Anda di halaman 1dari 16

Pengenalan Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum dan etnik dengan pelbagai budaya.

Kepentingan budaya tersebut telah mempamerkan keunikan negara kita. Kefahaman guru terhadap kewujudan pelbagai budaya dalam masyarakat Malayasia menjadi pemangkin kearah mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya dan seterusnya melahirkan warganegara yang bersatu padu. Etnik pilihan saya untuk tugasan ini adalah kaum Orang Kuala di Kuala Rengit. Orang Kuala adalah merupakan salah satu dari 18 suku yang yang membentuk kaum Orang Asli di Malaysia. Istilah orang Kuala ini wujud disebabkan lokasi masyarakat itu sendiri yang kebanyakannya tinggal di kuala sungai dan persisiran pantai. Mereka ini dipercayai berasal dari kepulauan RiauLinga dan kawasan berhampiran dengan pantai Sumatera, Indonesia. Dipercayai suatu ketika dahulu mereka ini tinggal di dalam sampan panjang serta hidup secara nomad di permukaan laut. Orang Kuala ini tergolong dalam kumpulan Melayu- Proto iaitu salah satu dari tiga kumpulan utama kaum orang asli. Lokasi masyarakat ini adalah di pantai barat Johor iaitu di Batu Pahat (Kuala Rengit, Senggarang dan tanjung Segenting). Sebutan Orang Kuala tidak disenangi oleh mereka dan mereka lebih suka dipanggil dengan nama Orang Laut.Mereka juga enggan diketegorikan sebangsa dengan orang Asli kerana mereka beragama Islam. Oleh yang demikian mereka telah memohon agar Jabatan Hal Ehwal Orang Asli merujuk suku mereka sebagai Orang Melayu Kuala. Mereka ini suka merendah diri dan merasakan diri mereka serba kekurangan. Manakala dari segi pertuturan pula, mereka menggunakan Bahasa Melayu tetapi agak kasar kerana persekitaran mereka sebagai pelaut

Sosial Budaya Orang Kuala. Pada masa dahulu masyarakat ini diketuai oleh seseorang yang digelar Batin. Tetapi pada masa kini ianya telah ditukar kepada nama ketua kampung. Ini adalah kerana Sultan Johor memerintahkan agar nama penempatan Orang Kuala ditukarkan kepada Kampung Bumiputera. Ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi jurang pemisah etenik yang mana Orang Kuala dipandang rendah olah etenik lain. Perubahan ini melihatkan gelaran dari Batin ditukar kepada Penghulu. Dalam institusi keluarga pula, suami adalah merupakan ketua keluarga dan bertanggungjawab dalam semua hal mengenai keluarganya. manakala anak lelaki pertama akan mengambil tempat sebagai ketua apabila ayahnya meninggal dunia . Sistem ini menyebabkan ibubapa mereka keberatan untuk membenarkan anak mereka berpindah . Ianya menjadi salah satu faktor mengapa anak Orang Kuala tidak mendapat Pendidikan Tinggi. Dari segi adat Istiadat terdapat banyak persamaan antara orang Kuala dengan Orang Melayu kerana kesan daripada lokasi yang berdekatan.Cara hidup mereka juga seperti orang Melayu walau pun dalam beberapa hal mereka masih mengamalkan amalan tradisional mereka. Malah ada di antara mereka telah berkahwin dengan orang melayu. Upacara perkahwinan mereka juga mengikut adat istiadat orang Melayu seperti bersanding, berinai dan sebagainya. Walaupun mereka telah beragama Islam tetapi mereka masih percaya kepada amalan yang berbentuk animisme seperti percaya kepada kuasa-kuasa ghaib dan semangat. Mereka juga percaya adanya penunggu sungai,pantai dan laut. Terdapat banyak kepercayaan yang masih dipegang oleh mereka sehingga ke hari ini, antaranya ialah mereka tidak dibenarkan membawa wang syiling sewaktu menangkap ikan kerana ditakuti duit yang dibawa itu jatuh ke dalam air menyebabkan ikan tidak akan masuk ke dalam jaring mereka. Kepercayaan yang lain ialah sebelum sesebuah perahu baru diturunkan ke laut, biasanya mereka akan mengadakan satu upacara ringkas yang dipanggil "Istiadat Menepung Tawar". Ianya akan dilakukan oleh seorang Pawang yang mahir bertujuan untuk mengelakan sebarang kecelakaan.

