bagi guru yang ingin melaksanakan sesuatu aktiviti latihan terhadap pelajar, guru tersebut perlulah memahami bahawa pada awalan atau latihan pertama: murid kurang menguasai kemahiran motor halus (fine motor skills) pergerakan murid merupakan aksi keseluruhan tubuh badan dengan tumpuan terhadap sasaran adalah minima murid mempunyai sumber tenaga yang rendah tetapi minat yang mendalam murid sedang membina koordinasi dan masih kekok dalam pergerakan murid mendapat keseronokan dari penyertaan murid kurang pasti aksi mana yang akan menghasilkan kemahiran yang akan berjaya

Oleh yang demikian kurangkan memberi input lisan yang banyak pada sesuatu masa kerana murid tiada gambaran berkenaan kemahiran yang baru dan murid kurang berupaya menggunakan maklum balas secara efektif.

Aktiviti Memanaskan Badan


Tujuan aktiviti memanaskan badan adalah untuk : meningkatkan suhu badan (faktor utama untuk meningkatkan prestasi) merangsang aktiviti CNS (meningkatkan fungsi transmisi saraf kontraksi otot menjadi lebih cepat, lebih kuat) mengurangkan masa reaksi motor meningkatkan koordinasi, mengurangkan risiko kecederaan dan motivasi dan persediaan psikologi. meningkatkan tahap

Oleh itu, guru haruslah melaksanakan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu sebelum mengarahkan pelajar untuk melaksanakan aktiviti yang ingin dilaksanakan agar dapat mengelakkan daripada berlaku kecederaan.

Aktiviti Gerak Kendur


Aktiviti gerak kendur ini dilaksanakan setelah selesai melakukan aktiviti latihan, hal ini kerana selepas aktiviti intensiti tinggi seperti latihan atau pertandingan terdapat jumlah darah yang banyak menuju ke jantung. Oleh itu, para pelajar dilarang berhenti bergerak secara tiba-tiba kerana ini akan menyebabkan blood pool atau pengumpulan darah di vena ke hujung kaki dan tangan yang boleh mengganggu peredaran darah ke jantung, otak dan otot. Pergerakan perlahan selama 5-10 minit seperti berjalan, aktiviti aerobik yang intensiti rendah boleh membantu menggalakkan peredaran darah serta mengelakkan pening dan pengsan. Sebaiknya diikuti dengan senaman regangan statik yang mana masa ini paling baik untuk senaman

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 122 regangan kerana kebolehan otot memanjang yang maksimum dan membantu mengurangkan edema dan asid lactic.

Latihan Amali bagi Sukan Olahraga


Olahraga merupakan satu sukan yang dilaksanakan di luar bangunan dan selalunya sukan ini dilaksanakan di padang dan stadium. Ia kebanyakannya disertai oleh kanak-kanak pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Antara sukan olahraga yang kebiasaannya dipertandingkan dalam sukan pendidikan khas ialah lumba lari, lontar peluru, lompat tinggi dan lain-lain lagi. Contoh Latihan Amali Bagi Sukan Olahraga

Jenis peralatan yang terlibat dalam olahraga Panduan Pemilihan Aktiviti Dan Contoh 1 Sesi Latihan Bagi Sukan Olahraga Permainan : Olahraga Kumpulan Sasar : Atlet Sekolah Menengah Kategori Bermasalah Pendengaran Tarikh : Masa : Kemahiran : Lari Berpagar (Latih Tubi Kaki Belakang) Alatan : Pagar, skita

Komponen / Masa Memanaskan badan (10 minit)

Aktiviti/ keterangan 8 10 minit joging Aktiviti Regangan Asas

Pengelolaan/ gambar rajah

Lakukan aktiviti dalam kumpulan

Aktiviti kemahiran (15 minit)

Latihan Asas Larian (ABC Drill) 1. Heel Kick Up Gerakan tumit ke paras pinggul. Bergerak kehadapan apabila kaki sampai ke paras pinggul.

2. Ankling Kaki sentiasa menyentuh dan

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 123 meninggalkan permukaan dengan kadar yang paling cepat.

