Anda di halaman 1dari 11

FACEBOOK, MANFAAT ATAU MUDHARAT

Oleh :

Ahmad Shawal Bin Ali Jabatan Kejuruteraan Dan Kemahiran Kolej Komuniti Temerloh

Sejarah facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer pada 4 Februari 2004 1 . Matlamat facebook juga adalah unutk memberi kuasa kepada pengguna untuk berkongsi dan membuatkan dunia lebih terbuka dan dapat dihunbungkan 2 . Pengguna facebook sehingga Februari 2012 berjumlah 833.9 juta orang di seluruh dunia. Bagi negara Malaysia pula, hari ini sudah ramai mempunyai akaun facebook di laman sosial. Pengguna facebook di Malaysia kini telah mencecah hampir 12.37juta 3 orang sehingga 7 Mac 2012 iaitu dengan peningkatan sebanyak 809 ribu orang sejak 6 bulan yang lalu. Laman SocialBakers.com melaporkan,

1 http://www.facebook.com/zuck

2 http://www.facebook.com/facebook

3 http://www.socialbakers.com/facebook-

statistics/malaysia

Malaysia kini berada di tangga ke-17 pengguna facebook paling ramai di dunia dan sekaligus menjadi negara Asia Tenggara ke-4 paling ramai, di belakang Indonesia, Thailand dan Filipina. Kumpulan umur terbesar adalah di antara 18-24 tahun iaitu seramai 4.17 juta pengguna. Dari sudut jantina pula, 53% adalah lelaki manakala 47% peratus adalah perempuan.

Dengan tercipta dan lahirnya laman sosial ini, pernahkah kita memikirkan apa kegunaan sebenarnya?adakah ia memberi banyak manfaat kepada kita? wujudkah kebaikan untuk diri sendiri, masyarakat dan negara atau sebaliknya. Saya salah seorang daripada tenaga pengajar dari kolej komuniti dan sepanjang pemerhatian dan temulbual yang dijalankan, boleh

dikatakan hampir semua tenaga pengajar dan pelajar kolej mempunyai akaun facebook.

Apa yang saya lihat, majoriti pengguna facebook adalah di kalangan remaja dan belia. Sedikit kajian dan pemerhatian yang dilakukan, di sana terdapat banyak keburukan-keburukan facebook kepada golongan ini iaitu dari sudut ketagihan melayarinya. Apabila terlalu asyik dan seronok dengan facebook, ia boleh menyebabkan ketagihan seperti ketagihan dadah atau menghisap rokok. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut.Adalah tidak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman social tersebut. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer buat beberapa hari berterusan kerana melayarinya. Mereka juga sanggup menghabiskan banyak wang dan masa berharga mereka semata-mata untuk melayari facebook di internet. Islam melarang kita membazirkan masa dan wang dengan perkara yang tidak berfaedah hingga lupa Pencipta. Seperti mana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:-

Sesungguhnya membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah al-Isra’ : 27 )

Tambahan pula apabila berkenalan dengan kawan-kawan yang menjadi tempat yang boleh meluahkan perasaan kepada yang ‘handsome’ dan cantik, mereka akan sentiasa ‘chatting’, update status’, ‘upload’ gambar supaya menarik minat pembaca terutama orang yang mereka sukai.

Di samping itu, facebook boleh menggangu kesihatan manusia. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak yang buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi, pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, penghadaman (duduk terlalu lama), penyakit mata (terlalu lama memandang komputer) atau penyakit saraf dan sakit belakang. Jika tidak menjaga kesihatan, ini boleh menjejaskan seseorang itu untuk melaksanakan ibadah kepada Allah seperti solat fardu, puasa dan sebagainya.

Kadangkala facebook juga boleh mencetuskan kemarahan, dendam dan perselisihan faham yang boleh mengakibatkan pergaduhan antara manusia. Misalnya status yang di 'update' boleh mengudang kemarahan orang lain. Gambar-gambar yang memalukan yang ditayangkan kepada umum. Komen- komen yang boleh menyakitkan hati dan menguris perasaan seseorang. Ini menambahkan lagi sifat mengumpat dalam diri seseorang untuk memberi komen terhadap gambar, video, artikel dan maklumat yang di letakkan di dalam facebook. Apabila pembaca lain membaca komen-komen di dalam facebook, timbul pelbagai sangkaan yang tidak baik. Islam sangat melarang kita untuk buruk sangka, mengumpat atau menghina seseorang terutama sesama islam sehingga menjatuhkan maruah seseorang seperti mana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:-

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu kaum menghina kepada kaum yang lain, karena barangkali yang dihinakan itu bahkan lebih baik dari yang menghinakan. Jangan pula golongan wanita menghina kepada golongan wanita yang lain, karena barangkali yang

dihinakan itu bahkan lebih baik dari yang menghinakan.” (Surah Al-Hujurat ayat 11).