Pada masa kini sebahagian besar masyarakat Orang Kuala di Rengit ini telah mengubah mata pencarian mereka daripada nelayan kepada peniaga barangan terpakai yang mereka perolehi daripada pembekal dari Singapura.. Hampir 50 buah kedai menjual barangan terpakai boleh didapati disepanjang jalan masuk ke kampung berkenaan. Dengan ini taraf ekonomi masyarakat Orang Kuala menjadi semakin baik. Menurun En. Rizal, salah seorang peniaga barangan terpakai disini, keuntungan perniagaan mereka adalah sangat menggalakkan. Bagi puan Esah pula sebagai peniaga kedai runcit, secara tidak langsung pelanggan di kedainya telah meningkat. Kini mereka telah mampu membina rumah batu ,memiliki kereta dan lain-lain lagi. Mereka kini tergolong dalam kumpulan Orang Asli yang telah maju. Pengenalan Pendidikan Orang Kuala Kajian Kerja Kursus ini bertumpu kepada pendidikan Orang Kuala di Sungai Rengit yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Rengit. . Taraf pendidikan di kalangan Orang Kuala di sini masih rendah jika dibandingkan dengan kaum lain. Golongan tua kebanyakannya masih buta huruf. Hanya generasi muda sahaja yang tahu membaca dan menulis. Menurut kajian saya, sekolah tersebut mempunyai murid seramai 399 orang. Manakala guru seramai 36 orang. Menurut Pn.Hjh.Jamaliah Binti Khamis, selaku Guru Besar sekolah ini, murid dari kaum Orang Kuala di sekolah ini adalah seramai 20% sahaja daripada jumlah keseluruhan pelajar. Menurut beliau lagi, pada ketika ini telah banyak bantuan dan kemudahan yang diberikan kepada pelajar Orang Kuala terutamanya bantuan daripada Sultan Johor yang berupa wang dan pakaian. Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir daripada mereka yang kurang berminat untuk ke sekolah. Faktor dominan yang mempengaruhi masalah tersebut adalah berpunca daripada kurangnya keperihatinan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak mereka dan beberapa faktor persekitaran yang lain.

Murid etnik Orang Kuala ini juga sering mendatangkan masalah disiplin seperti ponteng sekolah, cara berpakain , dan lain-lain lagi. Kebanyakan pelajar Orang Kuala ini hanya bersekolah di peringkat sekolah rendah sahaja. Mereka lebih gemar bekerja membantu ibu bapa mereka sebagai nelayan ataupun peniaga barangan terpakai. Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir daripada mereka yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya berjaya menjawat jawatan yang boleh dibanggakan. Implikasi kepelbagaian sosio-budaya di dalam sebuah bilik darjah terhadap guru, murid dan sekolah. Kepelbagaian sosio budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan terutamanya dalam mengejar Wawasan 2020, yang mana fokus utamanya adalah untuk menjadi sebuah negara yang berdaya saing serta maju di mata dunia. Untuk merealisasikan matlamat tersebut, aspek pendidikan adalah merupakan agen yang paling utama. Walaubagaimanapun pada masa kini, masih terdapat segelintir murid yang tercicir dalam pendidikan terutamanya Masyarakat Orang Kuala yang saya bincangkan ini. Untuk mengatasi masalah ini guru haruslah melaksanakan beberapa langkah seperti; Menggalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Mereka hendaklah dilayan sama rata. Guru juga harus bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid di mana akan wujud pergaulan bebas,tidak berkelompok,berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini suasana pembelajaran interaktif terbentuk dan menyeronokkan. Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk sikap serta tingkahlaku yang sesuai. Guru juga harus melayan keperluan murid ke arah perkembangan potensi secara optimum.Kelemahan dan kekuatan murid harus diatasi.

Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran mesra murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio budaya. Langkah pencegahan juga harus diambil bagi menyekat aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum,pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman di kalangan murid. Guru juga tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid.Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima.Isu-isu sensitif dan berkaitan agama dan kepercayaan murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Dalam mengejar wawasan tersebut dan mengatasi permasalahan di atas, murid juga perlu memainkan peranan seperti digalakkan menggunakan bahasa standard semasa beriteraksi dan mengelakkan menggunakan unsur-unsur dialek mengikut kaum. Murid biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru menunjukkan teladan,oleh itu guru mesti membentuk program-program bertujuan membangunkan murid dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negatif. Murid juga mesti sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan dari guru dan rakan sebaya agar dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan pontensi diri mereka ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Cadangan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya. Dalam membicarakan persoalan tentang pengurusan kelas yang mesra budaya, banyak perkara yang perlu dibincangkan secara terperinci. Menyentuh tentang pengurusan bilik darjah yang mesra budaya ia terlalu kompleks kerana kesesuaian perlu diambil kira untuk keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah terutamanya di sekolah yang berlainan etnik seperti Sekolah Kebangsaan Rengit ini.

Dari sudut aspek pengurusan bilik darjah ia merupakan satu proses untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif organisasi dan gerakkerjanya termasuklah proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Pengalaman pembelajaran mesra budaya akan dapat mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global. Nilai-nilai sivik ini amat diperlukan oleh satu masyarakat yang mempunyai pelbagai agama, etnik dan budaya sepertimana negara kita. Antara nilai-nilai sivik ialah hormat menghormati, toleransi, kasih sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik. Menurut ahli psikologi pendidikan (Good & Brophy) Guru-guru yang mengambil masa di awal tahun untuk mendengar pandangan pelajar dan menerangkan rasional disebalik peraturan-peraturan yang dibuat sebenarnya telah membuat Pelaburan Bijak. Ini akan meningkatkan kredibiliti guru dan mengurangkan kecenderungan pelajar untuk menguji guru sepanjang tahun. Oleh itu, untuk mencapai matlamat ini guru haruslah mewujudkan suasana pembelajaran yang menggalakkan interaksi dalam kalangan murid di dalam dan luar bilik darjah. Banyak perkara yang perlu diambilkira untuk membina dan menguruskan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya antaranya ialah :Pengurusan Persekitaran Fizikal Pengurusan fizikal bilik darjah yang dinamik dapat mencapai objektif ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ia memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan kaedah. Seseorang guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus,kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi ICT dan peralatan audio visual yang berkesan.

Aspek-aspek pengurusan bilik darjah meliputi keadaan fizikal 3K iaitu keceriaan, keselamatan dan kebersihan. Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataan, ruang yang selesa, kerusi meja untuk murid dan guru, almari yang dihiasi dengan bahan bahan bacaan dan peralatan bantuan mengajar serta peralatan sokongan. Susunan kerusi meja dalam bilik darjah sebaik-baiknya hendaklah memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti kumpulan. Kedudukan kerusi meja yang sesuai membolehkan murid mudah untuk berinteraksi sesama mereka dan antara guru. Kedudukan papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi kelas, pelan keselamatan dan kebakaran, sudut matapelajaran hendaklah jelas kelihatan dan jangan terlalu banyak sehinggakan dapat mengelirukan pelajar. Sudut matapelajaran, sudut bacaan hendaklah sesuai dengan keadaan bilik darjah serta jumlah murid di dalam kelas. Peralatan ICT dan alat pandang dengar hendaklah diselaraskan dengan sempurna tanpa mengabaikan ciri-ciri keselamatan. Selain itu struktur bilik darjah mestilah mempunyai cukup pengudaraan dan cukup cahaya masuk agar suasana sentiasa bersih dan pelajar akan merasakan ia tahan lebih lama berada di sekolah tanpa merasa bosan dan apabila kita perhatikan struktur fizikal yang ada di sekolah-sekolah pada masa ini telah mematuhi peraturan cuma bagaimana kita mengolah untuk menjadikan kelas itu lebih kondusif. Pengurusan fizikal bilik darjah juga meliputi aspek keselamatan dan penyediaan peraturan dan amalah bilik darjah, segala peraturan yang diwujudkan bukan bererti menyekat kebebasan pelajar tetapi lebih kepada mengawal dan mencorak tingkahlaku yang positif dan mencegah perlakuan yang tidak diingini. Peraturan kelas hendaklah diterangkan dengan jelas oleh guru yang mengandungi intipati peraturan seperti amalan menepati masa, amanah, rasa bertanggungjawab, menjaga kebersihan, hormat menghormati, bertolak ansur dan bekerjasama dan pelajar dilatih untuk mematuhi peraturan tersebut. Jika berlaku pelanggaran peraturan, tindakan yang diambil adalah bersifat mendidik dan bukan menghukum.

