Anda di halaman 1dari 15

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 157

UNIT PELAJARAN 9
AKTIVITI REKREASI HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan definisi dan konsep ko-kurikulum dan rekreasi. 2. Menjelaskan definisi dan konsep kokurikulum dan rekreasi bagi murid berkeperluan khas. PENGENALAN Rekreasi merupakan suatu aktiviti yang biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang mana tujuannya adalah untuk menyegarkan minda dan tubuh badan. Aktiviti rekreasi biasanya dilakukan di luar rumah atau di luar sekolah. Aktiviti rekreasi boleh terdiri daripada pelbagai jenis aktiviti seperti rekreasi dalaman (indoor recreation) contohnya boling, rekreasi luaran (outdoor recreation) contohnya memanjat gunung, rekreasi kesihatan seperti yoga dan rekreasi komersial seperti karaoke dan terdapat beberapa jenis rekreasi lagi. Aktiviti rekreasi tidak terhad kepada manamana individu tidak kira usia, latar belakang pendidikan, kaum dan keupayaan kerana semua individu berhak melakukannya. Oleh kerana itu, sesuatu aktiviti rekreasi tidak tertumpu kepada sesuatu golongan sahaja dan orang kelainan upaya (OKU) juga berhak melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi. Walaupun mereka OKU tetapi mereka masih boleh berekreasi mengikut kemampuan dan cita rasa masing-masing. Antara aktiviti rekreasi yang biasa menjadi pilihan ramai adalah seperti berkelah, memancing, bermain boling, melancong dan sebagainya. Menurut Akta Orang Kurang Upaya 2008, Akses kepada rekreasi, santai dan sukan 32 (1) orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk menyertai rekreasi, santai dan sukan atas asas kesetaraan dengan orang upaya tetapi tertakluk kepada kewujudan atau kemunculan apa-apa keadaan yang boleh membahayakan keselamatan orang kurang upaya. (2) Majlis hendaklah mengambil langkah yang sesuai:a) untuk menggalakkan penyertaan, ke tahap setinggi mungkin, orang kurang upaya dalam aktiviti sukan utama pada semua peringkat. b) untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai peluang untuk menganjurkan, membangunkan, dan menyertai aktiviti sukan dan rekreasi khusus untuk orang kurang upaya dan, bagi tujuan ini, menggalakkan pengadaan, atas asas kesetaraan dengan orang upaya, tunjuk ajar, latihan dan sumber yang sesuai. c) untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai akses ke tempat sukan, rekreasi dan pelancongan. d) untuk memastikan bahawa kanak-kanak kurang upaya mempunyai akses setara dengan kanak-kanak upaya lain kepada penyertaan dalam aktiviti permainan, rekreasi dan santai serta sukan termasuk aktiviti dalam sistem persekolahan; dan

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 158

e) untuk memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai akses kepada perkhidmatan daripada mereka yang terlibat dalam penganjuran aktiviti rekreasi, santai, sukan dan pelancongan.

DEFINISI
Rekreasi berasal dari perkataan bahasa Latin iaitu recreatio iaitu merujuk kepada pengembalian dan pemulihan kesihatan (Torkildsen, 1992). Rekreasi juga adalah aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperoleh keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, rekreasi ialah kegiatan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran seperti beristirahat dan menghiburkan hati serta beriadah. Menurut Kamus Wikipedia pula, rekreasi atau re-creare dalam bahasa Latin ialah penggunaan masa lapang untuk keseronokan bersama keluarga atau aktiviti yang bukan melibatkan kerja. Aktiviti rekreasi biasanya akan menyegarkan badan dan minda. Selain itu, rekreasi juga didefinisikan sebagai aktiviti terancang yang digunakan bagi masa lapang, contohnya perkhemahan, rock climbing, scuba diving, abseiling dan jungle tracking. Kathleen dan Hilmi Ibrahim (1999) pula menyatakan bahawa rekreasi merujuk kepada penyertaan secara sukarela dalam aktiviti riadah yang bermakna dan menyeronokkan dan jika menurut Edington et al quoted Kraus (1990), rekreasi merujuk kepada as an activity that is engages in during ones free time, is pleasurable and which has socially redeeming qualities Webster's Third New International Dictionary menyifatkan rekreasi sebagai suatu aktiviti persekitaran untuk menggantikan dan menghidupkan suasana yang menyeronokkan setelah letih bekerja atau mengurangkan kebimbangan dengan mengubah haluan aktiviti dan perbuatan seperti bermain dan berhibur. Ford (1981) mendifinisikan rekreasi sebagai program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada dan rekreasi juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu dan sikap. Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan jika menurut Knapp (1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan. Rekreasi dalam pendidikan khas pula bermaksud suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah yang memerlukan pelajar menglibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti interaksi bebas.

REKREASI DALAM PENDIDIKAN KHAS


Menjelang separuh kedua abad ke-20, orang kurang upaya tidak lagi tinggal di institusi besar seperti hospital mental. Perkembangan dalam perubatan dan teknologi, perubahan dalam amalan sekolah awam, penerimaan dan laluan oleh orang awam membolehkan undang-undang membantu orang kurang upaya kembali dan tinggal di rumah masing-masing. Apabila masyarakat mula memberi perhatian terhadap rekreasi yang tertumpu kepada kepentingan orang-orang yang mempunyai keperluan khas, maka pergerakan rekreasi khas telah dimulakan. Rekreasi khas merupakan perkhidmatan rekreasi yang berlaku dalam persekitaran masyarakat awam untuk memberikan keseronokan dan untuk mencabar serta memperkayakan rakyat dan bukannya untuk berkhidmat sebagai modaliti rawatan.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 159

