Anda di halaman 1dari 17

JANGAN LUPA AYAT!

FADHLI BIN MOHD YUSOF ZAINATOL NATAIM BINTI AZZAHRI

SEK. MEN. KEB. SRI GADING, BATU PAHAT JOHOR

Abstrak

Hafazan adalah salah satu kaedah yang menuntut motivasi yang tinggi bagi pelajar-pelajar menguasainya dengan berkesan. Bidang hafazan memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya membaca dan memahami formula atau fakta tertentu. Kajian oleh Mohd Alwi Yusoff, Adel M. Abdul Aziz dan Ahmad Kamel Mohamed (2003) dan Ab. Halim Tamuri, Khadijah Abdul Razak, Shahrin Awaluddin, Kamarulzaman Abdul Ghani dam Mohd. Aderi Che Noh (2006) dalam Hasnida Ibrahim menunjukkan bahawa kelemahan dalam pengajaran Pendidikan Islam menyebabkan timbulnya masalah penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran. Kelemahan penguasaan tilawah Al-Quran pelajar akan terus wujud sehinggalah mereka menamatkan pelajaran pada peringkat sekolah menengah sekiranya pengajaran Al-Quran di sekolah tidak diberi penekanan. Bidang ini merupakan satu bahagian dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang amat ditakuti oleh para pelajar. Mereka menganggapnya satu kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya mereka tidak dapat menguasai surah yang melibatkan kemahiran hafazan. Ini menyebabkan soalan bahagian tilawah yang memerlukan pelajar menjawab dengan berpandukan daya ingatan dibiarkan kosong atau menjawab dengan hanya meneka. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dalam bidang hafazan. Kajian ini akan dilakukan ke atas 33 orang pelajar tingkatan Empat Dedikasi SMK Sri Gading. Pengkaji telah memilih kaedah dalam kajian ini iaitu Program 10-01, Program Sahabat Hafaz dan Program Dekat Dengan Pelajar.

1.0 Refleksi Sek. Men. Keb. Sri Gading merupakan sebuah sekolah yang digolongkan dalam kategori sekolah luar bandar. Mata pelajaran Pendidikan Islam sering diambil mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran mudah lulus oleh pelajar kerana mereka beragama Islam. Mereka juga menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi satu bebanan kepada mereka kerana mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang yang terdapat di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti aqidah, ibadah, sirah, tilawah al-Quran, hadis, akhlak, jawi dan amali. Bidang tilawah Al-Quran contohnya, mempunyai beberapa pecahan kemahiran yang perlu dipelajari seperti bacaan ayat, hafazan dan pengertian ayat. Bidang hafazan misalnya, amat memerlukan penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan ini berlainan dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya membaca dan memahami formula atau fakta tertentu dan tidak memerlukan kepada hafalan.

2.0 Fokus Kajian Hasil daripada ujian pra, pengkaji mendapati seramai 20 orang pelajar tingkatan Empat Dedikasi gagal memperdengarkan hafazan dengan baik di hadapan pengkaji. Terdapat juga sebilangan pelajar yang Cuma dapat menghafaz separuh dan majoriti pelajar menghadapi masalah untuk menghafaz dengan bacaan yang betul dari aspek makhraj huruf, tajwid dan sebagainya. Kelemahan ini dikenal pasti berpunca daripada kaedah pengajaran guru yang kurang menarik minat pelajar, dan kekurangan bahan bantu mengajar yang lebih berkesan dan juga sikap pelajar itu sendiri. Sekiranya masalah in itidak dapat diatasi dengan berkesan, maka dikhuatiri, pelajar-pelajar ini akan menghadapi masalah untuk menghafaz ayat-ayat hafazan ini, dikhuatiri akan mempengaruhi keputusan pelajar terutamanya ketika menjawab bahagian tilawah Al-Quran dan pemarkahan semasa amali PAFA.

