Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan individu

EDU 3103 ini walaupun terpaksa melalui banyak kekangan, antaranya tugas di sekolah yang berlori lori banyaknya, kelajuan talian internet yang amat mengecewakan serta masa untuk berbincang dengan rakan dan tugasan yang bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Tugasan pendekatan pembelajaran ini merupakan satu cabaran baru kepada saya. Ini disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej untuk mendapatkan segulung sijil mahasiswa nanti. Walau bagaimanapun, saya pernah belajar mengenai teori pembelajaran ini di semester satu iaitu dalam mata pelajaran pedagogi Sains, jadi saya tidaklah dengan mata pelajaran ini. Saya diberikan amanah untuk menyediakan tugasan bertulis mengenai perbandingan antara beberapa pendekatan pembelajaran dalam aspek murid dan alam belajar. Setelah berfikir dengan sejenak, maka saya pun dengan beraninya membuat keputusan untuk menyediakan satu antara pendekatan pembelajaran induktif dan deduktif . perbandingan Berdasarkan begitu janggal sangat

pendekatan tersebut, saya telah dengan tungkus rumusnya menyediakan satu perbandingan yang lengkap antara kedua dua pendekatan itu dari segi konsep, prinsip prinsip, ciri ciri, aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berdasarkan pendekatan yang dipilih serta implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Melalui kerja kursus ini banyak yang saya dapat pelajari terutamanya dalam menghuraikan teori teori pembelajaran utama dan implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran serta dapat membuat perbandingan antara beberapa teori pendekatan pembelajaran itu. Dengan siapnya tugasan ini ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai mata pelajaran murid dan alam belajar ini. Ia mejadikan saya seorang guru yang berkaliber. Sikap ini akan saya terapkan kepada pelajar sekolah nanti. Sekian.

Anda mungkin juga menyukai