Penggubalan Akta Kesihatan Mental 1962. Dengan memasukkan konsep Penginstitusian semula (deinstitutionalization) memberi ruang dan kuasa kepada institusiinstitusi tersebut dipecahkan kepada 3 jenis iaitu hospital dan pusat pemulihan bagi orang yang kurang upaya fizikal, hospital bagi orang yang sakit mental dan sekolah khas bagi ketidakupayaan perkembangan melaksanakan tanggungjawab terhadap rekreasi golongan istimewa ini. Deinstutionalization bermaksud satu trend jangka panjang di mana proses untuk mengurangkan pesakit tinggal di hospital mental dan pengurangan perkhidmatan rawatan kesihatan mental yang diberikan di hospital-hospital awam. Deinstitutionalization ini bermula di mana orang kurang upaya mental keluar dari hospital besar dan kembali ke dalam masyarakat. Ibu bapa yang diberi galakan untuk meletakkan anak-anak mereka yang mengalami ketidakupayaan yang teruk ke dalam institusi-institusi seperti hospital mental, mula untuk menjaga mereka di rumah. Peningkatan bilangan orang kurang upaya yang tinggal di rumah menyebabkan agensi-agensi masyarakat mula menerima permintaan untuk menyediakan perkhidmatan berasaskan aktiviti-aktiviti rekreasi. Keperluan rekerasi disokong lagi oleh Akta Kurang Upaya Amerika tahun 1990 menuntut agensi-agensi kerajaan untuk memberi perkhidmatan mereka kepada orang-orang yang mempunyai keperluan khas dengan melakukan perkara-perkara seperti: i. menghapuskan halangan seni bina. ii. menyediakan alat bantuan untuk membantu orang kurang upaya berekreasi. iii. menyediakan alat-alat komunikasi. iv. menyediakan pengangkutan awam yang boleh diakses. v. Melarang diskriminasi pekerjaan Antara program-program yang terdapat dalam rekreasi khusus adalah: i. perkhemahan rekreasi khas dan program lasak ii. sukan Paralimpik iii. kesenian - VSA arts - teater kebangsaan bagi orang pekak Perkhemahan rekreasi khas kini terdapat di kebanyakan negeri-negeri Amerika dan wilayah-wilayah Kanada. Peluang perkhemahan termasuklah hari kem yang boleh diakses oleh orang kurang upaya yang ditawarkan di kawasan rekreasi tempatan dan agensi-agensi rekreasi, kem-kem khusus iaitu kem yang menjurus kepada kecacatan tertentu dan kem yang terletak di kawasan persekitaran semula jadi. Akses adalah berbeza-beza dalam setiap tetapan tersebut. Antara program yang penting ialah Pusat Sukan Negara untuk Kurang Upaya (NSCD). NSCD diasaskan pada tahun 1970 di Winter Park, Colorado, apabila kanak-kanak yang kudung tangan dibawa dari Hospital di Denver untuk bermain ski. NSCD kini menawarkan pelbagai sukan musim sejuk, mengembara di laluan gunung dan bermain di padang golf. Pusat tersebut menyediakan kakitangan yang terlatih dan peralatan yang telah diadaptasikan untuk kemudahan orang kurang upaya.

Jelaskan definisi dan konsep rekreasi dalam pendidikan khas yang diamalkan di Malaysia.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 160

JENIS-JENIS REKREASI
Terdapat pelbagai jenis rekreasi yang ada. Namun, terdapat dua jenis aktiviti rekreasi untuk individu yang kelainan upaya. Dua jenis rekreasi tersebut adalah rekreasi teraputik dan juga rekreasi inklusif.

a.Rekreasi teraputik
Rekreasi teraputik secara umumnya ditafsirkan sebagai sebarang perkhidmatan rekreasi yang diberikan kepada individu yang mempunyai kelainan upaya dari segi mental atau fizikal, sama ada ianya dilakukan di hospital atau dalam kalangan masyarakat yang bertujuan sebagai rawatan atau pengalaman yang menyeronokkan. Konsep rekreasi teraputik yang lebih luas adalah suatu khidmat masyarakat yang dijalankan terhadap orang kurang upaya sama ada orang dewasa dan juga kanak-kanak. Tujuan rekreasi terapeutik adalah untuk memudahkan pembangunan, penyelenggaraan dan ungkapan rekreasi yang sesuai dengan gaya hidup individu yang mempunyai batasan fizikal, mental, emosi, dan sosial yang terhad. ( National Therapeutic Recreation Society, 1982). Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam rekreasi teraputik. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sukan, seni drama, permainan dan seni kraf untuk membantu pesakit supaya dapat membangunkan hubungan interpersonal, bersosial dengan berkesan, dan untuk membina keyakinan diri dengan cara mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan. Aktiviti rekreasi akan diketuai oleh kumpulan profesional dalam menjalankan aktiviti. Mereka akan mengawal kandungan program mengikut keupayaan, keperluan dan kepentingan pesakit. Selain itu, mereka mengajar pesakit teknik bersantai, seperti menarik nafas panjang, memberi tumpuan, dan aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk mengurangkan tekanan dan ketegangan. Di samping itu juga, kumpulan profesional ini juga mengarahkan pesakit membuat gerakan badan, senaman regangan dan limbering, bersukan sama ada secara individu atau berkumpulan. Mereka juga menggalakkan pesakit untuk membuat aktiviti riadah. Tambahan lagi, kumpulan profesional ini menganjurkan dan menyelaraskan aktiviti jalan khas dan mengiringi pesakit bersiar-siar, seperti bermain bola, berjalan-jalan, atau berkelah untuk membuat pesakit menyedari tentang sumber-sumber yang sedia ada untuk melakukan aktiviti rekreasi. Selain itu, kumpulan profesional ini juga perlu menyediakan carta kemajuan dan laporan berkala bagi kakitangan perubatan dan ahli-ahli pasukan rawatan yang lain bagi mengetahui kemajuan atau peningkatan yang berlaku selepas melakukan aktiviti rekreasi teraputik. Maklumat yang diperoleh akan digunakan ketika membuat penilaian. Tugas lain kumpulan profesional ini ialah mereka boleh menyelia dan menjalankan latihan dalam perkhidmatan kakitangan lain, mengkaji semula penilaian dan matlamat program mereka, dan berunding dengan mereka ke atas kes-kes terpilih. Rekreasi terapi melibatkan satu proses yang menggunakan aktiviti rekreasi untuk mempersiapkan diri atau memulihkan kebolehan berfungsi, yang menyumbang kepada perubahan tingkah laku. Proses ini melibatkan penilaian, perancangan, pelaksanaan, dan evaluasi. Proses pertama dalam rekreasi teraputik ialah proses penilaian. Penilaian dilakukan secara individu, dalam proses ini ahli terapi akan mengumpulkan maklumat mengenai kanakkanak berkeperluan khas tersebut. Antara maklumat yang dikumpulkan adalah mengenai kegiatan mereka ketika waktu lapang yang lalu serta pengalaman mereka bersama keluarga

