Anda di halaman 1dari 12

1.

LATAR BELAKANG KAJIAN KES

Kisah stealing time ini telah ditulis oleh Robert Carter, seorang guru yang mempunyai pengalaman mengajar selama 7 tahun. Sebagai seorang guru tahun 4, Robert telah menetapkan satu standard pada setiap awal tahun iaitu dengan memastikan semua pelajar tahu akan had dan batasan bagi sesuatu tingkah laku yang dapat diterima di dalam bilik darjahnya (baris 1-3, para 1). Robert percaya kepada ketegasan tetapi perlulah dikuatkuasakan bersama undang-undang yang adil, dan dia dapati murid-muridnya dapat mematuhi standard yang beliau tetapkan (baris 4-5, para 1). Robert juga percaya, jika dia berlaku adil dengan muridmuridnya, maka mereka juga akan berlaku adil dengannya (baris 5-6, para 1). Kesannya, bilik darjah tersebut menjadi seperti sebuah komuniti kecil di mana setiap ahlinya tahu apa yang perlu diharapkan dan bagaimana untuk berkelakuan baik pada setiap masa. Robert juga dapati murid-murid yang sentiasa mendatangkan masalah di dalam kelas turut berubah seperti yang dia harapkan (baris 6-10, para 1). Semester musim luruh berlangsung seperti yang Robert harapkan. Dia sangat gembira apabila Andy dan Matin, murid yang mempunyai latar balakang dan tingkah laku bermasalah serta lemah dalam akdemik telah menunjukkan peningkatan terhadap kemampuan mereka. Kara, seorang murid yang juga bermasalah tingkah laku turut menunjukkan kemajuan atas bantuan guru pendidikan khas. Begitu juga David, seorang murid daripada kelas bermasalah pembelajaran telah disahkan normal bagi mata pelajaran harian pendek yang bukan akademik. David akan datang ke kelas Robert pada waktu pagi untuk roll-call, kutipan wang makan tengah hari, ikrar taat setia dan sebagainya. David juga menghadiri kelas seni, muzik dan PJ bersama murid kelas Robert. Tidak lama kemudian, selepas, cuti Krismas, David telah layak untuk ditempatkan di dalam kelas biasa sekurang-kurangnya 51 peratus setiap hari. Kini, Robert menjadi guru matematik David (baris 4-7, para 3). Tidak lama kemudian, Robert dapat menghidu permulaan kepada pengakhiran apa yang dirasakan tahun persekolahan yang menarik. Bagi subjek matematik, David tidak menghantar tugasan dan tidak menyiapkan kerja yang Robert berikan. Semasa Robert mengajar, David akan membuat bunyi yang pelik dan mengganggu Robert dan pelajar lain. (David akan menghempas buku dengan kuat atas lantai, mengetukEDU 3104 Halaman 1

ngetuk pensil di atas meja, dan membuat bising di mejanya). David tidak menghiraukan teguran Robert. Robert menganggap tingkah laku David itu sebagai satu gangguan serangan yang kejam dan tidak sopan (para 4). Tingkah laku David menjadi bertambah teruk. dia selalu menjerit bahawa dia mahu kembali ke kelas sebenar bersama guru yang sebenar. Dia lansung tidak memberi Robert peluang untuk menjadi gurunya. Hubungan David dengan murid-murid lain menjadi bertambah buruk (para 5). Robert menjalankan pengajaran matematik menggunakan kaedah pengajaran korperatif. Keengganan David untuk menyiapkan tugasan menyebabkan markah kumpulannya merosot. Apabila ada rakan yang mahu membantunya, dia akan menolak dengan kasar usaha mereka. Hal ini menyebabkan rakan-rakan sekelasnya mula mengadu tentang perbuatannya itu (para 6). Pada hari David mengambil tugasan yang diberikan oleh Robert, dia telah mencampakkannya di atas meja. Hal ini menyebabkan Robert marah padanya sehinggalah waktu rehat tiba (para 7). Selepas waktu rehat, tingkah laku David menjadi bertambah teruk. Robert telah mengenakan time-out kepada David. Walau bagaimanapun, setelah tiba di tempat yang David perlu duduk, dia telah menghempaskan barang-barangnya dengan kuat menyebabkan Robert menjadi marah padanya. Robert kemudiannya membawa David ke meja pelajar di dalam pejabat pengetua (para 8). David berhasrat mahu bercakap sesuatu kepada Robert. Namun setelah bertemu Robert, dia hanya berkata,lupakan saja. Namun setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya David meminta maaf atas segala perbuatannya tetapi dia tidak mahu semua rakan dalam kelasnya, merenungnya. Robert menjelaskan kepada David mengapa rakan-rakannya merenungnya. Namun, David yakin dia akan melakukan kerja dengan lebih baik jika mereka tidak merenungnya dan dia tidak suka Kevin menyibuk tentang dirinya. Semasa perundingan itu, David berjanji untuk berubah menjadi lebih baik. Tingkah laku David menjadi bertambah baik untuk beberapa hari selepas itu (para 10).

