Anda di halaman 1dari 1

Monyet Yang Pintar

Binatang-binatang kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa di tempat mereka. Singa itu mengaku dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang yang lemah sering menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang-binatang di hutan tersebut, mencari jalan untuk menghapuskan singa itu. Biar saya pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi. Kata kambing kepada rakan-rakannya. Semasa pertemuan dengan kambing, singa itu berkata dengan angkuh. Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari. Terdiam semua binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka. Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu berkata dengan marah. Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa seterusnya. Tapi bagaimana, kijang? sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak tadi. Kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama, kata monyet dengan berapi-api. Esokya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu. Mengapa lambat, ha? Engkau tahu tak, aku lapar? herdik singa. Ma..ma.maafkan patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke sini, patik telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja, sembah monyet pura-pura ketakutan. Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya! kata singa dengan bengis. Panas hati singa mendengar penjelasan monyet. Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi tersebut, monyet pun berkata, Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku, monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang dilihatnya itu. Monyet riang kerana rancangannya berjaya. Semenjak hari itu, binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman dan bahagia.