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 161

atau kanak-kanak lain. Selain itu, maklumat mengenai fungsi fizikal, kognitif, emosi, dan sosial kanak-kanak, khususnya dari segi penyertaan aktiviti masa lapang juga diperlukan. Tempat kanak-kanak bermain dengan lebih kerap sama ada rumah, sekolah atau dalam masyarakat. Di samping itu, maklumat tentang permainan yang selalu dimainkan oleh kanak-kanak tersebut serta pemerhatian terhadap mereka sama ada lebih suka terhadap satu permainan atau melakukan aktiviti dengan yang lain juga diperlukan. Cara komunikasi yang kanak-kanak suka dan cara kanak-kanak berinteraksi dengan bahan-bahan mainan (memanipulasi) perlu diambil kira. Kemahiran yang dimiliki oleh kanak-kanak seperti wang pengendalian, pengangkutan, masa memberitahu, pergi ke tandas, dan lain-lain. Seterusnya adalah jangkaan ibu bapa dalam visi, matlamat dan objektif untuk kanak-kanak terlibat dalam gaya hidup rekreasi. Proses kedua adalah perancangan. Dari maklumat yang dikumpulkan semasa penilaian, satu aktiviti akan direka khusus untuk kanak-kanak tersebut mengikut ketidakupayaan. Kanakkanak berkeperluan khas tersebut akan mempunyai matlamat dan objektif yang khusus untuk menangani keperluan khusus mereka. Aktiviti yang mampu menarik minat kanak-kanak berkeperluan khas akan dianalisis dan dipecahkan kepada beberapa komponen. Komponen tersebut dikaji untuk menentukan bagaimana aktiviti itu akan menyumbang kepada rawatan yang dilakukan tercapai. Selepas aktiviti rekreasi itu direka dan dianalisis keberkesanannya, proses pelaksanaan akan dilakukan. Seterusnya adalah proses evaluasi atau penilaian. Penilaian ini dilakukan untuk mengetahui sama ada matlamat dan objektif yang dibuat tercapai atau tidak melalui aktiviti yang dilakukan. Dalam proses penilaian ini juga perlu melibatkan pengubahsuaian dalam aktiviti untuk menyokong fizikal, kognitif, sosial dan matlamat dengan lebih baik.

B. REKREASI INKLUSIF
Kanak-kanak berkeperluan khas cenderung untuk tertarik dan bersosial dengan individu lain yang serupa dengan diri mereka sendiri. Program rekreasi inklusif menawarkan peluang kepada kanak-kanak berkeperluan khas untuk bergaul dan bersama-sama menyertai dalam persekitaran dan aktiviti-aktiviti yang tidak mengancam. Rekreasi inklusif berlaku apabila kanakkanak berkeperluan khas mempunyai tahap kebolehan yang hampir sama mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi bersama-sama dalam usaha untuk mengurangkan halangan masa lapang dengan menggunakan kaedah penyesuaian dan pengubahsuaian. Contohnya dengan meratakan padang permainan, kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai peluang untuk penerimaan sosial yang lebih besar (Devine & Wilhite, 2000). Rekreasi inklusif amat penting terutama bagi kanak-kanak berkeperluan khas. Kanakkanak kurang berkeperluan khas kadang-kadang menghadapi kesukaran terbesar mereka disebabkan oleh pengasingan sosial akibat dari ketidakupayaan mereka. Kanak-kanak belajar dari satu sama lain dan apabila kanak-kanak normal berkawan dengan kanak-kanak berkeperluan khas pada usia muda, mereka lebih menerima mereka serta kebolehan mereka yang unik setiap individu. Inklusif dapat membantu kanak-kanak berkeperluan khas merasakan seolah-olah mereka dapat menyesuaikan diri dan merupakan sebahagian daripada masyarakat. Ia memudahkan proses kanak-kanak berkeperluan khas mengetahui peranan mereka dalam masyarakat (Schleien, Ray & Green, 1997).