EDU 3104

Halaman 2

Bagaimanapun, sekali lagi David menunjukkan tingkah laku seperti sedang marah pada semua orang. Robert tidak membenarkan David keluar rehat kerana dia tidak menyiapkan tugasan dan dia lebih banyak menghabiskan masa di bilik pengetua. Robert telah menjelaskan kepada pengetua tentang David (baris3-11, para 11). Suatu hari semasa David tiada di dalam kelas, Robert telah berbincang dengan pelajar-pelajar lain tentang tingkah laku David. Robert merasakan dia telah berlaku jujur terhadap para pelajarnya. Para pelajarnya merasakan David seperti seorang pembelot dan mereka tidak suka dia berada di dalam kelas tersebut (para 12). Suatu tengah hari, Robert tidak membenarkan David keluar rehat kerana dia tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. David dibiarkan bersendirian di dalam kelas. Selepas waktu rehat, sekembalinya para pelajar ke dalam kelas, Bob mendapati jam tangannya telah hilang (para 13). Keesokan harinya, David berlari ke meja Robert dan memberitahu bahawa bapanya telah memberikan dia jam tangan. Robert meminta David menanggalkan jam tersebut. Setelah diteliti, Robert berasa begitu marah dan kecewa. Dia begitu yakin jam tangan tersebut milik Bob (para 14).

EDU 3104

Halaman 3

2.0

ANALISIS KES

2.1 Mengenalpasti isu atau masalah kes Dapatan kajian iaitu isu utama yang menjadi pokok persoalan daripada kisah stealing time ini adalah pemikiran yang lahir dari akal fikiran David itu sendiri di mana memberi impak yang negatif terhadap dirinya serta orang lain. Hal ini sekali gus mempengaruhi sikap serta nilai yang ada pada David. Apa yang menjadi masalah utama ialah corak pemikiran David terhadap kelas itu sendiri. Oleh kerana sikapnya itulah menyebabkan emosinya terhadap persekitaran bilik darjah yang baharu terjejas. David tidak dapat menerima keadaan persekitarannya yang baharu, rakan-rakan serta guru yang baharu. Ini ditunjukkan melalui tingkah lakunya yang kurang menyenangkan di dalam bilik darjah terutama ketika sesi pembelajaran cikgu Robert iaitu guru Matematik di kelas David. Tingkah laku David menjadi semakin teruk. Dia selalu menjerit bahawa dia mahu kembali ke kelas sebenar bersama guru yang sebenar. Dia langsung tidak memberi Robert peluang untuk menjadi gurunya. Hal ini dibuktikan dalam perenggan kelima. Ini jelas menggambarkan bahawa pemikirannya masih lagi berada di kelasnya yang dahulu. David mungkin merasakan bahawa rakan-rakan di kelasnya sekarang adalah lebih baik daripadanya berbanding semasa di kelas lamanya dahulu. David juga turut berfikiran bahawa dia tidak akan mendapat perhatian khas dalam kelas tersebut seperti mana perhatian yang diperolehnya sewaktu berada di kelas aliran khas.

2.2 Kesan masalah Berdasarkan bacaan serta pemahaman saya dalam kajian ini, saya telah mengenalpasti beberapa masalah yang timbul akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh David. Oleh kerana David beranggapan bahawa dia kekurangan perhatian semasa di kelas itu, maka dia sering memberontak sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sikap serta tingkah laku yang dipamerkan oleh David semakin hari semakin bertambah buruk sehinggakan semua rakan-rakan kelas David merasakan David seperti seorang pembelot dan mereka tidak suka dia berada di dalam kelas tersebut dan mereka sentiasa merenungnya. Hal ini menambahkan lagi rasa ketidakselesaan David untuk terus berada di kelas tersebut.
EDU 3104 Halaman 4