3.0 Objektif Kajian 3.1ObjektifUmum Melalui kajian ini, pengkaji berharap dapat meningkatkan kemahiran hafazan ayatayat Al-Quran dalam mata pelajaran pendidikan Islam bagi pelajar tingkatan Empat Dedikasi Sek. Men. Keb Sri Gading mengikut kaedah yang bersesuaian dengan diri masing-masing. 3.2 Objektif Khusus i. Pelajar dapat membaca surah Al- Luqman Ayat 1 -5 dengan baik, fasih, lancar dan bertajwid ii. Pelajar dapat menghafaz surah Al-Luqman Ayat 1-5 dengan baik, fasih, lancar dan bertajwid

4.0 Kumpulan Sasaran Responden atau kumpulan sasaran kajian adalah terdiri dari pelajar Tingkatan 4 Dedikasi Sek. Men. Keb. Sri Gading sesi 2012. Kumpulan ini seramai 33 orang yang terdiri dari 11 orang pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan. Pelajar-pelajar dalam tingkatan Empat Dedikasi mempunyai pelbagai tahap kecerdasan, tetapi berdasarkan taburan data ujian pra, didapati bahawa tahap pencapaian kumpulan sasaran bersifat homogeneous, maka guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas untuk menjalankan segala aktiviti P&P.

5.0 Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Awal Masalah Kesukaran pelajar untuk memahami konsep dan kaedah hafazan yang sebenar dan mudah merupakan cabaran utama yang perlu pengkaji rungkaikan untuk membantu mereka meningkatkan keyakinan mereka terhadap bidang hafazan ini. Permasalahan pelajar-pelajar ini dapat pengkaji perincikan kepada aspek-aspek berikut: a) b) c) d) Sejauh mana murid terdedah kepada bacaan dan hafazan al-quran Sejauh mana pelajar terdedah dengan bacaan dan hafazan al-quran Permasalahan yang murid hadapi untuk menguasai kaedah hafazan Untuk membuktikan kewujudan masalah kajian, kaedah yang diguna pakai oleh pengkaji ialah ujian pra, ujian pos dan pemerhatian.

5.2 Cara Pengumpulan Data Menurut Mohd. Majid konting (1990) kaedah penyelidikan ialah cara mendapatkan maklumat yang boleh mencapai objektif sesuatu penyelidikan.Ini bermakna,cara mengumpul maklumat perlulah dipilih dengan teliti dan terbaik bagi mencapai sesuatu objektif penyelidikan yang telah dinyatakan. Kajian ini merupakan kajian tindakan yang menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif iaitu melalui pemerhatian dan ujian pra. Menurut Prof. Madya Dr. Saat md. Yasin (2006), Reka bentuk kajian ialah rancangan bagaimana sampel kajian dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan, apakah rawatan yang akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan ini serta apakah data dan bagaimanakah data ini dikutip.

5.2.1 Pemerhatian i Melihat penglibatkan murid-murid semasa proses P&P dijalankan. ii Memerhati tingkah laku murid semasa aktiviti bacaan dan hafazan ayat Al-Quran. (melakukan kerja sendiri atau memberi tumpuan pada bacaan tersebut). iii Melihat sikap dan kerjasama murid semasa dalam aktiviti berkumpulan. ( cara bersosial dengan rakan, interaksi, penglibatan diri dalam kerja berpasukan). Dalam kajian ini, aspek pengumpulan data menerusi pemerhatian adalah yang paling utama. Ini adalah kerana melalui kaedah ini, pengkaji dapat melihat sejauh manakah respon ataupun tindak balas pelajar yang dipilih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Melalui kaedah ini, pelajar dinilai secara terus tanpa ada halangan dari pengkaji untuk menilai dari semasa ke semasa sepanjang proses P&P berlangsung. Melalui pemerhatian juga,aspek utama yang telah dilihat adalah dari segi penglibatan diri pelajar semasa proses pembelajaran. Dari sini dapat dilihat sama ada pelajar tersebut melibatkan diri secar aktif atau sebaliknya. Antara perkara yang dinilai dan diperhatikan di sini dari aspek penglibatan diri pelajar ialah: a) Adakah pelajar mendengar dan mengikuti segala arahan yang diberikan oleh pengkaji samada untuk membaca Al-Quran secara kelas, berkumpulan, berdua atau individu berjaya diikuti oleh pelajar. b) Kekerapan pelajar melibatkan diri secara sukarela untuk menceburi sesuatu aktiviti yang sedang dijalankan dengan mengangkat tangan untuk mencuba atau hanya berdiam diri. c) Penglibatan pelajar di dalam aktiviti berkumpulan, sama ada aktif bersama ahli kumpulan melaksanakan aktiviti atau bersikap pasif sewaktu aktiviti berlangsung. d) Keyakinan diri pelajar untuk bertanya kepada pengkaji jika terdapat permasalahan atau perkara yang tidak difahami sewaktu pembelajaran.