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 162

Aktiviti rekreasi inklusif juga boleh memberi motivasi kepada kanak-kanak berkeperluan khas secara tidak langsung dengan cara yang ibu bapa atau penjaga tidak boleh lakukannya. Motivasi tersebut berlaku secara dalam diri kanak-kanak itu sendiri. Semasa bermain, kanakkanak kurang berkeperluan khas sering meniru tingkah laku kanak-kanak normal yang menjadi contoh bagi mereka. Rekreasi inklusif menyediakan kanak-kanak berkeperluan khas peluang untuk berinteraksi, persahabatan, model peranan Peer, komunikasi kemahiran, kecergasan fizikal, harga diri, tekanan pengurusan, mengurangkan kesepian, membangunkan kemahiran lapang. (FPG Pusat Pembangunan Kanak-Kanak, 1997). Rekreasi inklusif menyediakan penyesuaian aktiviti supaya kanak-kanak yang mempunyai pelbagai tahap keupayaan boleh menyertainya berbanding dengan rekreasi khas. Rekreasi khas menyediakan tempat penginapan khas untuk individu kurang upaya. Oleh kerana keupayaan unik dan keperluan individu yang kurang upaya, program itu biasanya diasingkan daripada kumpulan yang normal (Bullock & Mahon, 1997). Rekreasi untuk kanak-kanak berkeperluan khas tidak perlu terhad kepada rekreasi khas atau program rekreasi yang khusus sahaja. Program tersebut harus digunakan sebagai batu loncatan untuk dimasukkan. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, riadah adalah cara untuk mengejar kebebasan dan pada masa yang sama untuk membaiki kualiti hidup mereka. Aktiviti fizikal boleh memberi manfaat kepada individu bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi dari segi psikologi dan sosial. Aktiviti fizikal yang dijalankan tidak perlu aktiviti yang berat dan sukar tetapi aktiviti tersebut haruslah yang memberi pengalaman secara aktif. Aktiviti rekreasi membuat semua individu mempunyai kualiti hidup yang lebih baik dan membantu mencapai rasa berpuas hati dengan hidup. Kanak-kanak berkeperluan khas terutamanya mendapat manfaat daripada kegiatan waktu lapang mereka apabila digunakan untuk mengekalkan atau meningkatkan tahap kemahiran mereka. Aktiviti rekreasi boleh membantu merapatkan jurang kekurangan dalam tetapan kerja, sosial atau ketika di rumah. Selain itu, aktiviti rekreasi juga merupakan salah satu aspek untuk mendapatkan kesihatan yang optimum. Di samping itu juga, aktiviti rekreasi adalah penting untuk semua orang, tetapi lebih utama ianya penting untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

KEPENTINGAN AKTIVITI REKREASI


Aktiviti rekreasi merupakan antara aktiviti yang dapat memberi banyak faedah kepada semua terutamanya mereka yang kurang upaya. Pemilihan aktiviti rekreasi membolehkan seseorang itu menikmati dan memenuhi keperluan yang diperlukan oleh mereka. Walaupun terdapat sikap memandang rendah akan kebolehan orang kurang upaya dalam menyertai aktiviti rekreasi dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat yang selalunya, menganggap bahawa OKU tidak mampu untuk melakukan rekreasi yang disebabkan ketidakupayaan yang dimiliki. Selain itu, tanggapan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa penglibatan OKU dalam sesuatu program rekreasi memerlukan satu proses yang merumitkan. Selain itu, menurut Ayvazoglu, Ratliffe & Kozub (2004), individu kurang upaya cenderung untuk hidup gaya hidup tidak aktif. Sebenarnya, individu yang kurang upaya menerima faedah yang sama dalam menyertai aktivitiaktiviti rekreasi dan mereka lebih memerlukannya. Terdapat beberapa faedah yang boleh didapati oleh murid kurang upaya dalam aktiviti rekreasi. a.Meningkatkan tahap kesihatan Selain memiliki ketidakupayaan, kebanyakan OKU tidak terlepas dengan masalah kesihatan. Hal ini demikian kerana, golongan OKU lebih terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 163

kerana kurangnya penglibatan mereka dalam aktiviti fizikal. Oleh itu, penglibatan OKU dalam rekreasi sangat penting terhadap kesihatan fizikal dan mental mereka. b.Kesihatan fizikal Penglibatan aktiviti rekreasi pada waktu lapang juga membolehkan tahap kesihatan mereka yang kurang upaya dapat ditingkatkan. Hal ini demikian kerana, penglibatan dalam aktiviti fizikal yang kerap dapat mengurangkan risiko menghadapi masalah kesihatan. Sekiranya, seseorang itu tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan aktiviti yang aktif, memadai dengan melibatkan diri dengan aktiviti pasif yang memerlukan banyak pergerakan. Yoder, Nelson dan Smith (1989), menyatakan bahawa aktiviti memasak secara berkumpulan adalah baik untuk peserta kerana aktiviti ini memerlukan pelbagai pergerakan. Contoh seperti ini boleh diaplikasikan dalam aktiviti perkhemahan yang melibatkan mereka yang kurang upaya. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti rekreasi ini dapat menghindarkan diri daripada masalah kesihatan yang selalu dihadapi dalam kalangan masyarakat terutamanya kepada mereka yang kurang upaya. Antara kesan positif yang dapat diperoleh apabila melakukan rekreasi ialah dapat menghindari diri daripada masalah kesihatan seperti kegemukan, sakit jantung, pengurangan tekanan darah, mengurangkan masalah kencing manis dan sebagainya. Lazimnya, masalah obesiti lebih berkait dengan kekurangan aktiviti fizikal berbanding dengan pengambilan kalori (Welk & Blair, 2000). Seterusnya, aktiviti fizikal yang sederhana juga dapat mengelakkan seseorang itu menghadapi masalah kardiovaskular atau masalah jantung. Hal ini demikian kerana, menurut Associated Press (2002), aktiviti fizikal yang sederhana dapat mengubah saiz dan ketumpatan protein yang menyebabkan kerosakan kepada sistem kardiovaskular. Berdasarkan kenyataan tersebut menunjukkan penglibatan dalam aktiviti rekreasi terutamanya oleh mereka yang kurang upaya penting untuk mengelakkan diri daripada masalah kesihatan terutamanya penyakit kronik. Selain itu, penglibatan mereka yang kurang upaya dalam aktiviti rekreasi dapat meningkatkan kemahiran motor kasar mereka ketika aktiviti fizikal dilakukan. Sebenarnya, kemahiran motor kasar merupakan kemahiran otot-otot kasar atau besar yang melibatkan banyak perkara. Kanak-kanak yang berkeperluan khas mempunyai kekurangan dalam keupayaan untuk melakukan pergerakan fizikal dengan betul. Tetapi, sekiranya penglibatan mereka secara berterusan dalam aktiviti rekreasi membolehkan kemahiran ini dapat ditingkatkan. c.Kesihatan mental Kebiasaannya, aktiviti fizikal semasa rekreasi dapat mengurangkan masalah kesihatan mental yang dihadapi dan membolehkan seseorang individu itu menghadapi kehidupan seharian mereka dengan lebih baik. Banyak kajian menunjukkan kesan positif aktiviti rekreasi terhadap kesihatan mental iaitu mengurangkan kemurungan dan menghilangkan tekanan dan meningkatkan kualiti hidup dengan pelbagai cara. Kesihatan mental memainkan peranan penting dalam kalangan mereka yang kurang upaya, kerana kesihatan mental yang tidak stabil menyebabkan pelbagai masalah akan berlaku. Hal ini demikian kerana, kebanyakan orang kurang upaya mudah untuk menghadapi masalah kemurungan dan tertekan akibat daripada sikap masyarakat di sekeliling mereka yang memandang rendah akan ketidakupayaan yang dimiliki oleh mereka. Seterusnya, penglibatan OKU dalam aktiviti rekreasi mampu untuk membantu mereka yang mempunyai masalah depression atau kemurungan terutamanya dalam kalangan OKU yang merupakan antara penyakit mental yang dihadapi dalam pelbagai bentuk. Menurut Morgan (1994), kanak-kanak yang tertekan atau mempunyai masalah emosi akan mendapat