Pada suatu hari, cikgu Robert telah menjalankan pembelajaran menggunakan kaedah pengajaran koperatif di mana semua pelajarnya akan bekerjasama dalam satu kumpulan. Namun, apa yang ditunjukkan oleh David adalah tidak wajar kerana dia tidak memberikan kerjasama yang baik dalam kumpulannya menyebabkan markah kumpulannya merosot. Ini adalah kerana David tidak mahu berkawan serta bekerjasama bersama rakannya. Tingkah laku yang sering ditunjukkan oleh David adalah tingkah laku disruptif, iaitu tingkah laku yang mengganggu. David sering membuat bunyi-bunyi yang pelik, menghempas buku yang kuat di atas lantai, mengetuk-ngetuk pensil di atas meja dan membuat bising di atas mejanya. Ini akan mengganggu cikgu Robert dan pelajar yang lain di dalam kelas. Kemungkinan tingkah laku ini berlaku adalah disebabkan oleh keinginan David untuk mendapatkan perhatian daripada gurunya. Disamping itu, David juga tidak membuat dan menghantar tugasan yang telah diberikan oleh gurunya. malahan, David langsung tidak menghiraukan teguran cikgu Robert. David telah mencampakkan tugasan yang diberikan oleh cikgu Robert di atas mejanya. Hal ini menyebabkan cikgu Robert telah mengenakan time-out kepada David. Namun, apabila tiba di tempat sepatutnya diduduki David, dia telah menghempaskan barang-barangnya dengan kuat sehingga menyebabkan Robert menjadi marah padanya. Robert kemudiannya membawa David ke meja pelajar di dalam pejabat pengetua. Kesannya, tingkah laku David menjadi baik selepas beberapa hari. Selain itu, David telah bertindak mencuri jam tangan milik rakan sekelasnya, Bob. Tindakan cikgu Robert adalah meminta David menanggalkan jam tersebut kerana yakin bahawa jam itu kepunyaan Bob, yang telah memberitahu cikgu Robert akan kehilangan jam tangannya.

EDU 3104

Halaman 5

2.3 Punca-punca masalah Saya berpendapat bahawa punca yang menyebabkan David bertindak begitu adalah kerana inginkan perhatian daripada gurunya. Seperti mana yang kita ketahui, kanakkanak yang bermasalah pembelajaran memerlukan perhatian yang khusus daripada gurunya. Masalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurology. Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai pemalas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat. Mereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa. Oleh kerana mereka menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir (Haliza Hamzah, et.al, 2009). Berkemungkinan, faktor yang mempengaruhi masalah serta tingkah laku David adalah faktor persekitaran. Ini adalah kerana, apabila David berada di kelas aliran khas, David akan diberi perhatian yang lebih berbanding di kelasnya sekarang. Ini menyebabkab David seolah-olah merasa terpinggir dan tidak diberikan perhatian seperti dahulu. Mungkin juga, David merupakan antara pelajar yang terbaik di dalam kelas khas, namun apabila dia memasuki kelas aliran perdana, dia tidak akan merasakan dirinya terbaik lagi kerana ramai rakannya di kelas tersebut lebih baik daripadanya. Hal ini menyebabkan David bertingkah laku yang tidak diingini.

EDU 3104

Halaman 6

3.0

CADANGAN STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

3.1 Cadangan berdasarkan rujukan Seterusnya, saya akan mengaitkan kajian kes ini dengan model pengurusan bilik darjah, iaitu Model Akibat Logikal atau lebih dikenali sebagai Model Disiplin Sosial. Alasan yang menyebabkan saya mengaitkan model ini dengan kajian kes adalah kerana David cuba mendapatkan perhatian gurunya dengan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran, menghempas buku di lantai dan mengetuk pensel di meja. Fokus utama Dreikurs ialah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murid-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik darjah yang baik, tidak seharusnya menggunakan hukuman. Menurut beliau, masalah tingkah laku dalam bilik darjah terdorong oleh motif-motif murid iaitu inginkan perhatian, menggunakan kuasa, membalas dendam, dan memaparkan kekurangan (Choong Lean Keow, 2009). Sikap David lebih ketara dalam motif pertama iaitu inginkan perhatian. Antara cadangan yang disyorkan bagi mengurangkan motif ini adalah dengan mengalihkan perhatian murid berkenaan. Cikgu Robert hendaklah mengubah strategi atau aktiviti pembelajaran seperti menyanyi, bersoal jawab yang lebih menarik minat David serta meninggalkan tingkah laku tersebut. Selain itu, mengubah kedudukan murid yang berkenaan. Cikgu Robert meminta David duduk di tempat lain atau pergi ke Sudut Berfikir. Guru juga perlu memberi galakan kepada murid bermasalah dengan memberi peneguhan atas usaha mereka walaupun sedikit sahaja. Malahan, untuk mengelakkan tingkah laku David berterusan, lakukan sesuatu yang bersifat luar jangkaan seperti memasangkan lampu, atau mainkan alat muzik. Berdasarkan kajian, saya berpendapat bahawa kajian ini berkait dengan Teori Pelaziman Operan Skinner. Skinner telah menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Melalui kajian ini, Skinner mendapati gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan peneguhan sebaik sahaja gerak balas itu ditunjukkan. Peneguhan diberikan untuk memuaskan kehendak individu, mengurangkan tekanan dan merangsang otak (Amir Awang, 1986).