e) Aspek tingkah laku pelajar sewaktu memberi respon daripada pengkaji dengan menunjukkan mimik muka,bahasa tubuh postur badan samada bersesuaian dan bertepatan dengan suasana semasa. Aspek-aspek di atas adalah ukuran yang menunjukkan bahawa seseorang pelajar itu bersikap aktif atau pasif di dalam pembelajaran.Segala tingkah laku pelajar dan perubahan yang dipamerkan oleh pelajar dicatat menerusi borang pemerhatian setiap kali sesi P&P dijalankan. 5.2.2 Ujian Pra a) Ujian pra akan dijalankan secara tasmi dimana pelajar secara bergilir gilir akan memperdengarkan bacaan hafazan dihadapan pengkaji dimana pengkaji akan

menilai mengikut kesempurnaan bacaan dan hafazan.. b) Ayat hafazan yang di uji untuk tasmibagi pra ujian ialah ialah ayat 1-5 surah alMulk. Ujian tasmi ini dijalankan terhadap 33 orang pelajar di dalam tingkatan 4 dedikasi. Daripada ujian pra yang dijalankan, sekiranya peratus kegagalan pelajar melebihi 50% kajian tindakan ini harus dijalankan. 5.2.3 Ujian Pos Ujian pos dijalankan selepas pengkaji menjalankan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam kajian ini. Ujian pos yang akan dijalankan adalah sama seperti yang telah dilakukan oleh pengkaji pada ujian pra. Jika ujian pos menunjukkan peningkatan yang signifikan berbanding ujian pra, maka objektif kajian tercapai.

5.3 Analisis Data 5.3.1 Pemerhatian Analisis data ke atas pemerhatian yang dijalankan adalah secara berstruktur. Kod nombor 1 hingga 9 berikut menunjukkan tingkah laku murid semasa kelas dijalankan: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang di beri Pemikiran di tempat lain sambil mencakar-cakr kertas Berangan-angan Berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain Membuat kerja lain Menggangu pelajar lain secara fizikal Mencuba untuk menarik perhatian Mengasah pensel Lain-lain aktiviti (seperti keluar bilik darjah)

Pemerhatian berdasarkan 9 aktiviti di atas direkodkan dalam bentuk jadual di bawah apabila pemerhatian dijalankan. Sebanyak 10 pemerhatian dijalankan dan nombor di catat pada petak di mana seseorang pelajar itu diperhatikan telah menjalankan aktiviti yang dimaksudkan.
Pemerhatian Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 NAMA ADILAH AHMAD WAIZ AINUR AFIQAH AIZA FAZIANA INTAN SHAHIRAH IZNI NURFATIN KHAIRUL ASYRAF KHAIRUNNISA IZATY MOHD FARRIZ MUHD ZULHANIF MOHAMAD ARIF 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Peratus %

12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33

MOHAMAD HAZRUL MOHAMMAD HAIZIZI MOHAINI MUHAMAD HUSAINI MOHD DANIAL MOHD EZZUL HAZIQ MOHAMMAD FARHAN MOHAMMAD FAUZI MUHAMMAD HASYAM MUHD HIHAM MUHD SADIY NASHRIQ HAIQAL NOR INSYIRAH NARASNA TASNIM NURHAZIQAH NUR NATASHA NURSYAMIRA NURUL AFIDAH NURUL SYAKILLA NORHANISAH RAHAYU ROSNITA

Daripada jadual di atas, didapati hampir 18 orang pelajar telah menjalankan paling banyak aktiviti dan diantara aktiviti tersebut adalah merangkumi berfikiran di tempat lain, berangan-angan, berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. 5.3.2 Ujian Pra Selepas pengumpulan data secara pemerhatian dilakukan, pengkaji mennggunakan kaedah yang kedua iaitu ujian pra. Ujian ini dijalankan seminggu selepas kaedah pemerhatian digunakan. Dalam ujian ini, setiap pelajar Tingkatan Empat Dedikasi

dikehendaki membaca surah Al-Luqman 1 hingga 5 di hadapan pengkaji seorang demi seorang.