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 164

manfaat melalui aktiviti fizikal yang berterusan dan mengurangkan masalah kemurungan. Simptom-simptom awal, seseorang itu menghadapi masalah ini ialah perasaan kesepian, putus asa, sentiasa kesedihan dan kurang minat dalam aktiviti-aktiviti yang berada di sekeliling mereka. Penglibatan OKU yang mempunyai masalah ini dalam rekreasi dapat mengurangkan kesepian dan keterasingan serta semua faktor yang menyumbangkan kepada kewujudan masalah ini. Hal ini demikian kerana, aktiviti rekreasi menyediakan suasana sosial yang menarik dan dapat menghilangkan masalah yang sedang dihadapi. Aktiviti rekreasi luar dapat mengembalikan mental untuk meningkatkan mood positif yang dikaitkan dengan peningkatan harga diri, mengurangkan masalah kemurungan dan mengurangkan kadar bunuh diri (Tarrant et al , 1994). Seterusnya, aktiviti rekreasi juga dapat menghilangkan stress dalam kalangan murid berkeperluan khas. Hal ini demikian kerana, setelah mereka tertarik atau terleka dengan program rekreasi yang mereka ikuti, masalah yang memberi tekanan kepada mereka dapat dilupakan. Oleh itu, masalah tekanan yang dihadapi oleh mereka selama ini dapat dikurangkan sedikit demi sedikit. Masalah tekanan yang dihadapi mungkin dapat diatasi sepenuhnya sekiranya penglibatan murid berkeperluan khas dalam program rekreasi adalah berterusan. d.Komunikasi dan social Penglibatan kanak-kanak kurang upaya dalam aktiviti rekreasi turut memberikan kesan terhadap kemahiran komunikasi dan sosial. Kebanyakan kanak-kanak yang kurang upaya selalunya sering terlepas dengan aktiviti sosial dan situasi seperti ini menghalang kemampuan untuk meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. Oleh itu, penyertaan mereka dalam rekreasi ini membolehkan mereka dapat melibatkan diri dalam interaksi sosial dan meningkatkan hubungan persahabatan. Hal ini demikian kerana, terdapat mereka yang kurang upaya selama ini merupakan seorang yang pendiam dan selepas terlibat dengan aktiviti sukan rekreasi berubah kepada seorang yang mudah didekati dan mudah berkomunikasi dengannya. Rekreasi merupakan satu langkah untuk pelajar berkeperluan khas meningkatkan interaksi sosial mereka yang selama ini tidak dapat berkembang kerana kurangnya penglibatan mereka dalam program-program yang boleh meningkatkan interaksi sosial mereka. Menurut Mohan, et.al (2000), integrasi sosial dan kualiti hidup adalah faedah positif program komuniti ketika waktu lapang yang membolehkan interaksi antara individu kurang upaya intelek dan rakan-rakan mereka yang tidak kurang upaya. Penglibatan dalam rekreasi membolehkan mereka mengenali di antara satu sama lain dan menceritakan pengalaman mereka sebagai seorang yang kurang upaya. Perkongsian pengalaman dan maklumat membolehkan orang di sekeliling mereka sama ada OKU atau tidak dapat saling mengenali masalah ketidakupayaan yang dihadapi oleh OKU tersebut. Selain itu, kemahiran komunikasi dan sosial dalam kalangan pelajar berkeperluan khas dapat ditingkatkan melalui aktiviti rekreasi inklusif yang merupakan aktiviti rekreasi yang melibatkan mereka yang berkeperluan khas dengan mereka yang normal dalam satu aktiviti rekreasi. Program aktiviti rekreasi ini membolehkan kemahiran sosial antara pelajar bekeperluan khas dengan pelajar normal dapat ditingkatkan dan dapat mengurangkan masalah diskriminasi mereka yang kurang upaya.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 165