Tempoh masa kaki berada di permukaan menentukan kederasan larian Pergerakan sentiasa menggunakan hujung kaki.

3. High-Knee With Extension Pergerakan menggunakan hujung kaki (toes). Tingkatkan pergerakan hayunan kaki kehadapan. Angkat lutut ke paras seberapa tinggi yang boleh, tendang kaki ke hadapan dan berdiri diatas hujung kaki. Ulang beberapa kali dengan kaki yang berlainan sambil bergerak kehadapan Koordinasi kaki dan tangan. Fokus ke hadapan

Latihan Asas Hurdles Larian di sisi pagar Gunakan pagar sederhana tinggi (Jarak antara pagar adalah 6 7 meter). Lari di sisi pagar dengan menggunakan ritma 3 langkah. Melepasi pagar dengan kaki hadapan (lead leg) atau kaki belakang (trail leg).

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 124

Permainan Kecil ( +30 minit )

Kid Formula One PERALATAN 9 pagar, 10 batang tiang (berjarak 1 meter setiap satu), 3 tilam, anggaran 30 kon /penanda, 1 jam randik, dan 1 kad acara PENERANGAN RINGKAS Lari berganti-ganti yang meliputi larian mendatar, berpagar, dan perlumbaan pelbagai rintangan. PEMBANTU Setiap kawasan (berpagar, pelbagai rintangan), sekurang kurangnya 2 orang pembantu diperlukan untuk menyusun peralatan. Tambahan 2 orang pembantu diperlukan untuk membantu menghakimi di zon pertukaran. Seorang pelepas juga diperlukan. Penjaga masa untuk mencatatkan masa bagi setiap kumpulan yang bersaing. MARKAH Kedudukan adalah dinilai berdasarkan kepada masa terbaik/ terpantas yang dicapai oleh setiap pasukan.Jika pasukan bagi kategori umur yang sama kurang, perlumbaan boleh dijalankan dengan menghimpun kesemua kumpulan dari pelbagai peringkat umur. Kedudukan adalah berdasarkan kepada kedudukan pasukan. Joging Aktiviti gerak kendur 1. Laluan yang dianggarkan 80 meter yang terbahagi kepada kawasan-kawasan yang setiap satunya sesuai untuk memecut, memecut melepasi pagar dan memecut mengelilingi kawasan pelbagai rintangan gambarajah). 2. Gelungan lembut digunakan sebagai baton. Setiap peserta perlu mula dengan gulingan ke hadapan di atas tilam. 3. Setiap ahli kumpulan perlu melengkapkan keseluruhan laluan (Rujuk Rajah). Sebanyak 6 pasukan boleh bertanding pada satu-satu masa.

Menyejukkan badan (+ 5 minit )

UNIT BERUNIFORM (PENGAKAP)


Contoh Program Perjumpaan Mingguan Pengakap bagi Murid-murid Berkeperluan Khas Setiap Perjumpaan hendaklah dimulakan: 1. Laung Agung 2. Menaikkan Bendera Malaysia/ Negeri Perak 3. Nyanyian Lagu Negaraku / Lagu Perak Mengikut Bendera yang dinaikkan

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 125 4. Doa 5. Taklimat Akela/ Pemimpin (Tiada masa yang khusus diperuntukkan) Bil Aktiviti 1 Melafazkan Persetiaan pengakap/ Undang-undang dan Rukunegara secara kumpulan dan individu Untuk ujian keahlian. 2 Asas Kawad: Masuk baris...!! Senang Diri.... Jaga Sedia....!! Ke kiri pusing... ke kanan pusing.....!! 3 Latihan Istiadat Bendera: Melipat dan menarik tali bendera. 4 Latihan Ikatan: Sediakan tali Nylon sepanjang 1 meter Ikatan Buku Sila Simpul Manuk Bunga Geti 5 Pertolongan Cemas: Anduh Luka kecil Membina Pengusung 6 Membina gajet : Ampaian 7 Mengumpul Bahan: Buku Skrap dan sebagainya Jenis-jenis daun Jenis batu Jenis Biji Jenis Bunga 8 Memasak Makanan & Minuman: Air panas Roti Lilit Sandwich 9 Semakkan Buku Log: Memberi Penerangan cara menyiapkan Buku Log atau pun diadakan pada satu hari lain yang dikhaskan untuk semakan/ melengkapkan buku Log 10 Latihan mendirikan Khemah Menggunakan khemah iglu 11 Membina Kraf: Layang-Layang Benda dari buluh / Botol Plastik 12 Latihan Halangan Komando: Memanjat tali 5 meter Merangkak Meniti Melompat / terjun