Aspek kebersihan dan keceriaan bilik darjah juga merupakan satu elemen penting yang perlu diberi perhatian. Guru boleh menggunakan daya kreativiti untuk memastikan kelas sentiasa bersih dan ceria. Rasa hormat menghormati perlu diterapkan supaya mereka dapat sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan keceriaan di dalam kelas dan melalui amalan penjagaan kebersihan dan keceriaan guru juga akan dapat memupuk semangat rasa bertanggungjawab, perasaan kekitaan dan memupuk nilai murni. Pengurusan Persekitaran Sosio Emosi Sosio emosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat ia melibatkan perasaan, gerakhati, tindakbalas fisiologi dan pernyataan emosi. Menurut Woolfolk (1990) motivasi atau kuasa dalaman akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkahlaku murid . Oleh yang demikian emosi murid perlu diurus dengan baik dan sempurna, ketika menguruskan kelas atau ketika pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan suasana mesra dan harmoni perlu dicipta oleh guru. Ini kerana pelajar memang suka jika dipuji dan diberi perhatian. Pelajar aka merasa dirinya menjadi penting dalam bilik darjah apabila dipuji, bagi pelajar pelajar yang perlu ditegur atau didenda, tindakan yang diambil seharusnya tidak menjejaskan emosi mereka. Pada masa yang sama penghargaan dalam bentuk ganjaran boleh turut diberi, pelajar yang berjaya membuat sesuatu dengan betul perlu diberi penghargaan supaya kepuasan diri pelajar melaksanakan sesuatu aktiviti dapat dipertingkatkan. Terdapat beberapa cara untuk memotivasikan pelajar antaranya ialah menunjukkan sikap mengambil berat terhadap semua pelajar, memodelkan tingkahlaku pelajar yang diingini, melibatkan pelajar secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran, menggunakan idea/pendapat pelajar,menggunakan pengukuhan positif(kata-kata pujian), mengambilkira keperluan , kecenderungan dan tahap pembelajaran pelajar yang berbeza serta mengurangkan perasaan keresahan dalam diri pelajar. Emosi seorang pelajar perlu diurus dengan bijaksana kerana ia saling

berkaitrapat dengan perasaan naluri ingin tahu sebaliknya jika emosi terganggu ia akan menyebabkan sifat putus asa dan seterusnya boleh menganggu prestasi seseorang. Seorang guru mestilah mengamalkan kepimpinan yang demokrasi dengan tidak terlalu mengongkong murid. Pendekatan pengajaran seharusnya berpusatkan kepada murid. Antara strategi pengurusan sosio-emosi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah strategi belajar melalui bermain, telah menjadi fitrah kanak-kanak ialah bermain , melalui bermain pelajar akan merasa gembira dan senang hati melalui penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi selain dari itu seorang guru boleh menggalakan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semulajadi. Bermain merupakan proses spontan yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran, bermain adalah satu keperluan bagi kanak-kanak dan melalui permainan kanak-kanak akan dapat belajar pelbagai perkara secara tidak formal. Guru perlu mengurus sosio-emosi muridnya secara berkesan kerana kegagalan guru berbuat demikian akan memberi impak kepada pencapaian murid. Antara aspek yang akan berlaku dalam pengurusan sosio-emosi adalah seperti proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu, iklim bilik darjah tidak kondusif, memberi tekanan mental kepada murid dan guru, murid rasa terganggu dan tidak selesa dan murid sukar memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran. Perhubungan Antara Kelompok Etnik Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Bagi sekolah yang mempunyai murid berbagai etnik seperti Sekolah Kebangsaan Rengit, penekanan kepada masalah kaum ini perlu ditekankan kerana pengalaman pahit seperti peristiwa 13 Mei 1969 telah menyedarkan kita bahawa kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik manakala kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang.

