Anda di halaman 1dari 50

KAEDAH MENJALANKAN TEKNIK PERATURAN DR.

A B C D Danger - pastikan tidak ancaman kepada kita dan mangsa R Periksa kesedaran mangsa A Saluran pernafasan. Betulkan kedudukan dan buka saluran pernafasan supaya udara segar dapat memasuki paru-paru mangsa. * Kedudukan pemulihan ( recovery position ) dapat membantu mengekalkan bukaan saluran pernafasan dan seterusnya dapat menghalang mangsa yang tidak sedar kekeadaan aspksia ( keadaan kekurangan oksigen ) B Pernafasan. Pemulihan pernafasan untuk memasukkan udara beroksigen ke dalam paru-paru mangsa yang terhenti pernafasan. C Peredaran darah. Pemulihan jantung. Tekanan dikenakan di atas dada supaya jantung yang terhenti mengepam darah dapat berfungsi semula. * Kawal/hentikan pendarahannya yang teruk untuk mencegah atau mengurangkan kehilangan darah. PEMULIHAN PERNAFASAN Sekiranya mangsa tidak bernafas dan tiada denyutan nadi, maka pemulihan system pernafasan dan edaran darah perlu dilakukan. INGAT peraturan ABC. 1 2 3 pastikan saluran pernafasan terbuka tiup udara ke dalam paru-paru mangsa untuk membekalkan oksigen.(EAR) pulihkan edaran darah dengan menekan dada ( ECC )

* INGAT Usaha pemulihan ini mesti diteruskan ke atas mangsa sehingga a mangsa mula bernafas dan denyutan nadi telah pulih b apabila tugas ini diambil alih oleh orang yang berkelayakan c diserahkan kepada doktor d atau anda letih dan tidak mampu meneruskan usaha ini. PROSIDUR MEMBUKA SALURAN PERNAFASAN 1 Berlutut di sisi mangsa 2 Dongakkan dagu ke atas dengan jari penunjuk dan jari hantu, tangan sebelah lagi tekan dahi ke bawah. Jika pernafasannya berbunyi, buka dan bersihkan halangan dengan segera. Untuk memastikan mangsa yang tidak sedar bernafas atau tidak, lihat, dengar dan rasa bagi tanda-tanda pernafasan.selepas membuka saluran pernafasannya. 1 Rapatkan telinga anda ke mulut dan hidung mangsa 2 Lihat pergerakan dada dan abdomen

MEMBERSIHKAN SALURAN PERNAFASAN Walaupun saluran pernafasan telah dibuka, kehadiran benda-benda lain seperti sisa muntah, gigi palsu atau makanan boleh menghalang pernafasan mangsa. Oleh itu sebarang objek yang boleh kelihatan harus dikeluarkan dengan segera. 1 2 3 Pusingkan kepala mangsa ke sisi kiri atau kanan. Masukkan dua batang jari dan rasa untuk bendasing, ingat jangan terlalu lama masa digunakan untuk mencari benda tersembunyi atau jangan cuba menolak objek itu ke dalam mulutnya. Periksa semula bagi pernafasan.

PERNAFASAN Bantuan yang paling berkesan bagi mangsa yang terhenti nafas ialah pemulihan pernafasan secara mulut ke mulut. 1 2 3 4 5 6 Melalui kaedah ini, udara ditiup terus ke dalam paru-paru mangsa. Udara yang kita hembus ke dalam paru-paru mangsa masih mengandungi 16% oksigen ( lebih daripada mencukupi bagi system pernafasan kita ) Kaedah ini juga membolehkan kita melihat pergerakan dada dan abdomen mangsa Kaedah ini boleh diberi dan diberikan oleh atau kepada sesiapa sahaja. Kedudukan yang paling sesuai bagi usaha pemulihan ini ialah dalam keadaan mangsa baring terlentang tetapi dalam keadaan kecemasan sebarang kedudukan yang tidak merbahaya boleh digunakan. Kaedah ini tidak boleh digunakan bagi mangsa yang mengalami kecederaan yang teruk di bahagian muka, tanda-tanda terminum racun atau mukanya terbenam.

PEMULIHAN PERNAFASAN KAEDAH MULUT KE MULUT (EAR) Ini adalah satu kaedah pemulihan bagi mangsa-mangsa yang tidak bernafas. Jika kaedah ini tidak sesuai, kaedah KAEDAH MULUT KE HIDUNG boleh digunakan. 1 Keluarkan sebarang objek yang menghalang atau menyekat dibahagian muka atau leher. Buka saluran pernafasan dan keluarkan sekiranya ada bendasing yang kelihatan di dalam mulut.

2 3

4 5. 6

Beri 2 tiupan secepat yang mungkin, jangan membuang masa mencari benda asing di dalam mulut. Buka mulut anda dengan luas, tarik nafas yang panjang, picit hidung mangsa dengan jari anda dan rapatkan bibir anda dikeliling mulut mangsa. Tiup ke dalam paru-paru mangsa, lihat pergerakan dada hingga ia naik dan kembang ke paras maksima. Jika dada mangsa tidak kembang dan naik, pertama anggapkan bahawa saluran pernafasannya tidak terbuka dengan baik. Laraskan kedudukan kepada dan dagu, cuba sekali lagi. Jika masih sama, saluran pernafasannya mungkin tersekat. Anda perlu menggunakan rawatan TERCEKIK bagi mangsa ini. Alihkan mulut anda dan pandang pergerakan dada mangsa. Tarik nafas panjang dan ulang tiupan ke dalam mulut mangsa. Selepas 2 tiupan, periksa nadi mangsa. Jika ada denyutan nadi, teruskan pemulihan pernafasan dengan kadar 12-16 kali seminit sehingga mangsa mula bernafas dengan sendiri. Kemudian letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.

PEMULIHAN JANTUNG ECC Jika didapati dengupan jantung terhenti melakukan ECC ( tekanan pada jantung dari luar) bersama pemulihan pernafasan. 1 Baringkan mangsa ( terlentang ) di atas permukaan yang rata dan padat. Berlutut di sisi mangsa, menghadap ke arah jantungnya. Cari kedudukan hulu hatinya. Letakkan tumit tangan anda di atas papan tulang dada, dengan jarak dua jari dari kedudukan hulu hati.