. Catatan 15 min

30 min

30 min 20 min

30 min

20 min 30 min

30 min

1 atau 2 hari khas

30 min 1 jam

1 hari

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 126

PERSATUAN DAN KELAB


Mengikut Peraturan Akta Pealajaran dan Peraturan, sekolah boleh menubuhkan Persatuan dan Kelab pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu mendapat kebenaran pendaftar, kecuali bagi Persatuan dan Kelab yang bergabung dengan Persatuan luar. Bagi murid-murid pula, mereka boleh menubukan Persatuan dan Kelab jika mendapat kebenaran daripada Pengetua atau Guru Besar sekolah terlebih dahulu. Sekiranya kebenaran telah dipersetujui, satu mesyuarat khas penubuhan boleh diadakan dan akan diikuti dengan satu Jawatankuasa yang dipilih bagi merangka objektif, perlembagaan dan peraturan-peraturan. Oleh itu, Kelab dan Persatuan adalah merupakan garis panduan bagi merangka Perlembagaan Persatuan dan Kelab.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Nama Persatuan/ Kelab Alamat Persatuan/Kelab Tujuan atau objektif Keahlian dan syarat-syarat keahlian Jawatankuasa pentadbiran Bayaran yuran Kumpulan wang dan pentadbiran kewangan Mesyuarat dan jenis-jenis mesyuarat Pindaan Perlembagaan Pembuburan Persatuan/Kelab

Objektif Pelaksanaan Persatuan dan Kelab


Terdapat beberapa objektif dalam kegiatan Persatuan dan Kelab, yang mana objektif ini perlu dicapai oleh murid, yang mana selaras dengan kehendak pendidikan. Objektif yang pertama ialah untuk memperkembangkan nilai-nilai sosial murid. Selain itu, ialah untuk meningkatkan sahsiah murid serta pembinaan kepimpinan, watak dan tanggungjawab murid itu sendiri. Ini adalah untuk memajukan dan meningkatkan lagi bakat yang sedia ada serta dapat menambahkan minat serta kemahiran murid. Ini adalah merupakan satu daripada objektif tersebut. Objektif seterusnya, ialah untuk memberi peluang yang sebelum ini tidak boleh didapati oleh murid dalam pembelajaran formal. Disamping itu juga untuk memperkaya dan memperkukuhkan lagi kemahiran, yang mana kemahiran yang telah diperolehi dalam pelajaran dalam bilik darjah. Objektif ini juga adalah untuk menggalakkan murid-murid agar dapat memberi kidmat terhadap masyarakat serta dapat meningkatkan interaksi dan integrasi murid yang terdiri daripada berbilang kaum. Oleh itu, aktivitu-aktiviti yang utama dalam pengurusan Persatuan, Kelab serta Unit Berunifom adalah merangkumi perkara-perkara seperti dibawah iaitu perlu mendaftarkan ahli-ahli bagi menubuhkan Persatuan, Kelab atau Pasukan Badan Berunifom. Seterusnya, memilih Jawatan Persatuan, Kelab dan Pasukan Unit Berunifom. Setelah itu, diikuti dengan penggubalan pelembagaan dan juga peraturan. Selain itu ialah menentukan tarikh mesyuarat dan perjumpaan. kemudian merancang takwim aktiviti tahunan serta menyediakan carta Gantt, jadual dan Senarai Semak untuk memudahkan segala pemantauan dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan. Selain itu juga, ialah dengan menentukan strategi-strategi pengurusan kebajikan ahli-ahli serta langkahlangkah keselamatan diutamakan. Disamping itu ialah, merekod kehadiran setiap ahli-ahli

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 127 dengan menggunakan Buku Rekod yang telah disediakan olah Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. Laporan aktiviti juga disediakan. Setiap laporan aktiviti adalah mengikut format yang sesuai iaitu Persatuan dan Kelab telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama Persatuan atau Kelab akedemik dan bahagian kedua pula Persatuan atau Kelab bukan akademik.