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka (kecurigaan), Karana sebahagian dari buruk-sangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”. (Surah al-Hujarat :12)

Di dalam hadis 40 (Nawawi )yang mana nabi bersabda berkenaan dengan ukhuwah dan hak-hak seorang muslim :

Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci- membenci, dan jangan m memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. (Riwayat Muslim )

Keburukannya lagi ialah mudah terdedah dengan jenayah siber. Remaja yang ketagih facebook akan mudah terjerat dengan jenayah siber seperti penipuan, pornografi, buli siber dan lain- lain. Kes melibatkan jenayah siber sudah banyak kali didedahkan di dalam media cetak atau media elektronik, namun ia

tidak diambil serius oleh ibu bapa dalam mengawal akses internet anak mereka. Banyak juga kes buli yang diambil melalui telefon yang dimuatnaik dan dikongsi di dalam facebook. Ini bukan sahaja mengaibkan mangsa, malah ia turut memalukan pelaku dan keluarga. Akibatnya, hukuman akan menanti si pembuli. Ada sebahagian yang berlaku di dalam facebook menggunakan profile yang menipu, bukan orang yang sebenar dan menyebabkan mereka mudah untuk menyebarkan maklumat, berlakon dan mudah untuk menipu orang lain. Ada juga lelaki yang menyamar sebagai perempuan untuk menjadi friend atau sebaliknya. Rasulullah sangat melarang kita untuk menipu seperti mana hadis nabi:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. lalu berdekatan dengan selonggok makanan lalu baginda memasukkan tangannya ke dalam longgokan itu. Tiba-tiba jari baginda terkena sesuatu yang basah. Baginda bertanya: “Apa semuanya ini wahai tuan punya makanan. Orang itu menjawab:

“Terkena hujan, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Mengapa tidak kamu letakkan di atas supaya orang ramai dapat

melihatnya. Sesiapa yang menipu maka dia bukan dari kalanganku”. (Riwayat Muslim dan al-Tirmizi)

Disamping itu juga, facebook mudahnya tersebar sesuatu maklumat ke seluruh dunia tetapi sesuatu maklumat yang diperolehi hendaklah ditapis dan disiasat dahulu. Ini kerana banyak maklumat yang tersebar di facebook berbentuk penipuan, provokasi dan sebagainya. Islam mengajar kepada kita supaya menyiasat dahulu sesuatu berita yang diperolehi dan jangan cepat-cepat mempercayai berita tersebut seperti mana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Surah al-hujarat :6)

Trend sekarang ini ialah tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat. Ini boleh menambahkan dosa kepada seseorang. Tagging atau

menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan-rakan yang lain. Kita haruslah sedar bahawa setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya. Ini boleh menjadi dosa, kerana sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram di sisi agama. Sebagai contoh yang lain, seorang individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat menyebabkan gambarnya yang sedemikian tersebar. Terdapat juga gambar yang mengaibkan orang lain disiarkan walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya yang berada dalam situasi mengaibkan,

tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat dan apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Keizinan daripada pihak lain perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum disiarkan di dalam facebook.Islam sangat melarang kita membuka aib seseorang, jika kita mengetahui seseorang itu pernah melakukan dosa, jangan disebar luaskan dosanya kepada orang lain. Di sana terdapat adab-adab dalam bermasyarakat (Sulaiman Endut m/s 317). Menutup aib seseorang sangat dituntut oleh agama sepertimana sabda nabi:

“Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda :

“Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan- kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat. Dan Allah

selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya. Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat, di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya.(Riwayat Muslim)

Sekiranya semua yang disebut tadi dikongsi di facebook, kita bimbang individu terbabit tergolong di dalam kategori penyebar dosa dan aib. Nabi s.a.w memberi peringatan :-

“Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya),ada di kalangan yang mendedahkan ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun

tiba-tiba dia mendedahkan seraya berkata :" Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini" maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (rahmat) Allah yang(sebelum ini) menutup keaibannya”. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Selain itu juga, mereka yang selalu melayari facebook kebanyakannya akan mengurangkan sosialisasi. Masa yang dihabiskan untuk facebook adalah sangat banyak. Apatah lagi, di dalam facebook terdapat pelbagai jenis "games" yang mampu melekakan mereka terutama remaja. Apabila ini berlaku, remaja mula kurang melakukan aktiviti sosial bersama rakan-rakan sebaya, tidak berminat untuk menghadiri kenduri, solat di masjid atau majlis-majlis lain. Tambahan pula, ia juga akan mengurangkan masa remaja bersama keluarga. Para remaja lebih cenderung duduk di rumah sambil melayari facebook berbanding mempunyai masa berkualiti bersama ahli keluarga. Islam sangat mementingkan penjagaan masa dalam kehidupan tetapi ramai orang suka membuang masa seperti mana firman Allah Subhanahu wa

Ta’ala:-

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nashat menasihati supaya menetapi kesabaran”. (Surah Al-Asr :1-3)

Dan Rasulullah s.a.w sejak awal lagi telah memberikan amaran kepada kita mengenai pengabaian masa. Seperti mana sabda Nabi:

Dua nikmat yang selalu dilalaikan iaitu masa sihat dan masa lapang.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Di samping itu, Islam sangat menggalakkan kita berkenal-kenalan sesama manusia dengan menjaga batas- batas pergaulan seperti mana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:-

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku- suku supaya kamu saling kenal-mengenal”.