e.Pembelajaran Rekreasi yang melibatkan pelajar berkeperluan khas dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang baru kepada mereka. Hal ini demikian kerana, pelajar yang teruja dengan aktiviti rekreasi menyebabkan individu tersebut mempunyai gaya personaliti pembelajaran tertentu, motivasi dan harapan tentang pengalaman untuk ditetapkan. Seterusnya, berhadapan dengan persekitaran tertentu juga dapat menggalakkan pengalaman pembelajaran. Pengalaman pembelajaran yang dimaksudkan ialah pembelajaran motor, memahami arahan permainan atau melaksanakan sesuatu kemahiran. Seterusnya, pengalaman yang diperoleh oleh mereka semasa aktiviti rekreasi membolehkan mereka mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran yang sebelum ini tidak diketahui oleh mereka dapat diketahui setelah menyertai rekreasi yang dijalankan. Menurut Roggenbuck. Loonis & Dagostino (1991), menyertai aktiviti rekreasi menyebabkan perubahan tingkah laku dan kemahiran pembelajaran, memori visual langsung, maklumat (fakta) pembelajaran, konsep pembelajaran, pembelajaran skema, pembelajaran metakognisi dan sikap serta pembelajaran nilai. Pembelajaran yang diperoleh dalam rekreasi dapat meningkatkan kualiti hidup mereka yang kurang upaya ini setanding dengan mereka yang normal. Hal ini demikian kerana, setiap kemahiran yang dipelajari sepanjang berekreasi dapat membuktikan kebolehan mereka untuk berdikari dalam hidup mereka tanpa bantuan masyarakat di sekeliling. Selain itu, dengan menggunakan kawasan rekreasi atau taman permainan sebagai medium untuk belajar adalah satu langkah yang terbaik untuk menjadikan pelajar lebih berminat dan seronok untuk belajar. Kawasan rekreasi yang melibatkan alam sekitar membolehkan murid berkeperluan khas ini dipupuk untuk menghargai dan tertarik dengan alam sekitar. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak yang tertarik dengan pendidikan alam semula jadi dapat dijadikan sebagai batu loncatan untuk mereka menceburi pelbagai bidang. Menurut ahli biologi EO Wilson, kanak-kanak secara semula jadi biophilic atau tertarik dengan hidupan liar. e.Psikologi Aktiviti rekreasi turut memberi kesan psikologi terhadap mereka yang terlibat. Harga diri dan imej diri yang positif dapat dicapai melalui pemilihan gaya hidup dengan memilih aktiviti-aktiviti rekreasi yang dapat mengawal perasaan dalam kehidupan seseorang. Peningkatan sesuatu tahap kemahiran dan kejayaan yang dicapai dalam aktiviti rekreasi dapat membina keyakinan diri dan harga diri yang seterusnya memberi kesan kepada aspek lain dalam kehidupan seseorang. Kajian menunjukkan bahawa penyertaan aktif dalam aktiviti rekreasi dapat membantu memperbaiki diri. Berdasarkan kajian ini, menunjukkan betapa pentingnya rekreasi terhadap murid berkeperluan khas. Menurut Lander (1997), hubung kait yang positif antara aktiviti fizikal dan peningkatan konsep kendiri atau harga diri telah dikenal pasti dalam beberapa ulasan kajian. Peningkatan ini adalah lebih besar kepada mereka yang kurang upaya. Selain itu, aktiviti rekreasi ini juga dapat memberi kesan terhadap perkembangan spiritual dan personaliti. Penglibatan murid berkeperluan khas dalam aktiviti rekreasi dapat memperkukuhkan lagi ekspresi diri dan identiti positif melalui penyertaan dalam aktiviti rekreasi. Sebenarnya, aktiviti rekreasi dapat membantu meneroka semangat dalaman dan ekspresi diri, mewujudkan tingkah laku dan identiti baru. Aktiviti bersiar-siar dapat menimbulkan keseronokan dan mengukuhkan hubungan kekeluargaan terutamanya yang melibatkan mereka yang kurang

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 166

upaya. Hal ini demikian kerana, terdapat keluarga yang tidak dapat menerima kehadiran ahli keluarga mereka yang kurang upaya. Oleh itu, melalui aktiviti ini hubungan antara ahli keluarga dengan ahli keluarga yang kurang upaya dapat diubah. Sikap tidak menerima mereka yang kurang upaya dapat diatasi. Menurut Driver et al (1991), mental dapat berfungsi dengan lebih baik, meningkatkan kesedaran diri, penjelasan nilai dapat diperoleh atau ditingkatkan melalui kaji diri, penglibatan kreatif, perasaan spiritual yang baru adalah antara rekod kajian faedah rekreasi yang dapat membangunkan dan meningkatkan sistem sosial.