Cara-cara Merancang Persatuan dan Kelab


Terdapat beberapa panduan yang boleh diguna pakai dan telah biasa digunakan dalam menyediakan perancangan Persatuan dan Kelab. Yang pertama ialah membuat perancangan, iaitu dengan menyediakan perancangan yang lebih sistematik agar pengurusan lebih cekap berkesan. Kemudian ialah, dengan menentukan setiap objektif dan matlamat iaitu dengan menyatakan setiap objektif dan matlamat Persatuan dan Kelab dengan lebih jelas supaya segala aktiviti yang telah dirancang dapat mencapai matlamat dan objektif Persatuan dan Kelab tersebut. Seterusnya ialah kandungan aktiviti. kandungan aktiviti Persatuan dan Kelab perlu diedarkan kepada setiap ahli serta Jawatankuasa dan perlu dinyatakan dengan ringkas, supaya lebih mudah difahami oleh setiap ahli. Dan yang terakhir ialah penilaian, penilaian adalah untuk mendapatkan segala maklumat mengenai keberkesanan aktiviti, serta menilai setiap penglibatan pelajar. Sebagai contohnya, gred atau markah yang diberikan bagi projek-projek yang telah dibuat oleh murid berkenaan. Setiap penilaian ini, perlu dilaporkan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. Setiap perancangan yang rapi, akan menentukan sesuatu gerak kerja kokurukulum yang baik. Oleh itu, semasa dalam merangka isi kandungan aktiviti, terdapat lebih kurang sepuluh perkara yang harus diberi pertimbangan. Yang pertama ialah objektif dan matlamat, yang mana setiap pernyertaan objektif dan matlamat perlulah jelas dan ringkas serta dapat memenuhi kehendak-kehendak domain kognitif, psikomotor dan afektif disamping dapat memupuk nilai-nilai murni. Yang kedua ialah, kemahiran guru penasihat, kemahiran ini adalah merupakan nadi penggerak kepada sesuatu gerakerja kokurikulum. Oleh itu, setiap minat murid adalah begantung kepada kewibawaan guru penasihat sebagai pengajar, pemimpin dan fasilitator. Sekiranya, guru penasihat yang belum menguasai kemahiran berkaitan pengelolaan, perlulah mengusai kemahiran melalui kursus, latihan serta perbincangan. Bukan itu sahaja, guru penasihat juga harus mencari bantuan tenaga pengajar dari luar sekolah dalam meningkatkan prestasi kokurikulum sekolah . Seterusya, ialah minat murid yang mana kandungan aktiviti haruslah memenuhi kehendak dan kecenderungan ahli-ahli, yang mana setiap aktiviti kokurilum yang dibuat perlulah menyeronokkan dan menarik. Tahap penguasaan kemahiran murid juga, turut diberi pertimbangan iaitu harus bersesuaian dengan tahap kemahiran yang mereka kuasai dan gerakerja mestilah sesuai dengan kobolehan fizikal, umur dan mental murid. Selain itu juga ialah, alatan dan kemudahan fizikal, yang sangat memainkan peranan penting dalam melaksanakan gerakerja kokurikulum. Melalui alatan yang digunakan akan dapat menarik minat pelajar dan ini akan mempertingkatkan lagi keberkesanannya. Sekiranya, ada kekurangan bilik darjah, padang, dewan, gelanggang serta perancangan dan penjadualan aktiviti mestilah dijangka dengan lebih teliti agar gerakerja kokurikulum dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan lancar. Khidmat masyarakat dan agensi luar juga turut diberi pertimbangan, yang mana guru penasihat boleh menggunakan khidmat serta bimbingan dari luar bagi memantapkan lagi segala aktiviti yang dirancang, terutama dalam bidang guru penasihat yang kurang mahir. Antara sumber-sumber khidmat dan bimbingan yang boleh diminta ialah Jabatan Kesihatan,