2 3 4 5 6

Tindihkan tangan ini dengan sebelah lagi. Elakkan jari menyentuh atau berehat di atas dada mangsa. Siku diluruskan, bahu berada sejajar dengan papan tulang dada mangsa. Dengan tangan yang lurus, tekan secara menegak ke bawah dada mangsa. Rehat lakukan sebanyak 15 kali ( dengan kadar 80 kali seminit ) Bergerak semula ke kepala mangsa, buka saluran pernafasan dan beri 2 tiupan udara ke mulutnya. Beredar semula ke dada mangsa, lakukan 15 tekanan dan diikuti dengan 2 tiupan ke dalam mulutnya. Periksa denyutan nadi pada minit yang pertama, kemudian selanjutnya periksa nadi setiap 3 minit. Sebaik sahaja nadi pulih, hentikan tekanan pada jantung dan teruskan dengan pemulihan pernafasan sehingga mangsa bernafas dengan sendiri. Kemudian letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.

* APABILA TERDAPAT DUA PEMBANTU seorang ambil kedudukan untuk membuka saluran pernafasan, lakukan pemulihan pernafasan dan memeriksa denyutan nadi, dan seorang lagi bagi melakukan pemulihan jantung. Dengan NISBAH satu tiupan diikuti dengan 5 tekanan pada dada.

KEDUDUKAN PEMULIHAN Mangsa yang tidak sedar tetapi jantung dan pernafasannya masih berfungsi HARUS diletakkan dalam KEADAAN PEMULIHAN ini. Dalam kedudukan ini kita pastikan a Saluran pernafasannya sentiasa terbuka kerana lidah tidak akan menutup saluran pernafasan. b Kedudukan kepala dan leher meluaskan lagi saluran pernafasan c Muntah atau lain-lain cecair mengalir keluar dengan bebas daripada mulut mangsa.

MENGAWAL KEHILANGAN DARAH Terdapat lebih kurang 6 liter darah dalam sistem edaran darah normal seseorang dewasa. Kehilangan darah yang berlebihan iaitu melebihi 3 liter melalui luka atau lain kecederaan boleh membawa maut kepada mangsa yang terlibat. Tanda-tanda yang terdapat pada mangsa yang kehilangan darah yang banyak ialah : 1 muka pucat, kulit sejuk. 2 nadi bertambah cepat atau lemah 3 mangsa merasa resah dan tidak menentu 4 dahaga dan cuba bernafas dengan kencang 5 penglibatan menjadi kabur, pengsan. Terdapat 2 kaedah untuk mengawal kehilangan darah yang banyak

TINDAKAN SEMASA KECEMASAN Adalah menjadi tanggungjawab seorang ahli Bantu Mula untuk bertindak pantas, tidak tergopoh-gapah dan mengikut prinsip-prinsip pertolongan cemas dengan tujuan : a memastikan mangsa terus hidup b mencegah keadaan mangsa bertambah teruk c menggalakkan pemyembuhan Objektif ini dapat dicapai sekiranya seorang ahli pertolongan cemas. a bertindak dengan pantas dan tenang. b cepat menilai keadaan persekitaran dan mangsa. c diagnosis yang betul berdasarkan laporan kemalangan, cerita dari mangsa, gejala dan tanda-tanda. d rawatan yang tepat dan pantas berdasarkan diagnosis pemindahan mangsa mengikut jenis kecederaan atau keadaan. MENGHAMPIRI MANGSA a b mestilah pantas tetapi dengan tenang pastikan keselamatan anda dahulu

MENILAI KEADAAN Setelah menghampiri mangsa pastikan : a keselamatan mangsa b keadaan mangsa c samada boleh mendapat bantuan dari orang ramai d perlu memanggil atau mendapatkan pertolongan KESELAMATAN Anda mesti cuba mengurangkan risiko bahaya terhadap diri anda, mangsa dan orang ramai yang berhampiran. Contoh : Kemalangan jalanraya a arahkan orang ramai membantu mengawal lalu lintas b awasi kemungkinan api atau letupan akibat daripada tumpahan minyak. c tutup suis kenderaan yang berkenaan sekiranya enjin masih hidup Contoh : Gas beracun : tutup atau putuskan punca atau sumbernya dan pastikan ada pengudaraan yang mencukupi. Contoh : Elektrik : putuskan sambungan, elakkan daripada tersentuh semula dengan puncanya. Contoh : Api dan bangunan yang runtuh : pindahkan mangsa ke tempat yang selamat sekiranya nyawa anda sendiri tidak terancam.

BANTUAN DARI ORANG RAMAI Bantuan daripada orang ramai dapat mempermudahkan lagi tugas seorang ahli pertologan cemas. Contoh : Mereka boleh membantu mengawal lalulintas, membantu anda merawat seperti memberhentikan pendarahan yang teruk, mengawal orang ramai dan boleh memanggil ambulan atau polis. MENENTUKAN KEUTAMAAN Untuk menentukan keadaan mangsa : a sekiranya mangsa masih sedar tanya dia apa terjadi b sekiranya mangsa tidak sedar diri, dengan cepat periksa pernafasannya, saluran pernafasannya dan nadinya.

KAEDAH PEMERIKSA TERHADAP MANGSA Apabila memeriksa mangsa, beberapa peraturan perlu diikuti : a kurangkan gerakkan pada mangsa untuk mengelakkan kecederaannya bertambah teruk. b mulakan pemeriksaan dari kepala ke kaki

c d

pastikan anda menggunakan semua deria lihat, dengar, rasa dan hidu. sentiasa membandingkan anggota kiri dengan kanan untuk memastikan kecederaan.

Pemeriksaan anggota : a b c d e f g periksa kepala : - pernafasan - mulut, gigi, bibir dan bau periksa mata : - anak mata bergerakbalas dengan cahaya atau tidak periksa hidung : - darah atau lain-lain cecair periksa muka : - warna dan suhu periksa telinga : - bendasing, darah atau lain-lain cecair periksa tengkorak : - bengkak, berdarah atau sebarang lekukan sebagai tanda patah periksa leher dan tulang belakang : - nadi, ketidaksamaan dalam bentuk turus tulang belakang dari leher ke tulang - pinggang periksa turus badan : - dada, tulang rusuk, tulang selangka, bahu dan tulang pelvis.

i j

periksa lengan : - lengan atas, lengan bawah, pergelangan tangan dan jari periksa kaki : - mula dari pinggang, paha, lutut, betis, buku lali dan jari kaki.

ASPHYSIA Satu keadaan yang merbahaya akibat kekurangan oksigen di tisu-tisu badan kita. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kekurangan oksigen dalam udara yang yang disedut atau kecederaan pada organ pernafasan. Tanpa bekalan oksigen yang mencukupi tisu-tisu badan akan musnah dengan cepat terutama sekali sel-sel otak yang mana akan mati dalam masa tiga minit tanpa oksigen.