Oleh itu guru harus menekankan bagaimana untuk mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan antara kaum dan etnik di Malaysia. Pelajar juga harus diberi pengetahuan yang secukupnya mengenai unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia dan jika pelajar yang berlainan etnik ini memahami kontrak sosial ia secara langsung akan menghapuskan isu prasangka. Guru juga harus membimbing pelajar mengetahui mengenai agama dan adat sesuatu kaum dan bagaimana untuk mewujudkan hubungan etnik yang harmoni dan seterusnya murid akan memperolehi lima perkara utama untuk bertindak untuk memperbaiki dan memupuk hubungan etnik dari sudut dan kemampuan masing-masing. Lima perkara yang dapat dirumuskan itu ialah kesedaran, kefahaman, akomodasi, saling menghormati dan perpaduan. Kesedaran merujuk kepada kemampuan murid untuk mengenalpasti bahawa wujud kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia. Kesedaran akan membawa kepada kefahaman bahawa kepelbagaian bukan sesuatu semestinya bersifat negatif kerana kepelbagaian ini akan memberi kekuatan bahawa setiap ciri manusia memang wujud berpuak-puak, berkelompok dan bermastautin di tempat yang berbeza. Selepas wujud kefahaman mendalam akan terbina perilaku dan tindakan bersifat akomodasi iaitu sedia menerima etnik lain yang berbeza cara hidup dan seterusnya membuka jalan kepada sifat kerjasama dan kesepakatan demi melanjutkan hubungan etnik harmoni. Daripada sifat akomodasi akan timbul sikap dan perilaku saling hormat menghormati. Dalam konteks hubungan dalam bilik darjah guru sepatutnya dapat menentukan apa yang patut diamalkan dan menentukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah berhubung dengan kelompok etnik yang berbeza contohnya dalam pengajaran guru seharusnya memilih tajuk yang ada kaitan dengan kepelbagaian budaya seperti hari perayaan dan setiap murid di dalam kelas yang terdiri dari berbagai golongan etnik diberi peluang berinteraksi dan dalam masa yang sama nilai-nilai murni dari etnik yang berbeza dapat diterapkan. Selain itu guru perlu bersifat adil dan sentiasa peka terhadap

10

budaya murid tanpa mengira latarbelakang mereka dan tidak sekali-kali merendahkan murid terutamanya masyarakat Orang Kuala. Setiap aktiviti yang dirancang haruslah tidak menyentuh isu-isu sensetif yang boleh mengguris perasaan mana-mana pihak dan murid juga ditekankan kepentingan perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan tanpa mengira kaum. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya secara sistematik. Pembelajaran pula ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkahlaku yang berbeza. Seorang guru yang dapat mengurus dengan cekap kelas pelbagai budaya ia mesti mempunyai ciri-ciri seperti prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling, sistematik dalam merancang dan menilai, penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang,bijak mengurus masa, berpandangan jauh, bersedia untuk berubah dan dapat berkomunikasi dengan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan persediaan guru sebelum pengajaran dan pembelajaran, semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang dan menulis Rancangan Pengajaran Harian yang meliputi aspek-aspek seperti hasil pembelajaran yang tepat, kaedah pengajaran yang tepat dengan kepelbagaian budaya murid, sumber pengajaran yang mencukupi, bahan bantuan mengajar yang berkesan dan langkah-langkah proses pengajaran yang jelas. Pemilihan strategi pengajaran yang tepat dapat membuatkan penyampaian maklumat dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih berkesan terutama aktiviti yang melibatkan interaksi aktif yang terdiri daripada pelbagai budaya dan latarbelakang. Semasa guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran guru-guru perlu memastikan untuk melaksanakan pengajaran