MASALAH YANG REKREASI

DIHADAPI

OLEH

GOLONGAN

OKU

DALAM

Masalah yang pertama ialah bahagian struktur. Bahagian ini merangkumi beberapa perkara iaitu infrastruktur bangunan ataupun kemudahan dan perkhidmatan lain untuk rekreasi dan kaedah penyampaian dan penyaluran maklumat kepada golongan OKU. Selain itu, bahagian ini turut membincangkan mengenai masalah yang dihadapi dalam rekaan pelan sesuatu tempat rekreasi serta reka bentuk alat - alat bantuan untuk golongan OKU. Menurut Venter et.al (2002) dalam kajian mereka, Enhanced Accessibility for People with Disabilities Living in Urban Areas infrastruktur yang sering menjadi aduan bagi semua jenis ketidakupayaan adalah kemudahan perkhidmatan awam terutamanya perkhidmatan bas. Perkhidmatan ini dikatakan tidak sesuai untuk mereka disebabkan oleh beberapa perkara. Bagi golongan bermasalah penglihatan, mereka mengalami kesukaran untuk menentukan destinasi bas tersebut kerana mereka tidak dapat melihat informasi yang ditulis pada bas berkenaan. Golongan yang bermasalah dari segi fizikal terutama pemakai kerusi roda, mereka sukar untuk ke dalam bas kerana reka bentuk bas yang tinggi dan bertangga. Infrastruktur lain yang bermasalah seperti pembinaan laluan kerusi roda di setiap bangunan dan pembinaan laluan kuning yang tidak rata khas untuk individu bermasalah penglihatan tidak disediakan. Struktur berikutnya ialah kaedah penyampaian atau penyaluran maklumat. Jika diperhatikan, kebanyakan tempat rekreasi memaparkan informasi menggunakan papan tanda untuk dibaca oleh para pengunjung. Papan tanda ini direka dengan permukaan rata dan licin. Hal ini menyukarkan golongan bermasalah penglihatan untuk menerima atau membaca informasi yang disediakan. Selain itu, penggunaan warna tulisan dan latar belakang papan tanda tersebut senada dan sesetengahnya gelap menyukarkan pengunjung untuk membacanya. Reka bentuk pelan adalah perkara yang penting dalam pembinaan sebuah pusat rekreasi bagi menarik minat masyarakat. Walau bagaimanapun, sesetengah pereka kurang memikirkan kesesuaian pelan untuk kemudahan golongan OKU. Contohnya, sesetengah pusat rekreasi menyediakan tandas dengan jarak yang terlalu jauh dan lebih menyedihkan direka bertingkat menyukarkan golongan berkerusi roda sukar untuk masuk ke dalam tandas. Selain itu, sesetengah tempat rekreasi kurang menyediakan tempat untuk berehat seperti kerusi taman bagi memudahkan golongan ini berhenti berehat. Bagi yang menyediakan kerusi pula, sesetengahnya meletakkan kerusi tersebut dengan jarak yang terlalu jauh. Struktur yang terakhir ialah reka bentuk alat-alat bantuan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk membantu golongan OKU melakukan aktiviti rekreasi seperti laluan kerusi roda untuk sesetengah bangunan dan pemberian kerusi roda. Walau bagaimanapun, sesetengah kemudahan yang dibuat tidak menepati kehendak dan reka bentuk yang betul serta sesuai digunakan oleh golongan individu. Contoh yang dapat dilihat adalah

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 167

pembinaan laluan kerusi roda yang terlalu tinggi dan licin. Reka bentuk ini tidak dapat membantu individu yang berkerusi roda malah membahayakan pengguna kerana permukaan yang licin akan memudahkan mereka tergelincir dari laluan atau terjatuh. Bahagian kedua ialah sosial. Bahagian ini merangkumi tiga perkara iaitu kos, komunikasi dan juga bantuan. Kos menjadi salah satu masalah yang sering timbul dalam kalangan orang-orang OKU kerana kelengkapan dan keperluan untuk mereka menjalankan aktiviti rekreasi memerlukan kos yang tinggi. Hal ini berlaku kerana golongan ini memerlukan alat bantuan khas yang sukar untuk diperoleh dan terhad penjualannya di negara kita. Selain daripada itu, alat bantuan ini kebanyakan direka menggunakan alatan teknologi tinggi yang dapat membantu meringankan beban golongan OKU. Penggunaan alatan teknologi akan meningkatkan lagi kos perbelanjaan golongan ini. Masalah seterusnya adalah komunikasi antara golongan OKU dengan masyarakat sekitar. Perkara ini dilihat sering berlaku dalam kalangan OKU bermasalah pendengaran. Hal ini kerana golongan ini tidak dapat menutur dan mendengar arahan yang disampaikan oleh orang sekeliling. Begitu juga sebaliknya yang berlaku kepada masyarakat di mana kebanyakan masyarakat tidak tahu menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan golongan bermasalah pendengaran. Masalah ini sering berlaku apabila golongan ini ingin membeli tiket ataupun bertanyakan panduan kepada orang sekeliling. Selain golongan bermasalah pendengaran, golongan bermasalah penglihatan turut mengalami kesukaran komunikasi. Apabila golongan ini ingin menaiki pengangkutan bas awam, mereka tidak dapat menentukan destinasi sebenar pengangkutan tersebut. Komunikasi antara memandu kenderaan dengan golongan tersebut atas kekurangan yang mereka alami. Seterusnya, ialah masalah dari segi bantuan di mana golongan ini kurang mendapat bantuan dari masyarakat sekeliling. Jika kita lihat kebanyakan masyarakat di Malaysia kurang prihatin untuk memberikan bantuan kepada golongan OKU sama ada bantuan dalam bentuk kewangan ataupun tenaga. Golongan OKU memerlukan bantuan dan perhatian yang lebih untuk melakukan aktiviti rekreasi. Golongan ini sukar untuk bergerak sendiri kerana kekangan tertentu. Bahagian yang ketiga ialah psikologi. Antara perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam bahagian ini ialah sikap rendah diri dalam diri individu tersebut, kurangnya konsentrasi, keselamatan diri dan juga toleransi antara individu. Ketidakupayaan dalam diri individu OKU melahirkan rasa rendah diri yang amat tebal dalam diri mereka. Perasaan ini mengakibatkan mereka enggan melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi. Golongan ini merasakan mereka tidak mampu buat sebaik dan setanding individu normal. Perkara yang terakhir ialah sikap toleransi dalam diri setiap individu tidak kira normal ataupun individu yang kurang upaya. Sikap toleransi individu normal terhadap individu kurang upaya adalah sangat tipis. Mereka lebih mementingkan diri mereka sendiri tanpa mempertimbangkan keadaan orang lain. Sikap toleransi antara individu amat penting untuk menjalankan dan menjayakan sesuatu aktiviti. Sikap ini juga mampu mengurangkan beban atau masalah yang dihadapi oleh orang lain.