EDU 3104

Halaman 7

Di sini, teknik modifikasi tingkah laku iaitu rancangan untuk mengubah tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik atau kaedah yang sesuai. Guru perlu membuat pemantauan, penilaian serta menyimpan rekod salah laku murid. Antara teknik modifikasi tingkah laku yang digunakan adalah timeout, iaitu di mana murid akan dihantar ke satu lokasi yang ditetapkan oleh guru kerana tidak menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki guru seperti satu sudut bilik darjah (murid menghadap dinding) atau bilik kecil di luar kelas. Masa yang diperuntukkan ialah antara 1 hingga 10 minit bergantung kepada tahap keseriusan masalah tingkah laku tersebut. Selepas masa time-out, guru perlu menerangkan kepada murid mengapa dia telah memberikan hukuman sedemikian. Arahan asal diberikan kepada murid tersebut. Jika murid itu masih ingkar, maka, masa time-out ditambah. Bukti kajian adalah apabila Robert telah mengarahkan David untuk pergi ke belakang bilik darjah supaya dia tidak menganggu rakan lain. Selain itu, pembelajaran koperatif telah dijalankan dalam kajian ini. Model pembelajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai kandungan pembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia (Noriati A. Rashid, et al., 2009). Pembelajaran koperatif lebih menggalakkan pelajar-pelajar berinteraksi dan

bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Pelajar akan mengajar dan berbincang sesama sendiri untuk mencapai satu tahap yang sama tinggi. Malahan, setiap individu bertanggungjawab dalam kumpulan masing-masing. Kebaikannya, muridmurid akan melibatkan diri secara aktif dan koperatif dalam pembelajaran kumpulan. Dalam kes ini, Robert telah menggunakan kaedah pembelajaran koperatif ketika mengajar kelas Matematik.

EDU 3104

Halaman 8

3.2 Cadangan penyelesaian berdasarkan kes Saya ingin mencadangkan beberapa strategi penyelesaian berdasarkan kes mengikut kefahaman saya terhadap kes ini. Pertama, peneguhan positif boleh diberikan kepada David sekiranya dia dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi tindakan yang dikehendaki. Tingkah laku berlaku kesan daripada rangsangan atau peneguhan. Jenis ganjaran yang dapat diberikan iaitu bentuk material atau sosial seperti puji-pujian. Namun, Robert harus mengelakkan peneguhan berterusan kerana ia akan mengurangkan kualiti keberkesanannya. Kedua, cikgu Robert boleh menggunakan motivasi secara bimbingan kaunseling bagi meningkatkan kesediaan David untuk belajar. Motivasi terdiri terbahagi kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik dapat diaplikasikan terhadap David. Bentuk rangsangan contohnya memberi sokongan, peneguhan positif seperi pujian, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif. Terlebih dahulu, Robert hendaklah memberi motivasi serta mengubah gaya pemikiran David terhadap kelas serta rakan-rakannya. Ketiga, mengadakan kaedah perbincangan. Kaedah ini merupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan serta aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea dan berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara melalui perbualan. Perbincangan terbahagi kepada dua bentuk iaitu perbincangan kumpulan kecil dan perbincangan keseluruhan kelas. Cikgu Robert seharusnya mengadakan satu sesi perbincangan yang melibatkan semua anggota kelas termasuk David bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Cikgu Robert sepatutnya tidak mengadakan perbincangan dengan murid kelasnya sewaktu David keluar kelas. Hal ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati David terhadap cikgu Robert dan rakan-rakannya. Malahan, cikgu Robert perlulah memanggil ibu bapa David untuk berbincang mengenai masalah anak mereka dan cara untuk mengatasi kelemahan itu.