11

seperti yang dirancang, menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti pengajaran, menyediakan bilik darjah yang kondusif dari segi psikososial dan fizikal untuk murid-murid yang mempunyai latarbelakang yang berbeza, mengurus disiplin murid dengan mengambilkira kepelbagaian kelompok murid dan mengendalikan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Penambahbaikan perlu dilakukan oleh guru setelah melaksanakan penilaian dan pengukuran. Pendekatan pengajaran Masteri contohnya amat menekankan perlunya seorang guiru memastikan murid telah dapat menguasai sesuatu kemahiran sebelum kemahiran baru hendak diajar, seterusnya langkah yang akhir, guru perlu memperuntukan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajaran dalam aspek pemilihan strategi, penggunaan bahan bantu mengajar, maklumat dan sumber pengajaran, tahap pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi antara guru dan murid . Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian Kelompok Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada muridmurid. Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta memupuk nilai murni bagi perkembangan yang menyeluruh. Guru perlu mengambilkira kepelbagaian aspek budaya murid supaya setiap murid tidak terpinggir dalam proses pembelajaran. Pembelajaran lebih berkesan apabila guru mengaplikasikan pelbagai pendekatan dalam pengajaran seperti kaedah direktif yang memberi penekanan kepada penerangan diikuti ujian kefahaman. Kaedah mediatif menekankan kepada penggunaan media cetak dan elektronik . Kaedah generatif menggalakkan murid menjana idea-idea kritis dan kreatif. Kaedah kontekstual boleh mengaitkan pembelajaran kepada realiti kehidupan sebenar. Kaedah metakognitif boleh mengaplikasikan murid-murid memikirkan tentang proses pembelajaran , pemantauan dan penilaian kendiri dan akhirnya kaedah koperatif amat sesuai diaplikasikan dalam kelas yang mengandungi murid-murid

12

dari pelbagai budaya supaya mereka belajar secara berkumpulan dan berbincang secara harmonis tanpa mengira kaum atau keturunan. Sosiolinguistik Sosiolinguistik merupakan kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap cara suatu bahasa digunakan.Bidang ini melibatkan interaksi sosial dan bahasa dalam satu budaya. Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk jati diri murid yang menghayati bahasa rasmi dan budaya nasional disamping menerapkan nilai-nilai menghormati perbezaan bahasa dan budaya menurut etnik. Guru dapat memainkan peranan penting seperti mengadakan pelbagai aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam kalangan murid-murid, aktiviti yang memartabatkan bahasa kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah dan kegiatan ko- kurikulum . Penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kepelbagaian unsur budaya bukan sahaja memupuk kesefahamankalangan murid yang terdiri daripada pelbagai etnik, malahan ruang tersebut akan mendorong murid memahami dan menguasai kosakata bahasa etnik rakanrakan mereka.Sekiranya guru mampu menangani permasalahan ini dengan berkesan, setiap etnik tidak akan rasa tersisih. Dalam budaya masyarakat di Malaysia, Bahasa Melayu dan Inggeris digunakan dengan meluasnya oleh pelbagai etnik dan mereka telah menerima penggunaan ke dua-dua bahasa tersebut sebagai alat komunikasi dan berinteraksi dalam pelbagai situasi, oleh itu kebolehan murid berinteraksi dengan menggunakan pelbagai bahasa boleh membantu rakan sebaya yang menghadapi masalah dalam berinteraksidalam pembelajaran. Guru boleh mempamerkan info mengenai budaya dalam kelas dengan menggunakan pelbagai laras bahasa supaya semua info tersebut dapat diterima dan difahami oleh murid. Guru juga boleh menerapkan nilai kerjasama antara budaya dan guru juga boleh menggunakan pelbagai bahasa semasa berinteraksi dalam bilik darjah.