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 128 doktor, MARDI, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Hutan, Jabatan Polis, Pemberita Jabatan Belia dan Sukan dan sebagainya. Seterusnya, ialah kewangan, yang perlu diambil kira apabila merancang sesuatu aktiviti, walaupun aktiviti yang melibatkan perbelanjaan yang rendah tetapi mempunyai nilai faedah yang tinggi. Selain itu, keinginan dan kehendak majoriti ahli juga perlu diambil kira dalam melaksanakan sesuatu program, iaitu dengan mengadakan program yang dapat sertai oleh semua ahli dalam gerakerja kokurikulum. Semasa melaksanakan program aspek keselamatan haruslah diberi keutamaan, tidak kiralah sama ada aktiviti ini dilakukan dalam atau luar bilik darjah. Guru penasihat perlulah memainkan peranan yang penting dalam memastikan setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan tidak menimbulkan sebarang kecederaan. Guru perlu sentisa berada bersama murid untuk memantau mereka terumannya yang melibatkan gerakerja yang boleh mendatangkan bahaya seperti meneroka hutan pedalaman, mendaki gunung serta berkhemah di tempat kawasan bahaya. Penghargaan juga harus diberi, ini adalah kerana ia dapat menggalakkan serta meneguhkan lagi setiap penyertaan aktiviti kokurikulum, yang mana dapat memberi insetif pengakuan ke atas sumbangan dan pencapaian ahli dengan mengadakan hari-hari khas seperti Hari Ucapan, Hari Kokurikulum Sekolah dan juga Perhimpunan Sekolah. Pada masa inilah penghargaan dapat dianugerahkan kepada yang terlibat.

Perlaksanaan persatuan dalam pendidikan khas lebih menumpukan kepada subjek yang diajar dalam bilik darjah agar ia dilaksanakan dalam masa yang telah dirancang atas sebab faktor kemampuan dan kehadiran murid dalam waktu luar sekolah. Penglibatan dalam persatuan di aplikasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Contohnya dalam subjek Kemahiran Hidup mewakili persatuan kemahiran hidup pendidikan khas. Perancangan aktiviti persatuan kemahiran hidup menyamai perancangan pengajaran harian seperti contoh di bawah: Rancangan Pengajaran Harian Kemahiran Hidup Tingkatan 1 Tarikh Masa Tingkatan Komponen Unit kandungan Hasil pembelajaran 1 Mei 2008 10.05 11.05 pagi 1 Zamrud Kemahiran Hidup 1.6 Jahitan a. Membaiki pakaian Aras 1:

Mengenal pasti alatan dan bahan jahitan Memasukkan benang menggunakan bantuan alat pembantu dengan cara yang betul. Dapat menjahit 3 baris jahitan jelujur kasar dengan betul.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 129 Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 3 Rancangan Pendidikan Individu Mata Pelajaran : Kemahiran Hidup ( Jahitan) Nama Guru : Cik Ainun Binti Mohd Zain Nama Murid : Fatin Nasuha Binti Hakim Tarikh : 12 April 1998 Jenis Kecacatan Autisme Tarikh Semakan : 12 April 2011 Tarikh Mula : 11 Mac 2011 Pengetahuan sedia ada : Fatin boleh mengenali jenis dan bahan alatan Matlamat : Fatin dapat mengenal alatan dan bahan jahitan serta dapat memasukkan benang ke dalam jarum. OBJEKTIF STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1. Guru menunjukkan alatan dan bahan jahitan seperti jarum,benang benang, kain perca dan laian-lain. PENILAIAN CATATAN Menyenaraikan 3 jenis alatan dan bahan jahitan Menyenaraikan 2 fungsi alat jahitan

1. Fatin dapat menamakan alatan dan bahan jahitan 2. Fatin dapat Memasukkan benang menggunakan bantuan alat pembantu dengan cara yang betul. 3. Fatin dapat menjahit 3 baris jahitan jelujur kasar dengan betul.

