Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU 12

(23 APRIL 27 APRIL 2012) Pada hari isnin untuk minggu ini merupakan minggu untuk Program Anti Dadah peringkat zon Yong peng. Setiap sekolah mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Beberapa aktiviti telah diatur sepanjang minggu ini. Antaranya pertandingan kuiz untuk murid tahap 1 dan tahap 2. Selain itu bagi memastikan minggu ini mendapat suasana program anti dadah yang berkesan, lagu program anti dadah dimainkan setiap waktu rehat. Pada hari selasa, saya dan guru-guru lain yang terlibat telah mengadakan pemilihan untuk pasukan bola sepak. Aktiviti ini memang dilakukan setiap kali pertandingan akan dilangsungkan. Seramai 12 orang telah dipilih mewakili pasukan bola sepak sekolah. Pada hari ini juga telah dijalankan pertandingan mewarna sempena Program Anti dadah dari tahun 1 hingga tahun 6. Pertandingan mewarna ini telah dijalankan selepas waktu rehat. Pada hari rabu, pemilihan dan latihan terakhir bagi atlet-atlet untuk kejohanan sukan sekolah-sekolah zon Yong Peng tahun 2012 yang akan di jalanakan di stadium tertutup Yong Peng. Seramai 18 orang murid yang terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam kategori acara bawah 10 tahun dan bawah 12 tahun. Pada hari khamis, saya dan beberapa orang guru ditugaskan untuk menjadi pegawai semasa kejohanan berlangsung. Kami bergerak bersama guru dan atlet sekolah ke Stadium tertutup seawal jam 8 pagi untuk menyediakan kawasan khemah bagi kumpulan SK Seri Yong Peng. Acara bermula pada sebelah pagi iaitu seawal jam 9 pagi hingga jam 12 tengah hari. Pada sebelah petang acara bersambung pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 6

petang. Kesungguhan guru-guru dapat dilihat semasa mengelolakan atlet sekolah masingmasing. Pada hari jumaat pula, aktiviti bacaan yassin telah dijalankan seperti biasa. Tetapi hujan turut seperti pada perhimpunan hari isnin. Beberapa aktiviti yang dirancang oleh guru-guru untuk dilakukan selepas majlis bacaan yassin tidak dapat dijalankan. Murid diminta untuk pulang ke kelas masing-masing. Oleh kerana hari ini adalah hari terakhir saya di sekolah ini pihak sekolah telah mengadakan sedikit jamuan untuk meraikan pemergian saya dan rakan praktikum saya iaitu Mohamad Nur Naim.

Anda mungkin juga menyukai