Sebab-sebab yang membawa kepada Asyphysia 1. Halangan dalam salur pernafasan ( lidah, makanan atau bendasing ) atau saluran pernafasan menjadi bengkak. 2. Terdapat cecair dalam saluran udara. 3. Dada tertekan akibat ditimpa benda yang berat atau terhimpit. 4. Kecederaan pada paru-paru. 5. Kecederaan pada bahagian rusuk. Tanda umum 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Susah bernafas. Nafas berbunyi Mungkin mulut berbuih Muka, bibir dan kuku menjadi biru ( syanosis ) Kekeliruan Tahap gerakbalas mula menurun Mungkin akan menjadi tidak sedar diri Mungkin pernafasan akan berhenti

Rawatan umum 1. Betulkan atau keluarkan sebab-sebab yang membawa asphysia dan buka saluran pengudaraan. Pastikan mangsa mendapat udara yang mencukupi. 2. Jika mangsa tidak sedar, buka laluan udara dan periksa bagi pernafasan. Lakukan pemulihan ABC jika diperlukan dan letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.

3. Periksa kadar pernafasan, kadar nadi, tahap gerakbalas pada setiap 10 minit. Dapatkan pertolongan perubatan dengan segera. TERCEKIK Ini terjadi apabila saluran pernafasan tersekat akibat tertelan benda-benda seperti ketulan daging, biji buah-buahan, gula-gula dan sebagainya. Tanda-tanda umum 1. 2. 3. 4. Tanda-tanda umum asphysia. Mangsa tidak boleh bercakap dan mungkin memegang lehernya. Mulut dan bibir mangsa mula memjadi. Mungkin tidak sedar diri.

Rawatan kecemasan. 1. Keluarkan bendasing, objek atau gigi palsu mangsa dengan mencangkukkan jari ke dalam mulut mangsa. 2. Galakkan mangsa batuk. 3. Jika objek itu tidak dapat dikeluarkan, Bantu mangsa bongkok ke hadapan, pastikan paras kepala lebih rendah daripada paru-paru. Tepuk dengan padat di belakang mangsa iaitu diantara kedua-dua tulang belikatnya dengan tumit tangan anda. Ulang sehingga 4 kali jika perlu. 4. Periksa mulutnya untuk melihat samada halang tersebut keluar. Jika halangan masih ada, lakukan tekanan pada abdomen

5. periksa mulutnya semula, jika halangan boleh kelihatan, keluarkan dengan cangkukkan jari anda ke dalam mulut mangsa. 6. jika sekatan masih tidak dikeluarkan tepukkan di belakang sebanyak 4 kali dan tekanan pada abdomen sebanyak 4 kali. Perhatian : Perlu berhati-hati apabila cuba mengeluarkan sebarang halangan dari mulut seorang bayi. Masukkan jari anda ke dalam mulutnya hanya sekiranya anda nampak halangan itu dan pastikan tiada bahaya yang mungkin anda tertolak halangan itu jauh ke dalam kerongkong bayi itu.

Tekanan pada Abdomen Kaedah ini hanyak digunakan sebagai pilihan terakhir sekiranya tepukan di belakang gagal. 1. Berdiri atau berlutut di belakang mangsa. Peluk dari belakang. Genggamkan sebelah tangan dan dirapatkan diantara tulang dada dan pusat. 2. Paut genggaman anda dengan sebelah tangan lagi. Tarik kedua-dua tangan ke arah anda dengan pantas. Tekanan yang dikenakan mesti cukup kuat untuk mengeluarkan sekatan tersebut. Sekiranya objek tersebut gagal dikeluarkan, ulang sehingga 4 kali lagi ( jika perlu.

Jika mangsa tidak sedar diri. 1. Baringkan mangsa secara terlentang. 2. Buka saluran pernafasannya. Berlutut dan letakkan tumit tangan anda diantara tulang dada dan pusat mangsa dan dilapik dengan sebelah tangan lagi. Pastikan jari-jari tidak menyentuh abdomen mangsa. 3. Dengan kedua-dua belah tangan diluruskan, tekan abdomen mangsa dengan tekanan arah ke dalam. Tekanan mestilah cukup kuat untuk mengeluarkan halangan tersebut. Jika gagal ulang 4 kali lagi jika perlu.

KECEDERAAN AKIBAT ARUS ELEKTRIK Arus elektrik yang mengalir menenrusi badan kita boleh mengakibatkan kecederaan-kecederaan yang teruk malah boleh membawa maut. Tanda-tanda 1. tanda-tanda umum bagi asphisia, muka mangsa pucat. 2. terdapat luka terbakar di tempat arus masuk dan keluar. 3. tanda-tanda renjatan. Tujuan Putuskan arus atau pindahkan mangsa dari puncanya (sekiranya selamat). Uruskan pemindahan mangsa ke hospital jika perlu.

Rawatan 1. 2. 3. 4. jika mangsa tidak sedar, buka saluran pernafasan dan periksa bagi pernafasan. Lakukan pemulihan ABC jika diperlukan dan letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan. rawat sebarang luka terbakar. beri rawatan bagi renjatan. uruskan pemindahan mangsa ke hospital.

Perhatian : Elakkan daripada menggunakan sebarang alatan yang berlogam, Basah atau yang membolehkan anda tersentuh tubuh mangsa. Sekiranya tiada sebarang alatan yang diperolehi, tarik baju mangsa yang kering dan longgar. LUKA DAN PENDARAHAN Jenis-jenis luka Luka dikelaskan kepada dua iaitu luka tertutup dan luka terbuka. Luka terbuka menyebabkan darah mengalir keluar. Contoh jenis-jenis luka terbuka : 1. Luka terhiris

- luka akibat terkena benda yang tajam seperti pisau yang tajam. Luka jenis ini berdarah dengan banyak. 2. Luka calar - luka seperti tergeser dengan permukaan yang kasar seperti di permukaan jalan raya. Luka ini mudah dijangkiti kuman. 3. Luka tembus - luka akibat tercucuk benda yang runcing dan tajam seperti paku. Jika lukanya dalam mungkin jangkitan kuman berlaku. 4. Luka tembakan - luka akibat terkena serpihan benda-benda dari punca letupan. Organ-organ dalaman dan saluran darah mungkin tercedera. Luka tertutup pula adalah luka dimana pendarahan berlaku dibawah kulit. Rawatan : Tujuannya ialah untuk mengawal pendarahan dan meminimakan jangkitan. 1 lihat luka tersebut bagi benda-benda tercemar 2 berhentikan darah dengan tekan langsung atau tidak langsung 3 tinggikan dan sokong bahagian tersebut ( jika kaki atau tangan ) 4 balut luka tersebut dengan pembalut yang bersih dan rehatkan bahagian tersebut.

PENDARAHAN DI DALAM Ini mungkin terjadi akibat daripada kecederaan seperti patah tulang, perlagaan atau pukulan yang kuat dari luar. Pendarahan dalam mungkin lebih serius daripada pendarahan luaran. Ini kerana darah yang terkeluar ini mungkin mengganggu sistem tubuh badan yang lain. Tanda-tanda Tanda-tanda ini berubah mengikut jumlah darah dan kadar dimana darah itu hilang 1 rasa sakit di sekitar kawasan yang terlibat, mungkin diikuti dengan kesan bengkak. 2 ada tanda-tanda renjatan, pernafasan sempit dan kadang kala diikuti dengan menguap dan menyedut udara dengan mulut. 3 mangsa mungkin berasa resah dan mengadu rasa dahaga. 4 darah mungkin keluar daripada mana-mana bahagian mangsa yang terbuka ( mulut atau hidung atau dubur ) Tujuan Urusan pemindahan segera ke hospital kerana tidak mungkin pendarahan dalam dapat dikawal dengan kaedah bantu mula. Rawatan

baringkan mangsa dengan merendahkan kepala sambil menolehkannya ke sebelah kiri atau kanan supaya bekalan darah yang cukup sampai ke kepala. 2 jika kecederaan itu tidak teruk, tinggikan kaki mangsa supaya darah dapat mengalir ke organ-organ yang penting. 3 longgarkan sebarang pakaian ketat di leher, dada dan pinggang. 4 naikkan semangat mangsa dan tenangkannya. 5 periksa kadar nadi, pernafasan dan tahap tindakbalasnya pada jarak masa 10 minit. 6 periksa mangsa bagi lain-lain kecederaan dan beri rawatan mengikut keperluan. 7 jika mangsa tidak sedar diri, buka saluran pernafasannya dan periksa bagi pemeriksaan. Lakukan pemulihan ABC jika perlu dan letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan. 8 catitkan sebarang benda yang keluar atau dimuntahkan oleh mangsa. 9 sekiranya boleh, selimutkan mangsa. 10 uruskan pemindahan segera. Pemindahan dengan usungan kedudukan semasa rawaran. Pendarahan dari Telinga Tanda-tanda Jika dari gegendang telinga 1 mungkin sakit di dalam telinga 2 pekak

pengaliran sedikit darah daripada telinga.

Jika dari dalam tenggorak 1 melalui tanda-tanda kecederaan 2 mangsa mengadu sakit kepala 3 sedikit darah bercampur cecair yang jernih dan berair mungkin keluar dari telinga 4 ada kemungkinan mangsa menjadi tidak sedar diri. Rawatan 1 duduk dan sandarkan mangsa. Condongkan kepala ke arah bahagian yang cedera. ( ini mengelakkan pembekuan darah ) 2 balut luka dengan kain yang bersih. JANGAN SUMBAT ATAU MENAHAN DARAH KELUAR DARI TELINGA. 3 periksa kadar nadi, pernafasan dan kadar kesegaran setiap 10 minit. 4 beri rawatan renjatan. 5 jika mangsa menjadi tidak sedar, buka saluran pernafasannya dan periksa bagi pernafasan. Lakukan pemulihan ABC jika perlu dan letaknya dalam kedudukan pemulihan dengan bahagian yang cedera di letak di bawah. 6 uruskan dengan segera pemindahan ke hospital. Pendarahan dari Hidung Keadaan ini biasanya disebabkan oleh pecahnya saluran darah di dalam hidung kesan dari pukulan di hidung atau bersin atau tercucuk atau menghembus dengan kuat

Tanda-tanda 1 2 darah keluar dari hidung jika berlaku retakan pada tengkorak, darah yang keluar akan bercampur dengan sejenis cecair yang jernih.

Rawatan 1 dudukkan mangsa dengan kepalanya tunduk ke hadapan, longgarkan pakaian yang ketat di sekeliling leher dan dada. 2 nasihatnya supaya bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang lembut selama 10 minit. Lepaskan dan lihat, jika darah masih tidak berhenti picit semula selama 10 minit. 3 apabila pendarahan telah berhenti, nasihatkan mangsa supaya tidak menghembus dengan kuat sekurangnya selama 4 jam. 4 jika selepas 30 minit masih lagi ada pendarahan, dapatkan rawatan perubatan. JANGAN Bercakap, atau menelan, atau batuk, atau meludah atau menyedut semasa dalam rawatan. Jangan biarkan mangsa mendongakkan kepalanya. Jangan menyumbat hidungnya dengan kain atau kapas.

Patukan ular

Terdapat dua kategori ular iaitu ular berbisa dan ular tidak berbisa. Pengetahuan tentang ular-ular ini dapat membantu kita dalam merawat kes patukan ular. Mangsa patukan ular boleh diselamatkan sekiranya tindakan segera diambil. Tanda-tanda 1 2 3 4 5 6 penglihatan mangsa mungkin menjadi kabur. mangsa mungkin merasa loya atau muntah. kelihatan satu atau dua liang kecil, bengkak dan sakit di tempat patukan ular. pernafasan terjejas atau mungkin terhenti mangsa akan mengalami RENJATAN lelehan air liur dan perpeluhan akan berlaku diperingkat teruk kesan dari tindakan racun.

Rawatan 1 2 3 4 5 baringkan mangsa dan nasihatkan supaya tidak bergerak jangan gerakkan bahagian yang terkena patukan dan biar ia lebih rendah dari paras jantung. basuh luka itu dengan sabun jika boleh jika mangsa menjadi tidak sedar, buka saluran pernafasan dan periksa bagi pernafasanya. Lakukan pemulihan ABC jika perlu dan letak mangsa dalam kedudukan pemulihan. uruskan pemindahan ke hospital dengan segera. Jika boleh bawa ular itu bersama. ( hidup / mati )

RENJATAN Satu keadaan di mana sistem peredaran darah menjadi lumpuh sama ada kerana tekanan atau isipadu darah yang mengalir jatuh ke paras yang bahaya. Ini menyebabkan fungsi organ-organ yang penting terganggu dan boleh menyebabkan kematian. Kesakitan, ketakutan dan kedudukan badan yang tegak boleh memburukkan lagi kesan renjatan. Tanda-tanda Semakin teruk keadaan mangsa semakin jelas tanda-tandanya kelihatan 1 mangsa menjadi pucat 2 kulit sejuk dan lembab dengan peluh 3 mangsa mungkin merasa lemah pening atau pengsan 4 nadi menjadi lemah dan pantas 5 pernafasan menjadi singkat dan pantas 6 mangsa mungkin merasa resah, menguap dan tercungap-cungap 7 mangsa merasa dahaga 8 mangsa mungkin merasa loya dan muntah 9 mungkin menjadi tidak sedar.

Rawatan 1 2 3 4 5 6 7 8 beri rawatan bagi sebarang penyebab renjatan seperti pendarahan yang teruk. baringkan mangsa dan letakkan kepalanya rendah dan condong ke sisi untuk mengurangkan kesan bahaya muntah. tinggikan kakinya ( jika tiada tanda-tanda patah ). Longgarkan pakaian di bahagian leher, dada dan pinggang. lindungi daripada suhu yang panas terik, selimutkan mangsa dan basahkan bibirnya dengan air tetapi JANGAN beri sebarang minuman. rawat sebarang kecederaan yang lain. periksa kadar pernafasan, nadi dan tahap kesedaran setiap 10 minit. jika pernafasan menjadi sukar atau kemungkinan mangsa akan muntah, letakkannya dalam kedudukan pemulihan. jika mangsa menjadi tidak sedar, lakukan pemulihan ABC. Uruskan segera pemindahan ke hospital. ( pastikan kedudukan mangsa sama seperti kedudukan rawatan. )

PENGSAN Satu keadaan tidak sedar diri untuk seketika disebabkan oleh pengurangan aliran darah ke otak. Ini mungkin disebabkan oleh tindakan saraf terhadap kesakitan atau ketakutan, atau akibat dari gangguan emosi, keletihan atau kekurangan makanan. Tetapi yang paling kerap ialah akibat dari berdiri terlalu lama di cuaca yang panas.

Tanda-tanda 1 pada mulanya nadi akan menjadi perlagan dan lemah 2 mangsa kelihatan pucat Pencegahan JIKA mangsa berdiri dalam satu perbarisan atau meyaksikan satu acara, nasihatkan supaya ia gerakkan otot kaki dan jari kaki untuk membantu peredaran darah. JIKA mangsa merasa tidak stabil, dudukkannya sambil kepala ditundukkan ke hadapan di antara kedua-dua belah lututnya dan nasihatkan untuk menarik nafas yang panjang. Rawatan 1 2 3 4 5 6 bila mangsa pengsan, baringkannya sambil kaki ditinggikan sedikit dan buka saluran pernafasannya. longgarkan sebarang pakaian yang ketat di leher, dada dan pinggang. pastikan mangsa mendapat bekalan udara yang bersih yang banyak. Ini boleh dilakukan dengan mengipas. tenangkan mangsa semasa dia mula sedar dan secara beransur-ansur bangunkannnya ke kedudukan duduk. periksa dan rawat sebarang kecederaan yang dialami semasa mangsa jatuh. periksa kadar pernafasan, nadi dan tahap kesedaran sehingga mangsa pulih dengan sepenuhnya.

JIKA mangsa tidak sedar selepas beberapa ketika, buka saluran pernafasan dan periksapernafasannya. Lakukan pemulihan ABC jika perlu dan letakkannya dalam kedudukanpemulihan. Dapatkan bantuan perubatan. STROKE Adalah istilah bagi menerangkan satu keadaan dimana bekalan darah ke otak dengan tiba-tiba dihalang oleh bekuan darah atau kebocoran darah dari saluran darah ke otak. Dalam kes ini otak berhenti berfungsi. Stroke yang teruk boleh membawa kepada kematian tetapi ramai juga pulih dari stroke yang sederhana. Tanda-tanda 1 2 3 4 sakit kepala dengan tiba-tiba atau rasa pitam. nadi yang kuat mangsa mungkin rasa resah, keliru, hilang haluan. hilang tahap kesedaran secara beransur-ansur.

BERGANTUNG KEPADA KETERUKAN STROKE, satu atau lebih tanda-tanda kecacatan fizikal seperti berikut akan kelihatan : 1 lumpuh bahagian mulut

2 3 4

hilang deria rasa di sebelah atau kedua-dua belah kaki atau di sebelah bahagian badan. anak mata tidak sama hilang kawalan pundi-pundi kencing dan saluran najis.

Rawatan 1 2 3 4 jika mangsa masih sedar, baringkan dia dengan kepala dan bahu ditinggikan sedikit. Condongkan kepala ke sisi supaya lelehan air liur dapat keluar dari mulut. longgarkan sebarang pakaian yang ketat di leher, dada dan pinggang. jika mangsa tidak sedar buka saluran pernafasan dan periksa pernafasannya. Lakukan pemulihan ABC jika perlu dan letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan. uruskan pemindahan segera ke hospital.

PATAH TULANG Terdapat dua jenis patah tulang yang utama iaitu Patah terbuka dan Patah tertutup. Patah terbuka Bagi patah jenis ini, kulit di sekeliling kawasan yang patah tidak mengalami kerosakan. Tetapi otot-otot dan saluran darah di sekeliling tulang patah itu akan menyebabkan bahagian yang patah bengkak akibat pendarahan dalaman.

Patah terbuka Dalam keadaan ini tulang yang patah akan tertembus keluar ke permukaan kulit menyebabkan kerosakan pada kulit di sekelilingnya. Pendarahan jelas berlaku dan berkemungkinan berlaku jangkitan kuman di bahagian yang patah. Kedua-dua jenis patah ini mungkin menjadi teruk disebabkan oleh kecederaan pada saluran darah, saraf dan organ-organ yang bertentangan oleh tulang atau serpihan tulang yang patah. Tanda-tanda 1 2 3 4 5 6 7 8 retakan tulang dapat dirasai atau didengari oleh mangsa sebarang gerakan akan menambahkan kesakitan di tempat yang patah mangsa akan mengalami kesulitan atau tidak berupaya menggerakkan bahagian yang patah seperti biasa. rasa sakit apabila disentuh bengkak kemudian diikuti dengan tanda-tanda lebam di tempat yang patah tempat yang patah kelihatan cacat berbanding dengan anggota yang tidak patah geselan tulang-tulang yang patah boleh dirasai atau didengari semasa pemeriksaan. ada kemungkinan mangsa akan mengalami renjatan

Rawatan umum

Mangsa patah tulang perlu pada awalnya dirawat di tempat kejadian. Nasihatkan mangsa supaya berbaring dan tidak digerakkan sehingga bahagian yang cedera dirawat dan dibalut, KECUALI kawasan itu tidak selamat. Semasa rawatan, jaga mangsa supaya sentiasa berada dalam keadaan selesa. Rawatan umum bagi patah tulang bahagian tangan dan kaki. 1 2 3 sokong dengan cara memegang dengan sebelah tangan di atas dan sebelah tangan di bawah bahagian yang patah. tetapkan kedudukan tulang yang patah dengan bantuan tuap. Kemudian gunakan balutan yang sesuai. Ikat balutan itu dengan kemas tetapi tidak terlalu kuat sehingga menghalang edaran darah. selepas tetapkan kedudukan bahagian yang patah itu, tinggikan bahagian yang patah dari paras jantung untuk mengurangkan pendarahan dan bengkak.

Rumusan Balutan Bagi Patah Tulang 1. Patah tulang anggota atas ( lengan ) a. patah tulang selangka, belikat dan bahu - letakkan kain alas yang lembut di bawah ketiaknya. - Bengkokkan tangannya dengan lembut dalam kedudukan bersilang di hadapan dada.

- Kenakan anduh tiga segi. - Hantar ke hospital dalam kedudukan duduk. b. patah tulang dari bahu ke siku. - dudukkan mangsa dan bengkokkan tangannya dengan lembut, bersilang di hadapan dada. - Kenakan anduh tangan dan kemaskan anduh tangan dengan ikatan pembalut lebar di atasnya. - Hantar ke hospital dalam kedudukan duduk. c. patah tulang di bahagian siku. - baringkan mangsa dan sokong siku yang patah rapat ke badannya. - Letakkan kain lapik yang secukupnya di antara bahagian yang patah dengan badannya. - Tetapkan kedudukan bahagian yang patah dengan tiga pembalut lebar. - Kenakan simpul ikatan di bahagian yang tidak cedera. - Hantar ke hospital dengan menggunakan usungan. d. patah lengan bawah dan pergelangan tangan. - lindungi bahagian yang patah dengan meletakkan kain lapik yang lembut. - Sokong bahagian itu dengan cermat dan lembut. Kenakan anduh tangan. - Tetapkan kedudukan anduh tangan dengan satu ikatan pembalut lebar di atasnya. - Hantar ke hospital dalam kedudukan duduk.

e. patah tulang jari - lindungi bahagian yang cedera dengan dibalut dengan kain lembut yang berlipat. - Dengan cermat sokong bahagian yang cedera dan kenakan anduh tiga segi. - Tetapkan kedudukan anduh tiga segi dengan satu ikatan pembalut lebar di atasnya. Ikatkan simpul pembalut itu di sebelah yang bertentangan dengan bahagian yang cedera. - Hantar ke hospital dalam kedudukan duduk . f. patah tulang dada dan rusuk. Tanda-tanda - tanda-tanda umum bagi patah - rasa sakit di tempat yang patah, lebih dirasai semasa tarik nafas atau batuk. Rawatan - sokong dan ampu lengan yang berhampiran dengan bahagian yang cedera, uruskan pemindahan mangsa ke hospital dalam keadaan duduk atau berjalan.

Sekiranya patah jenis ini diikuti dengan luka, lakukan rawatan seperti berikut, - rawat luka itu dengan menutup dan balut dengan kemas. - Baringkan mangsa. Kepala dan bahu dicondongkan ke arah bahagian yang cedera. - Sokong lengan di bahagian yang cedera dengan anduh tiga segi. - Jika mangsa tidak sedar atau susah bernafas, letakkannya dalam kedudukan pemulihan dengan bahagian yang cedera di bahagian atas. - Uruskan pemindahan ke hospital dengan menggunakan usungan. 2. Patah tulang Anggota bawah a. patah tulang pelvik Tanda-tanda 1 tanda-tanda umum bagi patah 2 sakit di bahagian pinggang, belakang- sakit bertambah bila mangsa cuba bergerak. 3 jika mangsa kencing ia mungkin diikuti dengan tanda-tanda darah 4 tanda-tanda RENJATAN mungkin bertambah teruk.

Rawatan

1 2 3 4 5 6

baringkan mangsa secara terlentang, dengan kaki diluruskan. dengan cermat ikat dua pembalut lebar di sekeliling pelviknya. Elakkan ikatan ini jika mangsa tidak dapat menahan kesakitan. letakkan kain alas/pelapik yang lembut diantara lutut dan buku lali. ikat pembalut berbentuk lapan di sekeliling buku lali dan kaki dan satu pembalut lebar di lutut. untuk mengurangkan RENJATAN, selimutkan mangsa. aturkan pemindahan ke hospital ( gunakan usungan )

b. patah tulang bahagian betis. Rawatan 1 2 3 4 5 baringkan mangsa dengan cermat luruskan kaki yang cedera. rapatkan kaki yang tidak cedera dan tunggu ambulans. Jika mangsa terpaksa dipindahkan oleh ahli bantu mula. letakkan dengan cermat 4 pembalut lebar di bawah peha, lutut, di atas dan di bawah bahagian yang patah dan satu pembalut tirus di pergelangan kaki mangsa. letakkan kayu tuap dengan kain pelapik yang mencukupi sejajar dengan bahagian yang patah. letakkan kain pelapik yang mencukupi di antara kedua-dua kaki ini.

ikatkan semua pembalut ini dengan simpulnya dibuat bahagian kaki yang tidak cedera. c. kecederaan pada sendi lutut. Jenis-jenis kecederaan yang boleh berlaku pada sendi lutut ialah seperti : putus ligamen, putus atau tulang rawan terkehel ( keluar dari kedudukan asal ) atau patah tulang patella ( tulang tempurung lutut ) Tanda-tanda 1 2 3 4 tanda-tanda umum patah cacat rupa bentuk sendi sakit bertambah teruk apabila lutut cuba diluruskan kemungkinan lutut terkunci dalam kedudukan bengkok.

Rawatan JANGAN cuba untuk meluruskan lutut 1 2 baringkan mangsa secara terlentang dan sokong kaki yang cedera dengan selesa. balutan tidaklah begitu perlu, namun untuk keselesaan dan perlindungan, letakkan kain pelapik yang lembut di keliling sendi itu. Balut dengan cermat ( tidak ketat )

3 4

sokong lutut dengan meletakkan bantal yang kecil atau selimut yang berlipat atau kot di bawahnya. pindahkan ke hospital dengan usungan.

d. patah pada tapak kaki. Tanda-tanda 1 2 3 tanda-tanda umum patah tapak kaki tidak dapat digerakkan. cacat rupa bentuk sendi

Rawatan 1 2 3 baringkan mangsa sokong bahagian itu dan keluarkan kasut dengan cermat tinggikan dan sokong bahagian itu dengan selimut yang berlipat atau lain-lain benda yang lembut. 4 jika ada luka, kawal pendarahan dan balut dengan kemas. 5 hantar ke hospital, pastikan kedudukan bahagian disokong dan ditinggikan. e. patah tulang rahang bawah Tanda-tanda

1 2 3 4 5

kesakitan bertambah bila rahang digerakkan sukar untuk bercakap sukar menelan air liur dan air liur biasanya bercampur dengan darah kelihatan tanda-tanda bengkak dan lebam di muka dan rahang mangsa. kedudukan rahang dan gigi mungkin tidak sama.

Rawatan 1 2 3 4 5 6 pastikan saluran pernafasan tidak tersekat kawal sebarang pendarahan dan rawat luka jika ada. jika mangsa sedar dan kecederaannya tidak teruk, dudukkannya dengan kepala dilunjur ke hadapan. sokong rahangnya ( dagu ) dengan kain yang lembut. jika mangsa muntah, sokong rahang dan kepalanya. Dengan cermat bersihkan mulutnya. jika dagunya tergantung ke bawah, sokong dagu itu dengan meletakkan satu pelapik di bawahnya dan buat satu balutan untuk menyokong dagu itu. Buat simpul ikatan di atas kepala.

KECEDERAAN DI SENDI DAN OTOT 1. KEJANG OTOT ( cramp )

Satu situasi di mana otot atau kumpulan otot menguncup dengan tiba-tiba. Ini mungkin disebabkan oleh koordinasi lemah otot-otot semasa senaman, penyejukan terjadi semasa latihan ( berenang ), cirit-birit atau muntah yang berterusan. Tanda-tanda 1 rasa sakit dan kejang di bahagian yang terlibat. Rawatan Keadaan ini biasanya dipulihkan dengan meregang otot-otot yang terlibat. KEJANG OTOT-OTOT DI PEHA 1 2 luruskan lutut dan tinggikan kaki mangsa dengan sebelah tangan di bawah tumit. Sebelah tangan lagi digunakan untuk menekan lutut mangsa ke bawah. dengan lembut urut otot-otot yang terlibat.

KEJANG OTOT-OTOT DI BETIS 1 2 luruskan lutut mangsa dan dengan lembut tolak tapak kaki ke arah tulang belakang. dengan lembut urut otot-otot yang terlibat.

Kecederaan ini berlaku di sendi-sendi apabila ligamen dan tisu-tisu di sekelilingnya tertarik atau putus dengan tiba-tiba.

Tanda-tanda Sakit dan bengkak ( lebam ) di keliling sendi. Kesakitan bertambah apabila ia digerakkan.

Rawatan 1 2 3 4 5 rehatkan bahagian tersebut. sejukkan bahagian tersebut dengan ais atau tuam air sejuk sekurankurangnya 30 minit (untuk mengurangkan bengkak, lebam dan kesakitan ) balut dengan kemas sendi tersebut dengan kapas yang tebal dan dibalut. tinggikan bahagian yang patah. dapatkan khidmat perubatan.

Jika terdapat keraguan terhadap kecederaan tersebut..rawat seperti kes patah. 2. TERKEHEL Apabila ada tulang atau tulang-tulang di sendi yang terkeluar dari kedudukannya ia dikenali sebagai terkehel.

Tanda-tanda 1 2 3 4 mangsa mengadu kesakitan yang teruk di sendi. mangsa tidak dapat menggerakkan bahagian terlibat. bahagian cedera kelihatan cacat. bahagian itu kelihatan bengkak dan ada tanda-tanda lebam.

Rawatan 1 2 3 dudukkan mangsa, dan sokong bahagian tersebut dengan cermat. matikan gerakan sendi tersebut dan gunakan anduh tangan. aturkan pemindahan segera ke hospital. JANGAN CUBA BETULKAN KEDUDUKAN TULANG TERSEBUT KE BAHAGIAN NORMALNYA. INI MUNGKIN MENCEDERAKAN TISU-TISU, SALURAN DARAH DAN SARAF DI SEKELILING SENDI TERSEBUT.

TERBAKAR DAN MELECUR JENIS-JENIS TERBAKAR 1 Terbakar akibat benda-benda kering.

2 3

4 5

- api, puntung rokok, peralatan eletrik yang panas adalah punca umum bagi luka terbakar jenis ini. Kulit bergesel dengan benda-benda yang bergerak pantas seperti tali juga membawa kesan terbakar jenis ini. Melecur - haba dari benda-benda basah seperti wap air ( stim ), air panas atau minyak panas. Terbakar akibat bahan kimia. - asid dan alkali adalah contoh bahan kimia jenis menhakis yang boleh membawa kesan terbakar apabila kulit yang terdedah tersentuh dengan bahan-bahan ini. Terbakar akibat arus elektrik. - arus elektrik dan petir mewujudkan kesan haba dan membakar serta merosakkan tisu-tisu di bawah kulit. Terbakar akibat kesan pancaran atau radiasi. - pancaran cahaya matahari dan pembalikan cahaya dari sumber-sumber yang terang dan bersilau boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan mata.

Kecederaan akibat kes terbakar dibahagikan kepada 3 kumpulan. 1 Terbakar di permukaan - kesan terbakar jenis ini hanya melibatkan permukaan kulit sahaja dan meninggalkan kesan kulit kemerah-merahan, bengkak dan peka terhadap sentuhan. 2 Terbakar di pertengahan - kesan terbakar jenis ini menyebabkan pembentukan gelembong dan ada kemungkinan ia akan dijangkiti kuman ( dapatkan rawatan perubatan )

Terbakar di dalam - ini melibatkan semua bahagian kulit ( biasanya kulit di permukaan rosak ). Saluran darah dan saraf turut rosak atau cedera. TERBAKAR JENIS INI MEMERLUKAN RAWATAN PERUBATAN DENGAN SEGERA.

Tanda-tanda umum kes terbakar dan melecur 1 2 3 4 sangat sakit di bahagian yang terlibat. tanda kemerah-merahan, bengkak, kulit mengelupas dan menggelembong. jika terbakar dengan teruk, kulit kelihatan pucat dan rosak. Ada bahagian yang mungkin kebas. tanda-tanda RENJATAN dan tahap renjatan berkaitan dengan darjah keterukan terbakar.

Rawatan Umum Bagi kes yang ringan 1 tenangkan mangsa, letakkan bahagian yang cedera di bawah air yang mengalir dengan perlahan atau direndahkan dalam air sejuk sekurangkurangnya selama 10 minit. 2 dengan cermat tanggalkan sebarang cincin, jam tangan, tali pinggang, kasut atau sebarang pakaian yang mencerut sebelum bahagian tersebut bengkak. 3 balut bahagian tersebut dengan pembalut yang bersih. JANGAN.pecahkan sebarang gelembung atau keluarkan kulit yang telah melepuh.

JANGAN.sapukan sebarang losyen, minyak atau lemak di bahagian yang cedera. JANGAN.gunakan pembalut yang berpelekat seperti plaster. Bagi kes yang teruk 1 baringkan mangsa dan pastikan bahagian yang terbakar tidak bersentuhan dengan tanah. Jika bahagian ini masih panas, tuangkan air yang sejuk ke atasnya sehingga rasa sakit mula reda. 2 dengan cermat keluarkan pakaian yang mencerut seperti jam tangan sebelum bahagian ini bengkak. 3 buka pakaian yang basah dengan cecair yang mendidih selepas ia disejukkan. JANGAN..buka atau keluarkan pakaian yang masih melekat di tempat terbakar. 4 5 balut bahagian cedera dengan kain yang bersih. jika mangsa tidak sedar, buka saluran pernafasan dan periksa untuk pernafasan, jika perlu lakukan pemulihan ABC dan letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan. 6 aturkan pemindahan segera ke hospital. TERBAKAR AKIBAT BAHAN KIMIA Setengah-setengah bahan kimia seperti kumpulan asid dan alkali boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada kulit. Semasa mengendalikan kes ini anda harus menjaga keselamatan diri anda sebelum memulakan rawatan.

Tanda-tanda 1 mangsa mungkin mengadu kulitnya rasa pedih. 2 kulit mungkin kelihatan kemerah-merahan atau gelembung mula terbentuk atau kulit melepuh. Rawatan 1 basahkan bahagian yang cedera di bawah air sejuk yang mengalir dengan perlahan selama 10 minit. PASTIKAN AIR TADI MENGALIR KELUAR 2 3 4 dengan cermat buka pakaian yang tercemar dengan bahan kimia tersebut ( pastikan anda tidak terkena bahan tersebut ) teruskan rawatan seperti bagi kes terbakar dengan teruk. uruskan pemindahan segera ke hospital.

JIKA BAHAN KIMIA TERKENA MATA JANGAN..benarkan mangsa mengesat matanya. 1 jiruskan air sejuk ke mata mangsa sambil maat yang sebelah lagi ditututp. 2 balut dengan kain yang bersih. 3 uruskan pemindahan segera ke hospital. KERACUNAN RACUN ialah sebarang bahan yang masuk ke dalam badan secara sengaja atau tidak sengaja, dalam kuantiti yang tertentu, boleh menyebabkan kerosakan tetap atau sementara.

Cara-cara racun memasuki badan kita 1 2 3 4 melalui mulit - makan dan minum bahan beracun melalui paru-paru - terhidu gas atau wap beracun suntikan di kulit - gigitan sengatan haiwan beracun atau picagari. resapan melalui kulit - bahan kimia seperti racun serangga.

Bagaimana racun bertindak Apabila racun memasuki sistem edaran darah, setengah-setengah racun mengganggu sistem saraf pusat dengan menghalang pernafasan, fungsi jantung dan lain-lain organ penting. Racun jenis ini menghakis seperti asid dan alkali boleh membakar dan merosakkan tisu-tisu badan. Tanda-tanda keracunan 1 2 3 4 5 6 maklumat dari mangsa atau orang yang melihatnya dari bukti-bukti yang diperolehi di tempat kejadian seperti bekas racun. mangsa dalam keadaan tidak tentu hala dan sawan. tanda-tanda asphysia keadaan tidak sedar mungkin wujud. jika mangsa terminum racun, mungkin boleh dilihat kesan-kesan muntah atau mangsa mengalami keadaan cirit-birit atau ada tanda-tanda terbakar di keliling mulut mangsa.

Rawatan Umum 1 dengan pantas dapatkan maklumat kejadian daripada mangsa sebelum dia menjadi tidak sedar. JANGAN CUBA membuat mangsa muntah JIKA terdapat tanda-tanda TERBAKAR di mulut atau di bibir, beri dia minum air atau susu. 2 letakkan dia dalam KEDUDUKAN PEMULIHAN, walaupun dia masih sedar ( dia mungkin akan muntah ) . 3 jika mangsa mula tidak sedar, mulakan Pemulihan ABC dengan serta merta. PASTIKAN ANDA TIDAK TERHIDU ATAU TERKENA RACUN YANG TERDAPAT DI KELILING MULUT MANGSA. 4 uruskan pemindahan segera ke hospital ( bersama contoh sisa muntah atau bekas racun yang diperolehi di keliling mangsa )

PEMBALUT Pembalut biasanya digunakan untuk : 1 untuk mengawal pendarahan dengan cara tekanan terus pada luka.

2 3 4 5 6

untuk menetapkan kedudukan tuap atau balutan. mencegah pembengkakkan. memberi sokongan kepada sendi atau anggota badan yang cedera. mengawal atau menghalang pergerakan anggota yang cedera. kadang-kadang digunakan untuk membantu mengangkat mangsa.

Ada 2 jenis pembalut yang biasa digunakan iaitu : 1 2 pembalut 3 segi pembalut gulung

ANDUH - Anduh tangan - Anduh tiga segi - Anduh reka ganti apabila pembalut tiga segi tiada, anduh boleh direka dari berbagai jenis bahan atau peralatan yang diperolehi dari persekitaran. PEMBALUT TAPAK TANGAN DAN KAKI

1. Kedudukan tangan yang cedera

2.

3.

PEMBALUT KULIT KEPALA

PEMINDAHAN MANGSA

KAEDAH SERET - kaedah ini digunakan bila mangsa tidak boleh berdiri atau perlu dipindahkan dengan cepat.

KAEDAH BOMBA
- kaedah ini digunakan untuk memindahkan mangsa yang ringan, sedar atau tidak.