Jadual di bawah menunjukkan keputusan ujian pra yang dijalankan kepada pelajar Tingkatan Empat Dedikasi; Markah 13-20 7-12 1-6 Tahap Baik Kurang Baik Lemah Bilangan Pelajar 13 10 10

Daripada keputusan ujian ini, didapati, tiga belas orang pelajar berada pada tahap baik iaitu berjaya menghafaz surah yang diberikan dengan baik. Manakala sepuluh orang pelajar berada pada kurang baik dan sepuluh orang pelajar pada tahap lemah. Tahap kurang baik adalah pelajar tersebut boleh membaca tetapi tidak dapat menghafaz dengan lancar, hanya menghafaz sebahagian dari ayat hafazan dan kurang bertajwid. Pelajar yang lemah pula adalah pelajar yang tidak boleh menghafaz dan ada sebahagiannya masih kurang fasih membaca. Untuk mengatasi kedua-dua tahap ini, pengkaji telah mencadangkan tiga jenis aktiviti yang akan dijalankan bagi membantu pelajar-pelajar ini. 5.4 Tindakan Penyelesaian Yang Dicadangkan Berdasarkan analisa yang telah dijalankan, tahap penguasaan hafazan pelajar adalah pada tahap yang lemah dan sederhana terutamanya dalam aspek kemahiran menghafaz surah dengan lancar, sebutan huruf yang jelas dan penggunaan tajwid yang tepat. Ini mungkin disebabkan oleh amalan pengajaran yang kurang berkesan. Setelah pengkaji mendapati terdapat beberapa masalah yang timbul, maka pengkaji akan melaksanakan tiga teknik menghafaz surah-surah pilihan seperti berikut:

Program 10-01 (10 kali baca dalam sehari) Cara pelaksanaan adalah seperti berikut: 1. Pengkaji membimbing pelajar dengan memperdengarkan bacaan yang betul bagi surah pilihan diikuti dengan bacaan pelajar sekurang-kurangnya 5 kali. 2. Pelajar diberi ruang dan peluang untuk menyuarakan kemusykilan mereka. 3. Pelajar akan membaca surah-surah tersebut berulang kali sekurang-kurangnya 10 kali dalam sehari.

4. Pengkaji menguji ingatan pelajar dengan mengadakan ujian lisan.

Program Sahabat Hafaz 1. Pilih seorang teman untuk bersama-sama hafaz. 2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang kedua 3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang pertama. 4. Saling menegur ayat antara satu sama lain. 5. Pelajar kemudiannya akan membaca di hadapan pengkaji.

Program Dekat Dengan Pelajar

1. Program ini melibatkan penggunaan ICT seperti klip video, slideshow, gambar, mahupun bahan maujud sebagai bahan bantu mengajar.

2. Setiap kali proses P&P berlangsung, murid-murid dikehendaki untuk berada di tempat duduk masing-masing dalam keadaan selesa dan memandang ke hadapan kelas terutama kepada guru yang mengajar. Pengkaji sering menasihati muridmurid agar tidak melakukan perkara lain selain memberi tumpuan yang khusus kepada guru yang mengajar.

3. Kajian menunjukkan bahawa,murid-murid sekolah hanya mampu memberikan tumpuan yang berfokus dalam masa kurang daripada 10 minit.Maka,pada setiap selang masa 10-15 minit pengkaji akan jalankan aktiviti yang melibatkan murid terlibat sepenuhnya didalam aktiviti yang menggunakan bahan sumber pengajaran di dalam aktiviti tersebut.Tujuannya adalah untuk memastikan murid memberikan tumpuan terhadap pengajaran dan melibatkan diri secara aktif di dalam kelas.

4. Kaedah pengajaran yang telah dipilih adalah kaedah pembelajaran menggunakan bahan bantu mengajar atau sumber pengajaran yang berkesan sewaktu proses pembelajaran. Bahan sumber ini akan menarik minat murid memberikan tumpuan di dalam kelas manakala daripada bahan sumber tersebut pengkaji akan

menjalankan aktiviti yang menarik.Tujuannya adalah untuk memastikan murid terlibat secara langsung di dalam pengajaran.

5. Kaedah ini dijalankan secara serentak semasa proses P&P TilawahAl-Quran. Kaedah ini adalah secara berperingkat dan berhubung kait di mana setiap sumber pengajaran yang digunakan mempunyai aktiviti yang menarik dan bersesuaian supaya murid tidak bosan dengan sumber pengajaran semata-mata. Dengan adanya aktiviti seperti ini, mampu merangsang minat murid seterusnya dapat mengekalkan tumpuan semasa belajar.

6. Bahan bantu mengajar yang digunakan adalah paparan Al-Quran digital, carta,kad imbasan,PUZZLE, bahan maujud,gambar,video,dan sebagainya. dijalankan ialah seperti, bola hikmah,roda

7. Manakala

aktiviti

yang

impian,kuiz,gerabak keretapi,dadu aladdin,jambatan roboh,klu james bond, perbincangan kumpulan dan soal jawab.