Jangka masa: 1 bulan 1. Lisan : bersoal jawab 2. Pemerhatian : Domain Psikomotor.

Fatin dianggap sudah berjaya sekiranya dapat membuat jahitan jelujur kasar sebanyak 80% TERUSKAN OBJEKTIF YANG BERIKUTNYA

2. Fatin menyatakan fungsi peralatan di atas dengan betul melalui bersoal jawab dengan guru.

Domain Afektif

Bincangkan bagaimanakah anda merancangkan aktiviti persatuan yang melibatkan pihak luar seperti NGO yang mewakili kategori keperluan khas si sekolah.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 130

PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan Jasmani merupakan satu subjek penting dalam kurikulum pendidikan formal dalam sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun matapelajaran pendidikan jasmani tidak diuji dalam peperiksaan awam di Malaysia, subjek ini nyata masih relevan kerana merupakan satu-satunya bidang pendidikan yang menekankan taksonomi jasmani yang tidak disentuh oleh matapelajaran-matapelajaran lain dalam hal berkaitan dengan empat taksonomi penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang sering diungkap oleh pihak kerajaan. Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, subjek ini menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan boleh dilakukan latihan amali yang dapat diketahui kelemahan murid seterusnya dapat meningkatkan kemampuan murid tersebut serta mampu menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah malah untuk sepanjang hayat. Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang akan menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat tersebut. Manakala pergerakan asas bermaksud proses yang memadu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah peningkatan kebolehan dalam pergerakan dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori iaitu pergerakan kreatif dan gimnastik. Menurut Gapor (2007), latihan sukan member tumpuan kepada aspek pembinaan fizikal dan kemahiran dan tujuan sesuatu latihan sukan diberikan adalah untuk membawa penyesuaian supaya membolehkan pemain meningkatkan keupayaan melakukan tugas khusus. Manakala Sufean (2005), Pendidikan jasmani adalah sesuatu aktiviti fizikal yang membawa kepada hasil pembangunan fizikal, termasuk pembangunan mental dan social individu. Pendidikan jasmani adalah berkaitan rapat dengan proses keseluruhan dalam hal seumur hidup seseorang, termasuk memberi sumbangan kepada pendidikan lain. Pendidikan Jasmani merangkumi unsure-unsur permainan dan sukan. Kedua-dua unsure ini adalah salah satu komponen kokurikulum Pendidikan jasmani disepadukan dengan kokurikulum Sukan dan permainan. Tujuan-tujuan pendidikan jasmani diadakan dalam kokurikulum adalah untuk membantu pelajarar mencapai pembangunan optimum yang membangunkan kemahiran pergerakan motor yang sesuai, bermula dari kemahiran moto asas ke tahap kemahiran sukan khusus. Selain itu, ia juga dapat membangun dan mengekalkan tahap fizikal yang sesuai untuk kesihatan pelajar. Dalam latihan amali, pendidikan jasmani ditekankan kerana ianya adalah asas kepada kebolehan, kelancaran, dan merangsang untuk kanak-kanak pendidikan khas melakukan aktiviti kokurikulum yang lain serta sukan. Selain itu, Pendidikan jasmani juga melatih kanak-kanak perdidikan khas untuk melatih pergerakan psikomoto.

JENIS-JENIS AKTIVITI
a.Pergerakan Asas Untuk melakukan latihan amali dalam subjek pendidikan jasmani, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Aktiviti yang dilakukan haruslah bersesuaian dengan kemampuan yang dimiliki oleh pelajar pendidikan khas supaya tidak mendatangkan masalah selepas latihan amali dilakukan. Jenis permainan dalam pendidikan khas yang dilaksanakan terbahagi kepada dua. Bagi