EDU 3104

Halaman 9

Keempat, pengurusan emosi perlu diberi perhatian dengan mengamalkan sikap demokratik. Cikgu Robert perlu menggunakan banyak aktiviti menyoal untuk mendapatkan tindak balas secara langsung dan kesannya, murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dalam kelas. Percakapan juga haruslah menggunakan nada yang sesuai agar tidak menyinggung mana-mana pihak. Hal ini jelas apabila David menyatakan dia tidak suka pelajar lain memandang atau merenungnya. Maka, jalan penyelesaiannya adalah dengan mengadakan sesi kaunseling antara guru dan pelajar. Cikgu Robert juga perlu mendorong murid normal yang lain menerima David dengan baik. Cadangan saya yang terakhir sekali yang saya fikirkan bersesuaian untuk diaplikasikan dalam kes ini adalah dengan mewujudkan kemesraan. Hubungan mesra antara guru dengan pelajarnya penting dalam proses menjana pengendalian emosi dalam kalangan pelajar. Raut muka dan reaksi guru menjadi perkara utama menampakkan kemesraan guru kerana keadaan muka yang ceria didapati lebih menggalakkan penglibatan pelajarnya. Guru juga perlu menunjukkan sikap mengambil berat dan memberi perhatian kepada semua pelajarnya. Unsur jenaka dan bergurau boleh diselitkan oleh guru semasa perbincangan menjadikan situasi lebih menyeronokkan (Abdul Ghani Abdullah, Ph.D. 2009). Bukan itu sahaja, guru juga perlu mewujudkan kemesraan antara pelajar dengan pelajar. Dalam kes ini, cikgu Robert perlu menerapkan dalam diri pelajarnya bahawa pentingnya hubungan kemesraan bersama rakan-rakan untuk interaksi yang lebih berkesan. Ini juga mungkin salah satu faktor di mana David merasakan tidak wujud suasana kemesraan di dalam kelasnya sekarang berbanding kelas khasnya dahulu.

EDU 3104

Halaman 10

4.0

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya berpendapat kaedah serta pendekatan yang digunakan oleh cikgu Robert adalah bersesuaian kerana beliau tidaklah terlalu menggunakan hukuman dalam pengajarannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah gabungan matlamat, dasar-dasar dan amalan pendidikan untuk pembangunan kemanusiaan iaitu untuk menghasilkan individu secara menyeluruh, bersepadu, seimbang dan harmonis dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani. Maka, sebagai seorang guru, kita perlulah menyedari tanggungjawab kita kepada anak bangsa tidak mengira bangsa, agama mahupun kekurangan yang dialami seperti kanak-kanak dalam kajian kes ini iaitu David. Walaupun David merupakan salah seorang pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam kelas, namun sebagai seorang guru, kita terlebih dahulu perlu memahami latar belakang murid tersebut. ini adalah untuk mengelakkan salah faham antara guru dengan murid serta murid dengan murid. Strategi pengajaran dan pembelajaran juga perlulah dikemaskini serta dipelbagaikan dari semasa ke semasa agar pembelajaran tidaklah tertumpu pada satu kaedah sahaja. Gaya pembelajaran secara koperatif merupakan strategi pengajaran yang baik serta berkesan dalam bilik darjah. Ini kerana, pelajar dapat bertukar idea serta pengalaman sesama mereka. Sebagai guru, perlulah bijak memainkan peranan sebagai fasilitator dalam perbincangan. Secara rumusnya, teori-teori pembelajaran yang dipelajari mampu mengubah konsep pembelajaran dan pengajaran seseorang terutamanya dalam kalangan pelajar dalam memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh hal demikian, sebagai seorang bakal guru yang akan mendidik anak bangsa haruslah bijak dalam menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan keperluan pelajar. Hasil pengajaran dan pembelajaran akan berkesan sekiranya teori-teori yang diaplikasikan kepada pelajar selaras dengan tahap pemikiran mereka. Tuntas daripada teori-teori tersebut, seseorang itu dapat memberikan cadangan cara menangani atau menyelesaikan masalah yang dihadapi.

EDU 3104

Halaman 11

5.0

BIBLIOGRAFI

Bacaan Ilmiah Abdul Ghani Abdullah, Ph.D., Abd. Rahman Abd. Aziz. (2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Profesional. Amir Awang. (1986). Teori-teori dan Pembelajaran. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Choong Lean Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd Halizah Hamzah, Joy N. Samuel. (2009). Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Perak: Multimedia Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

EDU 3104

Halaman 12

Anda mungkin juga menyukai