Ketiga-tiga teknik ini telah diguna pakai oleh Hasnida Ibrahim dalam kajiannya iaitu Kemahiran Menghafaz Surah-Surah Pilihan Dalam Sukatan AA 101 Di Kalangan Pelajar Semester Satu (Jun 2011). Tindakan yang dijalankan ini bukan sahaja melibatkan pengajaran berpusatkan guru malah turut berfokus kepada pembelajaran aktif para pelajar dalam menguasai ilmu.

5.5 Reka Bentuk Kajian Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan Model Stephen Kemmis. Stephen Kemmis (1983) mengatakan bahawa kajian tindakan adalah satu bentuk refleksi kendiri yang diambil oleh penyelidik dalam situasi sosial bertujuan untuk membaiki kerasionalan atau kewajaran dan kebenaran tentang:

proses dan mutu pengajaran pemahaman dan penguasaan pengajaran situasi dimana proses pengajaran berlaku

Kajian akan menjadi lebih berkesan jika dilakukan secara kolaboratif walaupun biasanya ia dilakukan secara individu, atau kadang-kadang dilakukan bersama orang luar.

Lingkaran pertama (Program 10-01) 1. Merancang Memilih ayat hafazan, menyediakan jadual bagi bacaan ayat hafazan.

2. Bertindak Guru memperdengarkan bacaan yang betul dan pelajar mengikutinya beramairamai sebanyak 5 kali. Pelajar akan mengulangi bacaan sebanyak 10 kali secara individu.

3. Memerhati Memerhati keadaan kelas, merekod soalan pencapaian pelajar. Catat jangkaan.

4. Merefleksi Suasana kelas kurang kawalan semasa pelajar menjalankan aktiviti hafazan secara individu. Penambahbaikan perlu dibuat.

Lingkaran kedua (Program Sahabat Hafaz) 1. Mengubah rancangan Pelajar dipasangkan untuk mengelakkan bacaan dan hafazan secara individu

2. Bertindak Pelajar dipasangkan dengan seorang memperdengarkan bacaan dan seorang mendengar dan menilai hafazan.

3. Memerhati Suasana kelas diperhatikan. Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada tingkahlaku pelajar. Kesan kaedah direkodkan keatas hafazan pelajar. 4.

5. Merefleksi Keputusan hafazan pelajar meningkat tetapi masih ada pelajar yang gagal. Apa yang perlu pengkaji lakukan? Lingkaran ketiga (Program Dekat Dengan Pelajar) 1. Mengubah rancangan Mengubah cara teknik hafazan dengan menggunakan teknologi iaitu dengan menggunakan ABBM yang menarik untuk menarik perhatian pelajar dan meningkatkan minat untuk menghafaz. 2. Bertindak Paparan video ayat hafazan dengan cara bacaan atau tarannum yang menarik Menggunakan kad imbasan ayat hafazan kepada pelajar. Pelajar membaca dengan tarannum yang diperdengarkan tadi Pelajar menyelesaikan puzzle ayat hafazan yang diberikan oleh guru

3. Memerhati Catat kesan-kesan yang diperhatikan daripada tingkahlaku pelajar.

4.

Merefleksi Perasaan ingin tahu pelajar berkembang. Kawalan kelas baik. Pelajar menunjukkan minat yang tinggi.

5.6 Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil.

Aktiviti

Tempoh Perlaksanaan

1 2 3

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal kajian Menjalankan Kajian Awal- permasalahan yang wujud dalam hafazan diperincikan dari setiap aspek Analisis kajian awal untuk mengetahui bilangan pelajar yang perlu dikaji

1 minggu 2 minggu 2 minggu

1 minggu

5 -

Merancang tindakan Tindakan yang dirancang bersesuaian dengan kajian yang akan dilaksanakan. Dilakukan secara individu dan juga berkumpulan

1 minggu

6 i. 7 8 ii. 9 10 i. 11 12 13 14 15

Melakasanakan tindakan Aktiviti 1 (Program 10-01)

1 minggu

Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1 Melaksanankan tindakan Aktiviti 2 (Program Sahabat Hafaz)

2 minggu 1 minggu

Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2 Melaksanakan tindakan Akitiviti 3 (Program Dekat Dengan Pelajar)

2 minggu 1 minggu

Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 3 Ujian untuk mengesan permasalahan pelajar Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan dapatan kajian

2 minggu 1 minggu 1 minggu 2 minggu 1 minggu

5.6

Jadual Peruntukan Kewangan Bahan Yang Digunakan Program 10-01 Jumlah

Program Sahabat Hafaz

Program Dekat Dengan Pelajar

Anda mungkin juga menyukai