Anda di halaman 1dari 11

TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS KASIH DISEMAI BAKTI DITUAI SEMPENA PERSARAAN EN.

ABDULL MUTALIB BIN DENAN 12 SEPTEMBER 2008

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.

Pagi yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.

BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran Guru Penolong Kanan 1 SK LKTP Sungai Sayong

Yang Berusaha Pn. Hjh. Fatimah binti Hashim Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK LKTP Sungai Sayong

Yang Berusaha En. Rahmat bin Ibrahim Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum SK LKTP Sungai Sayong

Yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan Pegawai Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati En. Mohd Rosli bin Othman Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Menengah

Yang Dihormati Tn. Hj. Muhammad bin Salleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Rendah

Yang Dihormati En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman Pegawai Maklumat Pejabat Pelajaran Daerah Kulai

Yang Dihormati Barisan Guru Besar dan Pengetua

Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Daerah Kulai

Yang Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK LKTP Sungai Sayong

Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki Pengerusi Jawatankuasa Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai dan seluruh ahli jawatankuasanya

Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong

Seterusnya Barisan guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke : Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan, Guru Besar SK LKTP Sg. Sayong.

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang

Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tn. Hj. Jaafar bin Ahmad atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK LKTP Sungai Sayong.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Harin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Abdul Naser bin Bedu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK LKTP Sungai Sayong untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Little Khalifah. Mereka akan mendeklamasikan sebuah sajak yang bertajuk Jasamu Dikenang dan mendendangkan 2 buah lagu yang bertajuk Terlalu Indah dan Bertemu dan Berpisah.

Itulah sebentar tadi kumpulan Little Khalifah yang telah menampilkan sebuah pesembahan yang cukup istimewa.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran, Guru Penolong Kanan 1, SK LKTP Sungai Sayong untuk mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 1

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 2

Dipersilakan wakil daripada kelas Pendidikan Khas

Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 1 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 2 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 3 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 4 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 5 Gemilang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Cemerlang

Dipersilakan wakil daripada kelas 6 Gemilang

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati Tn. Hj. Abdul Naser bin Bedu untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK LKTP Sungai Sayong.

Dan yang terakhir, Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran mengiringi Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Untuk pengetahuan semua, Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan turut berbesar hati untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan khusus daripada beliau sendiri.

Justeru itu, sekali lagi Majlis ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan untuk menyempurnakan upacara tersebut.

Yang pertama, dipersilakan kepada Yang Dihormati En. Md. Sukor bin Marzuki selaku wakil daripada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan SK LKTP Sungai Sayong.

Seterusnya, dipersilakan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohmad Hairin bin Basiran selaku wakil Pentadbiran SK LKTP Sungai Sayong.

Seterusnya, dipersilakan kepada En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai.

Seterusnya, dipersilakan kepada En. Mohd Rosli bin Othman, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Menengah.

Seterusnya, dipersilakan kepada Tn. Hj. Muhammad bin Salleh, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kulai Bahagian Rendah.

Dan yang terakhir, dipersilakan kepada En. Mohd Azmi bin Abdul Rahman, Pegawai Maklumat, Pejabat Pelajaran Daerah Kulai.

Itulah sebentar tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan daripada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan.

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, kita akan menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan En. Abdul Mutalib bin Denan akan menandatangani buku rekod kehadiran sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam dunia pendidikan ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdull Mutalib bin Denan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Kasih Disemai Bakti Dituai ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai