Anda di halaman 1dari 21

KEBERKESANAN SUSUNATUR LADAM KUDA DI BILIK KULIAH UNTUK MENINGKATKAN MUTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI SUBJEK SAINS GUNAAN II DI KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH : KAJIAN TERHADAP PELAJAR STM 4A

Oleh :

Lukman Hakimi Bin Ahmad Ros Hana Binti Ariffin Nor Azma Binti Manan

1.0

PENGENALAN

Pengurusan bilik kuliah amat penting di dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Ia terbahagi kepada tiga iaitu pengurusan fizikal, disiplin dan juga interaksi antara pensyarah dengan pelajar. Ketiga-tiga aspek ini menjadi tunjang kepada keseronokan dan minat pelajar untuk terus belajar. Mereka mudah merasa jemu sekiranya penglibatan mereka bersama pelajar lain terbatas, suasana kelas yang bising dan tidak terkawal, kurangnya perhatian pensyarah terhadap mereka dan apabila tumpuan mereka terganggu. Minat seseorang pelajar terhadap sesuatu subjek bukan sahaja bergantung kepada nilai emosinya sahaja tetapi juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran bilik kuliah. Menurut buku ‘Asas Pendidikan 1

Dinamika Sekolah Dan Bilik Darjah’, aspek psikososial iaitu aspek persekitaran bilik darjah memainkan peranan penting dalam memupuk minat pelajar supaya terus belajar. Pensyarah akan dapat melahirkan pelajar yang berjaya dengan menggunakan medium bilik kuliah sebagai tempat untuk menimba ilmu. Bagi mencapai objektif tersebut bilik kuliah mestilah di dalam suasana yang kondusif.

2.0

PEMBELAJARAN

REFLEKSI

PENGAJARAN

DAN

Sewaktu saya mengajar pelajar program Teknologi Maklumat semester empat untuk subjek Sains Gunaan II, saya merasakan amat susah untuk menyampaikan objektif pengajaran kerana tahap tumpuan dan tindakbalas

[2]

pelajar kurang memuaskan. Tetapi, pada pemerhatian saya, tumpuan dan tindakbalas pelajar yang duduk di dua baris pertama adalah lebih baik berbanding dengan baris ketiga dan seterusnya. Situasi ini dapat diperhatikan apabila pelajar ditanya soalan, barisan pertama dan kedua dapat memberi jawapan yang memuaskan, manakala barisan ketiga dan seterusnya mengambil masa untuk menjawabnya dan sesetengahnya pula, perlu meminta pertolongan kawan untuk mengulang semula soalan yang diajukan oleh pensyarah. Ini menunjukkan bahawa terdapat jurang tumpuan di antara pelajar

pelajar? Apabila saya berbincang dengan pensyarah lain tentang perkara yang sama, mereka juga mengalami masalah yang serupa. Apabila saya berbincang dengan pelajar-pelajar tentang kelas subjek yang lain, mereka mengatakan bahawa mereka tetap mengalami masalah yang serupa. Sekiranya saya tidak membetulkan perkara ini, saya pasti pelajar kelas ini tidak akan dapat menjawab dengan baik untuk peperiksaan akhir yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan markah pelajar saya.

di baris hadapan dengan baris di

3.0

ISU

KEPERIHATINAN

YANG

belakang.

DIKAJI

Saya telah cuba mengalihkan atau mengubah kedudukan pelajar pada beberapa kali, tetapi masalah yang sama tetap berulang. Saya juga telah bertanya kepada pelajar, kenapa perkara ini berlaku? Jawapan mereka ialah kerana kedudukan pensyarah adalah terlalu jauh dan kadang-kadang suasana kelas menjadi kurang terkawal. Adakah cara saya selama ini tidak efektif? Apakah yang boleh saya buat untuk menarik minat

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar, saya hanya akan memfokuskan kajian ini kepada jurang masalah tumpuan dan tindakbalas pelajar. Menurut Dr. Scott Mandel daripada Sekolah Menengah Pacoima, Los Angeles, yang mengkaji sikap dan sensitiviti pelajar terhadap kolej dan pensyarah di dalam persekitaran bilik kuliah, kebiasaannya susunan kelas dibuat secara barisan yang

mana terdapat sehingga empat barisan atau lebih. Kajian yang dijalankan terhadap susunan kelas menurut barisan mnenunjukkan bahawa barisan yang semakin ke belakang akan menyebabkan lebih banyak masalah disiplin. Selain itu, ia juga menunjukkan bahwa segala stimulasi visual, aural dan fizikal dari pensyarah juga semakin berkurangan. Keadaan ini menyebabkan kejemuan dan pelajar berpotensi menjadi kurang fokus. Manakala perkara sebaliknya yang berlaku apabila aktiviti berkumpulan dijalankan. para pelajar yang sebelum ini bosan dan jemu sewaktu proses P&P menjadi lebih berstimulasi atau nakal dengan rakan-rakan. Keadaan ini menyebabkan lebih banyak ganguan dan pensyarah merasakan semakin susah untuk memberikan perhatian kepada pelajar. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji sikap dan sensitiviti pelajar terhadap kolej dan pensyarah di dalam persekitaran bilik kuliah.

[3]

kolej dan pensyarah di dalam persekitaran bilik kuliah. [3] 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum: Meningkatkan mutu

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum:

Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran Sains Gunaan II di Kolej Komuniti Temerloh

Objektif Khusus:

1. Meningkatkan tumpuan pelajar semasa proses PnP

2. Mengurangkan masalah disiplin didalam kelas

3. Meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses PnP

4. Mencari susunatur terbaik di bilik kuliah bagi proses PnP untuk

subjek Sains Gunaan II

[4]

5.0

KUMPULAN SASARAN

7.0

DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

 

DATA

Kajian ini melibatkan pelajar Sijil Teknologi maklumat Semester 4 kelas STM 4A yang terdiri daripada 21 orang pelajar.

6.0 TINDAKAN

DICADANGKAN

YANG

Dr Mandel mencadangkan satu susunatur alternatif iaitu menyusun meja dan kerusi kepada 3 bahagian menjadi 3 sisi yang berbentuk kotak (|_|) atau “horseshoe” (ladam kuda).Kadangkala, sisi tepi boleh ditambah barisan kedua sekiranya jumlah pelajarnya ramai. Kaedah ini menyebabkan pensyarah dapat menumpukan lebih perhatian kepada pelajar sewaktu proses P&P.

lebih perhatian kepada pelajar sewaktu proses P&P. 7.1 Analisis Demografi Pelajar Analisis terhadap soalan

7.1 Analisis Demografi Pelajar

Analisis terhadap soalan demografi ini hanya melibatkan kekerapan dan peratusan. Tujuannya adalah sekadar untuk mengetahui maklumat peribadi pelajar sahaja.

Perkara

Kekerapan

Peratus

Lelaki

10

52.6

%

Perempuan

9

47.4

%

Jadual 1 : Taburan Jantina Responden

Jadual 1 menunjukkan seramai 10 orang pelajar lelaki yang mewakili 52.6 % responden, manakala seramai 9 orang pelajar perempuan mewakili 47.4 % responden.

Perkara

Kekerapan

Peratus

20 tahun

13

68.4

%

21 tahun

3

15.8

%

22 tahun

2

10.5

%

23 tahun

1

5.3 %

Jadual 2 : Taburan Umur Pelajar

Jadual 2 menunjukkan seramai 13 orang responden mewakili 68.4 % berumur 20 tahun, 3 orang responden

[5]

berumur 21 tahun mewakili 15.8 %, 2 orang responden mewakili 10.5 % yang berumur 22 tahun dan hanya seorang sahaja responden yang berumur 23 tahun mewakili 5.3%

Perkara

Kekerapan

Peratus

Kereta

8

42.1

%

Motorsikal

11

57.9

%

Perkara

Kekerapan

Peratus

Membaca

1

5.3 %

Menonton TV

3

15.8

%

Bermain

9

47.4

%

Lain-lain

6

31.6

%

Jadual 3 : Taburan Kegemaran Pelajar.

Jadual 3 menunjukkan taburan kegemaran pelajar ketika waktu lapang. Data menunjukkan bahawa hanya seorang pelajar mewakili 5.3 % yang mempunyai hobi membaca, 3 orang pelajar mempunyai hobi menonton televisyen, 47.4 % responden mewakili 9 orang pelajar yang suka bermain. Manakala selebihnya seramai 6 orang mewakili 31.6 % yang memilih lain-lain termasuk bermain ping pong, guitar, makan angin dan menguji bahan pelik.

Jadual 4 : Taburan Jenis Kenderaan Yang Digunakan Oleh Pelajar Untuk Datang Ke Kolej

Jadual 4 menunjukkan bahawa sejumlah 8 orang pelajar yang

menggunakan kereta untuk datang ke kolej manaka selebihnya seramai 11 orang pelajar mewakili 57.9 % yang datang ke kolej dengan menaiki motorsikal.

Perkara

Kekerapan

Peratus

Ya

16

88.9

%

Tidak

2

11.1

%

Jadual 5 : Taburan Minat Pelajar Terhadap Subjek Sains Gunaan II

Jadual 5 menunjukkan minat

pelajar terhadap mata Sains gunaan II.

88.9 % responden mewakili 16 orang

pelajar menyatakan minat mereka

terhadap subjek ini manakala hanya 2

orang responden mewakili 11.1 % yang

menyatakan bahawa mereka tidak

meminati subjek Sains Gunaan II.

7.2 Analisis Tentang Keberkesanan

Menggunakan Kaedah Susunatur

Ladam Kuda Bagi Meningkatkan Mutu

Semasa Proses Pembelajaran Dan

Pengajaran (P&P) Bagi Subjek SPA

3105 Sains Gunaan II .

Dapatan kajian ini dianalisis

mengikut kehendak dan persoalan kajian.

Setiap data yang diperolehi dianalisis

dengan menggunakan perisian Statistical

Package for the Sosial Sciences Versi 16

(SPSS). Kekerapan, peratus, min dan

sisishan

analisis ini.

piawai

diambil

Nota skala Likert :

untuk

[6]

tujuan

1 =

amat tidak baik

2 =

tidak baik

3 =

sederhana baik

4 =

baik

5 =

amat baik

Nota nilai min :

1.00

hingga 1.99

=

tahap amat

 

tidak baik

2.00

hingga 2.99

=

tahap tidak

 

baik

3.00

hingga 3.99

=

tahap

 

sederhana

 

baik

4.00

hingga 4.49

=

tahap baik

4.50

hingga 5.00

=

tahap amat

 

baik

[7]

Bil

Perkara

Bentuk Tradisional

 
 

1

2

3

4

5

Min

S.P

1

Pelajar lebih faham pengajaran pensyarah

(0)

(1)

(7)

(10)

(1)

3.58

0%

5.3%

36.8%

52.6%

5.3%

0.69

2

Pengajaran pensyarah lebih tersusun dan teratur

(0)

(3)

(7)

(8)

(1)

0%

15.8%

36.8%

42.1%

5.3%

3.37

0.83

3

Segala isi pengajaran pensyarah sampai kepada pelajar

(0)

(3)

(8)

(5)

(3)

0%

15.8%

42.1%

26.3%

15.8%

3.42

0.96

4

Suara pensyarah lebih jelas

(1)

(3)

(4)

(9)

(2)

5.3%

15.8%

21.1%

47.4

10.5%

3.42

1.07

5

Pensyarah dapat mengawal kelas dengan baik

(2)

(1)

(5)

(8)

(3)

10.5%

5.3%

26.3%

42.1%

15.8%

3.47

1.17

6

Interaksi pensyarah dengan pelajar lebih berkesan

(0)

(2)

(7)

(7)

(3)

0%

10.5%

36.8%

36.8%

15.8%

3.58

0.90

7

Objektif pengajaran tercapai

(0)

(3)

(4)

(9)

(3)

0%

15.8%

21.1%

47.4%

15.8%

3.63

0.96

8

Pelajar yakin dapat skor markah ujian lebih tinggi kerana meningkatkan kefahaman pelajar

(0)

(3)

(8)

(6)

(2)

0%

15.8%

42.1%

31.6%

10.5%

3.37

0.90

9

Kedudukan pensyarah memudahkan pelajar melihat tulisan pensyarah di white board

(1)

(2)

(4)

(9)

(3)

5.3%

10.5%

21.1%

47.4%

15.8%

3.58

1.07

 

JUMLAH

3.49

0.78

Jadual 6.1: Meningkatkan Mutu Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas Bagi

Susunatur Tradisional

[8]

Bil

Perkara

Bentuk Ladam Kuda

 
 

1

2

3

4

5

Min

S.P

1

Pelajar lebih faham pengajaran pensyarah

(0)

(0)

(5)

(9)

(5)

4.00

0.75

0%

0%

26.3%

47.4%

26.3%

2

Pengajaran pensyarah lebih tersusun dan teratur

(0)

(0)

(4)

(9)

(6)

4.11

0.74

0%

0%

21.1%

47.4%

31.6%

3

Segala isi pengajaran pensyarah sampai kepada pelajar

(0)

(2)

(2)

(12)

(3)

3.84

0.83

0%

10.5%

10.5%

63.2%

15.8%

4

Suara pensyarah lebih jelas

(0)

(0)

(0)

(9)

(10)

4.52

0.51

 

0%

0%

0%

47.4%

52.6%

5

Pensyarah dapat mengawal kelas dengan baik

(0)

(0)

(0)

(8)

(10)

4.56

0.51

0%

0%

0%

42.1%

52.6%

6

Interaksi pensyarah dengan pelajar lebih berkesan

(0)

(1)

(1)

(9)

(8)

4.26

0.81

0%

5.3%

5.3%

47.4%

42.1%

7

Objektif pengajaran tercapai

(0)

(1)

(3)

(10)

(5)

4.00

0.81

 

0%

5.3%

15.8%

52.6%

26.3%

8

Pelajar yakin dapat skor markah ujian lebih tinggi kerana meningkatkan kefahaman pelajar

(0)

(0)

(1)

(13)

(5)

4.21

0.54

0%

0%

5.3%

68.4%

26.3%

9

Kedudukan pensyarah memudahkan pelajar melihat tulisan pensyarah di white board

(0)

(0)

(3)

(7)

(9)

4.32

0.75

0%

0%

15.8%

36.8%

47.4%

 

JUMLAH

4.20

0.45

Jadual 6.2: Meningkatkan Mutu Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas Bagi

Susunatur Ladam Kuda

Jadual 6.1 dan 6.2 adalah berkenaan dengan meningkatkan mutu semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas bagi subjek Sains Gunaan II untuk kelas STM 4A. Jadual 6.1 adalah keputusan bagi susunatur tradisional manakala jadual 6.2 adalah keputusan bagi susunatur ladam kuda. Bagi penyataan ‘Pelajar lebih faham pengajaran pensyarah’, didapati susunatur tradisional menunjukkan kebanyakan pelajar menganggap susunatur tersebut tidak sesuai yang mana nilai minnya adalah 3.58 iaitu berada pada tahap sederhana baik. Manakala itu, bagi susunatur ladam kuda pula, data yang didapati menunjukkan peningkat kefahaman pelajar iaitu kepada nilai min 4.00 yang mana ia berada pada tahap yang baik.

Didapati pula penyataan bagi ‘Pengajaran pensyarah lebih tersusun dan teratur’ bagi susunatur tradisional menunjukkan sebanyak 3 orang pelajar mewakili 15.8% mengatakan ia berada pada skala yang tidak baik, 7 orang pelajar mewakili 36.8% pada skala sederhana baik, 8 orang mewakili 42.1% pada skala baik dan selebihnya iaitu

[9]

seorang pelajar mewakili 5.3% pada skala amat baik. Semantara itu, nilai minnya berada pada tahap yang sederhana baik iaitu pada nilai 3.37. Sementara itu, jika di lihat kepada jadual 6.2 bagi susunatur ladam kuda, ia menunjukkan peningkatan bagi nilai min iaitu kepada 4.11 yang mana ia berada pada tahap yang baik.

Jika kita melihat pula kepada penyataan ‘Segala isi pengajaran pensyarah sampai kepada pelajar’, pelajar bersetuju bahawa kedua-dua susunatur memberi impak yang lebih kurang sama dengan nilai min bagi susunatur tradisional adalah 3.42 dan bagi susunatur ladam kuda pula adalah 3.84. Walaubagaimanapun, peratusan yang mengatakan susunatur ladam kuda lebih baik adalah lebih tinggi iaitu 79% mewakili 15 orang pelajar berbanding hanya 8 orang pelajar sahaja mewakili 42.1% yang beranggapan susunan tradisional lebih baik.

Bagi penyataan ‘Suara pensyarah lebih jelas’ pula, susunatur ladam kuda menunjukkan perbezaan yang ketara iaitu kebanyakan pelajar bersetuju bahawa susunatur tersebut memberikan lebih manfaat kepada meraka. Ia dapat dilihat

[10]

dengan merujuk kepada nilai min iaitu 4.52 yang berada pada tahap yang amat baik berbanding susunatur tradisional

berada pada tahap yang baik dengan nilai min 4.26 berbanding susunatur tradisional yang mempunyai nilai min

yang berada pada tahap sederhana baik

3.58

yang berada pada tahap sederhana

dimana nilai minnya adalah 3.42.

baik.

Data yang didapati juga menunjukkan bahawa dengan menyusun kelas berbentuk ladam kuda, pensyarah dapat mengawal kelas dengan lebih baik. Ia diperakui oleh pelajar dimana seramai 18 orang yang memilih nilai pada skala yang baik dan amat baik. Manakala nilai minnya juga menunjukkan tahap yang amat baik iaitu dengan nilai 4.56. Sementara itu, susunatur tradisional pula menunjukkan bahawa ia berada pada tahap sederhana baik dengan nilai min sebanyak 3.47.

Sementara itu, bagi penyataan ‘Objektif pengajaran tercapai’, susunatur ladam kuda juga lebih baik berbanding susunatur tradisional denagan 15 orang besetuju mewakili 78.9% berbanding 12 orang pelajar yang bersetuju susunatur tradisional lebih baik dengan peratusan 63.2%. Oleh itu, susunatur ladam kuda lebih berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar dengan nilai min 4.00 yang berada pada tahap yang baik jika dibandingkan dengan susunatur tradisional yang mempunyai nilai min

3.63

yang berada pada tahap sederhana

Sebanyak 10 orang pelajar

baik.

bersetuju bahawa susunatur berbentuk tradisional memberi kesan yang baik terhadap interaksi dengan pensyarah. Ia mewakili 52.6%. Walaubagaimanapun, susunatur ladam kuda lebih memberikan kesan yang lebih baik terhadap interaksi pensyarah dengan pelajar dengan 17 orang yang bersetuju dengannya yang mewakili 89.5%. Manakala jika diteliti kepada nilai min, susunatur ladam kuda

Penyataan ‘Pelajar yakin dapat skor markah ujian lebih tinggi kerana meningkatkan kefahaman pelajar ’menunjukkan bahawa sebanyak 8 orang pelajar mewakili 42.1% bersetuju bahawa susunatur tradisional memberi kesan yang baik kepada mereka. Tetapi, susunatur ladam kuda menunjukkan peratusan yang lebih tinggi iaitu 94.7%

mewakili 18 orang pelajar. Nilai min juga

menjelaskan perkara tersebut dengan

nilai sebanyak 4.21 bagi susunatur ladam

kuda yang berada pada tahap yang baik

berbanding susunatur tradisional yang

berada pada tahap sederhana baik

dengan nilai 3.37.

Manakala

terakhir

iaitu

bagi

penyataan

yang

pensyarah

‘Kedudukan

[11]

memudahkan pelajar melihat tulisan

pensyarah di white board’, para pelajar

menjelaskan bahawa susunatur ladam

kuda adalah lebih baik dengan nilai min

4.32 yang berada pada tahap yang baik.

Susunatur tradisional pula menunjukkan

tahap sederhana baik dengan nilai min

3.58 yang mewakili 12 orang pelajar yang

bersetuju dengannya.

Bil

Perkara

Bentuk Tradisional

 
 

1

2

3

4

5

Min

S.P

1

Tumpuan pelajar lebih meningkat

(2)

(1)

(6)

(7)

(3)

3.42

1.17

10.5%

5.3%

31.6%

36.8%

15.8%

2

Pelajar dapat memahami apa yang diajar oleh pensyarah

(1)

(1)

(3)

(12)

(2)

3.68

0.95

5.3%

5.3%

15.8%

63.2%

10.5%

3

Tiada pelajar yang bermain-main di dalam kelas

(0)

(3)

(6)

(8)

(2)

3.47

0.90

0%

15.8%

31.6%

42.1%

10.5%

4

Dapat menarik minat pelajar supaya lebih menumpukan P&P

(1)

(2)

(7)

(7)

(2)

3.37

1.01

5.3%

10.5%

36.8%

36.8%

10.5%

5

Tumpuan pensyarah menyeluruh kepada semua pelajar

(0)

(3)

(4)

(8)

(4)

3.68

1.00

0%

15.8%

21.1%

42.1%

21.1%

6

Jurang tumpuan pelajar dapat dikurangkan

(2)

(1)

(4)

(10)

(2)

3.47

1.12

10.5%

5.3%

21.1%

52.6%

10.5%

 

JUMLAH

3.56

0.88

Jadual 7.1 : Meningkatkan Tumpuan Pelajar Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi

Susunatur Tradisional

[12]

Bil

Perkara

Bentuk Ladam Kuda

 
 

1

2

3

4

5

Min

S.P

1

Tumpuan pelajar lebih meningkat

(0)

(0)

(3)

(7)

(9)

4.32

0.75

0%

0%

15.8%

36.8%

47.4%

2

Pelajar dapat memahami apa yang diajar oleh pensyarah

(0)

(0)

(2)

(9)

(8)

4.32

0.67

0%

0%

10.5%

47.4%

42.1%

3

Tiada pelajar yang bermain-main di dalam kelas

(0)

(0)

(3)

(5)

(11)

4.42

0.77

0%

0%

15.8%

26.3%

57.9%

4

Dapat menarik minat pelajar supaya lebih menumpukan P&P

(0)

(0)

(2)

(11)

(6)

4.21

0.63

0%

0%

10.5%

57.9%

31.6%

5

Tumpuan pensyarah menyeluruh kepada semua pelajar

(0)

(0)

(1)

(6)

(11)

4.56

0.62

0%

0%

5.6%

33.3%

61.1%

6

Jurang tumpuan pelajar dapat dikurangkan

(0)

(1)

(3)

(12)

(3)

3.89

0.74

0%

5.3%

15.8%

63.2%

15.8%

 

JUMLAH

4.33

0.50

Jadual 7.2 : Meningkatkan Tumpuan Pelajar Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi

Susunatur Ladam Kuda

Jadual 7.1 dan 7.2 berkenaan

dengan susunatur manakah yang dapat

membantu pelajar meningkatkan

tumpuan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Data yang didapati

menunjukkan bahawa seramai 16 orang

pelajar mewakili 84.2% bersetuju bahwa

susunatur ladam kuda dapat

meningkatkan tumpuan mereka.

Sementara itu, susunatur tradisional

hanya mencatat 10 orang pelajar sahaja

yang bersetuju denganya. Manakala min

susunatur ladam kuda adalah 4.32,

berada pada tahap yang baik berbanding

susunatur tradisional pada nilai 3.42.

Susunatur ladam kuda juga lebih

baik dari segi menambahkan kefahaman

pelajar di dalam kelas dengan nilai

minnya 4.32 yang berada pada tahap yang

baik. Manakala susunatur tradisional hanya mencatat nilai min 3.68, berada pada tahap sederhana baik sahaja.

Seramai 14 orang pelajar mewakili 84.2% bersetuju susunatur ladam kuda dapat mengurangkan pelajar bermain- main didalam kelas. Tahap yang di catat adalah tahap yang baik dengan nilai 4.42. Manakala bagi susunatur tradisional pula, hanya 10 orang pelajar sahaja yang bersetuju dengannya dengan mencatat nilai peratusan 52.6%, dimana mencapai tahap sederhana baik selaras dengan nilai min 3.47.

Selain itu, para pelajar juga bersetuju susunatur ladam kuda mempunyai kelebihan dari segi menarik minat pelajar supaya menumpukan lebih perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai min yang dicatat adalah 4.21 di mana ia berada pada tahap yang baik dengan mengumpul 17 orang pelajar yang bersetuju di samping mencatat nilai peratusan yang tinggi iaitu 89.5%. Sementara itu, sebanyak 9 orang pelajar sahaja yang bersetuju dengan susunatur tradisional dengan nilai min 3.37. Nilai ini berada pada tahap

[13]

sederhana baik dengan peratusan yang sedikit rendah iaitu 47.3%.

Jadual 7.2 yang mewakili pendapat pelajar tentang susunatur ladam kuda juga menunjukkan nilai min yang amat baik bagi penyataan ‘Tumpuan pensyarah menyeluruh kepada semua pelajar’ dengan mengeluarkan nilai 4.56. Ia mewakili 17 orang pelajar dengan peratusan yang sangat tinggi iaitu 94.4%. Manakala jadual 7.1 yang mewakili susunatur tradisional pula mencatat nilai min yang sederhana baik iaitu 3.68 di mana hanya 12 orang sahaja bersetuju dengannya mewakili peratusan 63.2%.

Akhir sekali bagi penyataan ‘Jurang tumpuan pelajar dapat dikurangkan’, kedua-dua susunatur mencatat tahap yang sama iaitu sederhana baik dengan nilai min bagi susunatur kuda adalah 3.89 dan susunatur tradisional adalah 3.47. Walaubagaimanapun, susunatur ladam kuda masih lagi yang terbaik dengan mengumpul seramai 15 orang pelajar yang bersetuju dengannya mewakili 79.0% meninggalkan mereka yang bersetuju dengan susunatur tradisional

iaitu

mewakili 63.1%.

seramai

12

orang

pelajar

sahaja

[14]

Bil

Perkara

Bentuk Tradisional

 
 

1

2

3

4

5

Min

S.P

1

Kelas tidak bising

(2)

(3)

(5)

(8)

(1)

3.16

1.12

 

10.5%

15.8%

26.3%

42.1%

5.6%

2

Pensyarah dapat mengawasi tugasan pelajar dengan sepenuhnya

(2)

(2)

(5)

(8)

(1)

3.22

1.11

11.1%

11.1%

27.8%

44.4%

5.6%

3

Pelajar tidak bermain dengan telefon bimbit

(1)

(2)

(9)

(5)

(2)

3.26

0.99

5.6%

10.5%

47.4%

26.3%

10.5%

4

Tiada pelajar yang mengganggu semasa pengajaran pensyarah

(0)

(2)

(6)

(8)

(2)

3.56

0.86

0%

11.1%

33.3%

44.4%

11.1%

5

Tingkahlaku semua pelajar dapat diperhatikan oleh pensyarah dengan menyeluruh

(0)

(3)

(6)

(5)

(5)

3.63

1.07

0%

15.8%

33.3%

26.3%

26.3%

6

Pelajar lebih berdisiplin

(0)

(2)

(6)

(7)

(4)

3.67

0.95

 

0%

10.5%

33.3%

36.8%

21.1%

 

JUMLAH

3.44

0.89

Jadual 8.1 : Mengurangkan Masalah Disiplin Di Dalam Kelas Bagi Susunatur Tradisional

[15]

Bil

Perkara

Bentuk Ladam Kuda

 
 

1

2

3

4

5

Min

S.P

1

Kelas tidak bising

(0)

(0)

(0)

(14)

(5)

4.26

0.45

 

0%

0%

0%

73.7%

26.3%

2

Pensyarah dapat mengawasi tugasan pelajar dengan sepenuhnya

(0)

(0)

(0)

(11)

(8)

4.42

0.51

0%

0%

0%

57.9%

42.1%

3

Pelajar tidak bermain dengan telefon bimbit

(0)

(0)

(1)

(7)

(11)

4.52

0.61

0%

0%

5.6%

36.8%

57.9%

4

Tiada pelajar yang mengganggu semasa pengajaran pensyarah

(0)

(0)

(1)

(8)

(9)

4.44

0.61

0%

0%

5.6%

44.4%

50.0%

5

Tingkahlaku semua pelajar dapat diperhatikan oleh pensyarah dengan menyeluruh

(0)

(0)

(0)

(8)

(11)

4.57

0.51

0%

0%

0%

42.1%

57.9%

6

Pelajar lebih berdisiplin

(0)

(0)

(0)

(8)

(11)

4.57

0.51

 

0%

0%

0%

42.1%

57.9%

 

JUMLAH

4.47

0.36

Jadual 8.2 : Mengurangkan Masalah Disiplin Di Dalam Kelas Bagi Susunatur Ladam Kuda

Jadual 8.1 dan 8.2 adalah berkaitan

susunatur manakah yang dapat

mengurangkan masalah disiplin di dalam

kelas. Bagi persoalan pertama iaitu ‘Kelas

tidak bising’, susunatur tradisional

mencatat nilai min pada tahap sederhana

baik iaitu 3.16. Manakala susunatur

ladam kuda pula mempunyai nilai min

4.26 yang berada pada tahap baik. Data

yang ditunjukkan juga menjelaskan

bahawa kesemua pelajar bersetuju

dengan susunatur ladam kuda.

Jadual tersebut juga menunjukkan

bahawa susunatur ladam kuda dapat

membantu pensyarah mengawasi tugasan

pelajar dengan sepenuhnya. Kesemua

pelajar bersetuju bahawa susunatur ini

lebih baik. Berbeza dengan susunatur

tradisional yang hanya mengumpul 9

orang pelajar sahaja mewakil 50.0%. Manakala bagi susunatur ladam kuda pula, pelajar percaya ia berada dalam keadaan yang baik dengan nilai min 4.42 meninggalkan susunatur tradisional dengan nilai 3.22.

Pelajar juga bersetuju bahawa susunatur ladam kuda dapat mengurangkan jumlah pelajar yang bermain dengan telefon bimbit dengan mencatat 18 orang yang bersetuju mewakili 94.7%. nilai min pula dalah 4.52 yang mana ia berada pada tahap yang amat baik. Sementara itu susunatur tradisional hanya mencatat seramai 7 orang sahaja yang bersetuju dengan nilai min 3.26 iaitu berada pada tahap sederhana baik.

Selain itu, bagi penyataan ‘Tiada pelajar yang mengganggu semasa pengajaran pensyarah’, pelajar berpendapat hal yang sama iaitu susunatur ladam kuda lebih baik dengan nilai min 4.44 iaitu berada pada tahap yang baik. Manakala susunatur tradisional hanya menunjukkan tahap yang sederhana baik iaitu 3.56 sahaja. Nilai peratusan pula adalah 94.4% yang

[16]

bersetuju dengan susunatur ladam kuda dan 55.5% sahaja bagi sususnan tradisional.