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 131 sekolah-sekolah program percantuman ataupun integrasi jenis permainan yang dilaksanakan untuk murid-murid khas adalah sama seperti yang dimainkan oleh pelajar normal. Ini adalah disebabkan majoriti pelajar di sekolah adalah pelajar normal. Begitu juga alat permainan yang digunakan adalah alat permainan yang biasa digunakan oleh pelajar normal. Adakalanya ianya member masalah kepada guru dan pelajar untuk menyesuaikan aktiviti yang dilakukan dengan alatan sukan yang ada. Faktor keselamatan dan kemampuan murid harus diberi keutamaan. Manakala bagi sekolah khas, hanya pelajar bermasalah penglihatan menggunakan jenis permainan yang berlainan. Walaupun memainkan permainan yang sama tetapi beberapa pengubahsuaian di rancang oleh guru dalam melaksanakan permainan ini seperti dalam permainan ping pong, bola sepak, catur dan karum. Sebagai contoh permainan yang menggunakan bola diletakan locek dalam bola tersebut supaya murid yang bermasalh penglihatan dapat mendengar dan mengagak pergerakkan bola tersebut. Begitu juga ubahsuaian dilakukan di dalam gimasium untuk peralatan yang diguanakan agar tidak membahayakan keselamatan pelajar. Pendidikan jasmani mempunyai tiga kategori aktiviti yang bersesuaian dengan muridmurid pendidikan khas untuk melakukan latihan amali. Kategori aktiviti tersebut adalah pergerakan asas, sukan dan permainan serta muzik dan gerakan. Pergerakan asas mempunyai tiga kemahiran yang akan dilalui dan dibuat latihan amali oleh murid pendidikan khas. Kemahiran pertama adalah kemahiran lokomotor, kemahiran bukan lokomotor dan pergerakan sumatif. Ketiga-tiga latihan ini akan dilatih oleh guru dan ianya penting kerana pergerakan asas ini adalah permulaan untuk murid-murid pendidikan khas untuk membuat aktiviti yang lebih aktif dan ianya dapat memberikan kesediaan dan dapat mengurangkan risiko kecederaan otot. Kemahiran lokomotor memerlukan individu bergerak melalui ruang iaitu dari satu tempat ke satu tempat yang lain. la dibahagikan kepada dua iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Contoh pergerakan asas lokomotor beritma sekata adalah seperti berjalan yang mana berjalan melibatkan pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain.Selain itu, berlari pula kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat daripada mencecah bumi. Menggunakan otot kaki untuk melakukan henjutan. Melompat dengan mendarat dengan dua kaki memerlukan pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan tolakan atau lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Hop dengan melakukan lompatan dan mendarat dengan sebelah kaki. Leap dengan melakukan lompatan serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki berselang-seli. Dan akhir sekali adalah meloncat iaitu ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai. Kemahiran Pergerakan Bukan Lokomotor merupakan pergerakan yang statik atau setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti seperti buka tutup, naik turun dan pusing putar. Pergerakan ini dilakukan tanpa menggerakkan dasar badab yang menyokong seseorang individu. Antaranya ialah pergerakan merenggang, memusing, membongkok menghayun, membangkit dan merebah. Pergerakan bukan lokomotor ini juga boleh juga untuk diklasifikasikan sebagai senaman regangan badan dan ianya lebih mudah serta senang untuk dilakukan.ianya lebig sesuai untuk murid-murid yang mempunyai pergerakan motor kasar yang lemah atau mempunyai kecacatan fizikal yang lain. Pergerakan manipulatif adalah kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali dan gelang getah (squaid). Disini adalah penggunaan alatan yang mudah dan boleh digunaka atau dimanipulasikan terhadap pelbagai

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 132 jenis permainan dan ianya boleh ditentukan oleh guru sendiri untuk mereka cipta aktiviti supaya bersesuaian dengan kemahiran asas sukan Ianya bertujuan untuk memberi kesediaan tubuh badan dan memperkenalkan pergerakan asas dalam sesuatu sukan. Murid akan lebih bersedia dan akan mudah memahami tektik dan pergerakan yang perlu dilakukan semasa bermain sukan tertentu. Ianya juga boleh dijadikan sebagai set induksi dan aktiviti pemanasan badan untuk mempelajari atau bermain jenis sukan. Peralatan yang digunakan adalah peralatan asas yang memerlukan idea guru untuk mencipta pergerakan dan aktiviti yang bersesuaian dengan sukan yang dipilih. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan kon dan bola untuk dibuat garisan lurus. Murid akan menggelecek bola tersebut menyilangi garisan kon. Ini dapat dibuat latihan amali kepada murid untuk bermain bola yang sebenar sementara murid dapat mepelajari dan memahirkan lagi teknik menggelecek bola tersebut.