LANGKAH MENGATASI
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi dalam bahagian ini, terdapat beberapa cara yang dapat dilakukan. Cara yang pertama adalah dengan membuat infrastruktur yang boleh memudahkan OKU seperti laluan untuk individu bermasalah penglihatan dan juga laluan kerusi roda di tempat yang sepatutnya. Selain itu, kerajaan juga boleh mereka infrastruktur yang lebih mesra OKU. Contohnya, papan informasi di setiap tempat rekreasi diubah suai dan ditambah dengan tulisan

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 168

Braille bagi memudahkan golongan bermasalah penglihatan untuk membaca informasi yang ditulis. Selain itu, pihak yang tertentu juga seharusnya mereka pelan yang sesuai untuk semua pihak dengan mengambil pandangan golongan OKU mengenai kemudahan yang mereka perlukan dalam sesebuah tempat rekreasi. Contohnya, pihak tertentu boleh menyediakan tempat istirahat yang lebih banyak dan berdekatan dalam sesuatu pusat rekreasi bagi memudahkan golongan ini berhenti rehat setelah melakukan aktiviti ataupun berjalan dalam jarak yang jauh. Dalam bahagian kedua pula iaitu bahagian sosial, antara langkah yang dapat dilakukan ialah dengan mengurangkan kos dan bebanan yang ditanggung oleh golongan ini. Pihak-pihak tertentu seperti badan NGO dan juga badan kerajaan dapat menyalurkan sumbangan kepada golongan ini agar mereka dapat membeli kelengkapan yang sesuai untuk mereka melakukan aktiviti rekreasi ini. Selain daripada itu, pihak-pihak tertentu juga boleh memberikan sumbangan dalam bentuk peralatan. Selain daripada peranan NGO dan kerajaan, ahli keluarga dan masyarakat juga berperanan besar untuk memberikan semangat kepada golongan ini untuk melakukan aktiviti rekreasi. Tambahan lagi, pembukaan kelas-kelas khas yang dapat membantu melatih golongan ini melakukan sebarang aktiviti rekreasi dapat membantu meningkatkan kemahiran mereka sebelum mereka berhadapan dengan dunia luar. Senaraikan lima (5) faedah apabila murid pendidikan menjalani Rekreasi Teraputik

Rekr easi terap utik

a. ____________________________________________ b. ____________________________________________ c. ____________________________________________ d. ____________________________________________ e. ____________________________________________

RUMUSAN
Setiap manusia di muka bumi ini berhak untuk berekreasi mengikut kemahuan mereka sendiri termasuklah OKU. OKU tidak boleh dinafikan hak mereka untuk berekreasi oleh orang normal kerana mereka mempunyai akta yang menyokong hak-hak mereka dalam segala aspek iaitu Akta Orang Upaya 2008. Akta ini antaranya membincangkan tentang OKU boleh mengakses diri mereka dalam aktiviti sukan, pertandingan, rekreasi, membolehkan mereka menggunakan tempat-tempat rekreasi, kemudahan-kemudahan yang fleksibel dengan keadaan diri mereka dan sebagainya. Rekreasi adalah suatu aktiviti yang boleh memenuhi masa lapang, memperoleh keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Melalui aktiviti rekreasi, rekreasi dapat menyegarkan kembali kesihatan badan dan boleh melapangkan fikiran. Aktiviti rekreasi ini boleh diluangkan bukan sahaja secara sendirian tetapi bersama orang ramai terutamanya ahli keluarga dalam menyegarkan badan dan juga minda.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 169

Oleh itu, OKU terutamanya perlu mengambil kesempatan ini dalam menyihatkan tubuh badan, berkomunikasi dengan masyarakat luar serta mengeratkan lagi hubungan dengan ahli keluarga ataupun bersama dengan rakan-rakan.

Aktiviti rekreasi juga dapat mempertingkatkan interaksi sosial OKU dengan melatih mereka melibatkan diri dalam interaksi sosial, membina persahabatan dan memulakan kemahiran sosial. OKU juga dapat meningkatkan kemahiran motor kasar, sosial dan kebolehan berkomunikasi serta dapat meningkatkan kesihatan mereka secara keseluruhan melalui aktiviti ini supaya mereka akan menjadi lebih matang dari segi fizikal, sosial dan emosi dalam segenap aspek. Mereka juga dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dengan menggalakkan konsep kendiri, harga diri serta kesedaran dalam setiap bidang yang diceburi. Akta Orang Kurang Upaya 2008 dengan sebaiknya dan mempertahankan hak mereka. Oleh itu, pihak yang berkaitan dengan OKU perlulah memastikan hak-hak OKU sering dijaga dan dipertahankan supaya OKU dapat merasai keprihatinan seseorang terhadap diri mereka dan menjadikan mereka rasa mereka sama taraf dengan orang normal tanpa ada sebarang fikiran yang pesimis.. . Peranan guru merupakan aspek yang terpenting dalam memberi peluang murid-murid berkeperluan khas bermainiaitu dari segimerancang dan melaksanakan permainan yang bersesuaian di dalam bilik darjah. Guru perlulah bijak menggunakan daya kreativiti mereka bagi memastikan semua murid melibatkan diri secara aktif dalam permainan yang dilaksanakan.

RUJUKAN
Bullock, C. C. & Mahon, M. J. (1997). Introduction to recreation services for people with disabilities: A person-centered approach. Champaign, IL : Sagamore Publishing. Daly, J. (2000). Recreation and Sport Planning and Design. United States: Human Kinetics. Kathleen A. Cordes & Hilmi M. Ibrahim (1999). Application In Recreation & Leisure For Today and The Future. United States: McGraw- Hill. Kraus, R. (1998). Recreation and leisure in modern society, 5th ed. Temple university: Jones and Bartlett Publishers. Schwarzenegger, A., Chrisman, M. & Coleman, R. (2005). The Health and Social Benefit of Recreation: An Element of The California Outdoor Recreation Planning Programe. California: California State Parks. Smissen, B. V. D. (2005). Recreation and Parks The Profession: A comprehensive resource for students and professionals. United States: Human Kinetics. Smith W. R. et al (2011). Inclusive And Special Recreation, Opportunities for Persons with Disabilities: Champaign, IL : Sagamore Publishing.

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 170

K o - k u r i k u l u m d a n R e k r e a s i | 171