Kesemua pelajar bersetuju bahawa susunatur ladam kuda dapat membantu pensyarah memerhatikan semua tingkahlaku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Susunatur ini mencatat nilai min yang amat baik

iaitu 4.57 di mana ia meninggalkan jauh susunatur tradisional yang menggambarkan bahawa ia berada pada tahap sederhana sahaja dengan nilai min

3.63.

Susunatur ladam kuda juga menunjukkan perbezaan yang ketara bagi penyataan ‘Pelajar lebih berdisiplin’ dengan mencatat nilai min yang amat baik iaitu 4.57. Sementara itu, susunatur tradisional hanya mencatat nilai min yang sederhana baik iaitu 3.67. Melalui borang kaji selidik juga menunjukkan bahawa 19 orang yang bersetuju dengan susunatur ladam kuda berbanding susunatur tradisional menunjukkan hanya 11 orang pelajar sahaja mewakili 57.9% yang bersetuju.

[17]

Bil

Perkara

Bentuk Tradisional

 
 

1

2

3

4

5

Min

S.P

1

Menimbulkan minat pelajar

(1)

(3)

(7)

(5)

(3)

3.32

1.11

5.6%

15.8%

36.8%

26.3%

15.8%

2

Semua pelajar terlibat dengan proses P&P

(1)

(3)

(3)

(8)

(4)

3.58

1.17

5.6%

15.8%

15.8%

42.1%

21.1%

3

Tindak balas pelajar terhadap soal balas pensyarah cepat

(2)

(1)

(5)

(7)

(4)

3.53

1.22

10.5%

5.6%

26.3%

36.8%

21.1%

4

Susunatur dapat meningkatkan penyertaan pelajar

(1)

(2)

(5)

(8)

(3)

3.53

1.07

5.6%

10.5%

26.3%

42.1%

15.8%

5

Pelajar lebih agresif dan aktif ketika proses P&P

(1)

(3)

(6)

(5)

(4)

3.42

1.17

5.6%

15.8%

31.6%

26.3%

21.1%

 

JUMLAH

3.47

1.03

Jadual 9.1 : Meningkatkan Penyertaan Pelajar Di Dalam Kelas Bagi Susunatur Tradisional

Bil

Perkara

Bentuk Ladam Kuda

 
 

1

2

3

4

5

Min

S.P

1

Menimbulkan minat pelajar

(0)

(0)

(1)

(11)

(7)

4.32

0.58

0%

0%

5.6%

57.9%

36.8%

2

Semua pelajar terlibat dengan proses P&P

(0)

(0)

(2)

(8)

(9)

4.37

0.68

0%

0%

10.5%

42.1%

47.4%

3

Tindak balas pelajar terhadap soal balas pensyarah cepat

(0)

(0)

(4)

(9)

(6)

4.11

0.74

0%

0%

21.1%

47.4%

31.6%

4

Susunatur dapat meningkatkan penyertaan pelajar

(0)

(0)

(5)

(8)

(6)

4.05

0.78

0%

0%

26.3%

42.1%

31.6%

5

Pelajar lebih agresif dan aktif ketika proses P&P

(0)

(0)

(5)

(7)

(7)

4.11

0.81

0%

0%

26.3%

36.8%

36.8%

 

JUMLAH

4.19

0.52

Jadual 9.2 : Meningkatkan Penyertaan Pelajar Di Dalam Kelas Bagi Susunatur Ladam Kuda

Jadual 9.1 dan 9.2 adalah tentang susunatur manakah yang dapat meningkatkan penyertaan pelajar di dalam kelas. Data yang didapati menjelaskan bahawa seramai 8 orang pelajar mewakili 42.1% yang bersetuju susunatur tradisional dapat menimbulkan minat pelajar. Nilai min yang didapati adalah 3.32 iaitu pada tahap sederhana baik. Walaubagaimanapun susunatur ladam kuda lebih baik dengan mencatat nilai min 4.32 iaiutu pada tahap yang baik. Manakala seramai 18 orang pelajar yang bersetuju dengannya mewakili

94.7%.

Susunatur ladam kuda juga mencatat nilai min yang baik sekiranya ingin melibatkan semua pelajar dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Nilainya adalah 4.37 mengatasi susunatur tradisional, 3.58 iaitu tahap sederhana baik. Ia dibuktikan dengan peratusan yang tinggi bagi susunatur ladam kuda iaitu 89.5% mewakili 17 orang pelajar. Sementara itu, susunatur tradisional hanya mengumpul peratusan 63.2% mewakili 12 orang pelajar.

pelajar

Dalam membezakan tindak balas

balas

terhadap

soal

[18]

pensyarah,susunatur ladam kuda mencatatkan nilai min 4.11 iaitu pada tahap yang baik. Manakala nilai min bagi susunatur tradisional adalah 3.53 iaitu pada tahap sederhana baik. Seramai 15 orang pelajar mewakili 79.0% yang bersetuju dengannya berbeza hanya 11 orang pelajar mewakili susunatur ladam kuda yang mencatat peratusan 57.9%.

Para pelajar juga bersetuju bahawa susunatur ladam kuda dapat meningkatkan penyertaan mereka di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan peratusan setinggi 73.7% yang mencatatkan nilai min 4.05 iaitu pada tahap baik. Sementara itu, susunatur tradisional pula hanya mencatat peratusan 57.9% mewakili 12 orang pelajar dengan mencatatkan nilai min 3.53 iaitu berada pada tahap sederhana baik.