Muzik Dan Gerakan Dalam Pendidikan Khas


Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah disebut oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun kadangkala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze, bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan, dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka. Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.Melalui apa yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan telah dapat member banyak perangsang dan peluang kepada kanak-kanak di dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari dalam diri kanak-kanak tersebut telah memudahkan guru-guru prasekolah untuk mengenalpastiseterusnya membimbing setiap perlakuan kanak-kanak tersebut. Seni kinestetik- Pergerakan kreatif didalam muzik adalah seni kinestatik. Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senangdan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkanperanan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapatpengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantupertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu merekamemahami konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberikesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 133 mengamalkannilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budayamasyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa.Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalammuzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada dirimurid.Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSRpelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,strategi dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaranseperti teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan, PembelajaranMasteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran Belajar. Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh, kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsurunsur keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota tubuh badan yang lain. Senaraikan lima (5) faedah daripada aktiviti muzik dan gerakan dalam pendidikan khas a. _________________________________________ b. _________________________________________ c. _________________________________________ d. _________________________________________ e. _________________________________________

RUMUSAN
Latihan amali adalah merupakan satu pengajian teori yang menekankan aspek kemahiran yang cekap dan produktif bagi melahirkan pelajar yang berkemampuan serta mempunyai daya saing dalam kerjaya, bidang akademik mahupun bukan akademik dengan semangat serta penampilan profesional yang tinggi. Latihan amali sangat penting dalam meningkatkan pengetahuan pelajar, yang mana ia dapat memberikan pendedahan yang lebih mendalam dan baru kepada pelajar secara lebih praktikal lagi berbanding latihan-latihan yang disediakan semasa aktiviti

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 134 pengajaran di dalam kelas biasa. Melalui latihan amali yang dijalankan pelajar memperolehi ilmu secara terus dan dapat menimba seberapa banyak ilmu pengetahuan serta kemahiran semasa mereka menjalani latihan amali. Selain itu, latihan amlai juga dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan teori yang dijalankan dalam menjalankan sesuatu tugas. Oleh hal yang demikian, apabila pelajar mengaplikasikan latihan amali ia dapat meningkatkan kemahiran, daya krativiti dan inovasi pelajar dalam pemantapan dan pemgembangan imlu pengetahuan.

Rujukan
Buku Sumber Sains Sukan, Tingkatan 4 dan 5. PPK, Kementerian Pelajaran Malaysia. Cai Ming Xu. 1990. Table Tennis, Wan Li Book Shop, Guang Dong People Press Ltd, China. ENGLISH SCHOOLS TABLE TENNIS ASSOCIATION. Diperoleh pada November 15, 2011 daripada http://www.estta.org.uk/ development.html) Glenn Tepper. (2003). ITTF Level 1 Coaching Manual. International Table Tennis, Federation. Haji Gapor 2007, Kejurulatihan Dan Sains Sukan, Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd, Kuala Lumpur. International Table Tennis Federation (2003). Breaking Down Barriers (Of Poverty, Injustice, Aids, Drugs, Alcohol) With Table Tennis Balls!. ITTF. Ismail Zam Zam (1993), Organisasi dan Kepimpinan untuk Persatuan dan Kelab Sekolah. Fajar Bakti, Kuala Lumpur. Lee Chin Choy. (1991). Ping Pong, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Mok Soon Sang, 2008, Pengurusan Kokurikulum Dan Sukan. Penerbit Multimedis Sdn. Bhd, Perak. Ramlan Abdul Wahab, 2004. Panduan Pengurusan Kokurikulum di Sekolah. Banter Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Sen Wu. (1992). Panduan Pengajaran Ping Pong Dengan Ilustrasi, Wu Ling Press Ltd. Sufean 2005, Pentadbiran dalam Perbangunan pendidikan, PTS Professional Sdn. Bhd, Pahang. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Semasa-PPK Tahun 2002.