(Surah Al-Hujarat :13 )

Setelah di perjelaskan tentang keburukan facebook, di sana terdapat peranan yang bermanfaat daripada facebook yang boleh digunakan untuk kebaikan umat Islam. Islam menggalakkan kita berkenalan dan berkomunikasi sesama manusia tetapi dengan syarat perlu menjaga adab pergaulan antara lelaki dan perempuan. Kelebihan facebook boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Mempertemukan sahabat lama yang terpisah. Kita boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya.Ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim dan tali persaudaraan sesama Islam, mengikuti perkembangan aktiviti kawan-kawan, masyarakat dan pemimpin.Ini bertepatan dengan hadis nabi:

“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri”. (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Sekiranya sahabat bermesej, jawablah pesan dari teman anda jika mereka menanyakan sesuatu. Abaikan saja jika ada yang mengirimkan pesanan negatif dan jangan membuang waktu anda dengan melayani orang tersebut. Sama sahaja di dunia nyata mahupun dunia maya juga dalam bersilaturahim untuk teman atau saudara, walau sekadar bercakap-cakap, Islam sebagai agama yang sempurna mengajarkan adab bertemu iaitu “mengucapkan salam”. Adab memberi salam dan bertanya khabar (Ismail Kamus). Dengan mengucapkan salam bererti anda mendoakan semoga sahabat atau tuan rumah memperolehi keberkatan dan keselamatan, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:-

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian memasuki rumah yang bukan rumah kalian sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya”. (Surat An-Nur ayat 27)

boleh

membantu untuk mempromosikan sesuatu. Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan- rakan di laman sosial. Barangan,

Di

samping

itu

juga

perkhidmatan, ceramah, seminar, majlis- majlis ilmu, kempen-kempen yang baik dapat disebarkan. Misalnya kempen jalanraya, ceramah maulidurasul dan sebagainya. Jelas di situ bahawa facebook mudah menyebarkan maklumat. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing- masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah juga dapat disebarkan dalam usaha membanteras jenayah. Kalau kita bijak mencari kawan facebook yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Ilmu dalam bidang perubatan, teknologi, agama dan sebagainya juga dapat disebarkan. Seseorang itu boleh memanupulasi akaun facebook untuk manfaat umat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi

kefahaman dan dakwah Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.Seperti mana hadis nabi :-

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Sebagai pengguna facebook, kita hendaklah menghargai tulisan ilmiah, audio dan video yang bermanfaat yang dikongsikan bersama. Mungkin dengan membaca atau mendengar video yang dikongsikan ini menambahkan lagi iman dan meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah. Selain itu ia boleh berubah seseorang daripada kurang baik kepada lebih baik dengan membaca tulisan tersebut. Sepertimana firman Allah :

“Kami (Allah) mencatat apa-apa yang telah mereka lakukan dahulu-dahulu dan apa-apa yang merupakan bekas dari amalan-amalannya itu” (Yaa Siin Ayat 12)

“Akan diberitahukanlah kepada manusia pada hari kiamat itu apa-apa saja amalan yang dilakukannya dahulu atau belakangan” (Al-Qiyamah Ayat 13)

Setiap amalan berbentuk kata-kata yang baik, percakapan yang elok, penulisan yang bermanfaat dianggap sedaqah di dalam Islam. Sepertimana hadis nabi :

"Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang- barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim )

Pengguna facebook dinasihatkan agar mengurangkan perkara-perkara yang remeh temeh berkaitan peribadi yang membuang masa diri dan orang lain. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah dengan sekadar menyatakan nama, tarikh lahir dan pendidikan. Di

samping itu juga,pengguna tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib,judi dan sebagainya. Diingatkan juga supaya berhati-hati dan menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing atau musuh kita untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai bagi musuh Islam untuk menjatuhkan umat islam. Justeru, maklumat sebegini amat banyak digunakan untuk sebarang tujuan kejahatan dan kemaksiatan.

Pada kesimpulannya, facebook sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada setiap individu sekiranya digunakan dengan betul akan tetapi kebanyakannya tidak memanfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi dan perbalahan sesame sendiri. Oleh itu, penggunaan facebook ini adalah berdasarkan kepada niat seseorang. Jika niat seseorang perbuatan itu baik maka

baiklah atau sebaliknya. Sepertimana hadis nabi :-

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya amalan- amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.(Riwayat Bukhari dan Muslim )

Justeru itu, kematangan berfikir seseorang sangat penting bagi yang menggunakan laman web sosial untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa yang penting ialah semua pihak perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin dikongsikan dan disebarkan agar ia tidak membawa padah kepada diri SENDIRI dan orang lain.