Akhir sekali, seramai 14 orang pelajar besetuju bahawa susunatur ladam kuda dapat menhadikan pelajar lebih agresif dan aktif di dalam kelas. Ia mewakili 73.6% berbanding hanya 47.4% sahaja yang bersetuju susunatur tradisional lebih baik. Ia mewakili pelajar seramai 9 orang. Manakala nilai min bagi

susunatur ladam kuda adalah 4.11 iaitu berada pada tahap baik dan nilai min bagi susunatur tradisional adalah 3.42 iaitu berada pada tahap sederhana baik.

8.0 PERBINCANGAN

KAJIAN

DAPATAN

Kajian yang dilakukan terhadap pelajar semester empat Sijil Teknologi Maklumat kelas 4A (STM 4A) menunjukkan terdapat perbezaan ketara antara susunatur kelas disusun secara tradisional dengan disusun secara ladam kuda. Ia menunjukkan bahawa susunatur ladam kuda lebih berfaedah dan memberi banyak manfaat kepada pelajar.

8.1 Meningkatkan Mutu Pengajaran

Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas

Data min bagi tujuan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kelas menunjukkan bahawa susunatur ladam kuda lebih berkesan daripada susunatur tradisional. Susunatur ladam kuda mencatat min keseluruhan sebanyak 4.20 iaitu berada pada tahap yang baik mengatasi

[19]

susunatur tradisional dengan nilai 3.49 iaitu pada tahap yang sederhana baik. Perbezaan nilai min ini membuktikan bahawa kaedah susunatur ladam kuda ini dapat memberikan impak yang menakjubkan kepada pelajar. Rata-rata pelajar berkongsi pendapat yang sama.

8.2 Meningkatkan Tumpuan Pelajar

Semasa Pengajaran Dan Pembelajaran

Susunatur ladam kuda sebenarnya dapat membantu pelajar meningkatkan tumpuan di dalam kelas. Ia dibuktikan dengan nilai min keseluruhannya iaitu mengumpul nilai 4.33. Nilai tersebut bermaksud ia berada pada tahap yang baik. Sementara itu, nilai min bagi susunatur tradisional adalah lebih rendah iaitu 3.56 yang bermakna tahap sederhana baik. Tinjauan pelajar mendapati susunatur ladam kuda dapat meningkatkan tumpuan pelajar, mengurangkan bilangan pelajar yang bermain-main di dalam kelas, merapatkan jurang tumpuan antara mereka dan lain-lain lagi.

8.3 Mengurangkan Masalah Disiplin

Di Dalam Kelas

Masalah disiplin didalam kelas dapat dikurangkan dengan mengubah susunatur kelas daripada bentuk tradisional ke bentuk ladam kuda. Pelajar berpendapat bahawa susunatur tersebut dapat menjadikan kelas tidak bising, pensyarah dapat mengawasi pelajar dengan sepenuhnya, mengelakkan pelajar mengganggu penyampaian pensyarah dan lain-lain lagi. Secara nombornya susunatur ladam kuda mencatat nilai min 4.47 berbanding susunatur tradisional yang hanya mencatatkan nilai min 3.67. Manakala suasana kelas berubah daripada keadaan sederhana baik bagi susunatur tradisional kepada keadaan yang lebih baik bagi susunatur ladam kuda. Keadaan ini melicinkan dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Sains Gunaan II.

8.4 Meningkatkan

Pelajar Di Dalam Kelas

Penyertaan

Data yang diperolehi menunjukkan bahawa penyertaan pelajar meningkat selaras dengan mengubah bentuk

[20]

susunatur pelajar di dalam kelas. Bentuk ladam kuda telah mengumpul nilai min sebanyak 4.11 yang bererti penyertaan pelajar berubah dari keadaan sederhana baik sewaktu kelas disusun secara tradisional ke keadaan yang baik. Untuk makluman nilai min ketika susunatur tradisional adalah 3.47. susunatur tersebut dapat meningkat minat pelajar, menggalakkan semua pelajar terlibat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, mengubah tindak balas pelajar dan menjadikan pelajar lebih agresif.

9.0

KESIMPULAN

Pengurusan bilik kuliah adalah penting bagi meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran. Di samping itu juga, ia mampu melicinkan dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa sedikit pun gangguan. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), persekitaran bilik kuliah yang baik dapat meningkatkan kuasa pengajaran pensyarah. Merujuk kepada kajian susunatur ladam kuda yang telah dijalankan, ia menunjukkan bahawa

kaedah tersebut memberikan hasil yang positif antaranya meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan minat pelajar, mengurangkan masalah disiplin di dalam kelas serta mengurangkan jurang tumpuan antara pelajar. Dengan mengubah kaedah susunatur ini, keberkesanan pengajaran lebih terserlah dan objektif pengajaran sampai kepada pelajar. Akhir kata, kaedah susunatur ladam kuda ini wajar diteruskan di dalam

[21]

subjek Sains Gunaan II bahkan tidak keterlaluan jika ianya diperluaskan kepada semua pengajaran teori di dalam bilik kuliah.

RUJUKAN

Kamaruddin Husin & Kamaraul Azhar (1994). Asas Pendidikan 1 Dinamika Sekolah Dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur :

Longman Malaysia Sdn Bhd.