13

Penilaian Berasaskan Budaya Penilaian adalah satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat dalam membuat keputusan bagi tindakan susulan. Penilaian berasaskan budaya membawa maksud penilaian yang dilaksanakan oleh guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusan seharusnya mengambil kira aspek kepelbagaian budaya murid semasa menyedia atau memilih instrumen untuk memperoleh maklumat supaya keputusan yang dibuat adalah sah dan boleh dipercayai. Secara keseluruhannya , penilaian berasaskan budaya bertujuan untuk mengumpul maklumat untuk kemajuan, diagnosis dan tindakan selanjutnya, menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif, memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua murid, mengumpul maklumat sama ada ianya mengambil kira faktor linguistik dan kerelevanan budaya, menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formal dan mengurangkan bias dalam amalan penilaian tradisional. Penilaian terhadap aspek disiplin boleh mempengaruhi suasana dan persekitaran bilik darjah yang efektif mencerminkan adanya disiplin dalam kalangan pelajar dan guru. Nilai hidup berdisiplin bermula dari bilik darjah yang bertujuan membentuk individu yang bertanggungjawab dan dapat meneruskan amalan cara hidup yang baik. Penilaian guru terhadap hubungan sosial murid yang boleh dilakukan di dalam bilik darjah berdasarkan budaya jika dilaksanakan secara efektif mencerminkan wujudnya perkembangan hubungan sosial yang dinamis, harmoni dan bertanggungjawab dalam organisasi bilik darjah dan secara tidak langsung menunjukkan wujudnya tanggungjawab sosial dan kesedaran sosial yang tinggi dikalangan pelajar. Penilaian terhadap aspek psikologi murid meliputi kesan pelbagai pengaruh budaya ke atas perkembangan dimensi mental, sosial, moral dan psikologi bilik darjah. Psikologi yang membina keyakinan dan keberanian boleh mendorong satu pembentukan sahsiah dan tingkahlaku yang baik di bilik darjah.

14

Oleh yang demikian, semasa kita membuat penilaian kepada murid, aspek perbezaan antara budaya perlu diberikan pertimbangan yang sewajarnya oleh guru, hal ini perlu supaya segala penambahbaikan dapat dilakukan dalam pengajaran seterusnya. Penutup Penglibatan pelbagai kumpulan etnik seperti Orang Kuala dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan suasana yang rapat dan intim. Menerusi kaedah pengajaran yang pelbagai tanpa diskriminasi,murid-murid lebih mesra dan saling hormat-menghormati. Dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk berkomunikasi antara kumpulan etnik yang berlainan adalah tepat sekali. Jurang perbezaan antara sosio-ekonomi, sosiobudaya serta aspek-aspek yang berhubungkait dengan pelbagai kumpulan etnik dapat diselesaikan kerana murid-murid diberi pendedahan dan ditanam semangat perpaduan semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Laungan 1,Malaysia telah menjadi satu agenda penting dalam kestabilan politik dan ekonomi.Ini adalah kerana permuafakatan antara pelbagai kaum etnik menjadikan Malaysia negara yang disegani oleh pihak luar. Kertas kerja kursus ini juga membincangkan tentang beberapa tajuk yang berkaitan dengan pengurusan dan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Ia merangkumi tajuk yang terdiri daripada Pengurusan Fizikal dan sosio emosi bilik darjah yang mesra budaya. Disamping itu ia memberi sedikit pendedahan mengenai interaksi dan cara hubungan yang sesuai antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada berbagai kelompok etnik. Ia juga menerangkan membincangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya . Aspekaspek sosiolinguistik juga ada dibincangkan serba sedikit untuk menyesuaikan pelajar kepada situasi tertentu. Ia juga diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budaya supaya guru dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai budaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian setiap guru diharapkan bersedia untuk mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya. Sekian terima kasih

15

BIBLIOGRAFI Pusat Perkembangan Kurikulum, Disember 1998. Budaya Pantang Larang Dan amalan Kesihatan Orang Asli Semenanjung Malaysia Percetakan Hj. Jantan Sdn. Bhd. Kuala Lumpur A.Aziz Deraman, Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ahmad Subki bin Maskon dan Syed Ismail bin Syed Mustapa, Januari 2010. Budaya dan Pembelajaran.Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang, 2006, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kumpulan Budiman, Kuala Lumpur. Rahmat Sukur Ab. Samad dan Shahrir Jamaludin, Peranan Kepimpinan Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah, Universiti Malaya, 2005 http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Kuala http://infoasyik.blogspot.com/ http://www.johordt.gov.my/joajhr/jheoa/asli/kuala.php?scan=b

16

Anda mungkin juga menyukai